Assalammualaikum
Still in raya mood so Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin everyone. Weekend ni mesti penuh jemputan open house kan kan. Hehehe! Kita baru dapat 1 jemputan. Hiks! Rumah sendiri bila nak open house. Hehehe! Sentiasa open jer, jemputla kalau nak beraya:)
Ok cerita raya weols.... Sepatutnya tahun ni adalah giliran kami beraya di Taiping setelah tahun lepas raya kat KL sebab pengantin baru, sebab lagi kena la raya side husband dulu di tahun pertama bergelar suami isteri. Kite ok jer.
Tetapiiiiii...tahun ni KL lagi. Sob...sob...sob... Ape nak buat, tuntutan keje suami yang buat begitu:( Ikut kepala sendiri nak je balik Taiping nanti husband meyusul la tapi mak tak bagi. Mak cakap kat mana suami kat situ isteri kena ada. Mak kata mesti la baba Iris nak raya dengan Iris kalau Iris balik kampung dulu mau nangis baba dia di pagi raya. Habis tu, mama dia ni tak nangis la. Huhuhu! Nangis dalam hati je mampu. Mak selalu camtu. Nape ntah asyik sebelahkan menantu dia je. Huhuhu! Then ape nak buat, sebagai seorang isteri dan anak yang taat maka aku pon pasrah la beraya sekali lagi di KL. *matakeatastangandidada*
Pagi raya, husband pegi solat raya balik siap-siapkan Iris sama-sama. Lepas tu boleh Iris menyusu then tido balik. Hahaha! Baru nak ambik gambar family kecik cenonet kami. Hahahaha! Makanya pagi tu mama & baba Iris je la bergambar. Baba Iris pun agak rushing nak masuk keje. Lepas makan baba Iris pegi keje. Tinggal la mama dengan Iris. Sunyi sikit pagi tu sebab Maksu & Wan pun keluar beraya ke rumah mertua dulu. Yang ada opah dan atuk Iris. Baba Iris balik pukul 3 petang nanti.
Petang tu agak meriah bila ramai dah balik & datang beraya. Iris buat perangai tau, asal keluar je ke depan dia nangis. Pantang orang pegang dia nangis. Aku dah risau anak aku ni peghak tengok orang ramai-ramai. Hahahaha! Bila masuk bilik boleh pulak dia diam menyusu siap sengih-sengih lagi. Sampai hati dia tak bagi mama dia bersosial. Mama dah pakai cantik-cantik baju raya nak beraya tau:(
Malam tu pun sama, nak ke rumah Mak Jang dekat je, dia tido pulak. Actually petang tadi dah pegi tapi tak sempat makan, dia nangis then balik. Sempat sembang-sembang je. Hahaha! Malam nak pegi jugak, nak makan bakso sedap mak jang tapi Iris tido. Hmm... last-last atuk Iris la jaga kejap. Hahaha! Tengah makan atuk call bagitau Iris dah terjaga sebab terkejut bunyi mercun. Hahaha! Balik ambik dia pastu sambung makan, tok ngah Iris tolong pegangkan. Makan-makan, sembang-sembang balik. Iris walau nangis-nangis bad mood, duit raya tetap nak. Haha! Tipu, orang bagi ke mama dia je. "Nah, ni untuk Iris..." :D
Begitulah cerita raya pertama kami. Husband nak masuk keje balik pukul 11 malam tu sampai pukul 7 pagi esoknya. Lepas tu la baru kami bercadang nak balik Taiping. Malam tu Iris Zzzz nyenyak, penat beraya katakan. Hahaha!
Memaparkan catatan dengan label Shafiqreen1515. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shafiqreen1515. Papar semua catatan
Sabtu, 16 Julai 2016
Rabu, 1 Julai 2015
ShafiqReen1515 Wedding - Sanding 2 May 2015
Assalammualaikum...
