Memaparkan catatan dengan label Akad Nikah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akad Nikah. Papar semua catatan

Khamis, 18 Jun 2015

Shafiqreen1515 Wedding - Akad Nikah 1 May 2015

Assalammualaikum...

Kembali ke halaman rindu. Eh...tiba!

Mkayyy, rasa dah ade mood dah nak tulis pasal wedding. Nak mula dulu dengan hari nikah. Tak ingat sebelum ni ade tulis atau tak rancangan tempat nikah dekat surau taman perumahan aku. Cadangnya pukul 3 petang hari Jumaat, 1hb Mei 2015. Dua minggu sebelum harinya, aku whatsapp kadi untuk remind dia. Masa tu la aku dapat berita tak berapa nak best, kadi tu mintak untuk aku nikah di masjid bersama-sama 4 pasangan lain. So, total semua 5 pasangan. Aku hampa gila masa tu. Bagitau mak, mak kata takpela, nak buat macamana. Huhuhuhu. Aku tak bagi jawapan terus, seminggu lepas tu baru aku cakap OK. Nak buat cane, ustaz tu cakap kesian kat dia, ada sebelas pasangan yang dia nak nikahkan hari tu. Date cantik punya pasal la ni:( Aku memang langsung tak perasan date tu. Date tu ayah Shafiq yang pilih. Dah dekat-dekat hari majlis aku baru terperasan date cantik tu. Siap cakap kat Shafiq, "Eh date kita nikah nih cantik la...1515. Dia jawab..."Laa, memangla, awak tak tau ke" Hahaha! aku memang blur. So, rentetan dari date tulah terhasilnya #shafiqreen1515. Hiks! 

Disebalik date yang cantik tu banyak kisahnyanye. Kisahnya sebab cuti hujung minggu yang panjang. Jumaat tu cuti hari buruh, Sabtu dan Ahad bersambung plak ke Isnin sempena ganti Ahad hari Wesak. So dah cuti panjang, paham-paham la highway cane. Huhuhu! Shafiq gerak ke Taiping hari Khamis, aku hari Isnin lagi dah balik. Ada sedara mara yang gerak hari Jumaat. Termasuklah photographer dengan MUA yang diimport dari KL dan juga barang hantaran yang disiapkan oleh sepupu Shafiq. Dorang target untuk sampai Taiping dalam pukul 10 pagi, gerak dari KL lepas Subuh camtu. Malam Jumaat tu aku dah dengar dah laporan duk cakap highway dah start jammed. Esoknye, dalam pukul 10 MUA mesej dia cakap tak dapat sampai cepat sebab jalan sesak sangat. Aku pasrah je, tapi aku yakin dia akan sampai dan sempat buat kerja dia. Photgrapher berdua  kawan Shafiq, itu aku serahkan kat Shafiq. Takde risau sangat pasal tu. Cuma kesian la kat dorang 6-8 jam weh atas jalan. Biasa KL - Taiping, paling lama pun 3 jam je. 

Akhirnya, MUA sampai pukul 1:40 camtu, sempat aku Zohor semua then dia start buat keje dia. Photographer pun Shafiq bagitau dah sampai, lepas dorang solat Jumaat baru datang kat rumah, start ambik gambar. Masa tu aku dah tak boleh fikir pape dah. Aku punya la nervous sampai pakai tudung pon tangan mengeletar. Nasib MUA tolong pakaikan! Hahahaha Sebelum ni orang tanya aku cakap tak rasa pape, ok je. Bila sampai masa dia, haaa! kelu wey, aku senyum pon bibir bergetar. Mesti photog tu cakap apelah dia ni, reti senyum ke dak. Bhahahha! 

