Isnin, 31 Januari 2011

Mari menelaah! ^____^

Huwaa!!! kena baca buku, buat notes, faham dan ingat dalam kepala otak neh untuk subjek Introduction to Business. Sok lecturer kesayangan mahu menguji. Kalo tak dapat jawab, kena berdiri atas kerusi! Ha?! ade ker:) HeHeHe! Tak aih, tak dapat jawab dapat malu je la kot, tak pun denda singgit! Haish! tak bawa dictionary pown kena singgit, kalo x pat jawab singgit, nampaknya masakkkk r. HuHuHu!

Adoi! nak x nak kena la bertungkus lumus menelaah ini malam. Dah la buku teks yang cantik itu mahal sungguh harganya. Kalo tak menelaah ilmu di dalamnya, amatlah membazir RM 75 ku.

Di malam yang sejuk2 ini, mari memulakan misi menelaah. Harap segala ilmu dari buku itu akan melekat di kepala seterusnya memberi manfaat kepadaku. Hihihi!

Ahad, 30 Januari 2011

Selamat Bertunang Zila & Lan......

Majlis pertunangan Zila & Lan di Puncak Alam...

Aku & gojezz yang bertiga lagi bergerak bersama ke rumah Zila. Sebelum tuh kami singgah di UiTM untuk berkonvoi dengan guys berempat. Tiba agak lewat, Zila pun dah selesai upacara menyarungkan cincin. Duduk-duduk sekejap, pastu sessi bergambar pun bermula. Banyak aksi di atas mini pelamin tuh yang di potretkan oleh jurukamera pada petang tersebut. Bila hujan semakin reda, kami keluar mencari tempat duduk di bawah khemah untuk mengisi perut.

Antara menu yang dihidangkan...Masak lemak nenas (sangat sedap, menjadi tarikan kami semua untuk menambah nasi 2 kali) HeHeHe!!!, Kerang rebus, lala masak pedas (rasanyala masak pedas, aku kurang arif pasal masakan, tau makan aje), ikan masin goreng dan rendang daging. Yang lain-lain ada kuih-muih dan buah-buahan.

Masa di bawah khemah, Zila keluar mendapatkan kami. Sekali lagi sessi begambar, kali ni dengan camera handphone masing-masing. Setelah jam hampir ke pukul 5 kami mula meminta diri untuk beredar. Banyak lagi aktiviti yang menanti. Ha! sesekali keluar bersama, harus di pastikan masa bersama itu di isi sebaik mungkin. Selamat suda Zila & Lan...Aku doakan teman berdua ini di rahmati hingga ke jenjang pelamin. Amin...



Zila & Gojezz-gojezz sekalian!
Antara teman2 yang menghadirkan diri!

Me & Zila



p/s : Ini aje gambar yang ade dalam camera handphone ku. Tak dapat nak snap banyak-banyak, sebab kualiti gambar dari camera Iphone tak secantik mana pun....

Jumaat, 28 Januari 2011

Penyakit misteri Abah!

Sejak akhir-akhir ini, kesihatan abah sedikit merosot. Menurut mak, abah selalu demam. Kalau 2 minggu lepas....selepas Maghrib je, abah akan berselimut. Badan sakit-sakit dan panas. Bila siang ok je. Bole pergi kerja semua, menjelang malam demamnya datang balik. Ke hospital, juga klinik...kebahnya hanya seketika!

Minggu lepas...adik aku bercerita, dorang bawak abah berubat kampung. Menurut org yang mengubat tu, abah neh ada makhluk yg menumpang. Makhluk tu bergayut kat abah, tu sebab badan abah rasa sakit-sakit. Aku nak percaya pun susah, tak percaya pun tak boleh, sebabnya bila ke hospital buat ujian darah, takde ape-ape yang tak kena. Doktor sendiri cakap takde ape2, demam biasa. Bagi ubat pun setakat panadol dengan ubat demam je.

Semalam, pukul 3 pagi...Azam, adik aku hantar mesej. Abah demam panas, dorang nak bawak pegi hospital. Berdegup jantung aku sekejap, risau tak usah cerita la. Terus aku call.Mak cakap siangnya, abah tak bole keje...terpaksa balik awal. Demam dan badan lemah. Bila malam badan semakin panas, tuh yang dorang bawak jugak pergi hospital 3 pagi.

Bila di hospital, doktor sekali lagi cakap demam biasa. Mak tak puas hati...suruh doktor buat ujian darah dan x-ray. Masih, takde ape2, hanya demam biasa. Adoii! kenapa plak neh...Aku rasa cam nak balik kampung sekarang je plak, lambat plak rasanya nak tunggu minggu depan....

