Ahad, 31 Julai 2011

Harimau Malaya! Aum! Aum! Aum!

As Salam...

Hehehe! Rito masa perlawanan di antara Malaysia vs Singapore, aku ade gak kat stadium tuh! Wah! Sgt2 ramai ho! Rasanya kalo xde org yg copkan tempat kitaorg memang pakat berdiri la dr awal sampai habis! Nasib bf Ain baik hati tolong copkan. Dah la tiket pun dia yg belikan. Ekekekeke!

Dah lama aku tak tgk bola live neh, last sekali pegi masa kat stadium Shah Alam, kalau tak silap masa Selangor vs Perak...untuk piala apa ntah aku dah tak hinggat la plak. Lama dah kot, masa dengan orang tuh dulu. Kali nih, pegi dengan kengkawan. Aku, Ain, Fizah & Daie yg last minute join kitaorg. Kalo tak die sensorang jek pergi. Gila slumber mamat nih. Lepas keje, tepat 5.30 maka rombongan kami pun bergerak lah menuju ke Stadium Bukit Jalil. Jalan jammed tak usah citer la, tetapi dengan kepakaran Ain menangani permasalahan tersebut, kami selamat sampai hingga ke tempat duduk dengan selamat. HeHeHeHe! Dapat tempat kat tengah2, bole dikatakan view cantik la jugak.

Seperti semua sedia maklum, perlawanan tersebut berkesudahan dengan seri 1-1 yg mana memuktamadkan Singapura layak ke peringkat seterusnya, manakala Malaysia cuba lagi 4 taun akan datang yer. Apepun, kalah atau menang aku tetap memberi sokongan penuh terhadap skuad Harimau Malaya! Cewahhhh! Semangat yang penting yer ;)


Dah penat nak mengarang, meh layan gambar yg sempat aku snap di celah-celah lautan manusia di sana ;)

Kami yg bersemangat! Ain, Fizah & saye :)

Peace yaw!!! (Muka minyak stok bole buat goreng ikan)

Tanah Tumpahnya Darahku! Semangat kan! kan! kan!

Ramai wooah!


Warm up!

Alahai nampak kecik je. Jenuh aku ngintai2 cari Aidil Zafuan! ehek!ehek!

Harimau Malaya sedang beraksi!



HaHaHa! x tau camana gaya posing nih! Excited sangat, masa memula sampai nih. X sempat nak duduk, dah posing dolu dah...so ini la hasilnya ;)

Smart rambut trojan brader tuh!

 Candid! masa nih aku dok tanya Ain, mana Aidil nih! ekekekekeke! (marah gak Rita aku dok admire kat laki dia neh) HaHaHa!

Dua gambar black-white kat atas dan yg ini, aku copy dari FB Ain. Dan gambar neh, di snap oleh kawan kepada bf Ain. aiyok, jgn marah bang saya copy gambar nih yer! KihKihKihKih!









Ahad, 24 Julai 2011

Wehooo! Malam bertuah sungguh!

As Salam...

Mood - happy2 & ceria aje nih. ekekekeke!

Malam semalam, aku attend LBS Appreciation Night @ One World Hotel, PJ. Event yang di tunggu-tunggu oleh suma staff LBS. Semua excited la kiranya kan. Tetapi tidak pada aku, mulanya. Huhuhu! Kenapa tidak...?? Sebabnya, agak pressure di situ, memandangkan tugasan-tugasan2 kuliah yang serentak datang, menuntut aku meluangkan lebih banyak masa di situ dari masa membeli-belah untuk melaram pada malam gala tersebut.

Tetapi.....sebaik aje melangkah ke ballroom hotel tersebut...Wah! serius gilang gemilang nampaknya. Berwarna-warni suma! (dalam hati fikir nasib baik datang) heheheheh! Glamour Red Carpet katanya temakan. Suma pun bagai Grammy Award la! HiHiHi!!!

Selain dari makan, acara yang ditunggu-tunggu, ape lagik...Lucky Draw ar! Hehehe! Kami dah sedia maklum malam tuh hadiah-hadiah tersebut merupakan product-product dari Apple. Ipad 2, Iphone 4 dan IMac antaranya. Dan tanpa disangka-sangka, aku yang tak pernah dapat cabutan bertuah, malam semalam menjadi malam bertuah kekdahnya....HeHeHe! Salah satu Ipad 2 tuh menjadi milik aku... Yeay!!!! No 349 membawa tuah kepadaku. Ekekekeke! Apa lagi...sonok la makcik! Dapat free wey...memang sebelum tu ada niat nak tambah gadget baru selepas dah dua taun pkai Iphone 3Gs tuh. Dah rezeki...dapat free semalam! Tak yah nak kumpul duit nak beli sendiri! (^^)




Ahad, 17 Julai 2011

Malam Nisfu Syaaban

Doa telah aku panjatkan...
Keampunan telah aku pohon

"YA ALLAH,semoga KAU mendengar doa-doaku, mengampuni dosa-dosaku dan perkenankan hajatku. Amin..."

