Memaparkan catatan dengan label Bercuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bercuti. Papar semua catatan

Rabu, 10 Disember 2014

Cuti & Kenduri - kendara

As Salam,

Hai..Hai.. Hari ni last keje, esok cuti sampai Isnin depan. Yihaaa! Yes, sungguh excited di situ. Pagi tadi call mak pun terasa keterujaan dan ketidaksabaran untuk bercuti dan balik kampung. Lama dah tak balik, sejak semester baru start memang ni la baru dapat balik. Sebenonya cuti pon dah takde. Tinggal 2-3 hari campur weekend. 2-3 hari tu memang simpan untuk ini la, sebabnya adik debab nak kawin. Kenduri beso Ahad ni kat rumah teman nanti. 

Wahhh best time kenduri nih sebab dapat berkumpul ramai-ramai ngan sedara mara. Tapi tu la, get ready la untuk berpeluh ketiak dan diarah buat itu dan ini. Huhuhu!

Nampaknya esok teman balik sensorang. Angah debab balik Jumaat. Shafiq pon balik Jumaat jugak. Adoi, sedikit sebanyak cuak jugak nih sebab dah lama tak drive sensorang. Selepas kejadian kereta overhaul kat tengah-tengah highway masa kat Tapah dulu tu gerun sket la.  Harap-harap semuanya ok, teman sampai ke Tepeng dengan selamat hendaknya. Tak sabar nak balik, nak buli anak buah dua orang kat kampung! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...