Rabu, 12 Januari 2011

Penipuan di mana-mana!

"Siakap senohong, gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri..."

Ha! Tipu, Bohong, Auta dan yang sewaktu dengannya...

Kenapa la perlu menipu iya?! Nanti-nanti sendiri juga akan susah...setiap masa nak kena 'cover line' sebab takut terkantoi. Tetapi, bak kata pepatah...sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah juga akhirnya. 'Cover line' lah cemerlang macamana pun, pasti akan terdedah jua kebenaran itu.

Alamak, apasal plak saya membebel pasal tipu, bohong suma neh! Ayok!!! Ni nak chegita la neh...

Alkisah tersebutlah kisah...mengenai seorang hamba ALLAH yang sangat suka menipu dan penuh dengan misteri. Walaupun benda kecik je yang di tipunya tetapi apabila dah banyak sangat penipuannya akan membuatkan orang lain naik menyampah.

Saya sendiri tak faham la spesis ape manusia ini. Kalau setakat tipu semata-mata nak dapatkan nama, nak kan kemegahan, adoi tolonglah...keji kot perbuatan mu itu. Mula-mulanya aku tak kisah pun tetapi semakin menjadi-jadi penipuannya itu! HuHuHu! Kesian kat sorang hamba Allah yang lagi sorang neh. Usaha dia takde pun orang nak percaya, sebaliknya si penipu tu juga yang orang yakin. Adoi! nasib badan la, bila berkawan dengan penipu ni. Sabar ye, sahabatku "A"! Marilah sama-sama kita berdoa supaya dia di beri petunjuk dan hidayah untuk tidak menipu lagi. Sabar ajelah wahai hati...bagi peluang lagi yer!

Selasa, 11 Januari 2011

Kekalutan Fikiran!

Saat ini baru berkesempatan untuk mencoret sesuatu di tahun 2011 ini...
Memulakan semester kedua sebagai pelajar separuh masa hari ini, sebenarnya dengan hati yang tidak keruan dan tenteram. Banyak perkara yang mengasak di minda. Bermacam persoalan yang timbul memenuhkan ruang fikiran ku.

Entah apa yang tidak kena, aku sendiri tidak pasti...tetapi paling ketara adalah rasa kehilangan yang amat sangat melekat di sanubari. Kehilangan semangat dan tujuan utama perjuangan ku barangkali!

Bagaimana ya ingin mengaturmya semula? Menyusun segalanya seperti sediakala? Tujuan utama perjuangan ini harus berubah, semangat perjuangan ini perlu di pupuk semula...dan yang paling penting rasa rindu itu harus di bawa pergi...

Kadangkala terlintas di fikiran, adakah aku terlalu berharap ada keajaiban yang membawanya kembali hingga sukar untuk aku melepaskannya. Adakah aku terlalu mengharap akan ada peluang kedua bersamanya?! Jika di tanya pada hati, ya...aku masih mengharap! Tetapi bila akal waras ku berfikir, segera mengingatkan aku agar jangan terlalu tinggi menaruh harapan, takut nanti hati ini akan lebih hancur dari apa yang di rasai sekarang! Hah! entahlah, aku seperti merasakan yang dia akan kembali!

Ya Allah! tenteramkanlah hati ku ini. Permudahkanlah segala urusan ku, Berikan aku kekuatan menempuh dugaan mu ini dan KAU tunjukkanlah aku jalan yang benar! Ya Allah makbulkan doa2ku. Amin...

Rabu, 22 September 2010

Sakitnya Aku Membenci Kamu...

Benarkanku Tuk Berbicara

Bicara Terus Ke Hatimu…Hatimu…

Hati Yang Penuh Rasa Ragu

Jangan Terus Pergi Tanpa Mendengar Ku

Begitu Mudah Untuk Kau Terus Berlalu Nanti Dulu

Berikanlah Waktu Untuk Aku Untuk Kamu


Ingatkah Lagi Waktu Kau Bersamaku

Kaku Aku Melihat Mu

Lidah Kelu Sedangkan Aku Mahu Kau Tahu

Aku Cinta Padamu, Benci Padamu, Cinta Padamu


Ke Tepi Lihat Ku Berlalu

Pasti Itu Yang Terbaik Untuk Ku

Tiada Lagi Mahu Ku Tahu

Tentang Hidup Kamu Tentang Mati Kamu

Aku Tahu Engkau Tahu Apa Yang Mataku Tahu

Apa Yang Kau Tunggu Mahu Aku Buka Pintu

Ingatkah Lagi Waktu Kau Bersama Ku

Kaku Aku Melihat Mu Sedangkan Aku Mahu Kau Tahu

Dengar Kata Ku Aku Cinta Padamu

Benci Padamu Cinta Padamu


Sakitnya Aku Membenci Kamu

Sakit Lagi Mencintaimu

Dan Aku Pergi Tapi Kembali

Benci Aku Mencintai Dirimu


Ku Benci Kamu

Aku Cinta Kamu


Ingatkah Lagi Waktu Kau Bersama Ku

Kaku Aku Melihat Mu

Sedangkan Aku Mahu Kau Tahu

Dengar Kata Ku

Aku Cinta Padamu

Benci Padamu

Padamu


Ingatkah Lagi Waktu Kau Bersamaku

Kaku Aku Melihat Mu

Lidah Kelu Sedangkan Aku Mahu Kau Tahu

Aku Cinta Padamu

Aku Benci Padamu

Aku Cinta Aku Benci

Padamu


Ingatkah Lagi Waktu Kau Bersama Ku

Dengar Kata Ku

Aku Cinta Padamu

Aku Benci Padamu

Aku Cinta Aku Benci



- 'Bencinta' Lyric by Faizal Tahir -

Ahad, 29 Ogos 2010

Berat Badan

Tak sempat nak post entry di awal2 ramadhan. Sedar tak sedar dh pertengahan puasa dah. Sekejap masa berlalu...
Ramadhan kali ini ada yang merungsingkan aku. Berat badan turun mendadak! Kalau sebelum puasa, ada satu seluar jeans yang memang aku tak selesa kalau di sarung, agak sendat. Tapi, pagi tadi pakai...muat aje, longgar plak tu. Aduh, risau seih!

Puasa ditambah dengan demam minggu lepas memang rasanya aku hilang 3-4kg. Hu!Hu! bukan senang nak dapat balik!. Kalau orang lain, punyalah susah, nak hilangkan 3-4 kg tu, aku nak balik!.

Dari zaman sekolah lagi kalau demam teruk sikit, berat badan aku memang susut. Kali ini demam ditambah dengan puasa, memang bertambah kurus lah aku!

Isnin, 2 Ogos 2010

Student Life...

Actually part time student life! heheheh!!!!

Telah hampir sebulan, aku memulakan pembelajaran di UITM. So far semua berjalan lancar, tak pernah ponteng class lagi. Hu!Hu!Hu!

Rutin seharian totally berubah. Punch out from office tepat 5.30pm, class start @ 6pm sehingga 9 or 10pm for 5 times a week. Walaupun, kelam kabut hari2ku dan meletihkan tetapi ianya menggembirakan....

Assingment pun dh start banyak. Busy siapkan assingment, penat menghafal untuk test dan quiz termasuk sibuk mencari bahan untuk presentation. Hmmm....baru sekarang dapat aku rasakan suasana begini.

Harap semuanya akan berjalan lancar dan sukses...I'm happy doing what i want to do!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...