Memaparkan catatan dengan label Balik Kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Balik Kampung. Papar semua catatan

Rabu, 29 Julai 2015

Hari Raya 2015

Hi & As Salam,

Masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin semua. Cane raya korang? 

Ade ramai kawan-kawan yang raya dengan status baru eh tahun ni. Tak kisahlah raya berdua dengan suami or bertiga dengan baby. Hehehe! Macam kite pun tahun ni pertama kalinya raya pertama tak beraya dengan family. Tapi raya dengan family baru, family in law dekat Selayang. Hehehe

Baju tema sedondon dengan suami. Gituuu! Hahaha! Last year, teringat suami ade post (masa tu bakal suami) kat instagram gambar aku ngan dia. Dia cantum kat pic stich, caption lebih kurang bunyi dia..."Tahun depan beraya bersama ye, tahun ini edit kasi cantum" Hahahah! Alhamdulillah, tercapai hajat dia. Kehkehkeh:D

Masa raya pertama tak kemana. Tunggu tetamu datang beraya pastu beraya dekat rumah pakcik makcik suami dekat-dekat situ jugak. Aku masak laksa, suami yang request. Malam raya masak kuah then bawak pegi rumah mertua. Esok pagi-pagi baru celur laksa. Kawan-kawan suami pun datang beraya jugak. 

Raya kedua pergi beraya ke Sg. Tengi, malam aku dah flat, sakit kepala. Masa siang tu panas terik, petang hujan lebat kemain sampai ke malam. Suami je pegi beraya rumah Mak Su malam tu. Aku tinggal rumah dengan mama mertuaku, dia tak sihat. 

Raya ketiga, balik Taiping. Yeayyyy! Sampai kat Sg Perak baru sedar baju raya tertinggal. Huwaaaaa! Aku perasan bila tengok kereta sebelah baju raya dia gantung-gantung, pandang belakang tengok kitaorang punya takde. Merajuk sekejap dengan suami, sebab dia tak bagi aku ambik kuarkan dari almari siap-siap. Dia cakap nanti-nanti. Last-last tertinggal. Huhuhuhu:'(

Raya kat Perak sampai hari Rabu. Puas beraya la, semua rumah yang patut pegi dah pegi. Makan tak yah cakap, full je perut senantiasa. Haha. Paling bestasa beraya dekat Batu Kurau. Di hidang dengan bihun & Kuey Teow Sup pastu durian dan rambutan. Meriah! Husband siap panjat pokok rambutan lagi. Adoi! penat nak kawal dia hari tu, hyper sangat. Hahaha! 

Hari Jumaat dah masuk keje balik. End holiday...:'( Paling tragis cuti tahunan aku cuma tinggal 1/2 hari je lagi. Kena la volunteer keje weekend lepas ni untuk collect replacement leave. Baru nak masuk bulan 8 kot. Huhuhuhu

Dah tengahari bergambar neh, cair dah make up semua! Huhu

 
Medina Sofia yang comel bam bam! I want baby girl too!!!



Raya ke 2, merah mak ngah!


Perjalanan nak balik ke Tepeng. Masa ni belum sedar lagi baju raya tertinggal:(

Buat hati Mak long & Pak long, Alya Imanina & Adelia Irdina.

Sebelum keluar beraya posing dulu!

Budak berdua ni nak naik kereta dengan Pak Long, tak nak naik dengan ibu ngan ayah depa.

Raya ke 5. Baju kurung tu beli baru kat Taiping. Nasib murah, 2 pasang RM100.00 Hahaha!

Semangat mengopek durian!


Nak kerjakan pokok rambutan pulak! Memula kait dari bawah je....

Nampak tak kepala kat celah-celah daun tu? Gigih tau Ahmad Shafiq tu memanjat. Huhuhu















Rabu, 1 Julai 2015

Balik Kampung & Durian

Hi Assalammualaikum..

Last weekend balik Taiping. Sehari je pun, sebab tak boleh ambik cuti. Aku cuti dah takde, kena simpan untuk raya. Pastu Shafiq pulak baru keje. Nak merasa berbuka dengan mak. Tahun ni raya turn Shafiq so tak sempat la nak berbuka dengan mak. Sob sob sob...