Abah dah la jarang sakit, tapi bila masuk 50an ni, memang kerap sangat tak sihatnya. Bermula dengan patah tangan, sebab jatuh, pastu kena warded sebab darah tiba-tiba tinggi. Yang terbaru ni, kerap sangat demamnya.

Pagi tadi, mak cakap..Isnin minggu depan nak bawak abah berubat kat Pusat Perubatan Darul Syifa pulak. Harap-harap semunya akan pulih seperti sediakala. Hati aku tak tenang di sini. Balik nih, aku nak suruh abah bersara awal, tak payah la kerja dah. Dah la kerja berat, umur semakin meningkat...keadaan kesihatan pun tak mengizinkan abah buat kerja-kerja berat lagi. Berehat je la kat rumah, masa muda dulu dah kerja kuat. Agaknya kesan kerja kuat dulu tuh la buat abah tak sihat sekarang walaupun abah baru je nak masuk 53 tahun...

Selasa, 25 Januari 2011

sindrom MALAS yang menyebabkan keLEMAUan!

Dah masuk minggu ketiga untuk semester ke dua pengajian aku di UiTM...

Segalanya, serba tak kena...semangat yang pada mulanya bekobar-kobar entah kenapa semakin pudar. Virus malas, mula menyerang segenap antibodiku. Dek kerana virus itu, perasaan mula terganggu, lantas pembelajaran aku menjadi sesuatu yang membebankan di kala ini.

Jangan katakan untuk menyiapkan homework atau membuat revision....malah nak membuka buku aku tidak punya kekuatan di saat ini.

Semalam...dari pagi-pagi lagi aku dah berkira-kira untuk ponteng. Menjelang petang, tiba-tiba hati bagai terpujuk untuk ke kelas. Tetapi sekejap jer, rasa terpujuk tuh. Dapat tau jer, Ain nak ponteng...aku tanpa berfikir lagi terus call lecturer...nak ponteng juga! HaHaHa!!!!

Tetapi, lebih kurang pukul 4, lecturer tuh call aku balik! HiHiHi! Class cancell! Selamat aku dari memontengkan diri! Yahoooooo!!!!

Erm...bila dah class cancell, mula la nak buat aktiviti melepak. So, destinasi pilihan MAHBUB la! Bersama-sama Ila, Ain, Izard dan Zarina (yang pada mulanya, tak mahu datang) melepak mengisi masa senggang itu hingga ke pukul 11.

Adoooi!!! Sindrom lemau yang di bawa oleh virus malas itu ternyata hanya menyerang apabila aku harus menghadirkan diri ke kelas. Senang cerita, bila belajar jer rasa malas dan lemau! Apabila lepak2, merayau bagai...sihat walafiat! HaHaHa!!! Harap-harap cepat la aku pulih dari penyakit ini. Gelap masa depan kalau berterusan begini....

Bila tiba masa untuk melelapkan mata, tangan ku semakin berdenyut! Sehingga jam ke pukul 1 pagi, kesengalannya masih terasa. Bila aku tilik, ada kesan lebam yang kelihatan. Tak bole lupa, aksi terlentang yang berlaku siangnya yang menyebabkan tangan ku itu sengal. Masih terbayang dan terasa ngilunya! HuHuHu!!! Jika berkesempatan, entry seterusnya nanti, akan aku story-morykan bagaimana kejadian itu menimpaku...HiHiHi!!!

Jumaat, 14 Januari 2011

MImPi oH MimPI!

Malam ku bermimpi
Hai dengan satu bintang
Berkata-kataku di jendela
Ku lihat kanda tersenyum memandang
Asmara bergelora meresap ke dada.....

Ha! Sambl drive nak ke office tadi aku google mencari lirik lagu tuh dek kerana malam tadi bermimpi la.
Ermm...mimpikan si dia. Sebelum tidur semalam, tak la plak mengingat akan dia, alih-alih mimpi plak. Tapi, salah seorang teman berkata...jika kita mimpikan seseorang tu, tandanya orang itu sedang ingat atau merindui kita. Hah! benarkah? Benarkah ada ingatannya untukku??

Selalu juga la aku diberi petanda melalu mimpi. Dulu aku tak kisah pun pasal mimpi-mimpi ni tapi satu kejadian yang benar-benar berlaku seperti yg aku mimpikan...buat aku tak senang duduk kalau bermimpikan yang pelik-pelik neh.

Kejadian benar yang berlaku, malas nak cerita dah...benda yang menyakitkan hati! Lagipun semunya dah takde dah pun. Tapi ape yang aku nak bagitau...aku memang bermimpi berulang kali benda tu. Aku pun hairan gak....alih-alih ianya memang sedang berlaku seperti yang aku mimpikan!

