As Salam...
Fuhh dah hari ke 5, dah Jumaat! Rasa baru je aku malas-malas nak gi keje hari Isnin hari tu. Uuuuhuhu!
Minggu ni rasa paling sibuklah. Terkejar-kejar mengejar dateline. Tup tup hari ni dah masuk Jumaat. Sebenarnya tak ready sangat nih nak tempuh weekend nih. Sebab assignment tak setel lagi woi. Walaopon minggu ni takde kelas tapi assignment yang nak kena hantar next weekend tu mesti setel sebelum Rabu:( Start cuti hari Khamis, nak tak nak kena la siapkan awal sebab nak kirim ke classmate mintak tolong submit. Aku nak cuti, 14hb tak dapat nak attend class. Cuti sebab adik debab nak kahwin. Kenduri rumah sendiri, nak tak nak kena cuti panjang gak ar. Walau aku rasa panjang tapi mak tak... Hari tumak tanya balik hari apa, bila tau aku balik ke sana Khamis then balik sini hari Isnin, mak macam..."la, kenduri tu ahad, isnin nak balik dah ka?" Hmm...hmm yelah, mana ada cuti dah mak. Huhuhu:(
Tetiba mata rasa pedih, mengantuk. Macam banyak benda nak tulis, tapi bila datang mengantuk nih boleh tahan blur dia. Lupa semua dah. lol!
Ok, nak tido dah. Mata dah tak dapat dikawal dah nih. Sebelum tetido tanpa mempublish entry nih, jom la tido sekarang.
Good night korang. Tatatitu!
