Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

Isnin, 10 Ogos 2015

Review Buku : Lelaki Itu Dia by Aleeya Aneesa


Hi & Assalammualaikum



Lelaki Itu Dia
Aleeya Aneesa
RM28.00
640 pages, Paperback,


April 2015 by Alaf 21

Goodreads Ratings : 4.28/5
My Ratings : 4.9/5

 
Ini bukan buku pertama karya Aleeya Aneesa yang aku baca. Dulu-dulu dah baca buku-buku yang lain. Sampai dah tak boleh nak recall tajuk ape. Hehehe

Lelaki Itu Dia mengisahkan Shana Melati yang memburu 'cinta' Syed Thaqif. Misinya adalah untuk membuat Syed Thaqif jatuh hati padanya.  Hari-hari Shana akan membuat panggilan telefon dan berjaya menghuru-harakan hari Syed Thaqif. Dari panggilan telefon membawa kepada pertemuan. 

Ok, mula-mula baca buku Lelaki Itu Dia ni, rasa macam meluat jugak dengan watak Shana. Kejap putus tunang, kejap kejar suami orang, pastu tetiba pulak jadi stalker kepada Syed Thaqif. Gedik dia, rasa macam eh, kau dah kenapa macam perigi cari timba nih?! Dah la putus cinta sampai separuh mati. Tetiba berubah jadi gedik-gedik pulak kan. Haha! Emosi.

Bila makin baca dan baca ternyata, perpepsi terhadap Shana berubah. Terus jatuh kesian. Huhuhu! Tenyata penulis berjaya membuat emosi aku huru hara. 

Shana yang 'mengilai' Syed Thaqif rupanya adalah perancangan Budriz dan Yasmin, adik kembar Syed Thaqif sendiri. Apabila apa yang dirancang jadi sebaliknya, mereka mulai cuak. Bila keadaan semakin meruncing, masing-masing diburu rasa bersalah yang teramat. Tapi nasi dah jadi bubur, masing-masing harus menerima akibat. 

Apabila Shana dan Syed Thaqif bersatu, dugaan demi dugaan menimpa. Shana, masih trauma dengan kisah lalu yang menghantuinya. Kepercayaan Syed Thaqif mula goyah. Zaza, teman wanita Budriz pula memburukkan keadaan. Kerana cemburu dan iri hati Zaza, rumah tangga Shana goyah. Konflik dengan ayahnya Tan Sri Zaidi dan adiknya Haidar menambahkan luka dihati.

Watak-watak dalam cerita ni semua best. Penulis berjaya menghidupkan watak dengan karektor yang tersendiri. Aku suka watak Yasmin, sunguhpun dia muda tapi pemikirannya matang. Watak yang dibenci, Haidar. Walau watak Zaza lagi jahat tapi Haidar berjaya buat aku benci dengan dia. Seorang adik yang bongkak dan kurang ajar terhadap kakaknya. Tapi, bila akhirnya dia jadi baik, terubat sikit la benci aku. Hehehehe...

Tak rugi beli buku ni. Jalan cerita tak klise macam cerita cinta yang biasa. Bila dah start baca terus nak membaca sebab nak tahu ending dia macam mana.

Selamat membaca.












Isnin, 12 Januari 2015

Novel Baru... Mr London, Ms Langkawi



Taraaa! Novel baru..Mr London, Ms Langkawi. I mean my new collection la. Novel ni dah masuk cetakan ketiga dah, 2015 ni. Tak baru dah. Hehehe

Dah lama pendam hasrat nak membeli novel, dah lama tak membaca, dah lama tak pegi kedai buku. Huhuhu! Rindu...

So, lepas habis exam dengan tak zabar-zabarnya, telah menerjah MPH Subang Parade. Melangkah je masuk, berbunga je rasa hati. Nampak buku-buku yang banyak tenang je mata memandang. Kata kau. Hahaha! 

InsyaAllah, nanti nak buat library sendiri kat rumah. Koleksi yang dah bertahun-tahun pun dah banyak. Kita akan tambah lagi dan lagi penuh macam kedai buku MPH. Dengar tu En. Shafiq. Hihihihi 

Okeh, nak sambung membaco. Nanti ade masa kita review plak. Tatatititutu. Assalammualaikum:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...