Rabu, 29 Jun 2011

Omaiii Secret Admirer??!!!!

Rutin pepagi kalo bercuti di kampung,  melawat pusara arwah abah. Pagi Sabtu hari tuh, aku bergerak agak lewat, dalam 9:30 br kuar dr rumah. Pergi berdua dgn mak jer.

Sesuatu telah berlaku semasa di kubur hari tu. Actually, bukan suatu kejadian serius pun. Cuma...masa nak bergerak balik dr kawasan perkuburan tu... menuju ke kereta, ternampak sekeping kertas hijau terselit kat wiper. Aku ambik bukak, tengok ada notes..."Tolong telefon balik, 012- ntah apa lagik nombornya aku dh tak ingat! Ah sudah! nape plak. Aku dh cuak dh, mata x lepas dr tinjau2 kat kereta sbbnya masa kitaorg dtg tdi ada org mesin rumput kat situ. Aku terfikir kot2 org tuh dh terosakkan kereta aku ke. Ada yg tercalar dan terpecah ke. (Baiknya la plakkan org tuh nak mintak contact balik) Takde plak cacat celanya kereta aku. Mak plak, suh jugak aku call, takut ade ape2kan. Aku malas nak cakap, aku bagi je mak cakap. Erm...lain cerita la plakkan... Berikut adalah perbualan mak dengan si polan yang meninggalkan pesanan :

Mak: Hello. Nih tadi ada tgal no telefon kat kereta tadi. kenapa? kami halang jalan nak mesin rumput ka?

Mr X: Eh, Makcik, perempuan dgn makcik tuh anak makcik ka?

Mak: Ha, anak makcik la.

Mr X: Saya nih suka kat anak makcik tuh...

Bengong! serius terkezut dan tersipu-sipu aku! Ah, Tidakkkk!!! Terus direct kat mak tuh! Huhuhuhu!

Mak: La, ingatkan nak mesin rumput tadi. macammana kenal anak makcik, anak makcik tak dok kat sini.

Mr X: Saya tau. Dah lama dah saya suka kat dia, tapi saya segan.

Mak: Ni nama sapa, duk kat mana?

Mr X: Nama saya Sham, duk kat Pokok Assam

Mak: Sham nih yang tadi mesin rumput tu ka

Mr X: bukan! bukan!

Mak: bila hang letak no telefon ni. Tadi ka?

Mr X: Ha..ah br tadi. Sapa meninggal makcik?

Mak: pakcik meninggal.

Mr X: bila, semalam ka?

Mak: dak aih, lama dah. Nak dekat 4 bulan dah

Mr X: oh, saya tak tau pun, makcik.

Itu adalah sedutan dari perbualan mak dengan pemuda misteri tersebut. Alahai, secret admirer la plak aih! Lawak btol la. Aku punya la risau kan takot plak pemuda misteri itu akan call balik sbb mak call guna hp aku. HuHuHu!

Tapi smpai skrg xde plak dpt panggilan or msg dr pemuda misteri tersebut. Terkejut kot cakap ngan mak dah takot plak nak call balik. HiHiHi!

Aduhai, jenuh aku dok fikir kot2 ada kwn2 masa sekolah dulu yg namanya Sham duk menyimpan perasaan kat aku. Tapi seingat aku, takde kawan aku nama Sham. Erm...aku rasa orang tuh tipu, entah2 bebudak kat kawasan perumahan aku jugak tuh kan. Ade plak main2 tinggal notes camtu lak. Datang la jumpa....HiHiHi! Karang datang betol-betol, aku plak yang larik!!! Yang mak plak abis di citer kat adik-adik aku. Ape lagi jadi bahan la aku hari tuh. Huhuhu! Siap buat lawak lagi mak...katanya lupa plak nak suruh lelaki misteri tersebut masuk meminang jer. Uuhhh! jgn buat drama mak!!!

Macam-macam aih, tak sangka la plak menjelang umur 29 tahun nih masih ada secret admirer la plak. Buat aku terasa muda la plak, di masa-masa umur 17 dolu-dolu! Auwww!!!

Sabtu, 25 Jun 2011

Tanggungjawab seorang anak kepada Mak & seorang pekerja berdedikasi kepada Majikan! Ngeeee! (^^)

As Salam...

Yuhuuu! lama sungguh tidak berceritera di sini... Sibuk! Sibuk! Sibuk! Stress! Stress! Stress! teramat....

Gara-gara poject nak launching, kerja yg lain tunggang langgang! Sibuk nak kejar dateline sampai terpaksa ponteng class...nasib class br masuk minggu ke3, masih slow lagik! 

Akhirnya lebih kurang 3 minggu bertungkus-lumus, hari ini terlancar segalanya. Tapi aku belum bole menarik nafas lega...sebabnya aku x keje weekend neh. Aku terpaksa bercuti, nak balik kg...lagik! Huhuhu! Nak wat camana, mak suh balik. Sebagai anak yang taat (cewah!!!) aku menurut perintah. Tapi aku tersepit antara mak dan kerja:( Nak telan aku tak suka pahit, nak aku luah mesti ada yang tersentap nanti! Huhuhuhu! Jgn tiru peribahasa aku tuh! Peribahasa org mereng seketika! Kehkehekeh!!!

