Memaparkan catatan dengan label Taiping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taiping. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Julai 2016

Raya 2016, raya di KL lagi...

Assalammualaikum Still in raya mood so Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin everyone. Weekend ni mesti penuh jemputan open house kan kan. Hehehe! Kita baru dapat 1 jemputan. Hiks! Rumah sendiri bila nak open house. Hehehe! Sentiasa open jer, jemputla kalau nak beraya:) Ok cerita raya weols.... Sepatutnya tahun ni adalah giliran kami beraya di Taiping setelah tahun lepas raya kat KL sebab pengantin baru, sebab lagi kena la raya side husband dulu di tahun pertama bergelar suami isteri. Kite ok jer. Tetapiiiiii...tahun ni KL lagi. Sob...sob...sob... Ape nak buat, tuntutan keje suami yang buat begitu:( Ikut kepala sendiri nak je balik Taiping nanti husband meyusul la tapi mak tak bagi. Mak cakap kat mana suami kat situ isteri kena ada. Mak kata mesti la baba Iris nak raya dengan Iris kalau Iris balik kampung dulu mau nangis baba dia di pagi raya. Habis tu, mama dia ni tak nangis la. Huhuhu! Nangis dalam hati je mampu. Mak selalu camtu. Nape ntah asyik sebelahkan menantu dia je. Huhuhu! Then ape nak buat, sebagai seorang isteri dan anak yang taat maka aku pon pasrah la beraya sekali lagi di KL. *matakeatastangandidada* Pagi raya, husband pegi solat raya balik siap-siapkan Iris sama-sama. Lepas tu boleh Iris menyusu then tido balik. Hahaha! Baru nak ambik gambar family kecik cenonet kami. Hahahaha! Makanya pagi tu mama & baba Iris je la bergambar. Baba Iris pun agak rushing nak masuk keje. Lepas makan baba Iris pegi keje. Tinggal la mama dengan Iris. Sunyi sikit pagi tu sebab Maksu & Wan pun keluar beraya ke rumah mertua dulu. Yang ada opah dan atuk Iris. Baba Iris balik pukul 3 petang nanti. Petang tu agak meriah bila ramai dah balik & datang beraya. Iris buat perangai tau, asal keluar je ke depan dia nangis. Pantang orang pegang dia nangis. Aku dah risau anak aku ni peghak tengok orang ramai-ramai. Hahahaha! Bila masuk bilik boleh pulak dia diam menyusu siap sengih-sengih lagi. Sampai hati dia tak bagi mama dia bersosial. Mama dah pakai cantik-cantik baju raya nak beraya tau:( Malam tu pun sama, nak ke rumah Mak Jang dekat je, dia tido pulak. Actually petang tadi dah pegi tapi tak sempat makan, dia nangis then balik. Sempat sembang-sembang je. Hahaha! Malam nak pegi jugak, nak makan bakso sedap mak jang tapi Iris tido. Hmm... last-last atuk Iris la jaga kejap. Hahaha! Tengah makan atuk call bagitau Iris dah terjaga sebab terkejut bunyi mercun. Hahaha! Balik ambik dia pastu sambung makan, tok ngah Iris tolong pegangkan. Makan-makan, sembang-sembang balik. Iris walau nangis-nangis bad mood, duit raya tetap nak. Haha! Tipu, orang bagi ke mama dia je. "Nah, ni untuk Iris..." :D Begitulah cerita raya pertama kami. Husband nak masuk keje balik pukul 11 malam tu sampai pukul 7 pagi esoknya. Lepas tu la baru kami bercadang nak balik Taiping. Malam tu Iris Zzzz nyenyak, penat beraya katakan. Hahaha!


 

 

Khamis, 18 Jun 2015

Shafiqreen1515 Wedding - Akad Nikah 1 May 2015

Assalammualaikum...

Kembali ke halaman rindu. Eh...tiba!

