Khamis, 24 Februari 2011

Berdoa untuk keajaiban...

Kala ini aku dan mak masih di hospital. Hari ini kami mintak untuk bermalam di sini rentetan dari laporan doctor yang mengatakan abah semakin kritikal. Hancur luluh hati aku apabila mendengarkannya, apatah lagi mak. Kami menangis dan terus menangis. Doa tidak jemu aku panjatkan. Keadaan abah masih tidak berubah. Tekanan darah semakin menurun. Semakin banyak ubat di masukkan, tetapi abah masih begitu.

Petang tadi aku merayu pada nurse bertugas untuk masuk mendekati abah. Kesiannya tengok abah. Wayar-wayar berselirat. Aku panggil abah. Aku katakan kami semua menunggu dia bangun. Abah harus bangun, kesian pada mak, kesian adik2. Kami amat2 memerlukan abah. Aku minta abah kuat semangat melawan penyakit yang ada.

Apa penyakit yang melanda abah hingga kini masih belum dapat dipastikan. Petang tadi juga, isu baru timbul. Entahlah, sukar untuk aku percaya. Tapi, kalau itu kebenarannya...aku amat berharap, ada keajaiban yang berlaku mengembalikan abah pada kami...

Khamis, 17 Februari 2011

Aduhai....

Amat kesuntukan masa akhir-akhir ini. Baru jer memulakan kerja hari ini setelah beberapa hari cuti plus cuti kecemasan. Masa nak menjenguk blog neh pun agak terbatas. Pada follower-follower baru, terima kasih banyak-banyak kerana sudi mengikuti dan menjenguk-jenguk blogku ini. Maaf yer, saya belum sempat untuk membuat lawatan ke blog anda. Insya Allah, akan ku laksanakan bila keadaan mengizinkan.

Petang neh ada quiz plak. Minta-minta la dapat aku menjawab dengan jayanya. Akhir-akhir ini, semua yang aku lakukan dalam keadaan yang terkejar-kejar dan dengan kebimbangan yang tidak terperi. Bimbangkan kesihatan abah yang masih belum pulih. Setiap masa ingatan hanya pada abah. Nak balik semalam pun berat sangat aku nak melangkah. Tapi apakan daya...

Pada masa ini tiada apa yang aku inginkan selain melihat abah pulih dan kembali sihat. Sedih sangat tengok abah yang dulu tak pernah duduk diam, ada sahaja kerja yang di lakukan, kesana dan kemari kini hanya terlantar lesu. Nak berjalan pun terpaksa dipimpin.

Abah! kuatkan semangat. Jangan mengaku kalah, lawan penyakit tu. Kami sedih, kami risau....Kami perlukan abah dan kami amat sayangkan abah...

Jumaat, 11 Februari 2011

Quiz yang tak jadi! (^^)

Esok pagi, aku akan memulakan perjalanan pulang ke kampung sekali lagi. Aku apply leave untuk hari Isnin depan.  Nampaknya hari Isnin, class BEL, kena ponteng la. Hmm... takpe la, rasanya lecturer tuh ok. HeHeHe!

Oh ya! bercerita pasal lecturer, teringat semalam punya kes. Hari Khamis, sepatutnya takde class, tapi untuk subject OMT 115 di adakan kelas ganti in advance untuk hari Selasa depan, kerana cuti umum sambutan Maulidur Rasul. Dan yang menggerunkannya, lecturer dah pesan siap-siap, akan di adakan quiz pada hari tersebut. Maka dengan gigihnya, sibuk la aku study...revision bagai. Siap ambik cuti half day lagi semalam, dek kerana semangatnya dan menghadapi quiz tersebut. Kawanku nan sorang tuh pun sanggup neh datang bermalam kat rumah aku, untuk study bersama. Tido, jam 3 pagi. Esoknya, lepas bekerja separuh hari, bersambung plak sessi revision tuh kat rumah die plak. Pukul 6 petang, dah sampai kat class. Begitu jugak classmate yang lain. Lecturer tuh dah pesan siap-siap, takde masa tambahan yang akan diberikan pada yang lambat. HuHuHu!

Dengan sabar kami menunggu. Sambil menuggu tuh, sempat lagi memasing buka buku, baca apa yang patut dan buat sessi soal jawab sesama sendiri. Macam-macam aksi....Jam bergerak detik demi detik. Lecturer kesayangan tak juga-juga muncul. Ah sudah! sehingga ke Maghrib, bayangnya tetap tak nampak. Masing-masing dah gelisah...mana taknya, kami tak tahu bagaimana cara nak hubungi dia. No handphone tak di berinya, alasan...UITM tak bayar bil telefon dia. Ha, apabila jadi macam neh, sape susah? Kami juga..... Puan yer! HuHuHu! Masing-masing dah berteka-teki, sebab kenapa dia tak muncul-muncul. Ade yang cakap dia lupa la, sakit la. Tapi besar kemungkinan aku rasa dia lupa sebab kebetulan sekarang neh, berlangsungnya Academic Conference kat kampus tuh. So, student-student full time memang takde class untuk tiga hari neh. Pastu, maybe die juga melupakan kami student-student PLK neh. HaHaHa! Kesian kami! Tapi kan...baru sangat la kami jumpa dia masa class hari Selasa, selang sehari je kot...takkan bole lupa dah. Ish! musykil aku...

