Ahad, 31 Januari 2016

Check-up 10 Minggu - KK Kelana Jaya

Hi Assalammualaikum...

~14/09/2015 - Rabu~

Ini adalah check-up kedua since yang pertama masa mula-mula buka pink tu. Kan sebelum ni aku cakap nak tukar ke KK Kelana Jaya sebab dekat dengan tempat kerja. Maka, 2nd appoinment terus aku ke KK Kelana Jaya je. 

Kat KJ aku dalam kategori luar kawasan. So, bila luar kawasan lambat sikit la kan dorang panggil. Huhuhu. Bila dah dipanggil kena timbang berat then buat urine & check HB. Dekat lab bagi buku pink dorang bagi bekas untuk buat urine. Dah setel dia akan panggil then cucuk hujung jari untuk check HB. Setel baru jumpa nurse. Masa kat sini la slack sikit, sebabnya orang makmal situ tersilap. Dia suruh aku pegi makmal sebelah untuk test darah. Aku pun mengikut aje. Tunggu kat situ aje 1 jam lebih. Huwaaaa! Bila masuk aku bagi buku pink orang kat situ tanya aku nak buat ape ni. Aku cakap la nak buat test darah. Pastu dia cakap eh ni dah ade sambil tunjuk buku pink aku. Aku pun terpinga-pinga keluar pegi balik kat lab 1st tadi. Aku cakap dorang kata tak payah buat sebab dah buat. Pastu akak lab tu pun selak-selak buku aku then cakap ok lah. Boleh terus pegi jumpa nurse. Grrrrr! Kenapa memula tadi kau tak selak-selak buku tu. Aku rasa nak menangis kat situ:( Dengan hati berbuku pegi balik kat kaunter ibu & anak  memula tadi letak buku pink dalam bakul. Kat situ lagi kena tunggu dekat 2 jam. Aku rasa nasib aku memang tak baik kalau ke KK. Aku dah bebel-bebel kat husband pasni tak nak check-up lagi kat KK. Huhuhu! 

Then sampai nombor aku dipanggil, masuk jumpa nurse. Macam dekat Puchong jugak, sembang-sembang dengan nurse... Tanya sihat tak, pastu tanya selera makan, pastu tanya kenapa tukar check-up kat sini, bla bla bla.... tak sampai 20 minit settle. Tunggu next appoinment plak. Next appoinment patut 12/10 tapi aku kena datang 1/10 sebab urine aku kotor. Nurse kata tak banyak tapi kena jumpa doktor jugak. So, pukul 8 pagi 1/10 datang lagi. Nurse kata kejap je, so tak payah ambik cuti. Tu yang dia bagi waktu paling awal dekat aku. Aku nak percaya ke tak ntah. Hahahaha

Habis sudah sesi check-up aku kat Klinik Kesihatan Kelana Jaya untuk hari tu.So, lepas ni kalau aku still ada hati nak check-up kat KK aku akan datang kat sini je sampai bersalin.

Ahad, 24 Januari 2016

Cheese kek meleleh, Nasi daun pisang & Mee bandung ketam

Hye & Assalammualaikum,

Masa mengandung ni selain rasa tak best sebab sickness tapi ade part lain yang best. Makan!!! Haa masa ni la cakap la nak makan ape semua mesti dapat. Hihihihi! 

Sepanjang dah masuk 29 minggu ni so far aku takde mengidam ape-ape sangat. Teringin-teringin tu ade la. Itupun takde tahap kronik sampai kena dapat masa tu jugak. Bertuah suami dapat bini baik macam ni. Bhahahaha! 

Kawan aku pernah cerita masa dia mengandung dia mengidamkan burung wak wak! Ambik. Hahahaha! Boleh plak dia kenal burung wak wak tu kan. Bila husband dia carikan bawak balik tunjuk dah tengok dia tak mau pulak. Ok dia suruh lepaskan. Hahaha! Itulah ragam orang mengandung. 