Sekarang ni kan musim durian. Memang meleleh leleh air liur teringin. Hahaha! Sabtu malam tu lepas berbuka pegi lepak makan durian. Shafiq yang over teringin ok. Aku mula-mula tu macam biasa-biasa je, tak rasa sangat pun nak makan beria. Sebab cuaca kan panas sekarang, makan pulak durian haru panaih satgi. Tapi bila dah rasa seulas, seulas seulas pulak laju masuk mulut. Hahahaha

Pastu cadang nak bawak balik KL. Esoknye pegi Batu Kurau, beli terus dekat dusun. Orang duk punggah naik lori kitaorang tumpang beli. Tunang sepupu yang arrange. Kitaorang bagi budget nak berapa berapa dia ready siap-siap pilih. Kami bahagi dengan mak, penuh jugak bonet kereta bawak balik durian ke KL. 

Harga boleh tahan mahal jugak lagi, sebab baru start kan musimnya. Mak kata tunggu la raya ni, bersepah tepi jalan orang menjual. Pastu orang pun macam dah jemu dengan durian. Masa tu harga murah la. 

Boring duk sebbelah je tak buat pape, so kacau orang sebelah



Makan durian dekat gerai tunang sepupu. Puas makan. Hehehe

Durian batu kurau. Tengah nak bawak naik lori


Yang kitaorang beli nak angkut masuk kereta. Penuh bonet, RM120.
Haaa! penuh bonet. Habisla, perfume durian semerbak kot!




Selasa, 16 Disember 2014

I'm Back!

Assalammualaikum. Hai hai!

Awal pagi dah sampai ofis, adeh mata pun ngantuk lagi nih. Huhuhu

Setelah cuti yang tinggal ciput tu dari last weekend, hari ni baru masuk keje. Penat tak habih lagi, serius:( Ini baru orang lain yang kawin, kalau la sendiri nanti penat dia cane ntah plak. 

Selama cuti jugak, segala sosial media aku tak jenguk. Selain faktor sibuk, ketidakstabilan line tenet kat Tepeng tu jugak menjadi penyumbang aku jadi katak bawah tempurung kejap. Plus, fon kena barred. Hew hew hew:P 

Korang yang datang bw kat sini, yang tinggalkan komen, nanti aku pegi bw kat blog korang plak k. Janji:) 

The Siblings. Di lain entry nanti aku cite pasal kenduri kendara adik debab nih. Alhamdulillah, semua dah setel. Ni gambar dari fon buruk pengantin. Huhuhu. Gambo photographer belom dapat.


Rabu, 10 Disember 2014

Cuti & Kenduri - kendara

As Salam,

Hai..Hai.. Hari ni last keje, esok cuti sampai Isnin depan. Yihaaa! Yes, sungguh excited di situ. Pagi tadi call mak pun terasa keterujaan dan ketidaksabaran untuk bercuti dan balik kampung. Lama dah tak balik, sejak semester baru start memang ni la baru dapat balik. Sebenonya cuti pon dah takde. Tinggal 2-3 hari campur weekend. 2-3 hari tu memang simpan untuk ini la, sebabnya adik debab nak kawin. Kenduri beso Ahad ni kat rumah teman nanti. 

Wahhh best time kenduri nih sebab dapat berkumpul ramai-ramai ngan sedara mara. Tapi tu la, get ready la untuk berpeluh ketiak dan diarah buat itu dan ini. Huhuhu!

Nampaknya esok teman balik sensorang. Angah debab balik Jumaat. Shafiq pon balik Jumaat jugak. Adoi, sedikit sebanyak cuak jugak nih sebab dah lama tak drive sensorang. Selepas kejadian kereta overhaul kat tengah-tengah highway masa kat Tapah dulu tu gerun sket la.  Harap-harap semuanya ok, teman sampai ke Tepeng dengan selamat hendaknya. Tak sabar nak balik, nak buli anak buah dua orang kat kampung! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...