Memaparkan catatan dengan label Sawan tarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sawan tarik. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Januari 2016

Deman Panas & Sawan Tarik


Hi & Assalammualaikum...

Aku masih belum move on dengan kisah demam panas dan sawan tarik yang jadi kat Adele sebelum ni. Ini adalah pertama kali terjadi kat Adele. Since aku pun bakal menjadi ibu, aku usaha cari info mengenai demam panas & sawan tarik. Kat bawah ni aku share untuk rujukan bersama....

Demam panas & Sawan tarik

Selalunya bila terjadi parent akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Bila sawan terjadi, kanak-kanak terbabit tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya. Macam terjadi pada ayah dan ibu Adele, dorang panik habis.

Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak - kanak mengalami demam sawan atau sawan tarik ni. Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak - kanak masuk wad. 


Sebab dan Punca 

Kebanyakkan sawan tarik yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda-tanda yang didapati termasuklah selsema, batuk dan kurang minat menyusu. Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi-bayi atau kanak-kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru-paru (pneumonia ). Adele hari tu puncanya sebab demam panas. Masa siang badan panas. Bila nak bawak pegi klinik dia tak mau. Orang pandai cakap, paksa pun still tolak. Ibu ngan ayah dia fikir tak serius so tak bawak la. Tak sangka malam jadi macam tu. Lepas ni mesti dah serik. Huhuhu

Untuk mengelakkan sawan, suhu badan bayi-bayi dan kanak-kanak mestilah diturunkan. Lazimnya seseorang bayi atau kanak - kanak yang demam mungkin tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang boleh. Baju yang dipakai mestilah nipis. Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan. Pada parent bila tau anak dah demam, kerapkalilah pantau suhu badan. Kalau suhu sampai dah mencecah 38 tu cepat-cepatlah buat sesuatu untuk turunkan suhu supaya tak terjadi sawan tarik ni. Tidak pun cepat-cepat bawak pegi hospital. 

Adakah Sawan Tarik Merbahaya? 

Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja, jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu.  Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan (temporal lobe epilepsy) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan. Dalam keadaan ini kanak-kanak tidak sedarkan diri, menepuk -nepuk pipinya, bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku. Masa Adele jadi mak cerita seluruh badan dia kejang. Dia diam keras je, mak sempat masukkan jari kat dalam mulut dia untuk elak dia gigit lidah (tapi kalau tanya doktor ini tak sepatutnya dilakukan. Cuma petua org tua2, masukkan sudu dlm mulut untuk elak kancing gigi) Mak cakap jari dia sakit rasa macam nak putus. Bayangkan lah kuat tak kuat dia ketap gigi tu. 

Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang mendapat demam sawan yang lama, iaitu lebih dari 30 minit, ketar-ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy. 

Langkah-langkah yang perlu diambil jika sawan tarik terjadi 

Jika demam sawan berlaku parent perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit. Mereka dinasihatkan untuk membaringkan kanak-kanak disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru-paru, lalu membawa kepada penyakit pneumonia. Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan. Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke klinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan  suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor. 

Adalah dinasihatkan supaya bayi dan kanak-kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa. Ini adalah penting untuk mengenalpasti dengan awal penyakit meningitis dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan. Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal, mental dan kerosakan deria-deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut. Anggapan -anggapan yang salah seperti kanak-kanak itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya diambil (lumbar puncture) selalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor-doktor  menjalankan prosedur ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis. 

Masa terjadi pada Adele hari tu, mak mengiringkan badan dia dan ambik air lap sambil urut seluruh badan. Sementara tu jari mak dekat dalam mulut Adele. Muka Adele memang dah biru-biru dah. Lepas beberapa minit dia dah start menangis, masa tu badan dah lembut dah tak kejang macam tadi. Baru la dorang bawak dia pegi hospital. Bila sampai sana doktor tanya macam mana buat masa dia kena sawan tadi. Mak cerita la, doktor kata ok cara betul. Nasiblah mak ada, ibu ngan ayah Adele takde experience. Kat hospital doktor masukkan ubat bontot atau nama ubat tu Diapezam. Ubat ni diberi dengan cara suppository iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak-kanak mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku. 

So kesimpulannya, even demam sawan ni jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas sangat-sangat. Terutama pada parent yang langsung takde experience dan tak pernah tengok. Bagi yang dah pernah terjadi risiko untuk sawan tarik ni berulang adalah sangat tinggi. Apabila anak demam pantaulah suhu badan, jangan sampai suhu dah naik tinggi tapi kita tak sedar. Adalah lebih baik bawa anak ke hospital jika suhu tak turun-turun, doktor boleh pantau keadaan dan kalau-kalau terjadi sawan tarik ni takdelah kita panik nak menghadapi sorang-sorang kan.



Selasa, 12 Januari 2016

Adele Demam Panas

Assalammualaikum..

Hari Selasa malam minggu lepas, tengah study kat UiTM Shah Alam tetiba dapat mesej kat group whatsapp....Adele jadi sawan tarik, sampai biru-biru dah. Ya Allah terkejut sangat. Nak meraung pun ya jugak. Anak buah kesayangan tu jarang sakit. Pagi duk elok-elok dapat video dia menyanyi pakcik dia record. Tiba-tiba dapat berita tak baik pulak. 

