Sabtu, 26 Mac 2011

Di subuh yang hening....

Wah! subuh begini, line internet berdesup aje perginya. HeHehe!

Sejuknya la hai kat Taiping neh, hujan rahmat di pagi yang hening neh. Lepas solat tadi ingat nak tido balik, tapi mata plak tak mahu lelap, padahal nak bangun tadi punyalah susah. Alarm dah berbunyi kali ketiga baru celik mata betul-betul. HeHeHe! Tak berjaya syaitan-syaitan menghasut aku pagi neh. KehKehKeh!

Semalam genap 21 hari pemergian abah. Semalam masa dalam perjalanan nak ambik abangcik dari Lumut, mak bercerita...menyelusuri kembali hari-hari akhir abah bersamanya. Air mata tak putus-putus mengalir mendengarkan cerita mak. Abah bagaikan sudah tau masanya telah tiba. Aku tahu mak juga dapat mengagaknya, namun dia cuba menafikan semua itu, sebab tu la agaknya, dia merahsiakan keadaan abah masa tu. Bila abah dah di masukkan ke ICU, baru dia suruh kami balik. Hati mana yang tak sedih. Deraian air mata pun masih belum kering sepenuhnya... Tiada pengganti yang dapat menggantikan abah di hati kami. Pemergian abah di tangisi
seluruh keluarga, saudara mara, teman-temannya, malah jiran tetangga dari yang muda sehingga tua. Masa kat hospital, tak putus-putus orang datang melawat. Semua berharap dan berdoa abah sembuh dan sedar semula tapi Allah lebih menyayangi abah...

Aku kuatkan semangat, tabahkab hati. Tuhan telah mentakdirkan abah bersama-sama kami setakat ini sahaja. Aku harus redha dengan qada dan qadar Allah. Deraian airmata masih belum kering sepenuhnya,namun didikab dan pesanan abah menjadi penguat semanagat meniti hari bersama mak dan adik-adik...

Moga abah tenang di sana...Al-Fatihah...

Khamis, 24 Mac 2011

Meniti hari...

Meniti hari demi hari...

Minggu yg sibuk dengan test, quiz dan asignment. Tak di lupa kerja yg semakin hari menuntut perhatian dan komitmen yg tinggi...

Study- aku terpaksa berusaha lebih keras sedikit berbanding sebelum ini lantaran banyak sesi tutorial yg aku tinggalkan. Nasib ada kawan2 yg sudi membantu.

Kerja- selepas meeting semalam, aku telah di tugaskan dengan satu tugasan yg baru...Customer Service Co-ordinator! Satu department baru akan di wujudkan dan aku telah di beri tanggungjawab untuk meggalas tanggungjawab itu. Haish...harap2 dapat la aku menjalankan tugas tersebut dan tidak mengecewakan mereka2 yg memberi kepercayaan itu. Bos pun dah janji, dia akan recruit sorg staff baru utk membantu aku. Lega mendengarnya, tak la aku keseorangan menjalankan misi tersebut. Bukannya apa, kalau dh kena tumpukan kat tugas tuh, tugas utama nanti terpaksa plak di letak tepi, padahal byak yg aku nak belajar lagi. Erm...harap2 segala urusan akan dipermudahkan...

Esok aku starr bercuti sehinga Isnin minggu depan. Pagi2 aku nak bertolak balik Taiping. Rasa tak sabar plak...rindu mak juga tak sabar nak menziarah pusara abah...

Actually banyak yang aku nak coretkan disini tetapi, rasa cam dah tak larat plak. Mata dah mengantuk yg amat neh...will continue story-mory next time ok (^^)

Akhirkata, aku coretkan kata2 sorang kawan (dia SMS padaku & tak pasti plak kata2 neh dia ambik dari mana...)
"Indah alam kerana ciptaan tuhan
Indah bahasa kerana budi
Indah diri kerana rupa
Indah segalanya kerana mengikuti ajaranNYA
Jangan kerana keindahan di pagi esok membuatkan kita lupa keindahan di hari ini,
kerana keindahan hari ini yang akan mengindahkan kehidupan di hari akan datang...
bermakna kehidupan kita sesekali perlu toleh kebelakang, kerana kesilapan lalu mematangkan fikiran kita di hari esk..." Waallahualam.

Isnin, 14 Mac 2011

Hidup yang perlu di teruskan....

Kesedihan demi kesedihan aku tempuhi. Mungkin ini dugaan dariNya atas kelekaan aku sebelum ini.... Kegembiraan di ambil satu demi satu. Sungguh berat ujianmu Ya Allah...

Jika sebelum ini, aku menangis mengenang cinta yang tak kesampaian. Aku sedih menanggung rindu... Bila Abah di ambil, mungkinkah peringatan dariNya. Kesedihan putus cinta atau rindu itu langsung tidak terkesan lagi di hati. Penyesalan demi penyesalan silih berganti. Aku menyesal kerana terlalu sedih putus apabila cinta, sekarang tuhan beri kesedihan yang lebih besar untuk aku tangiskan....

Masih sukar untuk menerima kenyataan. Apabila bangun dari tidur, berharap semua ini hanya sebuah mimpi. Tapi...kenyataannya, abah tetap dah takde... Tidur malam berselimutkan baju abah, berdoa dan mengharap abah datang dalam mimpi....nak sangat tahu bagaimana keadaan abah. Ingin sangat nak tengok abah datang dengan senyuman...dan itu akan melegakan hati aku. Tapi sampai sekarang, tuhan masih belum makbulkan doaku....