Mkayyy, rasa dah ade mood dah nak tulis pasal wedding. Nak mula dulu dengan hari nikah. Tak ingat sebelum ni ade tulis atau tak rancangan tempat nikah dekat surau taman perumahan aku. Cadangnya pukul 3 petang hari Jumaat, 1hb Mei 2015. Dua minggu sebelum harinya, aku whatsapp kadi untuk remind dia. Masa tu la aku dapat berita tak berapa nak best, kadi tu mintak untuk aku nikah di masjid bersama-sama 4 pasangan lain. So, total semua 5 pasangan. Aku hampa gila masa tu. Bagitau mak, mak kata takpela, nak buat macamana. Huhuhuhu. Aku tak bagi jawapan terus, seminggu lepas tu baru aku cakap OK. Nak buat cane, ustaz tu cakap kesian kat dia, ada sebelas pasangan yang dia nak nikahkan hari tu. Date cantik punya pasal la ni:( Aku memang langsung tak perasan date tu. Date tu ayah Shafiq yang pilih. Dah dekat-dekat hari majlis aku baru terperasan date cantik tu. Siap cakap kat Shafiq, "Eh date kita nikah nih cantik la...1515. Dia jawab..."Laa, memangla, awak tak tau ke" Hahaha! aku memang blur. So, rentetan dari date tulah terhasilnya #shafiqreen1515. Hiks! 

Disebalik date yang cantik tu banyak kisahnyanye. Kisahnya sebab cuti hujung minggu yang panjang. Jumaat tu cuti hari buruh, Sabtu dan Ahad bersambung plak ke Isnin sempena ganti Ahad hari Wesak. So dah cuti panjang, paham-paham la highway cane. Huhuhu! Shafiq gerak ke Taiping hari Khamis, aku hari Isnin lagi dah balik. Ada sedara mara yang gerak hari Jumaat. Termasuklah photographer dengan MUA yang diimport dari KL dan juga barang hantaran yang disiapkan oleh sepupu Shafiq. Dorang target untuk sampai Taiping dalam pukul 10 pagi, gerak dari KL lepas Subuh camtu. Malam Jumaat tu aku dah dengar dah laporan duk cakap highway dah start jammed. Esoknye, dalam pukul 10 MUA mesej dia cakap tak dapat sampai cepat sebab jalan sesak sangat. Aku pasrah je, tapi aku yakin dia akan sampai dan sempat buat kerja dia. Photgrapher berdua  kawan Shafiq, itu aku serahkan kat Shafiq. Takde risau sangat pasal tu. Cuma kesian la kat dorang 6-8 jam weh atas jalan. Biasa KL - Taiping, paling lama pun 3 jam je. 

Akhirnya, MUA sampai pukul 1:40 camtu, sempat aku Zohor semua then dia start buat keje dia. Photographer pun Shafiq bagitau dah sampai, lepas dorang solat Jumaat baru datang kat rumah, start ambik gambar. Masa tu aku dah tak boleh fikir pape dah. Aku punya la nervous sampai pakai tudung pon tangan mengeletar. Nasib MUA tolong pakaikan! Hahahaha Sebelum ni orang tanya aku cakap tak rasa pape, ok je. Bila sampai masa dia, haaa! kelu wey, aku senyum pon bibir bergetar. Mesti photog tu cakap apelah dia ni, reti senyum ke dak. Bhahahha! 

Lepas mekap 2:45 camtu terus nak gerak ke Masjid. Awal-awal pagi ustaz dah whatsapp bagitau nikah 3 tepat. Haa stress! Sampai masjid, dah ramai orang kot, kata 5 pasangan kan. Huhuhu. Masuk dalam masjid, aku dengar nama Shafiq dah dipanggil. Dia mana?? Tak muncul lagi. Hahaha! Kitaorang ingat, sape sampai dulu dia nikahkan, lepas dah habis boleh balik la. Rupanya dia panggil kelima-lima pasangan duduk kat depan, pastu dia nikahkan satu-satu. Lagi la aku berdebar, Shafiq aku tak tau la camane dia punya debar pulak. Huhuhuhu

Kitaorang pasangan yang pertama sekali. Majlis dah mula, sebelum nikah kena sign serah wali, sebelum tu pengantin perempuan kena baca lafaz serah tu. Wali aku, adik lelaki, abangcik. Kali kedua dia jadi wali. Masa baca lafaz serah tu aku sebak bila sebut part nama wali, sampai terhenti kejap. Tak sangka ini yang aku lalui... Ingat arwah abah akan ada untuk jadi wali kami semua, tengok kami kahwin, tengok cucu membesar...tapi perancangan DIA sebaliknya. Al-Fatihah untuk arwah abah. 

