Memaparkan catatan dengan label Wedding Preparation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wedding Preparation. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Februari 2015

B2b Diaries: Shopping Kain di Bandung

Hai & Assalammualaikum,

Bunyi gempak sangat la shopping sampai ke Bandung kan. Hahaha! Padahal semuanya secara kebetulan. Shafiq ke Bandung nak makan angin dengan kengkawannya. Masa plan nak ke Bandung kita orang tak rapat langsung. Takdenye fefeling lagi masa tu. Kenal pun as 'ouhh Shafiq kelas sebelah' Keh keh keh. Kalau diingat-ingatkan balik, sememangnya perancangan dariNya cukup indah. Tak terfikir pun...

Sampai masa dia nak ke Bandung, kitaorang dah dalam perancangan untuk ke step seterusnya lepas dah kenal rapat. Maka timbullah idea nak shopping kain. Memula tu terfikir jugak la boleh ke percaya dia yang nak shopping kain nih. Karang macamana rupa lah yang dibelikan. Hahaha

Alhamdulillah, hasilnya ok. Taste boleh tahan gak la. Dapat ape yang macam dikehendaki. Walau sibuk berwechat-wechat masa nak memilih. 

Dia shoppingkan kain untuk buat baju nikah lelaki dan perempuan, dengan french lace sekali, dengan kain sampin untuk lelaki. Pastu kain untuk hantaran sorang sepasang, kain untuk majlis merisik, telekung, pastu dapat kain untuk buat baju raya dua pasang. Tengok gambar dia hantar bestnye! Banyak betul kain. Kalau aku kat sana sure nak pegi semua kedai sebelum nak pilih. Hahaha!





















Jamu-jamu mata. Mana satu yang kite punya? Haa...raciew! Hiks



Jumaat, 23 Januari 2015

B2b Diaries: MUA oh MUA!

Hai & Assalammualaikum,

Dalam banyak-banyak perkara yang dah survey sana sini, make up artist (MUA) jugek yang fail. Sampai sekarang masih tak tau dan tak jumpa MUA yang area Taiping atau sekitarnya. Pakej pelamin memang ada make up sekali tapi aku tak nak guna. Ada sebab mengapa dan kenapa aku tolak servis make up tersebut. 

Memang cerewet sket pasal nak conteng-conteng muka ni. Tak pernah bagi muka kat sape-sape untuk dimekapkan sebelum ni. So agak takot sket. Nak makeup yang natural-natural je, tak nak sampai muka berubah jadi orang lain. Hahaha! 

Kalau ikutkan hati nak sangat-sangat MUA Vee Elfaiiziens (Elfaiiziens Touch) mekapkan. Tapi adalah mustahil. Kos transport dan penginapan lagi tinggi dari upah mekap. Yelah Ikutkan hati pejam mata, bayor je, almaklumlah MUA idaman. Tapi apakan daya...Shafiq cakap jangan, membazir. Hahahaha! Tapi takpe, masa ade lagi. Boleh pujuk lagi. Hiks.

Semalam ade terjumpa satu MUA Taiping kat FB. Tengok hasil kerja dia boleh tahan. Make up natural macam yang aku nak. So cepat-cepat la pm tanya quotation, sekali... date yang aku nak tu dia dah fully booked. Huwaaa:( Pastu akak tu siap pesan lagi... dik, cari MUA cepat-cepat sebab date yang adik nak tu hot. Yesss aku dah mula cuak! Haish... Tolon! tolon!... sape tau or kenal MUA area Taiping, Ipoh atau kawasan sekitarnya. Nak MUA perempuan aje. Huhuhuhu! 

Aku mekap sendiri je lah. Tapi, ni jelah bahan mekap yang ade... plus 2-3 batang lipstick pasar malam. Hahahaha!
Cantik! Nak makep camni! Hiks! Sumber Gambar : Pinterest


Sweet je kan. Tak banyak warna-warni kat muka! Sumber Gambar : Pinterest


Haaa! kat bawah ni suma MUA Vee Elfaiiziens yang mekap kan. Cantik kan?!!!!! Ape nak kata mekap cantik, orang yang dimekapkan pon cantik. Hasil memang cantik. Hiks! "Awak pwease! kita nak MUA Vee" :(











Sumber Gambar dari Instagram Vee Elfaiiziens

Instagram beliau :  Vee Elfaiiziens

Facebook : Elfaiiziens Touch



Isnin, 19 Januari 2015

Bridezilla Mode Turned On!

Hai. Assalammualaikum,




Yeahhh! Baru betul-betul ON nih. Bila orang lain ...."Ehhhh, patut dah start buat dah", "Ehhh, sempat ke tu", Ermm... tinggal tak lama lagi dah tu...." Ok, aku dah mula cuak! Huhuhu! Kira punya kira hari, tolak hari ni tinggal 102 hari hoi. 

Tadi baru selak-selak balik cheklist. Banyak lagi yang belum mula pon. ZzZzz! *picitkepala*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...