Mimpi pelik, selepas mendaki Broga hari tu! Malamnya aku mimpi...aku kat halaman rumah, sedang keluarkan something dari kereta. Tiba-tiba aku dengar kecoh orang berlari masuk rumah, kunci pagar bagai sebab kena kejar dengan kambing putih. Aku pun, bila dah kecoh-kecoh, kelam-kabut juga nak masuk rumah. Tapi pintu aku berkunci...aku panggil-panggil housemate aku bukak pintu. Pastu terus aku terjaga....

Termenung jugak la aku sekejap pukul 3 pagi tuh, fikirkan apa maksud mimpi tu. Kenapa kambing, kenapa warna putih. Aku dah seram dah, yelah baru balik mendaki, hutan plak tuh. Aku terlanggar sesuatu ke, tegur sesuatu kah? Sempat aku capai henpon, google pasal mimpi itu. Tak dapat details sangat, tapi 2-3 article yang aku baca memberi maksud yang hampir serupa. Di mana jika bermimpikan tentang kambing, akan mendapat harta atau usaha kita akan membuahkan hasil atau ganjaran. Wallahualam...

Apa-apapun, seperti yang kita sedia maklum...mimpi hanyalah mainan tidur. terpulang pada individu untuk mentafsirkan mimpi masing-masing! Hehehehe!!!

Rabu, 12 Januari 2011

Penipuan di mana-mana!

"Siakap senohong, gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri..."

Ha! Tipu, Bohong, Auta dan yang sewaktu dengannya...

Kenapa la perlu menipu iya?! Nanti-nanti sendiri juga akan susah...setiap masa nak kena 'cover line' sebab takut terkantoi. Tetapi, bak kata pepatah...sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah juga akhirnya. 'Cover line' lah cemerlang macamana pun, pasti akan terdedah jua kebenaran itu.

Alamak, apasal plak saya membebel pasal tipu, bohong suma neh! Ayok!!! Ni nak chegita la neh...

Alkisah tersebutlah kisah...mengenai seorang hamba ALLAH yang sangat suka menipu dan penuh dengan misteri. Walaupun benda kecik je yang di tipunya tetapi apabila dah banyak sangat penipuannya akan membuatkan orang lain naik menyampah.

Saya sendiri tak faham la spesis ape manusia ini. Kalau setakat tipu semata-mata nak dapatkan nama, nak kan kemegahan, adoi tolonglah...keji kot perbuatan mu itu. Mula-mulanya aku tak kisah pun tetapi semakin menjadi-jadi penipuannya itu! HuHuHu! Kesian kat sorang hamba Allah yang lagi sorang neh. Usaha dia takde pun orang nak percaya, sebaliknya si penipu tu juga yang orang yakin. Adoi! nasib badan la, bila berkawan dengan penipu ni. Sabar ye, sahabatku "A"! Marilah sama-sama kita berdoa supaya dia di beri petunjuk dan hidayah untuk tidak menipu lagi. Sabar ajelah wahai hati...bagi peluang lagi yer!

Selasa, 11 Januari 2011

Kekalutan Fikiran!

Saat ini baru berkesempatan untuk mencoret sesuatu di tahun 2011 ini...
Memulakan semester kedua sebagai pelajar separuh masa hari ini, sebenarnya dengan hati yang tidak keruan dan tenteram. Banyak perkara yang mengasak di minda. Bermacam persoalan yang timbul memenuhkan ruang fikiran ku.

Entah apa yang tidak kena, aku sendiri tidak pasti...tetapi paling ketara adalah rasa kehilangan yang amat sangat melekat di sanubari. Kehilangan semangat dan tujuan utama perjuangan ku barangkali!

Bagaimana ya ingin mengaturmya semula? Menyusun segalanya seperti sediakala? Tujuan utama perjuangan ini harus berubah, semangat perjuangan ini perlu di pupuk semula...dan yang paling penting rasa rindu itu harus di bawa pergi...

Kadangkala terlintas di fikiran, adakah aku terlalu berharap ada keajaiban yang membawanya kembali hingga sukar untuk aku melepaskannya. Adakah aku terlalu mengharap akan ada peluang kedua bersamanya?! Jika di tanya pada hati, ya...aku masih mengharap! Tetapi bila akal waras ku berfikir, segera mengingatkan aku agar jangan terlalu tinggi menaruh harapan, takut nanti hati ini akan lebih hancur dari apa yang di rasai sekarang! Hah! entahlah, aku seperti merasakan yang dia akan kembali!

Ya Allah! tenteramkanlah hati ku ini. Permudahkanlah segala urusan ku, Berikan aku kekuatan menempuh dugaan mu ini dan KAU tunjukkanlah aku jalan yang benar! Ya Allah makbulkan doa2ku. Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...