02/05/2015... Akhirnya.... gabra betul bila fikir cane nak duduk diam-diam kat atas pelamin dan sepanjang masa tersenyum je. Hahaha
Bangun awal pagi, sempat lari pegi pasar beli breakfast. Lepas breakfast setting backdrop kat photobooth jap. Pastu baru aku mandi dan ready nak make up. Nak pegi bersiap dan mekap kat rumah homestay family Shafiq. Actually nak mekap kat rumah tapi bila fikir-fikir balik nt kat rumah ade majlis tahlil, takut nanti MUA tu nk masuk tak leh. Nak kena pusing jauh-jauh kan. So, cakap ngan mak nak mekap kat rumah homestay. Mak bagi greenlight, pukul 9 pagi aku pegi sana. Janji ngan MUA dalam 9:30 pagi. Mr. Photog suruh awal sket sebab dia nak shoot after mekap tu. Macam biasa, aku takkan dapat nk tepat-tepat masa tu. Ade je keje nak buat. Hehehe! Last-last suh MUA datang kol 10:45 ke 11. Dah mekap semua, cuaca gelap kat luar! Alamak... tragis. Hujannnnnn...
Berarak la sangat, hujan sampai ke petang uolss! Ade orang ngusik aku, pengantin makan dalam periuk la nih. Hmm... entah, ade ke? Rasanya takde la, takde pelahap buruk perangai sangat sampai nak makan dalam periuk. Hahahaha
Sedih memang sedih, tapi acane?? Kita hanya merancang. Terima je la. Hukhukhuk!
No outdoor photoshoot. Dulu-dulu duk berangan (yang masa tu belum tau lagi ntah bila nak kahwin) wedding photoshoot aku mesti nak kat Taman Tasik Taiping. Akhirnya punah weh angan-angan tu. Hahahaha! Jadinya banyak gambo masa kat bilik, kat pelamin ajela:'(
Untuk servis pelamin dan baju aku guna kan servis ZK Bridal Collection. Dj pun pakej sekali. Dj kemain tau, ramai betul orang suka. Dj serba boleh, menyanyi lagu Ziana Zain pon terror. Baju yang kitaorang pakai bukan baju baru, kitaorang orang kedua yang pakai. Masa pegi kedai nampak design baju tu terus berkenan. First customer yang nak pakai baju tu pun belum pakai lagi. Shafiq pon setuju, aku terus cakap nak pakai baju tu. Walau bukan baju baru tapi size dia terletak je. Dia alter ikut size kitaorang. Betul-betul alter, bukan main pin aje. Overall puas hati dengan baju dan pelamin.
Photorgrapher, Rosli Bidin Photography. OP untuk semua majlis kitaorang (nikah, sanding & bertandang) Dorang ni kawan Shafiq. Aku malu nak posing-posing, serius nampak keras, kaku dan kayu. Tapi, dorang ayat pujuk..."reen, model pon dorang mula-mula kayu, dorang belajar jugak" Hahaha! so kayu pon kayu lah. Redah je. Keje dengan dorang best, peramah dorang ni. Dorang la agaknya pening kepala kot layan kerenah Shafiq, mentang-mentang dia pun photographer banyak songeh dia... nak macam tu, macam ni. Huhuhuhu
Kawan-kawan dari KL pun ade datang hari tu. Nampak je muka dorang yang datang, happy tau iols! Sangat menghargai...jauh korang datang, dengan menempuh jem nye lagi. Harap-harap layanan memuaskan hati dan makanan mengenyangkan perut.
Okeh, tak larat nak membebel dah. Biar gambar pulak yang berbicara. By the way, gambar tak dapat lagi. Yang gambar-gambar ni kebanyakkannya dari go pro Aiman dan 3-4 keping dari OP sendiri.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Official Photographer : (FB)Rosli Bidin Photography, (Instagram) roslibidinphotography
Pelamin, Baju, DJ & Makan Beradap : ZK Bridal Collection
Khamis, 18 Jun 2015
Shafiqreen1515 Wedding - Akad Nikah 1 May 2015
Assalammualaikum...
