Sabtu, 20 April 2013

Bla..bla...Bla..

As Salam...

Haih, lama gila tak bertandang kat sini. Last post Oktober 2012 kot. Malas! Hahaha Semuanya pun malas la kau. Malas tu salah satu sebab, sebab yang lain takde cerita menarik kot nak coret mencoret disini. Kalau ada pun cerita sedih, cerita kehilangan, cerita kematian yang mengundang sedih berpanjangan. So, elak nak tulis masa baru-baru, takut tak boleh nak control sedih suma.

Sekarang tengah cuti sem. Awal April hari tu dah habis final exam untuk semester 6 nih. Gila susah...Takut gila hokay nak tunggu result keluar. Pecah rekod la, exam tuk semester nih kaw kaw punya study. Sampaikan pukul 1 pagi pun masih di PTAR nun. Hahaha

Bila masa cuti nih, mula kebosanan melanda. Dah biasa sibuk, terkejar kesana kemari bila takde buat pape sungguh membosankan. Sibuk keje tu sibuk jugakla, kat ofis boleh stay pun smpai pkul 9 lebih je, pastu takde assignment yang kena buat kat rumah kan. So, bosan la malam-malam itew kat rumah. Hehehe

Sekarang nih sedang demam PRU-13. Macam raya meriah dia. Bendera parti kelihatan merata-rata. Sampaikan bunting untuk projek aku kena freeze la kejap. Tauke yang tolong naikkan bunting tu cakap, jangan naik banyak-banyak sebabnya nanti bunting aku kena tutup dengan bendera parti. Bazir je license sticker aku. Hahaha. Sana sini orang sembang politik. Kecik besar, tua muda semua pun politik politik politik. Aku baca, lihat dan dengar je... undi adalah rahsia. Ekekeke! Papepon, harap Malaysia terus gemilang, cemerlang dan terbilang...aman dan damai sentiasa. Amin.

 

Selasa, 16 Oktober 2012

Jodoh oh Jodoh!

As Salam..

Cerita pasal jodoh....Hr neh ada dua orang kawan yang mengutarakan isu jodoh padaku. Tapi bila aku cakap aku tak kahwin pun takpe, dorang terkejut. Dan kedua-dua mereka ( tak kenal each other) assume that I was frustrated in love. Owh! sama sekali tidak. Hehehe! Bukan kuciwa atau takot nak bercinta.... tetapi jika di takdirkan memang aku tak berkahwin aku redha=)

Kalau dulu...cintan cintun, kawin mawin neh memang dah dalam senarai tapi sekarang semua dah berubah. Sebab utama bukan kerana aku putus cinta yang dah lapan tahun tuh tapi sebab abah dah takde ): Bila abah pergi, mak dan adik-adik menjadi keutamaan. Aku nak jaga mak, nak temankan mak sampai bila-bila. Kalau aku kawin dapat lelaki yang boleh bertolak ansur takpe la jugak kan, kalo tak payah la. So, soal jodoh neh aku serahkan padaNya. Kalau sudah di tetapkan jodoh aku ada la nanti. Nama aku nak mencari dan memaksa hati nak berkawin kerana takut dengan persepsi orang...rasanya tidak la kan. Allah maha mengetahui segalanya...

Babak Cinta...







Hye! As Salam. 

Saje nak share, lagu hangat terkini yang menjadi halwa telinga kite sekarang. Hiksssss :P

Dengar sambil tu verangan-verangan. Pastu mula nak sengih sensorang. Hahaha! Lempang please:D

Kalaulahkan...ada jejaka yg nak melamar pastu nyanyi plak lagu ni sambil memetik gitar, confirm I terus cakap setuju! Aiii! Gedik! Hahaha!

Babak cinta nih lagu tema untuk cerita Bukan Bidadari. Memula dulu tengok cite nih duk tertanya-tanya gak la sapekah gerangan penyanyinya. Cari punya cari jumpa laaa tuan punya vokal tersebut. Tengku Adil namanya. Penyanyi yg berasal dari Singapura. Hensem. Hikhikhik! *gelak sopan* Kite dah follow dah die kat twitter. Ada la jugek tweet2 ngan die:P Muahahaha! *gelak gatai* Kbai!