Jumaat, 15 Julai 2011

Auwh.....Catwoman!

Catwoman!
-
-
-
-
-
-
-
-
-



LOL! tak tahan...pkai kaftan gambar Pooh lagik :O
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Semua posing kat bawah neh sma jek gayanya...baju jer lain2!
tapi yang pasti Alya nih masih kurang rambutnya. Segan sungguh rambut tuh nak tumbuh. X comel lor bila pkai dress c(:

berkaftan Pooh! (baju kelawar)

posing lembut lutut!

over kot! senyum lebar sangat...


p/s : Rindu budak botak nih! sok balik kampung....nak buli dia cukup-cukup! c(:

Khamis, 14 Julai 2011

6K - Perkara-perkara yg menyesakkan fikiran!

Perkara-perkara yg menyesakkan fikiran aku di akhir-akhir ini. Terkadang membuat aku semput bila terlintas
difikiran....

1) Kecuaian : Pepagi masuk office trus mencari-cari resit bayor yuran UiTM rito. Cari punya cari x jumpa2. Dalam erti kata lain, aku tak henggat rito aku letak mana! Aduyai! camner nak claim kat EPF nih. Kalo x jumpa gak, selamat la RM 889 ku itew....sesungguhnya aku tersangat cuai! *ketukkepalasendiri*

2) Kerisauan : Baju dinner tarak beli lagik! huhuhu! sungguh tertekan bila kat office orang asik bercerita pasal annual dinner next week! tambah2 depa sok sembang: baju ko wana ape? beli kat mana? kasut tinggi bapa inci? huwaaa! aku apepun tarak lagi wey. Haish! sungguh aku risau...masa nak soping takde pastu baju sesungguhnya susah nak cari size aku yg comel neh. huhuhu!

3) Kebengang'an! : Okeh, ko berjaya sakitkan hati aku dengan ungkapan ko itu "kalau tak nak kerja weekend cari kerja lain yg tak kena kerja sabtu & ahad!" Hoo, sinis sekali. Berjaya kamu membuat ako sentap! Weh, setiap hujung minggu, kerja! Bila nak cutinye... ambik cuti weekdays byak keje tertangguh! bilanya aku nak buat assingment, bila nak rehat...Dh lama aku tak rasa amannya di hujung minggu. Setiap hari, terkejar-kejar ;(
Tak bole nak bawak dah, aku nak kena jumpa bos nih, nak buat aduan rakyat!

"Bos besar, saya tak nak lagi kerja hujung minggu! Bos kecik tuh suruh saya cari kerja lain. Since, dia ckap macam tu memang saya sentap..." Huwaaaa!!

4) Kerinduan : Aku rindukan anak sedara aku, Alya Imanina. rindu bangat sama budak botak tuh! Hari-hari aku call mak, ade jer cite pasal die. Skrg nih malam2 dh x mau ikot mak dia tido, mesti nak dgn opah gak. Opah kena tidokan dia dulu...bila dh betol2 lena, br panggil ibu dia angkat masuk bilik. Sebelom tido tuh jenuh la opah dia nak melayan. Disuruhnya opah bacakan buku la. Bila opah baca..geleng2 kepala, bgtau salah. Opahnye x faham...last2 dia sebut... ku..ku..! owh! dia suh eja camni. BU-bu, KU-ku=BUKU. KA-ka, KI-ki=KAKI. Haish! bijak sungguh budak botak nih. Tau plak kena baca mcm gitu yer. Terkekeh-kekeh aku gelak dalam fon!

Alya Imanina, yg akan menyambut hari lahir yg ke-2, bulan 10 nanti. Dia nak hadiah moto...nanti maklong belikan eh ;)


5) Kehilangan: Akhir2 nih, rasa kehilangan tuh makin menyelinap di hati. Kehilangan abah dan sahabat.... kehilangan yg benar2 hilang! Aku cuba
untuk tidak melayan perasaan sedih, tapi jauh di lubuk hati, rasa kehilangan tuh buat aku pilu sangat. Lepas abah
pergi, teman yg dulu selalu berkongsi cerita menyusul. Sukar aku nak gambarkan rasa hati ini atas dugaan2 itu....

6) Kegelapan: Aku takowt plak tido dalam gelap sorang2. Dulu tak pun. tapi lepas aku dah seperate bilik dgn adik aku, debab br terasa perasaan takut tuh. Sebelum debab tinggal dgn aku dulu, relax aje. Ntah kenapa sekarang bole plak berperasaan sedemikian. HuHuHu! Kadang2 tuh aku biar aje lampu terpasang, biar aku tido dulu. Nanti terjaga baru bangun switch off. Haish! nak kena cari lampu tido neh. Kalo x, tak nyenyak tido aku.

Tamat dulu perkara-perkara yang tersebut di atas yang membelenggu diri aku di ketika ini dengan harapan
tiada lagi penambahan kelak!

Juga berharap...aku bisa tangani segala permasalahan terhadap perkara2 tersebut secara berhemah.

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...