Hidup perlu di teruskan selagi bernafas....Kekuatan teman-teman dan Mak (walau aku tahu, Mak sendiri terlalu lemah dan sering tenggelam dalam kesedihan. Apabila aku menangis, Mak akan cakap... Yong jangan nangis, nanti Mak nak nangis jugak...kita terima apa juga. Tuhan nak uji kita...kita semua sayang abah....) aku pinjam untuk terus berdiri.

" Siapa kita untuk menghalang apa yang Allah dah tentukan. Anggap je ada hikmah di sebaliknya. Allah sayangkan dia dan Allah sayangkan kita...Mungkin Allah nak kita insaf dan berubah menjadi insan yang lebih baik........" - Kata-kata ini dari seorang kawan...membuat aku membuka mata tentang kelalaian, tentang kelekaan dan sikap endah tak endah aku sebelum ini.... Moga aku masih berkesempatan dan di tetapkan hati menuju jalan kebaikan. Insya Allah...


Rabu, 9 Mac 2011

Mereka-mereka yang biadap!

Tika ini aku dah di atas katil rumah ku di KL. Mencuba untuk memejamkan mata...namun begitu sukar apabila ingatan pada arwah begitu kuat. Kerisauan terhadap mak yang aku tinggalkan di kampung juga menganggu emosi ku di kala ini. Aku tahu mak juga begitu...dia terlalu risaukan aku kerana katanya aku keseorangan, mak takut aku menangis sorang-sorang. Dalam pukul 9 tadi adik aku mesej, katanya mak risau kat aku. Dengan pantas aku call mak, katakan padanya...tiada apa yang perlu di risaukan. Tapi aku tak dapat nak sembunyikan rasa sebak yang bertandang di kala berbual dengan mak. Mak juga begitu....

Hasrat untuk aku bercuti seminggu lagi terpaksa di batalkan apabila tidak mendapat keizinan bos. Alasan yang diberikan...HR dah mula bertanya kerana aku dah lama bercuti. Aku tahu, HR tidak akan banyak soal jika dia (bos) memberi penerangan yang sepatutnya mengapa aku bercuti. Tapi dek kerana sikapnya yang bagiku macam sial tuh, jadi begini la. Macam tak faham bahasa & tak kisah pun dengan situasi aku saat ini. Cuti yang aku gunakan tu hak aku...kerja aku pun takde yang tertangguh so mengapa timbul soal 'cuti lama'. Aku di beri cuti tahunan, punya suka la nak guna atau tak. Aku bukannya pekerja bermasalah yang sewenang-wenangnya bercuti atau ponteng keje sebelum ni. Mengapa langsung tak nak bertolak ansur?! Ni la kalau bekerja dengan bangsa tu. Hanya tau kerja, kerja, kerja je... Seriously, aku tak puas hati. Akan aku dapatkan penjelasan mereka tentang pertikaian cutiku itu. Sungguh biadap mereka itu. Nanti dah kena batang hidung sendiri baru mereka rasa...

Esok juga aku akan mula ke kelas setelah lama aku tinggalkan. Mintak-mintaklah segalanya di permudahkan. Asignment quiz & test...dengar2 dah makin bertimbun. Final exam on April...Erm, tak sempat abah nak tengok aku convo :'(

Isnin, 7 Mac 2011

Abah pergi jua...

Abah pergi jua...tinggalkan kami. Terlalu sukar untuk menghadapi kenyataan ini. Terjaga dari tidur, mengharap ini hanya mimpi....

Jika apa yang aku rasakan ini memedihkan, apatah lagi mak yang siang malam bersama abah & dan tidak pernah berenggang walau seketika. Pemergian abah, meninggalkan kesan luka yg dalam pada mak. Mak asyik mengulang-ulang persoalan kenapa abah pergi terlalu awal, sedangkan abah masih muda. Mungkin kesan kesedihan itu membuatkan mak terlupa, takdir yang di tentukan oleh Allah SWT...

Bagaimanalah, kami akan melalui hari-hari tanpa abah. Abah pergi tanpa pesan... Setiap penjuru rumah ini masih terbayangkan abah. Masih terngiang-ngiang suaranya. Ya Allah, tidak tergambar kesedihan ini. Ikutkan hati, nak meraung dan menjerit...tapi, di ketika ini, aku sumber kekuatan mak. Kesedihan mak lebih berganda jika melihat aku begitu. Mahu atau tidak, aku hanya mampu menahan sehingga sakit dada menahan kesedihan ini.

Seperti yang mak katakan, kalau sayangkan abah, aku harus redhakan pemergiannya. Hanya doa yang akan memanjangkan hubungan aku dan abah di sana...


Dalam Kenangan - Arwah Abah & Mak

Selasa, 1 Mac 2011

Bangunlah Abah...

Hari ke-9, abah di ICU. Setelah melalui saat yang mendebarkan pagi Ahad hari tuh,hari ini semangat aku pulih kembali untuk terus berharap. "Ya Allah, semoga Kau mendengar doaku..."

Semuanya aku tinggalkan- kerja & class. Hanya yg aku mahukan...abah kembali sihat seperti dulu. Aku kesian kat mak. Kami adik beradik, sangat rindukan abah, apatah lagi mak. Pagi2 dalam pukul 5 dia dh terjaga...mak menangis...bila aku tanya, mak cakap teringat kat abah sebab time2 macam nih abah bangun makan ubat. Kedai yg abah sll breakfast, makanan yg selalu abah makan, baju yang abah pakai...semua tuh membuat mak sedih. Aku takkan tinggalkan mak dalam keadaan sukar begini. Aku tak dapat bayangkan kalau sesuatu terjadi pada abah...bagaimana lah mak akan melalui hari-harinya...

Aku masih berharap dan terus berdoa...semoga doa aku akan dimakbulkanNya...Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...