Khamis, 4 Oktober 2012

Mood Exam....

Assalammualaikum. Waaa! Nervous nih nervous:/ Esok start paper CSC, Selasa minggu depan pulak paper BM. Ya Allah, agak tekanan di sini ye, pabila memikirkan nak mantain DL mcm last sem. Macam takde harapan (menangis dalam hati) bila tengok beberapa carry mark yg mcm nyawa-nyawa ikan tu. Sabar je la...

Walaupun dua paper je final kali ni tapi dua-dua subjek punyalah banyak nak kena baca dan hafal. BM tu nampak je senang sebab orang melayu kan, tapi buatnya kena tulis teks ucapan lebih 300 patah perkataan mau lenguh tangan dan berpeluh nak kerah idea. Hahaha!

Hari ni last keje sebelum bercuti sehingga Selasa depan. Selalu terjadi bila nak exam or start sem baru mesti ada benda nak kejar dateline. Nih sekarang nak kejar submit project baru, pastu yg aku plak nak cuti. Pening teman memikiorkannya....Apepon, itulah cabarannyakan! Kata kau sukakan cabaran hoi, jgn nak merungut please... Hikhikhik

Baiklah, dengan ini saya merasmikan majlis ini dan... ok, terbawak-bawak dah ucapan YB nak rasmi majlis. Praktis karangan BM nih. Hakhakhak! ,
Okeh2, sebenarnya nak ucapkan selamat berjaya kepada semua, classmate...kalau ada yg terbaca nih, aku tau ade yg stalk nih. Hehe:P Kepada teman2 pengikut di sini, kalau ada yg sedang menempuh final exam juga...marilah kita bertawakal setelah seluruh usaha dicurahkan. Semoga kita beroleh ketenangan, kemudahan masa jawab soalan nanti. Selamat berjaya semua!

Ta ta ta!



Anggota kumpulan projek mandarin untuk sem ini. Yeay!!! kami ada anggota baru. Hiks ^_^

Sabtu, 15 September 2012

Melepas rindu....

As Salam.

Alhamdulillah...masih lagi bernafas di lapangan blog ini. Ahakss!
Rindu nak menceceh, rindu nak bercerita tetapi kesibukan amatlah menghalang. Huhuhu!

Sampai saat ini pun masih duk rush banyak benda. Masa gini la nak submit assignment, test, quiz dan juga presentation. Tak menang tangan dibuatnya. Kat ofis pun keje banyak, tak tercerita la. Maka saya adalah manusia yang paling sibuk di abad ini. Hahaha! Takpe-takpe biar sibuk dengan tugas dan kerja, jangan suka menyibuk hal orang. Tettttt!

Rini dah 28 Syawal. Cepat sungguh masa berlalu. Kesibukan dgn keje adalah sangat tidak syok di bulan raya nih. Banyak open house yg ketinggalan tau. Tapi malam nanti boleh pegi open house:) Hehehe! Kiranya penutup la malam nih. Esok kalau ada jemputan pun xleh pegi, sbb keje... -,-

Senanya dr bulan puasa ritu dah lama menahan nak datang sini, nak menceceh panjang-panjang, jalan-jalan melawat kawasan, tapi tu la...masa yang ada tak mengizinkan. Hari ni kiranya singgah sekejap, lepas rindu la nih. Ehcewahhh!

By the way, walaupun dah lambat sangat nih, walaupun dah raya yg ke 28... nak jugak ucapkan Selamat Hari Raya dan minta maaf kalau ada salah dan silap di sini. Manalah tau, terkomen yg mengguris hati ke, menceceh tak pandang kiri kanan hingga ada yang terasa ke. Ampun dan maaf ku pohon jua. Hihihi!



Gambar semalam kat office sempena Hari Raya Open House 2012 anjuran LBS Sport Club! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...