Lately ni aku ada mintak nak makan 2 benda ni. Rasa teringin sangat. Dah macam rasa-rasa kat tekak dah. Antara yang aku teringin cheese kek yang meleleh tu, pastu nasi daun pisang. Hehehe! Then husband belanja makan mee bandung special. Itu tak mintak tapi husband baik hati belanja. Takde susah pun kan menu-menu yang aku teringin tu kan:)

Cheese kek tu husband beli dari officemate dia. Sedap. Nasi daun pisang ni makan kat Nirwana, USJ je. Yang ni memang hairan la sebab aku bukannya  penggemar kari. Tetiba boleh teringin nak makan nasi daun pisang plak. Mee bandung tu husband konon-konon nak suprise la. Ajak keluar makan, kemain jauh sampai ke Pulau Indah, Klang. Pastu dah sampai aku tengok kawasan eh macam bukan je. Kenapa dekat dengan area kedai terbengkalai. Tanya husband dia pernah datang ke, dia cakap tak.. tengok kat facebook je. Bila masuk kedai tengok eh semua lelaki customer dia. Semua abang-abang keje kapal je. Aku dah nak ajak husband patah balik. Hahaha. Bila masuk duduk je husband buat macam biasa je, order semua. Then baru bukak cerita dia dah pernah datang dah dengan bos dia. Ciss! Hahaha! Mee bandung yang special sangat husband cakap tu rupanya mee bandung ketam. Haa ade 2 ekor ketam pastu udang lagi. Boleh tahan sedap. Harga murah gils, macam tak percaya. HehehehE




Kek ni husband rasa 2-3 sudu je then aku habiskan. Sedap! Nanti boleh beli lagi.



Nampak tak meriah betul nasi daun pisang dia. Hahaha! Next time nak cuba dekat Nirwana Bangsar plak. 

Mee bandung ketam Pulau Indah. Hehehe! Harganye hanya RM13:00. Air jus kat sini pon sedap. Jus epal yang aku order betul-betul buah fresh, tak guna kordial. Gambo lupa nak snap. 




Jumaat, 22 Januari 2016

Buku Pink Ibu Mengandung

Hye & Assalammualaikum...

17/08/2015 (Isnin)

Apehal la baru nak share cerita buku pink. Ahaksss! Alkisahnya, sebelum ni konon sickness teruk la sampai mood nak menulis pun takde. Hahaha!

Actually aku memang malas nak bukak buku pink ni sebab plan memang nak pegi check-up dekat swasta je. Teeetapiii... dengar cakap orang-orang tua, nak check-up ke, nak beranak kat swasta ke nanti bukak je buku pink tu. Tak tau masa depan macamana so sila la bukak buku pink jugak. Huhuhu! 

Aku bukak buku pink dekat Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong. Sebelum pegi aku call dulu untuk confirmkan address tempat tinggal aku termasuk dalam kawasan klinik atau tak. Bila dah pasti barulah menerjah ke klinik. 

Pertama kali, harus lah husband temankan. Heee ngade. Haha! We all sampai kat klinik pukul 8:30 pagi. Ambik kau memang banjir klinik dengan manusia. Dah memang sedia maklum. Urusan aku ni pun akan ambik masa yang lama mungkin sampai ke petang. Aku dah google siap-siap cerita orang lain yang share buka buku pink ni. Memang dorang dah warning awal-awal, kat klinik orang memang ramai dan memerlukan masa yang lama. Ok, fine harung je la. Memang dah peruntukan satu hari cuti untuk tujuan ini. 

Masa aku pegi buku pink ni aku baru 6 minggu 1 hari pregnant. Awal kan. Haha! Risau plus excited sebenarnya. Lepas dah register nurse bagi 2 buah buku kena isi details sendiri & pasangan. Lepas tu return balik then nurse bagi nombor. Masuk dalam duduk pastu kena panggil untuk urine dan ambik darah. Cuak habis aku sebab penakut jarum. Muahahaha! Dah settle 2 benda tu kena tunggu untuk jumpa nurse yang akan jaga kite sepanjang kita datang untuk check-up. Ini yang ambik masa sangat sangat sangattttt lah lama. Siap benti untuk lunch, lepas pukul 2 datang balik. Kitaorang pun keluar la pegi makan dulu. Huhuhu! Dengan cuaca panas terik, aku mula rasa nak naik angin. Sabar je la. 

