Sabtu, 11 Februari 2012

Penat ini & Rindu itu! Euwwww! ^_^

As Salam...

Hye! Hye! penatnye kita...=_= HuHuHu! Dah 2 hari bertapa kat ofis sampai kol 9 malam. Penatnye tak tahu cerita la. Bila difikir-fikir balik, kerja kat ofis tuh tak menggunakan fizikal secara total pon, tapi penat dia mengalahkan orang yang keje buat rumah tengah-tengah panas nun! Otak penat neh lagi penat rasanya. HaHaHa! ayat tunggang terbalik neh pon tanda otak saya penat jugak neh.

Semalam penat2 pon sempat jugak kuar kejap, lepak dgn Mr. S di A&W makan2 smbil bergurau senda. HaHaHa! kemain kau...Tadi pon sampai2 rumah Mr. S tuh msg kite ckp rindu, alahai! terubat sket kepenatan. Kihkihkih! okeh, itu gediksss! ^_^

Okla, saje je dtg sini nak bagi tau kita penat sangat, nak bgtau gak smlm lepak2 dgn Mr. S pastu tadi Mr. S cakap rindu. HaHaHa! hadoi! memang ditimpa perasaan sorang2 neh. Okbai! kihkihkih!

Rabu, 8 Februari 2012

Aku yang mengejar bayang cinta....



~Pendam by Shahir~


Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya


Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta


Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri


Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati


Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri


Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta


(Suka lagu nehhhhh! Sungguh mendayu-dayu dan tersentuh hati ini melihat Shahir begitu sengsara. Cewahhh! HaHaHa! Aku yang mengejar bayang cinta...Akukah??...)

Selamat Hari Lahir Mak...

Haaa! 1st entry untuk 2012...
He!He!He! Ingatkan dah berkubur dah blog nih, tak sangka plak ada keinginan lagi nak bukak...
Pastu hari tuh, meet someone yang tanya, bila nak update blog? HeHeHe! (my silent reader, Mel...thanks, sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ni. LOL!)

4hb yang lepas mak sambut birthday yang ke 53 tahun. 4hb tuh jugak genap 11 bulan arwah abah pergi. Hmm...dapat aku rasakan perasaan mak melalui harinya. Sedih tak terperi ;( Aku plak tak dapat balik nak temankan mak...Keje cuti, tapi class plak menghalang. Kalau takde yang penting, dah ponteng dah aku. Tapi dengan quiznya, dengan presentationnya membantutkan hasrat dan perancangan. Nasib ada Alya jadi penghibur opah. Alya belikan kek birthday dan tiup lilin sama-sama dengan opah. Aku call mak, suka dia bercerita keletah Alya...Sibuk si kecik tuh tiup lilin dan potong kek. Suap-suap kek kat opah lagi...HeHeHe! setiap kali beli kek, mesti dia claim birthday dia....Aku tengok gambar-gambar kat FB yang adik uploadkan, terasa macam nak terbang balik je... Tapi, apakan daya, keinginan harus dipendamkan dahulu.

Dari jauh, aku panjatkan doa agar Mak dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik & senantiasa dimurahkan rezeki. Semoga Mak senantiasa didalam lindungan Allah SWT. Amin....

Selasa, 20 Disember 2011

Dia, Bukan Saya...

Awakkkkk...
tahu tak, semakin hari kita semakin rapat!
Hari-hari bersua muka & bertukar senyum....
Pada mulanya saya tahu awak sengaja mencipta alasan untuk keluar dengan saya
Tapi kini, kita pasti mencari waktu untuk bertemu janji

Awak...Saya selalu ingatkan diri saya untuk tidak jatuh di tempat yang salah
sebab nanti awak takkan ada untuk saya berpaut
saya takut luka itu akan menyakitkan saya...

Awak....Saya tahu apa yang awak rasa terhadap saya dan awak juga sedar perasaan di sudut hati saya...
Tetapi kita tidak pernah melafazkannya
Awak, biarlah masa yang akan menentukan
Mungkin...
kita sememangnya ditakdirkan untuk saling memahami sebagai teman rapat

Awak...Bila tiba masanya nanti, mungkin akan terkesan disudut hati saya
rasa ngilu dan pedih...
Pasti akan rasa kehilangan awak...
Tapi, jangan risau, saya siap sedia untuk menerimanya...
Menerima hakikat...awak terlebih dahulu memilih dia!

Selasa, 6 Disember 2011

Ombak Rindu aku??

As Salam

Hai!Hai! Kembali meringankan jari-jemari utk mencoretkan sesuatu dilaman ini. Wah! mukadimah...sungguh bermukadimah! Kehkehkeh!

Sebenarnya, nak kisahkan rentetan dari menonton cerita Ombak Rindu. Aku bagi 3 bintang dari 5. Hehehe! Agaknya aku letak high expectation kot utk cerita ni...Yela, mana taknya dgr komen2 kat twitter, kat fb suma menggambarkan cerita nih superb habis. Hehehe! Aku pon melonjak sma nak tgok la..dh tengok, ada sedikit kehampaan disitu. Jalan cerita die agak kureng sket. Pemilihan hero & heroin ok. Walaupun sblm tgok aku agak meragui Maya Karin utk membawakan watak Izzah tuh, tapi ternyata dia boleh menjiwainya. Cewahh, ayat! Hahahaha! Aaron Aziz aka Hariz, tak yah cerita la...watak romantik2 gitu, ganas2 yg sweet gitu mmg makanan die kot. Cair la jugak aku. Wahhhhhahaha!

Dan yg pasti aku berjaya menahan dari teresak-esak. Hah! Kalau teresak-esak mmg over tau. Hahaha! Tapi, jgn tak tau..aku baca novel die mmg teresak-esok uols! Hihihi! Tgok movie, setakat bertakung air mata je la.

Semalam sebelum menonton, aku dan Mr. S mengisi perut dulu kat Burger King. Makan sambil berborak.Hurm..dalam berborak-borak tuh, die ade melontarkan beberapa pertanyaan yg membuatkan aku terfikir untuk terus berharap. Huhuhu! Walau mood sweet dah kehilangan rentak saat itu tapi aku masih cuba untuk mengawal. Hurm...aku memang tak boleh nak berharap lebih kot. Hahaha! Hadoiii! Ntah kenapa dengan perasaan ku itu. Tetiba nak berharap lebih. Aku plak yang berOmbak Rindu hoi! Huhuhu!

Perasaan yg macam menggebu nih, harap sgt aku dapat mengawalnya dan tak akan melukakan diri sendiri! Berumah ditepi pantai memang selalu dilambung ombak. Dalam pengharapan, ombak yang memukul itu terselit rindu buatku. Hahahaha! Okeh, dah mula nak merepek...mata dah ngantuk. Dah patut berhenti, sebelum melalut-lalut lagi. Mr.S pon dah diam lewat biacara di WhatsApp tadi. Okbai!!Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...