Lepas mekap 2:45 camtu terus nak gerak ke Masjid. Awal-awal pagi ustaz dah whatsapp bagitau nikah 3 tepat. Haa stress! Sampai masjid, dah ramai orang kot, kata 5 pasangan kan. Huhuhu. Masuk dalam masjid, aku dengar nama Shafiq dah dipanggil. Dia mana?? Tak muncul lagi. Hahaha! Kitaorang ingat, sape sampai dulu dia nikahkan, lepas dah habis boleh balik la. Rupanya dia panggil kelima-lima pasangan duduk kat depan, pastu dia nikahkan satu-satu. Lagi la aku berdebar, Shafiq aku tak tau la camane dia punya debar pulak. Huhuhuhu

Kitaorang pasangan yang pertama sekali. Majlis dah mula, sebelum nikah kena sign serah wali, sebelum tu pengantin perempuan kena baca lafaz serah tu. Wali aku, adik lelaki, abangcik. Kali kedua dia jadi wali. Masa baca lafaz serah tu aku sebak bila sebut part nama wali, sampai terhenti kejap. Tak sangka ini yang aku lalui... Ingat arwah abah akan ada untuk jadi wali kami semua, tengok kami kahwin, tengok cucu membesar...tapi perancangan DIA sebaliknya. Al-Fatihah untuk arwah abah. 

Dah lepas aku sign surat serah wali tu giliran abangcik plak untuk baca serah akad tu pada kadi. Then baru kadi start nikahkan. Aku duduk belakang Shafiq, aku boleh nampak dia punya berdebar macam mana. Lain pulak nampak dia masa tu. Yelah sebelum ni dia kan asyik buat lawak je, gelak memanjang. Masa tu aku nampak muka pucat kot. Hahaha! 

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, selamat semuanya. Dia kena bahan dengan tok kadi sebenarnya, yelah dia pi goncang tangan tok kadi jugak tu kenapa. Hahahaha! Tok kadi pun boleh tahan lawak. Semua pakat duk gelak je.

Lepas upacara akad nikah (lepas kelima-lima pasangan selesai) kami balik ke rumah. Ada jamuan sikit dan upacara membatalkan air sembahyang. Petang sikit kami pegi ambik gambar kat outdoor. Venue dia, kilang arang kat Port Weld. Cadangnya hari ni outdoor kat sini esok lepas sanding kat Taman Tasik Taiping. 

Masa on the way ke venue nak photoshoot tu aku tanya la kat Shafiq apesal nampak berdebar kemain, sampai pucat. Hahaha! Mau tak, dia cakap semua mata pandang kat dia kot. Bukan sedara mara je, orang yang tak kenal pon ada. Hihihihi!


Bulat mata apesal tu? Hahahaha
Ramai umat kat belakang, depan mana pengantin tak cuak!


Masa tengok gambar ni, ada orang cakap, weyyyy ko kahwin sekali dua ke ape?! Bhahahaha 



Wali ku, Abangcik


Penyerahan wali kepada jurunikah

Alhamdulillah, selamat dah! Hahaha Nampak tak Alya...dia je yang setia duduk kat sebelah, tolong Mak Long dia kurangkan nebes.

Family in law





Ape jeling - jeling :P

Selfie ciked!

















*Gambar-gambar adalah sumbangan dari keluarga dan sedara mara, selain dari photog. Handphone sendiri tak tau kemana pada hari kejadian*



Official Photographer : (FB)Rosli Bidin Photography, (Instagram) roslibidinphotography

MUA : Fazs.Faozi / +6013 394 4088

Solemnization Outfit : Abim Hassan / 018-225 8955

Isnin, 22 Disember 2014

Kenduri Kawen Amy

As Salam, 

Hi korang... Hari ni aku nak story mory pasal kenduri adik debabku yang lepas. Since 6 tahun lepas, kenduri adik nombor 3, ni kenduri yang terbaru. Hiks! Dua adik kawin dulu:) 

