Memaparkan catatan dengan label Bride to Be. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bride to Be. Papar semua catatan

Selasa, 9 Jun 2015

#ShafiqReen ~ Merisik ~ Hantaran & Outdoor


Hye & Assalammualaikum,

Kite sambung cerita....hari tu entry merisik yang part 1 tu macam panjang sangat. So, sambung sini lah. Actually masa that day, kitaorang dah sepakat tak nak buat hantaran beria. Setakat bawak cincin je. Tapi mak-mak, makcik-makcik cakap tak boleh, at least kena bawak 2-3 dulang so kitaorang pun ikutlah. Dari satu dua dulang jadi berdulang-dulang. Hahaha! Orang nak bagi, kita ambik....kehkehkeh. Kat kampung plak biasalah, kalau dengar nak tunang ke ape ke mesti dorang sedekah sorang 1 dulang. Mak pulak ramai kengkawannya, so aku rasa Shafiq bawak balik hari tu lebih dari 10 dulang. Yang bunga biru tu dari Shafiq bagi aku, yang dulang aku bagi ke dia takde gambar sangat :( Huhuhu!


Cincin untuk kiter

Cekelat




Cup cake ni aku tempahkan dekat Tepeng je. Kalau Shafiq nak bawak dari KL ke Tepeng mau hancus kek itew di tengah jalan. Haha


Ni pon sama kek tempah dekat Ipoh Bakery. Sedappppp!


Ha yang pink-pink ni dulang dari side aku ke Shafiq. Tu biskut strawberi. Aku tak ingat sape bagi. Banyak sangat. Dan sedihnya aku tak sempat balas papepun, ucapan terima kasih je mampu. Wuwuwu!





Tu semua sebahagian dulang dari side aku....

Sirih junjung fuhhh kemain cam menara. Hahahah! Tu mak dengan kawan dia buat!


Dengan Lala jelita, Makwe & Pakwe:)



Haaa...pas majlis tamat, kitaorang pegi photoshoot dekat Taman Tasik Taiping. Over khen! Hahaha tak kira, nak jugak. Tengok, at least ade jugak gambar kat sini lepas kejadian photoshoot sebenar tak dapat dilakukan...walao takde gambar lambung-lambung suma tu. Wuwuwu! Nanti cite kenapa kejadian photoshoot sebenar tak dapat dilakukan masa entry wedding nanti...  



Gambar sopan-sopan gitu! Hahaha




Cantik kan Taman Tasik nih. Nampak tasik takde air tu, agak kering sebab masa nih musim kemarau. Tasik ade air sikit je!







Kalau dia yang jadi photographernye memang penat akak! Huh


~TAMAT~ 



Kedai kek : Ipoh Bakery (05-807 3354)

Isnin, 16 Mac 2015

Diet Nasi

Assalammualaikum...

Hellooooooooo! 

Haha! tetiba mood ade nak berblog. Hiks. Selalu je bukak blog, baca entry blogger lain, tapi tu la takde mood langsung nak komen or coret entry kat blog sendiri. So, rasanya dah puas bertapa dan kini menjelma kembali:P

Lately, ni aku pening sikit. Macam-macam kena fikir dan buat sendirian. Tak jangka benda macam-macam tu kena hadap sendiri. So, kadang-kadang memang mood down tidak semena. 

Menjelang, baki lebih kurang 50 hari yang tinggal menuju hari pernikahan, dah 4 hari aku tak makan nasi. Diet konon. Hiks! Ni kira cabaran 50 hari la nih. Dalam masa yang tinggal tu, aku nekad nak kuruih. Hahaha! So, say no to nasi...makan sayur aje ok. Aku buat salad pastu potong hot dog ayam seketul. So far, alhamdulillah aku tak rasa lapar teruk sampai nak kena langgar pantang tak boleh makan nasi tu. Hahaha. Jauh perjalanan lagi tu...

Tak sangka aku, dulu orang selalu cakap badan aku kurus kering, takde isi. Siap pak sedara sendiri bahan... "Yong tak boleh lalu kat Jambatan Pulau Pinang, satgi terbang kena tiup angin" Pastu, semua orang gelak. Hahahahaha! Sonok kan. Sekarang, dorang tak tau aku gigih nak kena diet miet nih tau. Aku rasa faktor umur pun sama menyumbang ke arah pertambahan berat badan nih. Nak tak nak kena la ubah. 