Lepas lunch datang balik tunggu lagi. Sampai dah pukul 3 lebih nombor tak kena panggil lagi. Eh, klinik tutup pukul 4 khen. Aku suruh husband tanyakan dekat nurse yang lalu lalang. Bila ditanya nurse cakap kejap lagi. Nak panggil dah ni. Tak sampai 10 minit nombor aku kena panggil. Masuk dalam, nurse suruh timbang. Ukuran tinggi dia tanya aku dia kata kat klinik takde pembaris ukur tinggi tu. Huhuhu! Manalah aku ingat, last bila ntah ukur tinggi, tak aku hentam aje bagi 153cm. Hahaha

Oh ye! Masa tengahari yg nurse suruh lunch tu dulu, ade sorang husband ni marah kat nurse. Dia bising kenapa lambat sangat sampai dah pkul 1 then nak kena datang balik pukul 2. Dia kata dia datang dari pagi. Nurse tu bagitau la dorang tak cukup staff sebab ade kes emergency, ade nurse lain yang keluar pegi hantar orang nak beranak ke hospital. Pastu pakcik tu boleh sound balik "that's not my problem" huwaa! Slumber kau sound. Tunggu la nasib bini kau jap lagi, kata hati kecilku. Hahahaha

Then lepas aku masuk jumpa nurse, tak lama lepas tu wife pakcik tadi pun masuk jugak. Dia duduk belakang aku. Masa sebelum dia masuk, nurse yang attend aku cakap dekat kawan dia. Ni patient yang husband dia kerek tadi tu. Huhuhu! 

Maka bermula la sesi buli dorang kat wife pakcik tadi. Wife pakcik tu Indonesian dan pakcik rambut macam elvis presley tu non malay. Pensyarah pencen. Aku tau sebab nurse-nurse tu soal dia. So terdengar la. Dorang sound dia kenapa husband dia kerek camtu. Lain kali kalau tak nak tunggu lama-lama dia tak payah datang. Yang wife pakcik tu iye kan aje sambik gelak-gelak walau dah kena sound. Hahahaha! 

Nurse yang akan jaga aku sepanjang check-up ni pon mengandung. Dia cakap ngan aku nanti dia cuti bersalin bulan 10. So, nanti akan ade kawan dia tolong cover dia untuk monitor aku. Cuma dia dahulukan patient dia sendiri sebelum aku. Huwaaa! Dah terbayang kepayahan di situ. Terus aku tanya pasal nak tukar klinik sebabnya memang ade perancangan if aku continue check up dekat klinik kesihatan aku nak tukar pegi dekat Kelana Jaya je sebab dekat dengan ofis. Mula-mula dia kata susah la pindah-pindah ni. Tapi bila aku bagi alasan pasal keje susah jauh nak ulang alik, ambik cuti selalu dia cakap ok lah kalau jadi tukar aku kena inform dia. Huhuhu

Lepas dah ambik tekanan darah, soal-soal sikit pastu habis dah. Aik, tu aje. Aku google orang lain siap kena check breast, pastu kena brief sikit-sikit pasal early stage pregnant ni. Aku takdek pon! Ciss takkan dah nak dekat klinik nak tutup dia rush nak balik kot. Huhuhu! Ok pasrah, dalam hati dah cakap aku nak tukar klinik. Lagipun aku seram dengan nurse-nurse kat situ. Laser boleh tahan, sampai takut aku nak tanya soalan. Hahahaha! 

So, begitulah ceritanya experience aku buka buku pink dekat klinik kesihatan kerajaan. Hiks! Korang-korang yang akan pegi, yang akan mula check-up dekat klinik kesihatan, bertabah la ye. Jangan expect ambik masa sekejap je. Memang lama sebab orang ramai. Tak boleh gak nak marah-marah nurse-nurse kat klinik tu sebab bukan dorang lembap tapi memang orang dah ramai. Kat klinik Puchong ni, foreigner pun ramai. Indonesian, Bangladeshi dan lain-lain. Huhuhu! 

