Rabu, 22 September 2010

Sakitnya Aku Membenci Kamu...

Benarkanku Tuk Berbicara

Bicara Terus Ke Hatimu…Hatimu…

Hati Yang Penuh Rasa Ragu

Jangan Terus Pergi Tanpa Mendengar Ku

Begitu Mudah Untuk Kau Terus Berlalu Nanti Dulu

Berikanlah Waktu Untuk Aku Untuk Kamu


Ingatkah Lagi Waktu Kau Bersamaku

Kaku Aku Melihat Mu

Lidah Kelu Sedangkan Aku Mahu Kau Tahu

Aku Cinta Padamu, Benci Padamu, Cinta Padamu


Ke Tepi Lihat Ku Berlalu

Pasti Itu Yang Terbaik Untuk Ku

Tiada Lagi Mahu Ku Tahu

Tentang Hidup Kamu Tentang Mati Kamu

Aku Tahu Engkau Tahu Apa Yang Mataku Tahu

Apa Yang Kau Tunggu Mahu Aku Buka Pintu

Ingatkah Lagi Waktu Kau Bersama Ku

Kaku Aku Melihat Mu Sedangkan Aku Mahu Kau Tahu

Dengar Kata Ku Aku Cinta Padamu

Benci Padamu Cinta Padamu


Sakitnya Aku Membenci Kamu

Sakit Lagi Mencintaimu

Dan Aku Pergi Tapi Kembali

Benci Aku Mencintai Dirimu


Ku Benci Kamu

Aku Cinta Kamu


Ingatkah Lagi Waktu Kau Bersama Ku

Kaku Aku Melihat Mu

Sedangkan Aku Mahu Kau Tahu

Dengar Kata Ku

Aku Cinta Padamu

Benci Padamu

Padamu


Ingatkah Lagi Waktu Kau Bersamaku

Kaku Aku Melihat Mu

Lidah Kelu Sedangkan Aku Mahu Kau Tahu

Aku Cinta Padamu

Aku Benci Padamu

Aku Cinta Aku Benci

Padamu


Ingatkah Lagi Waktu Kau Bersama Ku

Dengar Kata Ku

Aku Cinta Padamu

Aku Benci Padamu

Aku Cinta Aku Benci



- 'Bencinta' Lyric by Faizal Tahir -

Ahad, 29 Ogos 2010

Berat Badan

Tak sempat nak post entry di awal2 ramadhan. Sedar tak sedar dh pertengahan puasa dah. Sekejap masa berlalu...
Ramadhan kali ini ada yang merungsingkan aku. Berat badan turun mendadak! Kalau sebelum puasa, ada satu seluar jeans yang memang aku tak selesa kalau di sarung, agak sendat. Tapi, pagi tadi pakai...muat aje, longgar plak tu. Aduh, risau seih!

Puasa ditambah dengan demam minggu lepas memang rasanya aku hilang 3-4kg. Hu!Hu! bukan senang nak dapat balik!. Kalau orang lain, punyalah susah, nak hilangkan 3-4 kg tu, aku nak balik!.

Dari zaman sekolah lagi kalau demam teruk sikit, berat badan aku memang susut. Kali ini demam ditambah dengan puasa, memang bertambah kurus lah aku!

Isnin, 2 Ogos 2010

Student Life...

Actually part time student life! heheheh!!!!

Telah hampir sebulan, aku memulakan pembelajaran di UITM. So far semua berjalan lancar, tak pernah ponteng class lagi. Hu!Hu!Hu!

Rutin seharian totally berubah. Punch out from office tepat 5.30pm, class start @ 6pm sehingga 9 or 10pm for 5 times a week. Walaupun, kelam kabut hari2ku dan meletihkan tetapi ianya menggembirakan....

Assingment pun dh start banyak. Busy siapkan assingment, penat menghafal untuk test dan quiz termasuk sibuk mencari bahan untuk presentation. Hmmm....baru sekarang dapat aku rasakan suasana begini.

Harap semuanya akan berjalan lancar dan sukses...I'm happy doing what i want to do!

Selasa, 8 Jun 2010

AKU tidak bisa CINTA KAU & DIA

Cinta Seketika...
Ha! Ha! Layakkah di panggil Cinta?...
Datangnya hanya seketika
Singgah untuk menguji hari...

Cinta Seketika...
Memang mengasyikkan jika di layan
Tetapi...hati ini tidak menginginkannya
Kerana, aku...tidak bisa untuk menyintai kau dan dia......

Rabu, 26 Mei 2010

Sepi....

Sepi...Melewati Hari
Bisu...Tiada Teman Bicara
Kerisauan Menghantui Jiwa

Semakin Mencari Sebuah Kebahagian, Semakin Aku Kesepian
Tersilap Dugaan...Dia Kugantungkan Harapan, Pudar Ditelan Kesepian ini
Semakin Laju Aku Mengejar Semakin Jauh Dia Berlari

Aku...Menjaring Sepi Dalam Melewati Waktu
Khilaf Perhitungan, Penyesalan Memenuhi Fikiran
Permulaan Yang Kulewati Semakin Jauh Di Belakang

Perit Di Dada, Tangisan Kegelapan....Aku Keliru
Aku...Cuba Menafi Realiti Demi Penantian, Fantasi Yang Bahagia
Mampukah...Terus Aku Bertahan???






Ahad, 9 Mei 2010

Selamat Hari Ibu, Mak...


Happy Mother's Day to all greatest mother out there...

Tidak terluah dengan perkataan dan perbuatan yang setimpal untuk diukur dengan pengorbanan seorang ibu.