Setelah, menginjak ke jam 8, kami mengambil keputusan bersama untuk balik jelah. Rasanya memang dia takkan muncul malam neh. Sian pada classmate yang datang dari jauh. Tapi, apa nak buat...kami student, dia lecturer...sabar ajela. HeHeHe! Sehingga kelas petang tadi, kami masih tak tahu kenapa lecturer kesayangan tak menghadirkan diri semalam. Quiz tuh postpone lah yer. Aduhai! neh nanti kena baca balik la...refresh ape yang patut. Huwaaaa!!!

Oh ya! ade yang suggest tadi, next week jumpa die mintak aje MC atau surat ke untuk ketidakhadirannya  semalam sebab die sangat berkira dengan kami dalam hal tersebut. Selalu mintak kami, bukti semua tuh kalau tak dapat datang class....HaHaHa! Sape berani, mintak la yer next week! (^^)

Selasa, 8 Februari 2011

Berkumpulnya kami sekeluarga!

Sabtu lepas...masa kat kampung hari tuh, aku bawak family tercinta dinner. Takde mane pun, just kat restaurant biasa-biasa jer. Actually nak pegi Jumaatnye sempena birthday mak, tapi tak sempat dek kesuntukan masa. Jumaat, 4hb...birthday mak yang ke 52 tahun. Nak suruh mak potong kek pun tak sempat...mak takde mood nak happy2 sebab keadaan abah yang tak sihat tuh.

Dah lama kami tak kuar together-together. Kat meja makan tuh kami kot paling riuh. Tambah lagi la dengan aksi 'budak botak' Alya tuh! Sempat aku snap beberapa picture untuk kenang-kenangan. Kami suma dah besar. Eh, besar plak...dewasa ler! HeHeHe! Dah ade yang kawin, dah ada anak. Abah & Mak dah bercucu rupanya. Tapi...keadaan kesihatan mak dan abah, semakin hari semakin merosot. Penyakit mula datang menyinggah. Dalam keadaan sekarang nak sangat aku dekat dengan dorang. Nak jaga dorang, nak uruskan semuanya untuk dorang...tapi keadaan tak mengizinkan pulak. Camner nak buat, berkerja dan mencari rezeki di perantauan. HuHuHu! Apa yang boleh aku buat sekarang adalah balik sekerap yang mungkin. Biar la berkorban masa dan wang ringgit sket. Tak mahu menyesal di kemudian hari....


















Isnin, 7 Februari 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

BEN ASHAARI
SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


Saya baru jer follow Blog Saudara Ben Ashaari dan ternampak plak GEGAR 1,000 neh. So, saya pun berani-beranikan diri la nak join jugak. Anda , bagaimana, berani tak? Kalo berani jom kita gegar-gegar dengan Klik disini!




Ahad, 6 Februari 2011

Super duper jammed!

HuHuHu! Bertolak dari Taiping pukul 2:56 petang...sampai Subang, depan pagar rumah - 9:56 malam! Aduhai, pertama kali menempuh kesesakan sebegini. Sampai ada satu ketika, kereta bergerak cuma 20km/j. Bila jalan lancar je, aku tak lepas peluang pecut. Tapi, yang lancarnya hanya seketika. Yang lebihnya, memang bergerak bagai kura-kura kat highway tuh. Banyak juga la yang guna lorong kecemasan. R&R tak yah cerita la punya sesak. Tapi terpaksa gak aku singgah kat hentian Tapah, sebab tak tahan nak ke toilet dah. Itupun setelah skip 2 R&R sebab sesak sangat. Bila sampai kat Tapah tuh, sama juga sesaknya tapi nak tak nak redah juga demi nak melepaskan hajat. HiHiHi!

Esok dah start keje. Nasib kat site, mintak la kurang sket kerjanya nanti. HuHuHu!!! Badan neh penat, mata neh mengantuk...tiba masanya untuk beradu-du-du-du!!! Nitey uols!(^^)

Mimpi yang merisaukan!

Malam ini adalah malam terakhir aku di kampung. Esoknya nak bertolak balik dah...pejam celik, pejam celik dah nak abis cuti dah. Sekarang ni, masa berlalu terasa begitu la pantasnya!

