Rabu, 25 November 2015

Dinner @ Kidz & Creme

1 November 2015 

Hi Assalammualaikum...

Dah lama dah nak dinner dekat Kidz & Creme ni. Since tempat lama hari tu, pernah pegi sekali masa memula bukak dulu tapi tak dapat tempat sebab kitaorang walk in. Ramai orang wor time tu...penuh dan padat, takde tempat kosong lagi. Masa pegi tu abang AA yang bukak kan pintu . Hikhik. Tapi kite malu-malu kucing masa tu. Hahahaha

Pastu pegi kali kedua ni dapat la tempat. Lepas kelas dari Puncak Alam terus ke sana. Sampai pun time Maghrib, tak ramai orang sangat. Masa kitaorang nak balik tu baru ramai yang datang. Saya nak makan carbonara soft shell crab sebenarnya. Tengok gak insta dorang macam tempting je. Semua orang puji lepas sekali makan nak lagi dan lagi. Hahaha! Tapi malangnye, habis! Huhuhuhu. Takde rezeki baby hari tu. Tapi nasiblah menu yang saya order pun sedap jugak. Plus Nutella Cheese tart yang akhirnya dapat jugak rasa. Masa 1st time pegi dulu nak merasa Nutella Cheese tart tu lah. Sedap ahhhh! Rasa macam tak cukup order 1. Hahahaha! Takpe baby, next time kite ajak baba pegi lagi ok. Hiks! 

Kalau nak pegi, jangan pegi tempat lama tau, dorang dah pindah tapi still kat area Setia Alam tu. Ni alamat: 

Kidz corner, nih kalau bawak Adele dengan Alya mau dorang yang conquer tempat tu.
Nih husband punya, Chicken Parmigiana. Husband cakap ok2 je rasa dia. Dia lebih suka Chicken Parmigiana Dave Deli, tapi saya suka yang ini, crispy! Saya air, iced chocolate husband punya latte kalau tak silap. Pastu minum air husband punya, pahit gila. Lupa nak letak gula kot. Panggil waiter baru dia bagi, then baru ade rasa manis. Hahahaha
Ini saya punya. Even takde soft shell crab tapi nak juga carbonara. Sedap. Habis saya makan banyak gitu.

Suka bergambar nih. Asyik suruh snap gambar dia aje. Hahahaha!

Nutella Cheese Tart yang sedap. Rasa menyesal beli satu & share dengan husband. Hahaha

Posing gaya ape neh? Hahaha










Selasa, 17 November 2015

Cerita Vitamin Shaklee & Pisang

Assalammualaikum... 

Tengok tajuk pun dah tau nak cerita ape kan. Hehehe! Saya start ambik vitamin dari Shaklee ni masa minggu ke 6-7 macam tu. Mula-mula dulu saya macam murung teruk jugak la. Tak tau nak cakap murung ke, penat ke ape ke. Tapi memang bila lepas waktu keje, balik rumah saya memang tak bermaya. Macam kat entry sebelum ni, antara sickness yang saya alami, tak suka balik rumah. Huhuhu! Dari situ saya rasa saya perlu ambik vitamin tambahan lain, dah la saya ni tak suka makan sayur, buah-buahan pun jarang. Saya banyak baca pengalaman orang lain yang ambik vitamin shaklee ni masa awal pregnant sebagai makanan tambahan. So saya pun roger kawan yang jadi dealer. Dia suggest kat saya Vitalea, B Complex, Vitamin C & Ostematrix untuk trimester pertama ni. Semua tu sy beli kecuali B Complex... sebabnya saya dah makan folic acid yang klinik bagi

Dapat vitamin tu, excited habis. Tak terfikir langsung yang diri sendiri nih susah nak telan pil. Ingatkan boleh telan panadol dah habis teror dah. Hahaha! Cuba telan Vitalea... hampeh! Ke sinki perginya. Huhuhu! Pastu saya dah macam risau, macamana nak telan semua vitamin tu, mahal kot beli:'( Pastu saya terpaksa la guna bantuan pisang. Hahaha! Alhamdulillah, berjaya. So, bermula la rutin saya nak makan vitamin kena ada pisang. Huhuhu. Sampai hari ni saya makan vitamin-vitamin tu dengan bantuan pisang. Kalau tak memang saya tak boleh telan. Tersekat kat tekak pastu buat saya mual dan muntah. 

Perubahan lepas ambik vitamin tu semua? Entahlah, saya sendiri tak perasan. Masa saya pegi check-up saya ada bagi tau nurse yang saya ambil semua vitamin tu, nurse kata ok. BP saya pun takde masalah so takpe kalau saya terus nak ambil vitamin tu. Dalam masa saya still ambik vitamin yang klinik bagi.






Vitamin Shaklee saya! Botol besar isi dia pon besar jugak sampai tak boleh nak telan. Huhuhu!

