Jumaat, 9 April 2010

Impian akan menjadi kenyataankah...?

Akhirnya penantian ku berakhir jua… Hah penantian ape plak? he!he!
Penantian, keluarnya iklan untuk permohonan program PPLK di UiTM la. Dengan semangat yang meluap-luap aku segera membuat persiapan untuk memohon. Tapi la kan…terfikir gak, berjaya ke permohonanku ini? hu!hu! Lepas ini penantian untuk keputusan diterima atau tidak la pulak. Rasa cam tak yakin pun ada. Aduh, borang pun belum hantar, aku dh fikirkan kegagalan. 

Setelah borang diprint, aku memulakan langkah seterusnya. Mak & Abah dah aku contact, minta dikurierkan photocopy IC dan sijil kelahiran. Memo untuk mendapatkan surat sokongan majikan dah dihantar ke HR (nak mintak surat sokongan pun kena buat memo). Sijil2 yang berkenaan sudah di buat salinan. Minggu depan dah boleh hantar dah.

Aku harap sangat permohonan ini berjaya. Ini lah impian aku selama ini. Nak genggam segulung ijazah, tak kisahlah walau dah agak terlewat dan banyak kali  bertangguh. Semoga semuanya berjalan lancar. Aku mohon dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik, tidak lupa agar dimurahkan rezeki untuk aku melangkah terus bagi merialisasikan impian ku ini. Amin…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...