Ini buku ke belacan? Hahahah! Buku pink ku yang dah macam belacan ropenye ;)




Sabtu, 16 Januari 2016

Deman Panas & Sawan Tarik


Hi & Assalammualaikum...

Aku masih belum move on dengan kisah demam panas dan sawan tarik yang jadi kat Adele sebelum ni. Ini adalah pertama kali terjadi kat Adele. Since aku pun bakal menjadi ibu, aku usaha cari info mengenai demam panas & sawan tarik. Kat bawah ni aku share untuk rujukan bersama....

Demam panas & Sawan tarik

Selalunya bila terjadi parent akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Bila sawan terjadi, kanak-kanak terbabit tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya. Macam terjadi pada ayah dan ibu Adele, dorang panik habis.

Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak - kanak mengalami demam sawan atau sawan tarik ni. Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak - kanak masuk wad. 


Sebab dan Punca 

Kebanyakkan sawan tarik yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda-tanda yang didapati termasuklah selsema, batuk dan kurang minat menyusu. Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi-bayi atau kanak-kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru-paru (pneumonia ). Adele hari tu puncanya sebab demam panas. Masa siang badan panas. Bila nak bawak pegi klinik dia tak mau. Orang pandai cakap, paksa pun still tolak. Ibu ngan ayah dia fikir tak serius so tak bawak la. Tak sangka malam jadi macam tu. Lepas ni mesti dah serik. Huhuhu

Untuk mengelakkan sawan, suhu badan bayi-bayi dan kanak-kanak mestilah diturunkan. Lazimnya seseorang bayi atau kanak - kanak yang demam mungkin tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang boleh. Baju yang dipakai mestilah nipis. Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan. Pada parent bila tau anak dah demam, kerapkalilah pantau suhu badan. Kalau suhu sampai dah mencecah 38 tu cepat-cepatlah buat sesuatu untuk turunkan suhu supaya tak terjadi sawan tarik ni. Tidak pun cepat-cepat bawak pegi hospital. 

Adakah Sawan Tarik Merbahaya? 

Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja, jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu.  Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan (temporal lobe epilepsy) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan. Dalam keadaan ini kanak-kanak tidak sedarkan diri, menepuk -nepuk pipinya, bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku. Masa Adele jadi mak cerita seluruh badan dia kejang. Dia diam keras je, mak sempat masukkan jari kat dalam mulut dia untuk elak dia gigit lidah (tapi kalau tanya doktor ini tak sepatutnya dilakukan. Cuma petua org tua2, masukkan sudu dlm mulut untuk elak kancing gigi) Mak cakap jari dia sakit rasa macam nak putus. Bayangkan lah kuat tak kuat dia ketap gigi tu. 

Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang mendapat demam sawan yang lama, iaitu lebih dari 30 minit, ketar-ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy. 

Langkah-langkah yang perlu diambil jika sawan tarik terjadi 

Jika demam sawan berlaku parent perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit. Mereka dinasihatkan untuk membaringkan kanak-kanak disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru-paru, lalu membawa kepada penyakit pneumonia. Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan. Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke klinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan  suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor. 

Adalah dinasihatkan supaya bayi dan kanak-kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa. Ini adalah penting untuk mengenalpasti dengan awal penyakit meningitis dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan. Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal, mental dan kerosakan deria-deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut. Anggapan -anggapan yang salah seperti kanak-kanak itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya diambil (lumbar puncture) selalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor-doktor  menjalankan prosedur ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis. 

Masa terjadi pada Adele hari tu, mak mengiringkan badan dia dan ambik air lap sambil urut seluruh badan. Sementara tu jari mak dekat dalam mulut Adele. Muka Adele memang dah biru-biru dah. Lepas beberapa minit dia dah start menangis, masa tu badan dah lembut dah tak kejang macam tadi. Baru la dorang bawak dia pegi hospital. Bila sampai sana doktor tanya macam mana buat masa dia kena sawan tadi. Mak cerita la, doktor kata ok cara betul. Nasiblah mak ada, ibu ngan ayah Adele takde experience. Kat hospital doktor masukkan ubat bontot atau nama ubat tu Diapezam. Ubat ni diberi dengan cara suppository iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak-kanak mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku. 