Pisang pembantu saya menelan vitamin-vitamin di atas. Pisang cantik ambik dari pakcik Google.



Selasa, 3 November 2015

Birthday Dinner


Hi & Assalammualaikum...

24/10/2015 - Saturday

Birthday husband 20/10 hari tu. So,birthday treats untuk dia, kite belanja dia buffet dinner @ Restoren Halia, Sime Darby Convention Centre. Serba salah sebenarnya nak suruh husband makan macam-macam dan banyak-banyak, sebabnya dia sedang batuk teruk. Dah dekat 2 minggu batuk dia tak hilang-hilang. Tapi dia cakap takpe, ubat semua ni. Hehehehe

So far berpuas hati dengan hidangan buffet dekat situ. Siap ade bbq kambing, daging, ayam dan sewaktu dengannya. Pastu tak crowded sangat sebab tempat pun terhad. Agaknya tu sebab kena buat booking awal-awal. Patutnya nak pegi dinner masa birthday 20hb tu tapi full house plak. So, tu yang pegi weekend. 

Husband tak tau pun nak belanja dia kat situ. Siap cakap nak pegi kenduri lah. Sampai kat gate pun dia still percaya sebab tengok pakcik Rela yang jaga pintu pagar. Hekhekhek. 

Sape yang nak pegi makan kat sini berbaloi sangat kita suggest. Dessert banyak, kambing bakar dia tak liat (mostly tempat pegi sebelum ni semua liat dan keras) Ada banyak sos bbq, macam-macam perisa. Harga pun sangat berpatutan. Kite suggest beli je dekat Groupon. Alamak kantoi plak kite beli kat Groupon jugak. Hihihihi:P

Gambar makanan takdek sangat sebab mak buyong malas, duduk dan makan aje. Takkan nak suruh birthday boy plak snap kan. So gambar sendiri je la yg ade. Huhuhu!


Otw, selfie dulu...Kite pegi kenduri ye sayang! 

Kat belakang, luar tu tempat bbq, steamboat, dim sum, roti canai. Nampak dari tempat kitaorang. Kalau dorang dah siap bakar kambing, ayam suma tu saya suruh husband cepat-cepat keluar ambilkan. Hehehehe

Gigih nak bergambar berdua, nasib ade yang sudi melayan:P

Macam tak percaya saya boleh kelihatan begini. Gumukkk! :(

Me in 15 weeks 6 days pregnancy! Wee, perut dah nampak:P













Sabtu, 24 Oktober 2015

1st Trimester



Hye & Assalammualaikum,

Alhamdulillah, tamat sudah 1st trimester. Harap-harap dah takde lagi penyakit malas.... Hehehehe:D

Baru rasa, bukan senang mengandung nih. Bagi saya lah, orang lain mungkin senang & experience setiap orang tak sama. Duduk sorang-sorang selalu terkenang... macam ni lah mak kena lalui masa mengandungkan saya  & adik-adik dulu. Huhuhu! Emo kejap. Sekarang masih di peringkat awal, saya dah rasa macam ni... nanti perut dah besar tentu-tentu banyak la cabaran dan simptom-simptom mengandung yang kena hadapi. Semoga Allah mudahkan semuanya. Amin.

Masa di trimester pertama, ini yang saya lalui: 

Perut Kembung & Berangin
Saya boleh menangis malam-malam sebab ni. Tak tau nak buat macam mana dah. Nak tido beralih kanan tak kena kiri tak kena. Sabar je la husband melayan. Tak tau kenapa, nak kata tak makan dah makan. Bila angin nak keluar tak lepas tu lagi seksa rasanya. Husband picit-picit bahu, tapi angin dia plak yang keluar. Huhuhu

Hilang Selera Makan
Saya bukan jenis yang kuat makan. Malam adalah yang paling mencabar sekali. Saya tengok makanan langsung takde selera, tapi saya kena makan sebab takut perut masuk angin. Kadang-kadang sampai bertekak dengan husband sebab kena paksa makan. Saya langsung tak tau nak makan apa, tengok nasi takde selera, tengok roti tak mahu. Tapi kejap-kejap lapar. Dulu pernah tercakap...masa pregnant, lesen besar nak makan banyak. Saya tarik balik kata-kata tu:(

Batuk
Masuk minggu ke 6 saya batuk teruk. Kat ofis, dengar saya batuk orang lain yang risau. Nak tido malam jangan cakap lah, seksa:( Kemana saja saya bawak mineral water. Pastu adik ipar cakap, tak boleh jugak minum air mineral tu sebab air tu pun sejuk kena minum air masak je. Terus saya tukar, bawak bekal air masak. Saya pegi klinik 2 kali. Yang pertama tu doktor tak bagi ubat. Dia cakap tak boleh, cuma bagi air kumur warna merah je. Kali ke 2 saya pegi, doktor lelaki ni bagi ubat batuk herba, tapi saya plak takut nak minum. Huhuhu! Alhamdulillah, masuk minggu ke 7, batuk beransur pegi. Lepas tu terus saya jaga minum, makan semua. Serik! 