Kembali ke halaman rindu. Eh...tiba!
Mkayyy, rasa dah ade mood dah nak tulis pasal wedding. Nak mula dulu dengan hari nikah. Tak ingat sebelum ni ade tulis atau tak rancangan tempat nikah dekat surau taman perumahan aku. Cadangnya pukul 3 petang hari Jumaat, 1hb Mei 2015. Dua minggu sebelum harinya, aku whatsapp kadi untuk remind dia. Masa tu la aku dapat berita tak berapa nak best, kadi tu mintak untuk aku nikah di masjid bersama-sama 4 pasangan lain. So, total semua 5 pasangan. Aku hampa gila masa tu. Bagitau mak, mak kata takpela, nak buat macamana. Huhuhuhu. Aku tak bagi jawapan terus, seminggu lepas tu baru aku cakap OK. Nak buat cane, ustaz tu cakap kesian kat dia, ada sebelas pasangan yang dia nak nikahkan hari tu. Date cantik punya pasal la ni:( Aku memang langsung tak perasan date tu. Date tu ayah Shafiq yang pilih. Dah dekat-dekat hari majlis aku baru terperasan date cantik tu. Siap cakap kat Shafiq, "Eh date kita nikah nih cantik la...1515. Dia jawab..."Laa, memangla, awak tak tau ke" Hahaha! aku memang blur. So, rentetan dari date tulah terhasilnya #shafiqreen1515. Hiks!
Disebalik date yang cantik tu banyak kisahnyanye. Kisahnya sebab cuti hujung minggu yang panjang. Jumaat tu cuti hari buruh, Sabtu dan Ahad bersambung plak ke Isnin sempena ganti Ahad hari Wesak. So dah cuti panjang, paham-paham la highway cane. Huhuhu! Shafiq gerak ke Taiping hari Khamis, aku hari Isnin lagi dah balik. Ada sedara mara yang gerak hari Jumaat. Termasuklah photographer dengan MUA yang diimport dari KL dan juga barang hantaran yang disiapkan oleh sepupu Shafiq. Dorang target untuk sampai Taiping dalam pukul 10 pagi, gerak dari KL lepas Subuh camtu. Malam Jumaat tu aku dah dengar dah laporan duk cakap highway dah start jammed. Esoknye, dalam pukul 10 MUA mesej dia cakap tak dapat sampai cepat sebab jalan sesak sangat. Aku pasrah je, tapi aku yakin dia akan sampai dan sempat buat kerja dia. Photgrapher berdua kawan Shafiq, itu aku serahkan kat Shafiq. Takde risau sangat pasal tu. Cuma kesian la kat dorang 6-8 jam weh atas jalan. Biasa KL - Taiping, paling lama pun 3 jam je.
Akhirnya, MUA sampai pukul 1:40 camtu, sempat aku Zohor semua then dia start buat keje dia. Photographer pun Shafiq bagitau dah sampai, lepas dorang solat Jumaat baru datang kat rumah, start ambik gambar. Masa tu aku dah tak boleh fikir pape dah. Aku punya la nervous sampai pakai tudung pon tangan mengeletar. Nasib MUA tolong pakaikan! Hahahaha Sebelum ni orang tanya aku cakap tak rasa pape, ok je. Bila sampai masa dia, haaa! kelu wey, aku senyum pon bibir bergetar. Mesti photog tu cakap apelah dia ni, reti senyum ke dak. Bhahahha!