So kesimpulannya, even demam sawan ni jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas sangat-sangat. Terutama pada parent yang langsung takde experience dan tak pernah tengok. Bagi yang dah pernah terjadi risiko untuk sawan tarik ni berulang adalah sangat tinggi. Apabila anak demam pantaulah suhu badan, jangan sampai suhu dah naik tinggi tapi kita tak sedar. Adalah lebih baik bawa anak ke hospital jika suhu tak turun-turun, doktor boleh pantau keadaan dan kalau-kalau terjadi sawan tarik ni takdelah kita panik nak menghadapi sorang-sorang kan.



Selasa, 12 Januari 2016

Adele Demam Panas

Assalammualaikum..

Hari Selasa malam minggu lepas, tengah study kat UiTM Shah Alam tetiba dapat mesej kat group whatsapp....Adele jadi sawan tarik, sampai biru-biru dah. Ya Allah terkejut sangat. Nak meraung pun ya jugak. Anak buah kesayangan tu jarang sakit. Pagi duk elok-elok dapat video dia menyanyi pakcik dia record. Tiba-tiba dapat berita tak baik pulak. 

Memang tak senang duduk dah... Call mak tak angkat, call sepupu yang bawak pegi hospital tu tak dapat. Kat group whatsapp tu ibu dia la bagitau. Ibunya dalam pantang. Kesiannya Adele. Dah lama sikit baru dapat cakap ngan mak. Adele demam panas, panas sangat tu yang sampai jadi macam tu. Bawak pegi hospital kena tahan. Bermalam la dia kat hospital. Adoi dia dah la penakut, dengar ibu nak pegi klinik ke, hospital ke sanggup dia tak ikut, tinggal dengan opah. Macamana la dia kat hospital, ayah dia je boleh teman. Ibu dalam pantang, dengan adik menyusu lagi. Memang dugaan tahun baru. 

Kena warded dua hari sebab panas tak turun-turun. Hari kedua ibu dia langgar pantang, pegi bermalam dekat hospital. Adik Aqil tinggal dengan opah. Terpaksa la menyusu botol. Keadaan Adele pun merisaukan, malam je suhu naik balik. Asyik merengek je. Adoi rasa nak balik kampung nak tengok Adele. Dengan kakak Alya baru masuk darjah satu. Kesian la kakak, nasib tak menangis pegi sekolah. Excited lagi ade la. Ayah ibu layan adik, pakcik la pegi tengok masa rehat, ambik balik dari sekolah. 

Malam kedua Adele kat hospital, husband balik keje aku mintak buat solat hajat untuk Adele. Aku dah buat dulu dah.  Nak tido whatsapp ibu dia tanya macamana keadaan. Still suhu tinggi. Alahai risaunya Mak Long:( 

Esoknya, ibu balik ayah jaga kejap. Suhu dah turun tapi mulut dia kena ulser teruk. Habis putih-putih. Allah kesiannya. Tengahari doktor bagitau tunggu sampai pukul 4 petang, if ok suhu tak naik Adele boleh balik. Lega jugak dengar, tapi keadaan dia still kena pantau. Takut tetiba suhu naik. Lagipun doktor pesan sawan tarik tu dah jadi sekali maybe akan berulang lagi. Mak bagitau dah keluar nanti pegi berubat lain plak. Nak bawak pegi dekat ustaz untuk berubat sawan tu. 

