Rabu, 3 Disember 2014

Wordless Wednesday #1- Remind them...


Ahad, 30 November 2014

As Salam.

Since hari Khamis tak bukak-bukak blog. Sibuk wak! Al kisah kelas hari ni, nak kena submit semua assignment, test lagik...memang busy kemain lah. Usaha keras punya keras...buat semua, siapkan segalanya...tup tup sekarang rasa nak tumbang dah nih. Hidung berair, kepala berdenyut, bersin tak henti-henti.... Esok Isnin pulak, tu yang rasa lagi nak meraung tuh. Huwaaaa!

Pagi-pagi tadi class start 8:30 ok je. Masuk kelas akhir, pukul 4...dan-dan terasa kepala berdenyut & bersin tak henti-henti. Sempat la jugak sebar virus bersin tu sebab aku pasan ade orang lain pun bersin jugak. Hahaha

Panadol dah telan 2 biji:( Esok tak boleh MC, keje banyak tak setel. So, ku seru padamu demam, padamu sakit kepala, padamu selesema please...please go away!

Bersiaran dari atas katil, bertemankan vicks dan minyak cap kapak. Gelap gulita suasana, harap-harap mengundang mengantuk. Tapi... baju tak iron lagi. Haish:(



Khamis, 27 November 2014

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Isnin, 24 November 2014

Kejadian 'terjatuh' @ LRT Construction Site


As Salam...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur lagi. Kalau hari tu "terjadi terjatuh" tu, takde la entry ni. Mungkin korang baca kat surat kabo je la. Huhuhu...

Sabtu, Federal Highway sebelum exit Subang Jaya. Gambar dari henfon tunang. Keta kitaorg kat lane sebelah kiri depan sekali. Aku mengantuk kat sebelah. Kejap pejam, kejap bukak mata. Sekali bukak mata, terus terpandang kat atas. Benda yang kat atas tu tengah bergoyang dan jatuh tak lama tu. Aku goyang-goyang tangan tunang kat sebelah, berhenti...berhenti...berhenti... Eh yeke ke aku cakap berhenti, ke aku cakap brek....brek...brek. Ntah tak ingat dah. Dia sempat brek. Nasib tak laju pun drive masa tu. Nampak yang tergantung tu? Kren tu warna biru, dia bergoyang terus jatuh kat atas jambatan tak siap lagi tu. 2 batang besi terpelanting kat bawah. Kat gambar tu, pekerja tengah kutip besi tu. Aku ketar kot. Pandang belakang tengok dah banyak keta berenti. Tak lama lepas pekerja tu suruh kereta bergerak. Memang teringat lagi la, macamana kren biru tu bergoyang pastu tetiba hempap jambatan tu.


Keesokkan harinya bukak FB tengok ade post dari SJ Echo pasal kejadian nih. Actually masa malamnya nak balik Selayang Federal Highway dari KL menghala ke Shah Alam, sebelum exit Subang Jaya tu jem sesangat.  So keluar kononnya rumours pasal jambatan senget. Aku syak malam tu dorang tutup lorong kat federal sebab nak check ke nak alih ke benda ni ntah. Tengok kat Twitter ramai tweet kalau nak ke Shah Alam or Klang jangan guna Federal Highway. 


Post dari FB SJ Echo. Mechanical failure? Aku punya ketaq pun tak habih lagi. Huh!

Bos messange kat group whatsapp hari Ahad. Crane biru yang sebelah jambatan sana...macam tu kedudukan asal dia. Yang sebelah sini, terjuntai tu...dah lepas runtuh. Yang mechanical failure tu. Yang terbang 2 besi ke bawah tu! Huhuhu














Jumaat, 21 November 2014

Aku & Gemuk!

As Salam.

Dah lewat malam. Tapi mataku masih segar. Dari tadi duk baring sambil berfikir dan memikirkan. Hmm...macam susah hati pulak. Macam la... Masalah oi masalah. Walaupun masalah takde beso mana, tapi still dalam kategori masalah. Huhuhu

BERAT BADAN BERTAMBAH dalam perkataan yang lebih ringkas, padat dan mudah difahami.. GEMUK! Haaa itulah masalahnye:O Makin hari makin risau neh. Tadi balik keje naik atas penimbang... 55kg tau! Tak pernah aku mencapai berat sehingga ke tahap itu. Sekarang dah boleh start risau. Nak kawal makan bukan main payah lagi. Sentiasa lapar. Nekad dah berkali-kali nekad nak kurus, tapi hasilnya nan hado. Nak berhasil canenye kalau nekad je lebih perlaksanaan tarak. 

Makin fikir, menangis dalam hati dibuatnya:( Sampai satu tahap tu kadang-kadang aku marah dengan diri sendiri. Apasal la boleh sihat sampai macam ni. Selalunya aku sakit hati dan rasa nak menangis bila selongkar almari cari baju. Pernah sampai 4-5 kali aku tukar! Semua baju, seluar ketat, Ya Allah, macam balut nangka rupanya. Baju yang tinggal selesa dipakai tak banyak. Kalau pegi keje nak selamat memang aku pakai baju kurung je la. Kemeja aku semua tak boleh pakai dah. Kalau pakai gak ade yang tercabut butang tu. Haa, macamana la aku  tak rasa nak nangis:(

Aku bagi tempoh dlm masa 2 bulan ni je. Kalau selera still macam naga, berat masih tak kurang, perut masih belum kurang incinya, aku nak makan ubat kurus. Tak kira...nak makan gak! Tapi bukan la ubat sebarangan. Ubat ni kawan-kawan dah guna dulu. Dah nampak hasilnya pon. Tiba masanya aku pulak nak cuba. 

Mungkin bagi orang lain... alahai 55kg tu kau kata gemuk? Alahai tak alahai, berat aku kalau gitu tak ngam tau dengan ketinggian aku. Naik sikit lagi je, confirm aku jadi pequin yang terkedek-kedek tu. Gemuk, pendek...Huh ngeri tu. Hahahahaha

Oklah, nak tido dah. Harap tak mimpi ngeri...pequin terkedek-kedek tu muka aku. Adoi...

Psstt...psstt...tolong doakan kite selim melim, berat tinggal 45kg je ye. Didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Hehehehe:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...