Dah lepas aku sign surat serah wali tu giliran abangcik plak untuk baca serah akad tu pada kadi. Then baru kadi start nikahkan. Aku duduk belakang Shafiq, aku boleh nampak dia punya berdebar macam mana. Lain pulak nampak dia masa tu. Yelah sebelum ni dia kan asyik buat lawak je, gelak memanjang. Masa tu aku nampak muka pucat kot. Hahaha! 

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, selamat semuanya. Dia kena bahan dengan tok kadi sebenarnya, yelah dia pi goncang tangan tok kadi jugak tu kenapa. Hahahaha! Tok kadi pun boleh tahan lawak. Semua pakat duk gelak je.

Lepas upacara akad nikah (lepas kelima-lima pasangan selesai) kami balik ke rumah. Ada jamuan sikit dan upacara membatalkan air sembahyang. Petang sikit kami pegi ambik gambar kat outdoor. Venue dia, kilang arang kat Port Weld. Cadangnya hari ni outdoor kat sini esok lepas sanding kat Taman Tasik Taiping. 

Masa on the way ke venue nak photoshoot tu aku tanya la kat Shafiq apesal nampak berdebar kemain, sampai pucat. Hahaha! Mau tak, dia cakap semua mata pandang kat dia kot. Bukan sedara mara je, orang yang tak kenal pon ada. Hihihihi!


Bulat mata apesal tu? Hahahaha
Ramai umat kat belakang, depan mana pengantin tak cuak!


Masa tengok gambar ni, ada orang cakap, weyyyy ko kahwin sekali dua ke ape?! Bhahahaha 



Wali ku, Abangcik


Penyerahan wali kepada jurunikah

Alhamdulillah, selamat dah! Hahaha Nampak tak Alya...dia je yang setia duduk kat sebelah, tolong Mak Long dia kurangkan nebes.

Family in law





Ape jeling - jeling :P

Selfie ciked!

















*Gambar-gambar adalah sumbangan dari keluarga dan sedara mara, selain dari photog. Handphone sendiri tak tau kemana pada hari kejadian*



Official Photographer : (FB)Rosli Bidin Photography, (Instagram) roslibidinphotography

MUA : Fazs.Faozi / +6013 394 4088

Solemnization Outfit : Abim Hassan / 018-225 8955

Rabu, 10 Disember 2014

Cuti & Kenduri - kendara

As Salam,

Hai..Hai.. Hari ni last keje, esok cuti sampai Isnin depan. Yihaaa! Yes, sungguh excited di situ. Pagi tadi call mak pun terasa keterujaan dan ketidaksabaran untuk bercuti dan balik kampung. Lama dah tak balik, sejak semester baru start memang ni la baru dapat balik. Sebenonya cuti pon dah takde. Tinggal 2-3 hari campur weekend. 2-3 hari tu memang simpan untuk ini la, sebabnya adik debab nak kawin. Kenduri beso Ahad ni kat rumah teman nanti. 

Wahhh best time kenduri nih sebab dapat berkumpul ramai-ramai ngan sedara mara. Tapi tu la, get ready la untuk berpeluh ketiak dan diarah buat itu dan ini. Huhuhu!

Nampaknya esok teman balik sensorang. Angah debab balik Jumaat. Shafiq pon balik Jumaat jugak. Adoi, sedikit sebanyak cuak jugak nih sebab dah lama tak drive sensorang. Selepas kejadian kereta overhaul kat tengah-tengah highway masa kat Tapah dulu tu gerun sket la.  Harap-harap semuanya ok, teman sampai ke Tepeng dengan selamat hendaknya. Tak sabar nak balik, nak buli anak buah dua orang kat kampung! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...