Akhirnya pukul 4 Adele dapat discharge. Lega dia, kalau tak asyik nak balik. Dia cakap boring. Bercakap kemain banyak. Doktor, nurse pun hairan, umur 2 tahun lebih dia cakap tak pelat. Masa 1st day bawak kat emergency tu mak cite, dia marah opah dengan ayah bawak dia pegi hospital. Kejap-kejap dia bahasakan diri dia abang. Dorang hairan, pakai cincin gelang semua kenapa abang. Hahaha. Sejak dapat tahu adik dalam perut ibu dia boy dia pun nak jadi abang. Huhuhu! 

Lepas dah balik rumah, dia still tak sihat sangat sampai hari ni. Mulut dia penuh putih-putih. Tak boleh makan nasi. Dia jadi fobia sebab bila masuk makanan dalam mulut dia sakit, menangis-nangis. Kawan dah la kuat makan. Adoi kesian sungguh, nanti kurus dah tak bam bam dah. Ibu dia buat bubur dapat makan sikit, lebihnya dia minum susu ibu dia. Sebenarnya dia dah stop dah susu ibu dia masa adik dalam perut lagi. Tapi sejak sakit ni ibu dia bagi balik lah, sebab kesian demam hari tu. Masih demam lepas sehari balik rumah, ayah dia bawak pegi klinik. Kalau sebelum ni demam makan antibiotik kejap je dah ok. Kat hospital takde plak doktor bagi antibiotik, tu yang ibu dia tetap nak bawak pegi klinik. Then bawak pegi jumpa ustaz jugak untuk mintak air penawar. Ayah dia cite, ustaz tu suruh nganga mulut nak tengok ulser dia nangis-nangis tak mau. Sekali ustaz tu hembus muka dia terus nganga. Hahahaha! 

Cuaca panas sekarang ni memang la kena minum air banyak-banyak dan jangan berjemur sangat. Mak Long rasa nak balik kampung je tengok Adele, tapi sekarang tengah exam. Last weekend pun ade paper, kalau tak memang mak long sampai dah depan pintu rumah opah. Tambah-tambah dengar Adele susah nak makan ubat, makan muntah sampai menangis-nangis makan ubat. Minum air masak pun tak mau, asyik nak air ais je. Adoi la Adele. Huhuhu
Mak Long doakan Adele cepat sembuh, sihat macam dulu, boleh makan macam biasa dah. Boleh cakap kat telefon dengan pak long tak henti-henti. Amin...amin... 

Lemah je adik:'( Sedih Mak Long tengok ni. Kesian adik kena cucuk. Ni malam kena warded tu. 

Esoknye kakak datang melawat adik lepas sekolah. Adik still tanya ibu mana! Huhuhu



Tengokla ni, orang kata pakai baju, seluar nipis-nipis dia nak jugak pakai jeans. Abang-abang katanya. Huhuhu

Malam kedua warded. Suhu naik balik. Allah sampai merah-merah bibir. Tidur pun terkejut-kejut je.

Adik Aqil tinggal kat rumah dengan opah. Nasib tak meragam. Opah bagi susu botol yang ibu dia tinggal. Cuma opah cakap malam kejap-kejap terjaga merengek kejap. 

Adele masa sihat. Ceria, jarang buat hal, kadang-kadang je bila gusti ngan kakak. Bila keluar dengan Mak Long asyik gelak je pastu pau pegi Taman Tasik asyik nak main buai. Nanti sihat ceria balik macam ni ye sayang.








Selasa, 5 Januari 2016

Entry emosi lagi duka...

Hye & Assalammualaikum...

Tengah sedih ni. Eh tak tau la sedih ke, marah ke geram ke sakit hati. Huhuhu! 

Tu la kan orang cakap kerana mulut badan binasa. Kerana satu ayat terguris hati ini. Tak sangka plak la kan nak kena dengar ayat keramat tu. Ish..ish...sedih. 

Ada orang kate kita duk rumah mengangkang je kat rumah. Terkejut kita. Sebelum datang sedih ni sakit hati yang datang dulu. Lama sikit baru sedih, yelah orang yang rapat dengan kite cakap macam tu kan. Sentap la mak nok! 