Akhirnya, aku beranikan diri memohon gak cuti itu. Project aku yg nak di lahirkan tapi aku nak cuti plak. Memang la aku kecut nak menghadap bos kan. Tapi bila teringat mak, melangkah la jugak kaki ku ini walaupun berat sekali. 

Mungkin kerana niat aku yg baik, nak gembirakan mak, bos aku dengan mudah memahami walau aku tak citer keadaan sebenar...cuma aku cakap, aku ada hal kat kg. Huhuhu! cuti diluluskan! 

Walau bercuti tapi hati tak tenteram neh. Risau fikir mcmana la weekend nih, semuanya berjalan lancar ke x, preparation barang2 berkaitan pelancaran baru dh lengkap ker? Ada salah ke tak? Haissshhh! Stress! Stress! 

Aku asik membebel pasal kerja
neh, org mesti tertanya-tanya... Apsal la x prepare awal2 kan? Erm...keje
macam aku nih, (ke kat tempat kerja aku jek, cenggini) tiada istilah ready awl2nya. Selalu last minute, nak confirm segalanya... Semua terkejar-kejar. Tuh yg stress tuh! Bos kat atas plak asik menekan jek... ape nak jadi, terjadi mahupun dah terjadi, bila dia cakap project kena start launch pada sekian2 tarikh...project itu harus di lahirkan tepat pada masa yg dikehendaki. Huwaaaa! tu la sllnya kitaorg kerja tunggang langgang! *pengsan* Best jadik bos nih, tak sape berani membantah...kan! kan! kan!

Sekarang nih aku memang nak pengsan atas katil nih. Serius, penat sangat. Letih fizikal & mental hoo! Tidur tak cukup...penat keje, penat gak melayan adik aku yg datang berkunjung.
Hujung minggu aku di kampung. Walau jauh beratus-ratus kilometer, ingatan aku tetap kat office...Huhuhu! Doa aku panjatkan sentiasa, agar semuanya berjalan lancar, bos puas hati dengan kerja aku & xde silap yg besar-besar! Ameen...

Ahad, 12 Jun 2011

Emosi di Hari Lahir :'(

Hari nih...12 June 2011, birthday aku yang ke 29 tahun.


Erm...entah kenapa aku rasa tak keruan...dari bangun pagi tadi, bersiap nak pegi kerja, tengah drive then sampai kat office...semuanya serba tak kena. Tetiba ada rindu yang bertamu, tetiba rasa macam sunyi, terbayang plak kenangan2 masa sambut birthday....Malam semalam rasa oke jer. Dan bila semua rasa tuh bertamu tetiba ingatan kat orang tu hadir. Aduh! sepatutnya aku dah tak rasa apa-apa lagi dah...tapi kenapa hr birthday nih bole ingat plak... Aish! sorang2 kat office neh, satu kerja tak menjadi. dan bole plak nak emosi bagai duk layan lagu kat bawah nih berulang-ulang. Kenapa neh.................?? :'(

Sabtu, 11 Jun 2011

MENGAPAKAH begini PERASAAN ini!??

Sejak terlihat akan diaHati ini senantiasa tertanya-tanya
Siapa dia yang begitu memikat pandanganku??
Seringkali dia melintas dihadapan
Hanya senyuman berbalas mesra
Sehingga hati ini sering merindu

Tidak bisa melupakan walau hanya bayangan
Wajahmnya di mataku

Ingin sesekali menyapa mesra
Tapi hati ini terasa malu
Tak terucapkan walau sepatah kata

Mungkinkah ini namanya cinta


Hati ini resah selalu
Haruskah aku memulakan
Meluah perasaan dan getar di hati
Tidur malamku tak lena
Asyik terkenang dirinya di ingatan setiap waktu

Oh...wajarkah perasaanku ini??

Selasa, 7 Jun 2011

Bersahur & Ganti Puasa!

As Salam...

Di pagi yang hening...
Semangat untuk berpuasa hr neh. Bersahur hanya bermenukan ikan pekasam dan telur dadar di masak dengan sos dan kicap, laju jer aku dan Erin makan. Siap bertambah-tambah nasi.HeHehe!
Aduhai, bulan depan nak masuk ramadhan dah, aku baru hegeh-hegeh nak ganti puasa. Tapi alhamdulillah...kali ini betul-betul ikhlas nak gantikan puasa, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya...tak peduli pun nak gantikannya. Astagfirullah Hal Azim...semoga Allah mengampuni aku...

Jumaat, 3 Jun 2011

Balik Kampung Ho!Ho! balik kampung!!!

As Salam...

Yeay! nak balik Tepeng! Aduhai...suka sebenarnya nak balik. Cuma x suka nak drive jek. HuHuHu!. Takpe, malam neh cousin aku ada ikot sekali...harap2 bole gilir-gilir drive nanti.

Hari ahad neh, mak buat kenduri tahlil untuk arwah abah. Dah nak dekat 100 hari abah pergi :'( Aku rindu sangat kat abah.... Kalau di ikutkan hati yang sedih pasti aku tak bisa bangun lagi. Tapi, menangis air mata darah sekalipun abah takkan bangun... Tiap-tiap malam aku doa, bacakan yaasin & sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abah, tak lupa untuk arwah Ila juga :( Harap-harap tenang lah mereka di sana.

Oklah...aku nak pegi Maghrib pastu nak bersiap-siap, standby tunggu cousin aku dari Melaka. Semoga perjalanan kami diberkati Allah...amin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...