Mual
Rasa mual ni kadang-kadang je saya rasa. Selalu saya rasa waktu petang, masa nak balik kerja. Saya tak muntah cuma rasa mual kat tekak tu buat tak selesa. Yang morning sickness pagi-pagi tu langsung saya tak rasa. Saya gosok gigi semua ok. Sebab saya terbaca, ada orang yang langsung tak boleh nak gosok gigi. Hihihi! Saya perasan setiap kali mual mesti petang & malam pastu masa dalam kereta. Masa nak balik kampung raya haji hari tu pun sama. Ni mual sampai muntah sebabnya perut saya tengah penuh. Sepanjang jalan tu saya mengunyah buah pear, kenyang sampai sendawa. Pastu stop. Tetiba rasa mual tu datang, saya capai plastik terus termuntah dalam tu. Hahahaha! Memang jauh lagi dari R&R. Nasibla sempat capai plastik. Hahaha. Redha je la husband:P

Tak suka rumah sendiri.
Ini memang pelik. Hahaha! Saya kat ofis ok, pegi rumah mak mertua ok. Bila balik rumah saya jadi murung. Saya diam, saya terus nak baring, rasa macam tak best lah. Kerja-kerja rumah memang saya tak usik langsung. Masak tak, membasuh dan menyidai husband buatkan, kadang-kadang hantar dobi. Kain tak lipat jangan cakap la, membukit. Hahaha! Saya balik rumah, mandi, solat dan tido. Nak bercakap dan bergurau dengan husband pun tak. Dia hairan, bila balik rumah mak mertua saya jadi ok, boleh je cakap banyak, boleh je tengok tv semua. Huhuhu! 

Migrain
Saya kerap migrain masa masuk minggu ke 9 dan ke atas. Kalau datang sakit kepala tu memang langsung takde mood nak buat pape. Kalau kat ofis kena memang rasa nak balik tido je. Kalau tak pregnant memang saya dah telan panadol dah. Huhuhu! Sabar je la. 

Kerap Buang Air
Ini rasanya semua ibu mengandung rasa. Kadang-kadang tido malam sampai 3-4 kali bangun nak shi shi. Huhuhu. Malas-malas pun bangun sebab perut dah rasa penuh. Huhuhu!

So far yang saya ingat itulah simptom-simptom yang saya rasa. Alhamdulillah, usia kandungan sekarang dah pun 4 bulan. Tapi, yang merisaukan berat badan saya semakin menurun. Dari 1st check-up berat 53kg, sekarang turun jadi 51.5kg:( Selera nak makan banyak-banyak sampai sekarang tak datang-datang. Risau. Huhuhuhu! 






Rabu, 7 Oktober 2015

Check-up - Klinik Sofea, Puchong



4 August 2015 


Hye & Assalammualaikum...

Sebelum ni kan ada cerita sy tau pegnen lepas buat test sendiri dekat rumah. Lepas 1st time buat 1hb tu ada try lagi buat test. Still pakai tester yang biasa tu je, nak beli Clearblue tester tu tak beli-beli jugak. Hahaha. Bila berkali-kali buat, Alhamdulillah double line tetap kelihatan malah makin terang kaler merah dia. 

Memula tu ingat tak mau pegi scan lagi sebab masih awal sangat, mungkin kalau scan still tak nampak. Tapi bila hari-hari baca artikel ade je terselit komen-komen yang cakap takut false pregnant, pregnant tapi hanya ada kantung dan macam-macam cerita negatif lagi. Mula la rasa macam was-was. Huhuhu

So, 4hb setelah sehari lewat period saya ajak husband pegi klinik, nak scan dan sahkan hamil atau tak. Saya pegi dekat Klinik Sofea, Puchong. Lepas keje terus pegi ingat takde orang sekali agak ramai. Turn saya jumpa doktor lepas Maghrib. 

Bila jumpa doktor, scan tapi tak nampak pape. Huwaaaa! Hampa jugak. Tapi doktor cakap, jangan risau... awak pregnant tapi baru 4 minggu so normal kalau tak nampak. Doktor, advice untuk datang lagi masa kandungan dah 8 minggu. Dia bagi list makanan yang tak boleh makan buat masa tu sebab kandungan masih terlalu awal. Huhuhu

Esoknya, ada terbaca pasal kalau nak scan patut minum banyak-banyak pastu kalau baru lepas kencing memang tak nampak la jawab dia. Laaa...mana tau, masa duk tunggu doktor lama sangat tu dah berkali saya pegi kencing. Hahaha! patut la kantung pun tak nampak:P




3 Ogos 2015 - Semakin terang kan kan:P

8 Ogos 2015- Pegi scan tak nampak, buat test sendirik lagi....Hahaha! Still double line yang kelihatan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...