Isnin, 12 Januari 2015

Novel Baru... Mr London, Ms Langkawi



Taraaa! Novel baru..Mr London, Ms Langkawi. I mean my new collection la. Novel ni dah masuk cetakan ketiga dah, 2015 ni. Tak baru dah. Hehehe

Dah lama pendam hasrat nak membeli novel, dah lama tak membaca, dah lama tak pegi kedai buku. Huhuhu! Rindu...

So, lepas habis exam dengan tak zabar-zabarnya, telah menerjah MPH Subang Parade. Melangkah je masuk, berbunga je rasa hati. Nampak buku-buku yang banyak tenang je mata memandang. Kata kau. Hahaha! 

InsyaAllah, nanti nak buat library sendiri kat rumah. Koleksi yang dah bertahun-tahun pun dah banyak. Kita akan tambah lagi dan lagi penuh macam kedai buku MPH. Dengar tu En. Shafiq. Hihihihi 

Okeh, nak sambung membaco. Nanti ade masa kita review plak. Tatatititutu. Assalammualaikum:))

Segmen: Kembali ke Sekolah Bersama Cikgu Ayu

Assalammualaikum...

Haaa! sempat jugak join segmen Cikgu Ayu nih. Pada sape-sape yang nok join sempat lagi, Cikgu Ayu bagi masa sampai pukul 10 malam nanti. Cepat klik SINI cepat untuk join!

To Cikgu Ayu, yang akan memulakan sessi persekolahan baru di tahun 2015 ni... Selamat berjuang kite ucapkan. Semoga bersemangat dan sihat selalu untuk terus menabur bakti pada anak bangsa. Good luck Cikgu Ayu:))


Ahad, 11 Januari 2015

Yeayyyy! Exam dah habis...



Assalammualaikum,

Yeay finally tamat sudah exam. Terasa ringan kepala. Hiks! 3 paper final untuk sem ni, semuanya susah-susah belaka. Aku masih tak boleh  nak adapt sepenuhnya lagi class mode e-pjj ni. Huhuhu! Tunggu result tengok cane nanti...

Okeh, exam dah habis & cuti sem pun bermula. So boleh lah kita concentrate dengan preparation big day... Tapi kan aku blur blur nak mula dari mana. Hari tu mak bagi tau, katering yang biasa tu tak boleh nak provide servis dia untuk date yang aku nak tu:(( Katering mana pulak nak masak nih, dah biasa dengan katering tu. Nak sangat dorang masak untuk kenduri nanti. Huhuhuhu! Dugaan betul...

Vendor untuk pelamin dan confirm. Baju nikah dah tempah. Cuma aku nak prepare goodies bag dengan bunga telur la kot. Idea untuk goodie bag pun tak tau lagi. Ape eh yang in untuk 2015 nih? 

Rabu, 7 Januari 2015

Menang Giveaway untuk Bloggers!

Assalammualaikum,

Hello lovelies. Just a quick updates, since  kite belum keluar dari gua pertapaan habis final lagi. Tinggal satu je paper lagi, Sabtu ni. 

Actually tak sabar sebenarnya nak update yang kite menang Giveaway untuk Bloggers yang di anjurkan oleh Saudara Safirulamar. Yeayyyy! Satu permulaan yang baik untuk tahun 2015 dalam arena blogging ini. Ahaaa! Kite menang tempat ke 5 dan hadiahnya wang tunai RM70. Alhamdulillah, sape nak bagi 70 hinggit kan. Hehehehe:)) 

Memang niat nak join sebab nak blogwalking dan kumpul kenalan menerusi blog nih, tup tup dapat hadiah. Join hari tu 24hb Disember lepas, then terlupa pasal pengumuman pemenang tu. Dah masuk bertapa pulak dalam gua, memang tak bukak langsung blog. Rupa-rupanya announcement pemenang 30hb haritu - tengok SINI, memang tak tau pun. Semalam baru lah taunye, tu pun saudara Amar ade tinggalkan komen kat last entry inform pasal menang giveaway tu. Komen tu link ke email, tu yang dapat tau. Hihihi! Sorry bebanyak sebab lambat respon. Sekali lagi, terima kasih kepada penganjur dan juga semua penaja. Thank you korang:))

Psst! lepas habis exam ni kite jalan-jalan ke blog korang yer. Ramai yang tinggalkan jejak dan jugak ajak join segmen, Insyaallah lepas habis exam ni k. Hehehe! Ok, nih nak masuk gua pertapaan balik. Tataaaa!






  

Sabtu, 3 Januari 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H

Assalammualaikum, 


Teringat masa zaman sekolah rendah, masa sambutan Maulidur Rasul mesti ambik bahagian buat persembahan nasyid... 

Masa tu tak faham sangat pengertian sambutan maulidur rasul ni. Apa dan kenapa masih samar-samar. 

Tapi bila makin dewasa baru mengerti dan lebih mendalami tentang hari istimewa di mana hari kelahiran Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulidur Rasul 1436H everyone.



Rasulullah.... dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua

Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
P/s : Lirik lagu nasyid nyanyian Hijjaz


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...