Kawan-kawan kat ofis walau gelak-gelak tapi bagi sokongan padu. Siap bagi oats untuk aku breakfast hari-hari. Dorang sendiri cakap aku kena diet, sebab dorang kata, aku dari sehari ke sehari gemuk:(

Harap-harapnya aku terus istiqamah dalam meneruskan misi diet ni. Nantu baru baju aku terletak cantik je. Ahahahaha! Itu yang sebenarnya dirisaukan. Kihkihkih

Lepas ni aku dah tak suka nasi dah. Eh bukan, nasi yang tak suka aku. Pastu, bolehlah aku menjalani kehidupan yang sihat. Hanya segenggam nasi sehari:P

Salad orang diet! Kadang-kadang makan sup sayur. Giler ah! dari langsung tak makan sayur, jadi seorang pemakan sayur. Pencapaian yang boleh dibanggakan. HAHAHAHA! 

Jumaat, 6 Februari 2015

B2b Diaries: Shopping Kain di Bandung

Hai & Assalammualaikum,

Bunyi gempak sangat la shopping sampai ke Bandung kan. Hahaha! Padahal semuanya secara kebetulan. Shafiq ke Bandung nak makan angin dengan kengkawannya. Masa plan nak ke Bandung kita orang tak rapat langsung. Takdenye fefeling lagi masa tu. Kenal pun as 'ouhh Shafiq kelas sebelah' Keh keh keh. Kalau diingat-ingatkan balik, sememangnya perancangan dariNya cukup indah. Tak terfikir pun...

Sampai masa dia nak ke Bandung, kitaorang dah dalam perancangan untuk ke step seterusnya lepas dah kenal rapat. Maka timbullah idea nak shopping kain. Memula tu terfikir jugak la boleh ke percaya dia yang nak shopping kain nih. Karang macamana rupa lah yang dibelikan. Hahaha

Alhamdulillah, hasilnya ok. Taste boleh tahan gak la. Dapat ape yang macam dikehendaki. Walau sibuk berwechat-wechat masa nak memilih. 

Dia shoppingkan kain untuk buat baju nikah lelaki dan perempuan, dengan french lace sekali, dengan kain sampin untuk lelaki. Pastu kain untuk hantaran sorang sepasang, kain untuk majlis merisik, telekung, pastu dapat kain untuk buat baju raya dua pasang. Tengok gambar dia hantar bestnye! Banyak betul kain. Kalau aku kat sana sure nak pegi semua kedai sebelum nak pilih. Hahaha!





















Jamu-jamu mata. Mana satu yang kite punya? Haa...raciew! Hiks



Jumaat, 23 Januari 2015

B2b Diaries: MUA oh MUA!

Hai & Assalammualaikum,

Dalam banyak-banyak perkara yang dah survey sana sini, make up artist (MUA) jugek yang fail. Sampai sekarang masih tak tau dan tak jumpa MUA yang area Taiping atau sekitarnya. Pakej pelamin memang ada make up sekali tapi aku tak nak guna. Ada sebab mengapa dan kenapa aku tolak servis make up tersebut. 

Memang cerewet sket pasal nak conteng-conteng muka ni. Tak pernah bagi muka kat sape-sape untuk dimekapkan sebelum ni. So agak takot sket. Nak makeup yang natural-natural je, tak nak sampai muka berubah jadi orang lain. Hahaha! 

Kalau ikutkan hati nak sangat-sangat MUA Vee Elfaiiziens (Elfaiiziens Touch) mekapkan. Tapi adalah mustahil. Kos transport dan penginapan lagi tinggi dari upah mekap. Yelah Ikutkan hati pejam mata, bayor je, almaklumlah MUA idaman. Tapi apakan daya...Shafiq cakap jangan, membazir. Hahahaha! Tapi takpe, masa ade lagi. Boleh pujuk lagi. Hiks.

Semalam ade terjumpa satu MUA Taiping kat FB. Tengok hasil kerja dia boleh tahan. Make up natural macam yang aku nak. So cepat-cepat la pm tanya quotation, sekali... date yang aku nak tu dia dah fully booked. Huwaaa:( Pastu akak tu siap pesan lagi... dik, cari MUA cepat-cepat sebab date yang adik nak tu hot. Yesss aku dah mula cuak! Haish... Tolon! tolon!... sape tau or kenal MUA area Taiping, Ipoh atau kawasan sekitarnya. Nak MUA perempuan aje. Huhuhuhu! 

Aku mekap sendiri je lah. Tapi, ni jelah bahan mekap yang ade... plus 2-3 batang lipstick pasar malam. Hahahaha!
Cantik! Nak makep camni! Hiks! Sumber Gambar : Pinterest


Sweet je kan. Tak banyak warna-warni kat muka! Sumber Gambar : Pinterest


Haaa! kat bawah ni suma MUA Vee Elfaiiziens yang mekap kan. Cantik kan?!!!!! Ape nak kata mekap cantik, orang yang dimekapkan pon cantik. Hasil memang cantik. Hiks! "Awak pwease! kita nak MUA Vee" :(











Sumber Gambar dari Instagram Vee Elfaiiziens

Instagram beliau :  Vee Elfaiiziens

Facebook : Elfaiiziens Touch



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...