14/12 yang lepas... Adik ke empat, Amy dah selamat bernikah dengan pilihan hati dia. Semuanya selesai dengan jayanya. Kalau ade yang tak kena, terkurang atau tak sempurna ade la sikit-sikit. Yang kami risaukan sebelum tu, bagaimana perjalanan kenduri tu. Yelah kenduri tanpa arwah abah:( Takde lelaki sebagai orang kuat. Adik lelaki nombor 5 sebagai wali. Dia jugak yang menyambut tetamu hari kenduri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Aku balik kampung dari hari Khamis. Khamis tu Selangor cuti sempena Hari Keputraan Sultan, so aku ambik cuti hari Jumaat dan Isnin. Rancang dah bebaik nih, hari Khamis mesti gerak pepagi..lepas subuh. Aku memang selalu balik awal pagi, tak panas. 

Tapi...betullah, kita hanya mampu merancang...Hari Khamis tiba. Keluar dari rumah nak dekat pukul 7 rasanya. Sebelum terus bertolak, singgah jap Petronas kat area rumah nak beli sarapan. Pastu, dah setel beli apa yang patut, masuk kereta...start enjin tak boleh dah nak hidup. Berkali-kali cuba, dah marah pastu pujuk keta tu tapi tak mau jugak hidupnya. Stuck aku kat situ dengan berpeluh-peluh macam sauna.

Bila dah putus asa, call Shafiq... Dia baru sampai ofis dah kena datang kat aku. Sama jugak, dia datang kereta still tak boleh start. Dia paksa hidupkan jugak, dapat sampai ke bengkel pun jadilah. Tak tau ape masalah kereta tu katanya kena tukar thortle body. Shafiq try google, tengok ade orang lain yang sama macam masalah aku. Ntahlah, katanya Myvi after 5 years memang ade problem gitu. Kena tukar thortle body tu baru OK balik. Bagi tau kat pomen tu aku nak balik kampung. Ntah dia setting cane boleh jalan. Dia tanya aku nak balik kampung mana, bila aku cakap Teiping dia macam terkejut. Dia cakap ingat balik dekat-dekat sini. Tanya dia pasal kata nak tukar thortle body tu, dia pun tak dapat nak check harga, nak buat masa tu ape suma sebabnya bengkel memang tutup hari tu. Dorang bukak kejap je sebab nak buat satu kereta sape ntah. Huhuhu! Pastu dia pesan, kalau nak balik jugak...memula drive jangan on aircond, masuk highway nanti baru on aircond. Aku dah habis fikir...balik je la. InsyaAllah takde pape jadi. Shafiq pun kata ok. Dia tak dapat nak teman balik sebab dia tak cuti lagi. Jumaat, lepas keje baru dia menyusul. Rancang dari awal nak gerak awal pagi, akhirnya pukul 11 lebih jugak aku bertolak. Dah jalan memang tak stop memana dah. Terus sampai ke Taiping. Alhamdulillah, aku sampai dengan selamat. Kereta tu sampai hari ni ok plak. Tak meragam dah. Huhuhu

Aktiviti hari Jumaat aku teman mak pegi pasar borong. Mak nak beli bahan masakan untuk majlis nikah hari Sabtu. Balik dari pasar borong tolong susun-susun goodies beg masuk kotak. Penuh rumah dengan kotak-kotak. Aku kena take note benda ni untuk majlis aku nanti. Yelah rumah kitaorg kecik je. Kotak-kotak goodies beg je dh makan banyak space. Masa aku nanti maybe kena letak kat homestay yang akan disewa. Lepas kerjakan goodie beg, basuh pinggan plak. Aku tak ingat ape lagi dah buat. Yang aku ingat malamnya letrik takde. Tengah tido, dalam pukul 3 pagi. Setengah jam jugak la. Lenguh tangan aku mengipas Alya sebab dia terjaga & menangis. 