Di ingat2 kembali, rasa sedihnya...Selalu tak dengar kata, selalu buat mak menangis (dulu la), lawan cakap mak, degil dan banyaklah perbuatan yang melukakan hati mak. Tapi bila sakit, demam...mak jugak lah aku cari. Hu! Hu!

Sekarang, nak menyesal pun tak berguna, bukan dapat aku undur masa yang lalu. Cuma aku berharap, aku sempat membahagiakan dia. Semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik. Amin...

+ TERIMA KASIH MAK...+

Aku tahu aku banyak menyusahkanmu…
Selalu membuat hatimu tidak tenang...
Selalu mengangap apa yang di buat olehmu adalah tugas seorang Ibu, lantas aku sering menggunakan kesempatan itu…

Sebelum ini tidak pernah aku terfikir akan sukarnya kau membesarkanku sampai aku dewasa. Kini, aku menyedari telah banyak masa dan tenaga yang dicurahkan untukku, tidak pernah aku ucapkannya sebelum ini…Terima Kasih Mak...
Terima kasih atas segala-galanya….


Jumaat, 9 April 2010

Impian akan menjadi kenyataankah...?

Akhirnya penantian ku berakhir jua… Hah penantian ape plak? he!he!
Penantian, keluarnya iklan untuk permohonan program PPLK di UiTM la. Dengan semangat yang meluap-luap aku segera membuat persiapan untuk memohon. Tapi la kan…terfikir gak, berjaya ke permohonanku ini? hu!hu! Lepas ini penantian untuk keputusan diterima atau tidak la pulak. Rasa cam tak yakin pun ada. Aduh, borang pun belum hantar, aku dh fikirkan kegagalan. 

Setelah borang diprint, aku memulakan langkah seterusnya. Mak & Abah dah aku contact, minta dikurierkan photocopy IC dan sijil kelahiran. Memo untuk mendapatkan surat sokongan majikan dah dihantar ke HR (nak mintak surat sokongan pun kena buat memo). Sijil2 yang berkenaan sudah di buat salinan. Minggu depan dah boleh hantar dah.

Aku harap sangat permohonan ini berjaya. Ini lah impian aku selama ini. Nak genggam segulung ijazah, tak kisahlah walau dah agak terlewat dan banyak kali  bertangguh. Semoga semuanya berjalan lancar. Aku mohon dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik, tidak lupa agar dimurahkan rezeki untuk aku melangkah terus bagi merialisasikan impian ku ini. Amin…

Isnin, 11 Januari 2010

Hatiku yang Rawan...

Entah kenapa akhir2 ni saya rasa seperti kehilangan...rasa sedih, rasa geram, rasa bosan bercampur baur. Sesak dada saya mememdam segalanya... Saya nak menjerit melepaskan geram di hati, nak menangis meluahkan yang terpendam. Tapi saya tak tahu siapa yang sudi mendengar dan berkongsi. Tidak saya sangka hari ini saya keseorangan rupanya. Suatu ketika dulu, saya macam lupakan kawan, saya makin jauh dengan keluarga.

Semakin hari saya jauh dari keluarga, saya terlepas momen2 indah melihat adik2 saya membesar. Sekarang mereka semakin jauh dari saya :'(

Ahad, 3 Januari 2010

Kerja Di Hujung Minggu...

Memulakan kerja di hari pertama tahun 2010...

Kalau orang lain masih bercuti, tidak bagi saya. Tak menang tangan di buatnya...pagi2 lagi dah terima call dari boss, pesan itu ini takut saya terlupa agaknya. Alhamdulillah, semua yg penting2 dapt saya dahulukan. Esok (Ahad) sehari lagi untuk saya menghabiskan saki baki yang tertinggal sebelum memulakan hari Isnin yang kadangkala menyesakkan.

Teringat suatu ketika dulu, masa mula2 kerja, amat la tak sukanya duty di hari sabtu dan ahad. Sekarang dah hampir 5 tahun, dah dapat biasakan diri dah. Dari tak buat apa2 hujung minggu lebih baik saya bekerja. Dapat jugak overtime. He! He!...

Dalam sibuk2 tadi sempat juga saya mencuri masa (memang curi2 pun) keluar sekejap ke kedai aksesori kereta Brother's untuk memasang seat cover kereta My Vi hitam saya itu. Saya pilih warna hitam juga, sekali pandang nampak tak cantik, tengok lama2 boleh la. Bukan ape pun cuma tak nak rosakkan yang original cover sebab bila saya bawa balik kampung, sepupu yang kecik2 tu suka sangat memanjat-manjat. Nak dilarang segan la pulak. Dah ada cover tu takpe la, agak2 dah kotor esok atau dah jemu tukar la lagi. Ready duit je, semua boleh buat.

Jumaat, 1 Januari 2010

Hari Silih Berganti....

Melangkah ke tahun 2010...

Seiring dengan umur yang meningkat setahun lagi, saya amat berharap tahun ini akan memberikan sesuatu yang bermakana untuk masa depan.


Hmm... bermula dengan niat untuk melanjutkan pelajaran. Niat ini sudah lama di simpan, jika sebelum ini saya ragu2 untuk meneruskan oleh kerana memikirkan masa yang panjang untuk mendapatkan diploma itu. Tetapi kali ini saya nekad untuk melakukannya. Biarlah lama mana yg harus di korbankan saya tidak risau lagi kerana memikirkan saya harus melakukan sesuatu untuk diri sendiri bukan untuk orang lain. Jika sebelum ini saya tidak berpeluang untuk melakukannya atas sebab2 yang saya sendiri tidak berdaya menghalang semoga apa yang saya rancangkan kali ini akan menjadi kenyataan. Insya Allah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...