Memaparkan catatan dengan label Penolong Penguasa Imigresen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penolong Penguasa Imigresen. Papar semua catatan

Selasa, 24 Februari 2015

Demi masa depan....

Assalammualaikum,

Akhirnya, hari yang dinanti telah tiba. Wuwuwuwu! Beratnye hati ini nak balik lepas dah hantar orang tu. Hahhaha

Pegi awal sehari, hari Ahad hari tu. Tido kat sana. Pagi, lepas breakfast dah gerak ke akademi. Ramai dah yang mula datang. Sampai kat sini, hanya kadet yang nak berkursus sahaja dibenarkan masuk. Family yang menghantar setakat tunggu dekat pagar sahaja. Dekat pagar ok. Maka mengheret la dorang beg-beg yang dibawa. Nasib Shafiq bawak beg beroda akademi fantasia tu. Kalau tak jenuh nak memikul. Itu pun dua kali jugak ulang alik ambik barang. Kesiannya. Yang lelaki pun berpeluh mengah. Apatah lagi perempuan. Yang pregnant pun tiada pengecualian. Kena bawak masuk sendiri. Masa tercegat kat pagar tu la terdengar satu couple ni, husband dia nak masuk tolong hantarkan beg. Tapi tak dibenarkan. Dengar husband dia cakap... tapi dia pregnant. Guard tu still geleng kepala. Huhuhu. Maybe masuk di peringkat awal, sebab tak nampak perut lagi. Kalau aku sedih dah tu. Huhuhuhu

Lepas Shafiq dah angkut semua barang, dia pegi register. Aku, mama & baba setia menanti kat pintu pagar. Dia duk message suruh tunggu. Masa tu dalam hati dah rasa sayu dah. Nampak camni punya strict dia punya rules, konfom weekend pon tak boleh keluar:( Adoi! habis la, rindu cane?! Hah hah hah

Dah setel register dia keluar, ambik balance barang-barang yang kecik-kecik. Oh ya! rambut yang dia dah potong hari tu still kena potong lagi. Mak! walau tak botak sepenuhnya tapi cukup pendek dan berkilat jer kepala. Huhuhu. 

Dah melepasi 24 jam. Tau tak awak, rindu sangat nih. Cane nak tunggu sampai 29hb Mac. Arghhhh! Weekend tak boleh jumpa, call malam saje. Message kat we chat pun kadang-kadang. Ohmaiii! sedihnye awak:(( 


Babai Bae!

Situ tulis sampai 28hb. Tapi boleh balik 29hb lah!








Isnin, 16 Februari 2015

Akhirnya, awak akan pergi jua....

Assalammualaikum...

Hey, cam lama dah tak post pape cerita. Hew! kite sibuk. Sibuk dengan segala mak nenek perkara. Hahaha

Ouhh, sambungan kepada tajuk kat atas - Akhirnya, awak akan pergi jua tinggalkan saya selama sebulan! Mih..mih...mih... Sebulan jew! Lebih kurang...tolak tambah bahagi darab dalam 4 minggu. 

Seperti dalam cerita sebelum ni, yang aku duk risau-risau pasal Shafiq nak kena kursus berapa lama tu, akhirnya dah pasti kursus sebulan jer. Masuk 23hb Februari, habis 28 Mac. Dia dapat surat lapor diri kursus asas Imigresen tersebut di PD hujung Januari hari tu. Sehingga ke hari ini sibuk menyiapkan segala keperluan, dalam masa yang sama uruskan hal borang nikah side dia. Haha bukan senang, dengan persiapan kursusnye dengan nak kawinnye. Tempuh hujan lebat, berteduh bawah jambatan, sampai kat masjid ustaz pulak takde. Esok pulak continue. Syabas kerana tidak berputus asa. Hahaha! Alhamdulillah, borang nikah dah lengkap, tinggal nak submit ke JAIS je lagi. Harap dipermudahkan dan selesai sebelum dia lapor diri 23hb ni. Dia dah buat HIV test, aku je belom, tak dapat la buat sesama sebab masa tak mengizinkan. Aku ingat next week baru nak buat. Pegi sorang-sorang tapi still mengharap dia selit-selit masa temankan kejap. Aku takut jarum:'( Nanti Isnin depan pegi hantar dia masuk kursus...jangan cengeng please! (pesan kat diri sendiri) Hahaha

Kesian si botak nih, sampai nak demam-demam kepenatan. Harap bertabah lah yer! Hahaha



Nota kaki : Dia nak pergi kursus nih, aku ada beberapa pesanan penaja untuk dia. Nantilah next entry cite. Ingat balik, gelak sensorang k! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...