Aku nak balik KL pun rasa cam berat hati je. Abah ni ha, macam tak ok lagi. Tak tenang jadinya aku. Dah la semalam aku mimpi. Aduhai! mimpi lagi... Mimpi kali ini memang menakutkan aku dan mendatangkan kerisauan yang amat sangat. Aku mimpi gigi patah. HuHuHu! Sebelum aku google pun aku dah tau sikit-sikit maksud disebalik mimpi gigi patah neh. Kata orang kalau kita mimpi gigi patah, akan berlaku kematian di kalangan saudara terdekat. Bila aku google je, memang yang keluar bercerita pasal kematian. Aku tak bukak pun, semua aku baca tajuk je. Takutnya...mintak-mintaklah mimpi aku itu hanya mainan tidur.

Bila difikir-fikirkan semula...ajal dan maut di tangan Allah SWT. DIA yang menentukan segalanya. Tak nak lah aku percaya sangat pada mimpi neh. Tapi, jauh di sudut hati aku, kerisauan itu tidak mahu pergi....Ya Allah, tenangkanlah hatiku dan kau panjangkanlah umur kedua ibubapaku. Aku masih perlukan bimbingan dan tunjuk ajar mereka!

Jumaat, 4 Februari 2011

Cuti-Cuti'an Di Kampung...

Hari kedua percutian di kampung. Riuh rendah rumah neh dengan suara kami adik beradik... Biasanya cuti-cuti begini, memang tak duduk diam pun. Ke rumah saudara mara aje aktivitinya. Sampai kadang2 ade yang tak ter'singgah' dek kerana kesuntukkan masa. Harap takde yang terasa la ye. Huhuhu! Neh la, kalo jarang2 balik, gini la
jadinya. Ish, kekadang menyesal pun ade. Aku je yg selalu macam melarikan diri je dr family, padahal dorang takde ape2 pun. Mak & Abah, maafkan Yong. Lepas neh, memang aku nekad akan selalu balik jenguk dorang...

Oh ya! rini harijadi mak yang ke 52 tahun. Selamat harijadi mak...semoga mak dipanjangkan umur, di kurniakan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki selalu. Sok, aku nak belanja dorang makan-makan. Insya Allah...

Rabu, 2 Februari 2011

Chinese New Year & Balik Kampung!

Gong Xi Fa Cai!


Hari ni 2hb...office aku dah tutup sempena perayaan Tahun Baru Cina. Cuti sehari lebih awal dari yang lain-lain. Hari ni jugak ada class lagik. HuHuHu! Aku di dalam di lemma....nak attend class or nak cabut balik kg. Tak tau nak buat keputusan neh. Hati macam beria-ria nak balik Tepeng, tapi bila fikir-fikir, pasti la highway tuh sesak kan sebab semua kaum cina yang nak raya sok dah start balik kampung gak. Adoi...ku di dalam di lemma! (nyanyi sket ala-ala yusri KRU an!) HaHaHa!

Sempena Tahun Baru Cina, office di tutup dari 2hb hingga ke 7hb. Ha! lame an. Tapi rasanya aku dah start keje balik on 5hb tuh. Office still tutup, kitaorang kena keje kat site. So ade beberapa hari cuti neh, aku ingat nak balik kampung je. Bercakap pasal balik kampung neh...sebenarnya, ini kali pertama aku nak balik selepas peristiwa 'putus' itu. Aku tak pasti sangat, tapi aku agak mak mesti dah tau. Adik-adik mesti cerita lepas tengok status aku kat FB. Huwaaa! seriously aku takowt sesangat. Macamana nak berdepan ngan diaorang kalo nanti tetiba dorang tanya. HuHuHu! Mesti kena punya la. Paling-paling bodo kena sembur..."Ha, kan dah cakap, hang jugak bodo dok tunggu sampai 8 tahun, last-last habuk pun tadak..." Ya Allah, kuatkan lah aku untuk menghadapi situasi itu..... Biarlah mereka memahami dan tidak membangkitkan isu ini lagik!

Erm...mintak jugaklah segala urusan dan perjalananku di permudahkan oleh Allah S.W.T. Sehingga di ketika ini aku masih belum membuat keputusan sama ada mahu ke kelas dan gerak balik kampung besok je atau pun ponteng class dan bergerak sekarang juga. HuHuHu!!! By the way...Happy Chinese New Year Malaysia & Happy Holiday too. Have a safe journey and take care wherever you are! Daa....


Di Malaysia, bila tiba musim perayaan jer mesti jalanraya biasa ke, lebuhraya ke...sesak bukan main. Sabar je la....

P/s : Gambar-gambar yang terpampang di atas, adalah dari Ihsan Google!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...