Memang tak senang duduk dah... Call mak tak angkat, call sepupu yang bawak pegi hospital tu tak dapat. Kat group whatsapp tu ibu dia la bagitau. Ibunya dalam pantang. Kesiannya Adele. Dah lama sikit baru dapat cakap ngan mak. Adele demam panas, panas sangat tu yang sampai jadi macam tu. Bawak pegi hospital kena tahan. Bermalam la dia kat hospital. Adoi dia dah la penakut, dengar ibu nak pegi klinik ke, hospital ke sanggup dia tak ikut, tinggal dengan opah. Macamana la dia kat hospital, ayah dia je boleh teman. Ibu dalam pantang, dengan adik menyusu lagi. Memang dugaan tahun baru. 

Kena warded dua hari sebab panas tak turun-turun. Hari kedua ibu dia langgar pantang, pegi bermalam dekat hospital. Adik Aqil tinggal dengan opah. Terpaksa la menyusu botol. Keadaan Adele pun merisaukan, malam je suhu naik balik. Asyik merengek je. Adoi rasa nak balik kampung nak tengok Adele. Dengan kakak Alya baru masuk darjah satu. Kesian la kakak, nasib tak menangis pegi sekolah. Excited lagi ade la. Ayah ibu layan adik, pakcik la pegi tengok masa rehat, ambik balik dari sekolah. 

Malam kedua Adele kat hospital, husband balik keje aku mintak buat solat hajat untuk Adele. Aku dah buat dulu dah.  Nak tido whatsapp ibu dia tanya macamana keadaan. Still suhu tinggi. Alahai risaunya Mak Long:( 

Esoknya, ibu balik ayah jaga kejap. Suhu dah turun tapi mulut dia kena ulser teruk. Habis putih-putih. Allah kesiannya. Tengahari doktor bagitau tunggu sampai pukul 4 petang, if ok suhu tak naik Adele boleh balik. Lega jugak dengar, tapi keadaan dia still kena pantau. Takut tetiba suhu naik. Lagipun doktor pesan sawan tarik tu dah jadi sekali maybe akan berulang lagi. Mak bagitau dah keluar nanti pegi berubat lain plak. Nak bawak pegi dekat ustaz untuk berubat sawan tu. 

Akhirnya pukul 4 Adele dapat discharge. Lega dia, kalau tak asyik nak balik. Dia cakap boring. Bercakap kemain banyak. Doktor, nurse pun hairan, umur 2 tahun lebih dia cakap tak pelat. Masa 1st day bawak kat emergency tu mak cite, dia marah opah dengan ayah bawak dia pegi hospital. Kejap-kejap dia bahasakan diri dia abang. Dorang hairan, pakai cincin gelang semua kenapa abang. Hahaha. Sejak dapat tahu adik dalam perut ibu dia boy dia pun nak jadi abang. Huhuhu! 

Lepas dah balik rumah, dia still tak sihat sangat sampai hari ni. Mulut dia penuh putih-putih. Tak boleh makan nasi. Dia jadi fobia sebab bila masuk makanan dalam mulut dia sakit, menangis-nangis. Kawan dah la kuat makan. Adoi kesian sungguh, nanti kurus dah tak bam bam dah. Ibu dia buat bubur dapat makan sikit, lebihnya dia minum susu ibu dia. Sebenarnya dia dah stop dah susu ibu dia masa adik dalam perut lagi. Tapi sejak sakit ni ibu dia bagi balik lah, sebab kesian demam hari tu. Masih demam lepas sehari balik rumah, ayah dia bawak pegi klinik. Kalau sebelum ni demam makan antibiotik kejap je dah ok. Kat hospital takde plak doktor bagi antibiotik, tu yang ibu dia tetap nak bawak pegi klinik. Then bawak pegi jumpa ustaz jugak untuk mintak air penawar. Ayah dia cite, ustaz tu suruh nganga mulut nak tengok ulser dia nangis-nangis tak mau. Sekali ustaz tu hembus muka dia terus nganga. Hahahaha! 

Cuaca panas sekarang ni memang la kena minum air banyak-banyak dan jangan berjemur sangat. Mak Long rasa nak balik kampung je tengok Adele, tapi sekarang tengah exam. Last weekend pun ade paper, kalau tak memang mak long sampai dah depan pintu rumah opah. Tambah-tambah dengar Adele susah nak makan ubat, makan muntah sampai menangis-nangis makan ubat. Minum air masak pun tak mau, asyik nak air ais je. Adoi la Adele. Huhuhu
Mak Long doakan Adele cepat sembuh, sihat macam dulu, boleh makan macam biasa dah. Boleh cakap kat telefon dengan pak long tak henti-henti. Amin...amin... 

Lemah je adik:'( Sedih Mak Long tengok ni. Kesian adik kena cucuk. Ni malam kena warded tu. 

Esoknye kakak datang melawat adik lepas sekolah. Adik still tanya ibu mana! Huhuhu



Tengokla ni, orang kata pakai baju, seluar nipis-nipis dia nak jugak pakai jeans. Abang-abang katanya. Huhuhu

Malam kedua warded. Suhu naik balik. Allah sampai merah-merah bibir. Tidur pun terkejut-kejut je.

Adik Aqil tinggal kat rumah dengan opah. Nasib tak meragam. Opah bagi susu botol yang ibu dia tinggal. Cuma opah cakap malam kejap-kejap terjaga merengek kejap. 

Adele masa sihat. Ceria, jarang buat hal, kadang-kadang je bila gusti ngan kakak. Bila keluar dengan Mak Long asyik gelak je pastu pau pegi Taman Tasik asyik nak main buai. Nanti sihat ceria balik macam ni ye sayang.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...