Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Selasa, 16 Jun 2015

Hari Lahir

Hi & Assalammualaikum...

12 Jun, Jumaat lepas hari lahir aku yang ke tuuuuuuttt! Hahaha! nak rahsia pulak. Ahaks! Alhamdulillah, bertambah lagi setahun umurku, masih diberi peluang menumpang di muka bumi ini... Syukur padamu Ya Allah. 

Kali ni celebrate dengan status baru. Hikhikhik. Husband memula tu tengok relax je. Dah nak masuk tido, aku naik atas dulu. Tetiba je pukul 12:00 tengah malam tu, sepraissssass! Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu.... bunyi lagu dari henfon! Cisss ingat dia nak nyanyi sendiri. Hahahaha! Tak expect pon sebab husband cakap celebrate kena postpone. Aku kat bilik sebelah cari baju keje, kuar nampak dia berdiri kat tangga dengan kek sepotong & lilin sebatang. Eh?? Hahaha! Pastu dah tiup-tiup lilin, turun bawah balik ambik sudu nak makan kek. Haaa! tengok berasap dapur. Hahaha! Adoi! dia lupa tutup api lepas nyalakan lilin. Alahai suami, nasib tak lama-lama kat atas. Hahahaha 

Esoknya Jumaat keje, ade pulak sambutan bulanan by LBS Club. Potong kek ramai-ramai. Yeayyy! Then malam ditinggalkan. Husband pi dinner bos dia dekat Klang. Sob...sob :'( 

Alhamdulillah... dengan usia sekarang, apa yang aku dah capai, bersyukur sangat. Keje dah stabil, belajar dapat sambung lagi ke peringkat seterusnya, pastu dah jadi isteri oghang. Hiks! Pasni nak baby pulak, nak beli rumah, nak pegi Mekah...Semoga semuanya dipermudahkan. Amin. 

Kek sepotong cenonet & lilin sebatang:P

June babies birthday celebration! Babies sahngatt! Ouhh celebrate fathers day too!
Thanks LBS Sport Club, dapat towel set sorang satu, as birthday gift 








Selasa, 9 Jun 2015

#ShafiqReen ~ Merisik ~ Hantaran & Outdoor


Hye & Assalammualaikum,

Kite sambung cerita....hari tu entry merisik yang part 1 tu macam panjang sangat. So, sambung sini lah. Actually masa that day, kitaorang dah sepakat tak nak buat hantaran beria. Setakat bawak cincin je. Tapi mak-mak, makcik-makcik cakap tak boleh, at least kena bawak 2-3 dulang so kitaorang pun ikutlah. Dari satu dua dulang jadi berdulang-dulang. Hahaha! Orang nak bagi, kita ambik....kehkehkeh. Kat kampung plak biasalah, kalau dengar nak tunang ke ape ke mesti dorang sedekah sorang 1 dulang. Mak pulak ramai kengkawannya, so aku rasa Shafiq bawak balik hari tu lebih dari 10 dulang. Yang bunga biru tu dari Shafiq bagi aku, yang dulang aku bagi ke dia takde gambar sangat :( Huhuhu!


Cincin untuk kiter

Cekelat




Cup cake ni aku tempahkan dekat Tepeng je. Kalau Shafiq nak bawak dari KL ke Tepeng mau hancus kek itew di tengah jalan. Haha


Ni pon sama kek tempah dekat Ipoh Bakery. Sedappppp!


Ha yang pink-pink ni dulang dari side aku ke Shafiq. Tu biskut strawberi. Aku tak ingat sape bagi. Banyak sangat. Dan sedihnya aku tak sempat balas papepun, ucapan terima kasih je mampu. Wuwuwu!





Tu semua sebahagian dulang dari side aku....

Sirih junjung fuhhh kemain cam menara. Hahahah! Tu mak dengan kawan dia buat!


Dengan Lala jelita, Makwe & Pakwe:)



Haaa...pas majlis tamat, kitaorang pegi photoshoot dekat Taman Tasik Taiping. Over khen! Hahaha tak kira, nak jugak. Tengok, at least ade jugak gambar kat sini lepas kejadian photoshoot sebenar tak dapat dilakukan...walao takde gambar lambung-lambung suma tu. Wuwuwu! Nanti cite kenapa kejadian photoshoot sebenar tak dapat dilakukan masa entry wedding nanti...  



Gambar sopan-sopan gitu! Hahaha




Cantik kan Taman Tasik nih. Nampak tasik takde air tu, agak kering sebab masa nih musim kemarau. Tasik ade air sikit je!







Kalau dia yang jadi photographernye memang penat akak! Huh


~TAMAT~ 



Kedai kek : Ipoh Bakery (05-807 3354)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...