Lepas mekap 2:45 camtu terus nak gerak ke Masjid. Awal-awal pagi ustaz dah whatsapp bagitau nikah 3 tepat. Haa stress! Sampai masjid, dah ramai orang kot, kata 5 pasangan kan. Huhuhu. Masuk dalam masjid, aku dengar nama Shafiq dah dipanggil. Dia mana?? Tak muncul lagi. Hahaha! Kitaorang ingat, sape sampai dulu dia nikahkan, lepas dah habis boleh balik la. Rupanya dia panggil kelima-lima pasangan duduk kat depan, pastu dia nikahkan satu-satu. Lagi la aku berdebar, Shafiq aku tak tau la camane dia punya debar pulak. Huhuhuhu
Kitaorang pasangan yang pertama sekali. Majlis dah mula, sebelum nikah kena sign serah wali, sebelum tu pengantin perempuan kena baca lafaz serah tu. Wali aku, adik lelaki, abangcik. Kali kedua dia jadi wali. Masa baca lafaz serah tu aku sebak bila sebut part nama wali, sampai terhenti kejap. Tak sangka ini yang aku lalui... Ingat arwah abah akan ada untuk jadi wali kami semua, tengok kami kahwin, tengok cucu membesar...tapi perancangan DIA sebaliknya. Al-Fatihah untuk arwah abah.
Dah lepas aku sign surat serah wali tu giliran abangcik plak untuk baca serah akad tu pada kadi. Then baru kadi start nikahkan. Aku duduk belakang Shafiq, aku boleh nampak dia punya berdebar macam mana. Lain pulak nampak dia masa tu. Yelah sebelum ni dia kan asyik buat lawak je, gelak memanjang. Masa tu aku nampak muka pucat kot. Hahaha!
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, selamat semuanya. Dia kena bahan dengan tok kadi sebenarnya, yelah dia pi goncang tangan tok kadi jugak tu kenapa. Hahahaha! Tok kadi pun boleh tahan lawak. Semua pakat duk gelak je.
Lepas upacara akad nikah (lepas kelima-lima pasangan selesai) kami balik ke rumah. Ada jamuan sikit dan upacara membatalkan air sembahyang. Petang sikit kami pegi ambik gambar kat outdoor. Venue dia, kilang arang kat Port Weld. Cadangnya hari ni outdoor kat sini esok lepas sanding kat Taman Tasik Taiping.
Masa on the way ke venue nak photoshoot tu aku tanya la kat Shafiq apesal nampak berdebar kemain, sampai pucat. Hahaha! Mau tak, dia cakap semua mata pandang kat dia kot. Bukan sedara mara je, orang yang tak kenal pon ada. Hihihihi!
![]() |
| Alhamdulillah, selamat dah! Hahaha Nampak tak Alya...dia je yang setia duduk kat sebelah, tolong Mak Long dia kurangkan nebes. |
*Gambar-gambar adalah sumbangan dari keluarga dan sedara mara, selain dari photog. Handphone sendiri tak tau kemana pada hari kejadian*
Isnin, 4 Mei 2015
I'm Back....
Kenapa yer lama tak update? Hahaha! sampai lupa password nih....
Lama tak hupdate sebab sibuk. Ntah apa yang disibukkan pon sendiri kurang pasti. Huhuhu
Hari ni tetiba rindu nak jenguk blog, menaip di handphone sambil temankan suami bershisha. Eh suami?? Hiks! Baru lagi sangat bergelar isteri nih, baru 3 hari. Hahaha:D Alhamdulillah, selamat sudah. Nak cite pasal kawin maybe kemudian, kena bercerita panjang berjela dan kena tunggu gambo dulu. Baru semangat nak menaip kan. So buat masa nih belanja satu gambar je dulu seperti di bawah. (Nih hupdate macam nak bagitau dah kahwin semata je kan) Sebelum orang lain cakap camtu, baik sedor diri dulu. Hahahaha! Alaaa, nih macam mukadimah je dulu sebelum kembali rajin menghupdate blog:D
![]() |
Labels:
Blogging,
Cerita Kahwin,
Cerita Kita,
Shafiqreen1515
Langgan:
Catatan (Atom)