Hari Sabtu, nikah start pukul 10 pagi. Makanya awal-awal pagi aku dah kena bawak pengantin pegi mekap kat butik. Majlis nikah awal pagi ni aku rasa macam kelam kabut sikit, part kelam kabut kat pengantin la. Mak yang prepare makanan aku tengok relax je, dia banyak assistant. Rombongan pengantin lelaki datang lebih kurang 9.50 pagi. Tak lama lepas tu tok kadi pun sampai. Sebelum upacara nikah seperti biasa tok kadi akan bagi ceramah serba sedikit. Tok kadi ni best, dia melawak pun ok. Tapi selain pengantin ade sorang lagi yang mengeletar...Wali, adik lelaki yang ke-5. Bila dia sign borang ketara mengeletar sampai tok kadi pun tegur. Ni baru jadi wali belum sendiri nak akad nikah lagi, kata tok kadi tu. Hahaha. Pengantin lelaki relax je. Aku tengok muka si Amy pulak yang cuak habis. Mak, aku tengok kejap-kejap lap mata. Mak sedih. Abah takde sama. Tambah-tambah ramai kawan-kawan surau abah ada sekali hari tu:( 

Akhirnya, dengan sekali lafaz... rasmilah aku dapat adik ipaq baru. Lepas selesai akad, ade makan-makan sket. Menu hari tu mak dengan kawan-kawan die yang masak. Lega dah setel sehari punya cerita. 

Ahad, actual day majlis. Sekali lagi aku jadi driver bawak pengantin make up. Plan start berarak pukul 12:30 sebab takut hujan. Tapi sekali lagi rancangan larik. Make up lambat siap. Akhirnya pukul 1 lebih baru berarak. Dah bersanding, dah makan beradap baru hujan lebat. Tapi, nasib baiklah kejap je. Shafiq official photographer untuk majlis ni. Dah habis ambik gambar sempat berkaraoke lagi dia. Family Shafiq pun ade datang. Rasa terharu sangat, mama, baba, maksu nora and pak su gie datang dari KL since dari nikah day. Dorang stay kat homestay yang mak sewakan untuk photographer. Lepas kenduri petang dorang bertolak balik KL. Shafiq stay sehari lagi, balik dengan aku esoknya. Lepas kenduri dia bawak pengantin pegi outdoor kat Taman Tasik Taiping. Aku tak ikut, nak mengemas apa yang patut kat rumah. 

Lepas kenduri, mak dah boleh tarik nafas lega. Boleh lah rehat kejap, pastu kena ready untuk majlis aku pulak yang akan datang. Heuheuheu

Gambar-gambar kat bawah nih kebanyakkan dari fb Amy sendiri, kecuali yang outdoor dengan hari nikah tu sket dari camera photographer. Aku sendiri pun takde gambar dari henfon, penat sangat sampai takde mood nak posing. Ahaa!

Sebahagian kotak goodie bag yang memenuhi rumah


Dalam tu ade jajan. Sepupu yang kecik-kecik pakat ambik masuk beg. Dorang cakap stok untuk sebulan. Hahaha

Pelamin nikah dekat dalam rumah


Apelah yang Pak Lang & Ocie duk dongak ke siling. Ade cicak ke ape?



Si debab ni ikut muka mak sebijik:P


Antara dulang hantaran dari pihak lelaki. Yang dulang pihak perempuan ke lelaki lupa nak ambik gambo. Kat photographer ade agaknya. Cantik pulak tengok gubahan bunga warna merah-merah gini. Nih sepupu kita orang yang buatkan.









Nampak tak cincin ade dua tuh. Kenapa dua?? Sebabnya dia melangkah bendul dua orang sekaligus. Hahaha!
Aku dapat sebentuk. Hiks:D

Mas kahwin. Ini pengantin lelaki yang gubah sendiri. Tok kadi tanya dia malu-malu nak cakap. Huhuhu


Pelamin bawah khemah. Nih gambar dari henfon, blur aje ropenya. Tapi memang simple sangatlah. Katanya tema winter.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...