Memaparkan catatan dengan label Final Exam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Final Exam. Papar semua catatan

Rabu, 17 Disember 2014

Final Exam is Coming!

As Salam.

Hai sape yang nak periksa macam kita jugak, angkat tangan. Hehehe student-student UiTM semestinya kan. Demam exam dah terasa, ke korang tak rasa lagi macam aku? Hahaha! 
Semester ni, aku ade 3 paper final. 1st paper 5hb Januari depan. Uishhh! tak lama dah tu. Aku ada hutang banyak test lagi sebab Ahad lepas tak pegi kelas sebab kenduri adik kat kampung. Haa gitu panjang lebar penerangan. 

3 test & 1 assignment lagi. Ayokk! Yang 3 test tu tengah nego ngan lecturer nih, pilih tarikh nak buat test:'( 

Antara ketiga-tiga subjek nak final ni nanti aku cuak betul dengan subjek HRM. Soalan test biasa kat kelas punya susah tahap keluar air mata, cane la final punya soklan. Ok...bayangkan.... huhuhuhu! 

Sape ade experience musim-musim exam ni korang study kat library sampai 1-2 pagi? Aku pernah masa buat diploma last year dengan kengkawan. Ramai kat library tu, dan rasa ade yang stay lagi lewat dari tu. Best jugak! Semester lepas pun ade, tapi dengan tunang. Tapi, aku study dia zZzzZ memula tu. Hahaha! Pastu ajak kawan lagi sorang then study sama-sama baru dia tak tido. Sorry awak! terkantoikan pulak:P

So girls & guys! Sesape yang same-same nak periksa tu...wish you all the best & good luck. Jangan meniru, nanti kantoi. Hikhikhik:D   

5hb tu kalau tak silap sekolah pun baru start. Risau kalau bos tak bagi cuti. Kalau yang lepas-lepas, hari 1st day start sekolah stafft yang ade anak sekolah je boleh cuti. Huhuhu! 













Khamis, 4 Oktober 2012

Mood Exam....

Assalammualaikum. Waaa! Nervous nih nervous:/ Esok start paper CSC, Selasa minggu depan pulak paper BM. Ya Allah, agak tekanan di sini ye, pabila memikirkan nak mantain DL mcm last sem. Macam takde harapan (menangis dalam hati) bila tengok beberapa carry mark yg mcm nyawa-nyawa ikan tu. Sabar je la...

Walaupun dua paper je final kali ni tapi dua-dua subjek punyalah banyak nak kena baca dan hafal. BM tu nampak je senang sebab orang melayu kan, tapi buatnya kena tulis teks ucapan lebih 300 patah perkataan mau lenguh tangan dan berpeluh nak kerah idea. Hahaha!

Hari ni last keje sebelum bercuti sehingga Selasa depan. Selalu terjadi bila nak exam or start sem baru mesti ada benda nak kejar dateline. Nih sekarang nak kejar submit project baru, pastu yg aku plak nak cuti. Pening teman memikiorkannya....Apepon, itulah cabarannyakan! Kata kau sukakan cabaran hoi, jgn nak merungut please... Hikhikhik

Baiklah, dengan ini saya merasmikan majlis ini dan... ok, terbawak-bawak dah ucapan YB nak rasmi majlis. Praktis karangan BM nih. Hakhakhak! ,
Okeh2, sebenarnya nak ucapkan selamat berjaya kepada semua, classmate...kalau ada yg terbaca nih, aku tau ade yg stalk nih. Hehe:P Kepada teman2 pengikut di sini, kalau ada yg sedang menempuh final exam juga...marilah kita bertawakal setelah seluruh usaha dicurahkan. Semoga kita beroleh ketenangan, kemudahan masa jawab soalan nanti. Selamat berjaya semua!

Ta ta ta!



Anggota kumpulan projek mandarin untuk sem ini. Yeay!!! kami ada anggota baru. Hiks ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...