Haah memang pun la aku duk mengangkang kat rumah ni. Hahaha! Ape ntah dorang ni expect kan, aku keje kot bukan seharian duduk rumah. Balik keje pukul 8 ke 9 malam. Dah lama tak balik awal. Kadang-kadang siapkan keje, kadang-kadang siapkan assignment. Kira ok la, assignment boleh settle sendiri, keje pun jalan... Tak susahkan orang lain:( 

Kalau balik keje dah lambat macam tu, memang la kadang tak buat ape. Mandi, solat then rehat terbaring depan tv. Sakit belakang, sakit pinggang ni ha bukan dorang rasa pun. Tapi bila time aku balik awal or aku mampu untuk buat keje, ade je aku buat... Kemas rumah, basuh baju or lipat kain dalam bakul. Takde pun rumah macam tongkang pecah, pinggan penuh singki. Semua ok je aku tengok. 

Masa mengandung ni je la aku macam ni. Sebelum ni aku masak suma sekarang je aku macam ni. Lagipun keadaan tak mengizinkan nak masak, nak pegi beli barang sendiri semua. Mana tak sedih kan bila orang cakap macam tu padahal aku tak pernah usik orang pun:( 

Panjang berjela pulak entry sentap ni. Hormon ibu mengandung memang macam ni kot. Hahaha! Mata orang semua buruk kita nampak, yang baik buat-buat tak nampak. Kita boleh terima kekurangan orang, tapi orang belum tentu boleh terima kekurangan kita. Ok lah nak pujuk hati sendiri nih. Kbai! 

Sabtu, 2 Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Hye Assalammualaikum...

Masih belum terlambat nak ucapkan selamat tahun baru 2016. Hahaha! Mak busy nyah tu yang hari ni baru dapat update blog wish tahun baru.  

Esok start 1st paper ok, subjek EWC 661 start dulu. Harap-harap soalan senang & mudah-mudahan  mama Reen & baba Capik boleh jawab dengan jayanya. Tak sabar nak bawak baby dalam perut masuk dewan exam. Hiks! 

Akhir-akhir ni kesihatan mama Reen tak berapa memuaskan. Batuk masih tak hilang-hilang, selesema, malam-malam bersin menjadi-jadi. Kadang-kadang risau jugakla, kenapa lama sangat tak pulih-pulih. Dah nak masuk tiga minggu dah. Huhuhu! Hari tu masa balik kampung tanya mak, mak cakap batuk tu mungkin pembawakan. Masa mak mengandungkan aku dulu pun batuk lama macam tu jugak. Alamak! kalau pembawakan mungkin la sampai bersalin nanti baru ok. Sob...sob...sob

Ouhh, kalau bercakap pasal tahun baru tak sah kalau tak cakap pasal azam tahun baru. Jeng..jeng...ape azam korang di tahun 2016 ni? Azam 2015 dah tercapai belum? Kalau aku, azam tahun lepas part of dah tercapai la jugak rasanya... Berjaya habiskan diploma & konvo dan jugak kawin! Hahaha! kawin pun jadi azam tau tahun lepas. Hiks! Alhamdulillah, semua yang dirancang menjadi seperti yang diinginkan. Sebenarnya, banyak lagi yang masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. So, tahun 2016 ni kita sambung ape yang belum tercapai, ape yang perlu diperbaiki lagi... First, harap kelahiran baby 'I' yang ditunggu-tunggu dipermudahkan, pastu nak jadi isteri yang mendengar kata, ibu yang baik, anak, menantu & kakak yang menyenangkan, nak solat di awal waktu dan tak nak ponteng-ponteng, pastu nak habiskan degree yang tinggal 2 sem je lagi. Tak nak ade satu pun MC supaya bos sayang. Hahaha! 

Adoi kalau disenaraikan banyak betul keazaman dan ke ke yang hendak dicapai. Nak itu, nak ini. Hehehe! Yang penting & doa hari-hari, supaya masih dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik pada diri sendiri dan keluarga tercinta. Semoga Allah SWT merestui semuanya. Amin. 

Akhirkata, terima kasih daun keladi kerana sudi baca bebelan panjang-panjang ni! Hehehe! 

Suka-duka 2015



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...