Rabu, 25 Mei 2011

Tamat sudah debar oh debaran!

As Salam...

Rentetan dr kisah semalam...debar punya debar sampai tetido nyenyak gak la. HiHiHi! =) Pastu dalam pukul 2 lebih terjaga, sbb nak ke toilet. Bila dh jaga tuh, ambik fon belek2 jap. Pastu tgk ada email baru kat inbox. Tengok tajuk, alamak berderau darah! Huh! punya la kecut perut...result exam!!! Dalam dok takut-takut tuh, laju jek jari menekan open. Maka, tertera la result ku. Yang pertama aku tengok, ada tak subjek gagal. Tengok takde...alhamdulillah! Pastu, dalam mamai tuh scroll lagik nak tengok pointer...alamak, gagal lagi menempatkan diri dalam senarai dekan. HuHuHu! Tapi pointer, naik sket dari sem lepas...still 3 pointer above...

Tapi kan bila di ingat-ingat kembali, rasanya apa yang aku dapat untuk sem neh dah cukup bagus. Semester neh, aku attend class bole di bilang brapa kali, sebabnya aku berulang alik masa arwah abah sakit sampai meninggal rasanya dalam dua minggu gak aku ponteng... Mana yang sempat jer aku pergi. Asignment pun tunggang langgang buat last minute. Test dan quiz mana sempat jek buat. Macam-macam dugaan melanda...alhamdulillah aku berjaya laluinya. Dan ini adalah hasilnya...

Dan hasil apabila tertengok result tuh pada pukul 2.47 pagi, aku tak dapat nak sambung tido smpai la pukul 4. HuHuHu! Ntah pukul brape terlelap, sedar-sedar dah cerah. Marah gila kat diri sendiri, sbb terlepas subuh. Haish! rasa nak ketuk-ketuk kepala sendiri jer. HuHuHu!

Selasa, 24 Mei 2011

Berdebar weh....

Daku sungguh berdebar-debar di ketika ini! HuHuHu!!! Nih semua sebab esoknya result exam kuar! Seriously, tak tido nyenyak la chek malam neh....

Next week sem baru dah mula. Erm...baru masuk semester 3, haish! panjang lagi masa dan banyak lagi ranjau nak kena tempuh untuk sampai ke semester 7.

Malam neh dah takde nak mood buat ape-ape....berdebar-debar tunggu siang menjelma! Nak tulis panjang-panjang pun tak mampu dah neh....HuHuHu!!! Nanti if result gempak sambung balik entry k. Kalo idak, dok diam-diam la jawabnya! HiHiHi!!!

Khamis, 19 Mei 2011

Fenomena Hana Tajima!

As Salam...

Malam neh nak bercerita pasal hijab style Hana Tajima. Sebelum neh, ada baca pasal Hana Tajima dan tengok style bertudung dia neh kat blog arwah Ila. Tapi masa tuh tak la ambil port sangat. Cuma sejak bertudung neh, teringin plak nak mengayakan style si Hana neh. So dengan gigihnya aku pun tengok tutorial kat youtube. HeHeHe! gigihhhh! Dah dua tiga hari aku gi keje dengan berstyle si Hana neh. Haish! berjangkit dah fenomena neh kat aku pulak! Kat sini aku upload salah satu tutorial yang aku buat menjadi la setakat neh....

Tak salah kan nak berfesyen neh janji niat tuh masih di landasan yang betul, ingin menutup aurat. Kalau mana yang sesuai dan elok tuh kita ambik, yang tak sesuwei tuh janganlah kita ikutkan yer....

Hah, gambar ku berhijab style Hana Tajima?? Ahaks, tak moh la letak, malu ah! ngeeeeee ;))






Hana T

Hana Tajima-Simpson

Yuna Hana Maysaa
 Sweet kan ;)


 Gambar di ambil dari stylecovered!

Selasa, 17 Mei 2011

Selamat Hari Guru!

Hehehe! terlewat sehari aku neh...

Tak peduli, nak cite gak. Cerita dulu kala pasal sorang cikgu neh...
Mula mengenali cikgu tersebut pada masa di tingakatan satu. Tapi masa tu, cikgu tersebut tak kenal aku lagi. Aku kenal cikgu tersebut pun pasalnya aku suka sangat melepak kat library sebelum masuk kelas sessi petang. So, bila naik bas sekolah sampai pun awal. Aku yang sememangnya gilakan buku, jatuh cinta dengan library sekolah sebab library tuh amatla banyak koleksi buku ceritanya. Cikgu yang aku sebutkan di atas adalah cikgu sessi pagi dan jugak merangkap cikgu library. So office dia memang kat library tuh. Selalu la aku nampak dia keluar masuk kat library tuh. Cikgu tersebut adalah seorang lelaki, handsome rupa parasnya & pergi sekolah menunggang superbike lagik. Hah! kadang-kadang tersengih aku tengok telatah senior-senior yang duduk semeja ngan aku masa kat library tuh. Nak terjojol mata dorang bila nampak cikgu tersebut melintas. Itu yang perempuan la, yang lelaki plak pandang sinis jek. Jelous la tuh sebab semua student pompuan tak jeling-jeling depa, asyik menjeling cikgu tersebut jek. HeHeHeHe!

Tapikan, aku masa tuh sikit pun x punya perasaan syok atau jatuh cinta pandang pertama kat cikgu tersebut, yelah budak lagi kot. Rasa macam pelik je nak syok kat cikgu. HiHiHiHi! =)

Bila masuk tingkatan dua, aku join pengawas pusat sumber. Banyak aktiviti yang aku join so, dari situ cikgu tuh pun kenal aku. Masuk tingkatan tiga...sessi pagi, aku dan sorang kawan neh selalu lepak kat library selepas class. Bole di katakan hari-hari lah...study sambil borak-borak dengan cikgu tersebut. Makin hari kami makin kamceng dengan cikgu tersebut. Kami selalu bermalam kat sekolah kalau ada aktiviti yang melibatkan cikgu tersebut. Masa cuti akhir tahun lagi la, aku selalu pergi library sebab tolong cikgu tersebut yang busy dengan keluaran magazine pertama pusat sumber sekolah kami. Setiap hari kat sana pergi dan balik cikgu tuh yang hantar. Mak dan abah tak risau sangat sebab jiran aku, sorang kakak senior neh pun rapat gak dengan cikgu neh. Tapi ada satu insiden yang melucukan la terjadi. Satu hari lepas habis kami buat kerja, kami (aku & cikgu tersebut) menyinggah kat kedai elektrik, sbb cikgu tersebut nak beli home theater kot masa tuh, dah tak ingat sangat dah pun. Cikgu tersebut dah suruh aku call rumah guna handphone dia bagitau kat mak kami lewat sikit. Tapi aku neh degil, cakap tak payah. Aku fikir tak la lewat sangat kan. Tapi nak di jadikan cerita mak dan abah ntah kenapa hari tuh gabra tunggu aku tak sampai-sampai kat rumah. HeHeHe! Dorang pergi mencari aku kat rumah kawan, pastu tanya jiran aku yang kakak senior tuh. Dah settle kami kat kedai elektrik tuh, cikgu tu pun hantar aku. Sampai je kat rumah adik aku kecoh cakap mak ngan abah pergi cari aku. Sudah...kecoh jadinya lepas tuh, bila kawan aku call cikgu cakap mak aku datang rumah dia cari aku. HaHaHa! memang kecoh la...

Keesokan harinya pagi-pagi lagi cikgu tersebut cari aku kat kelas nak bertanyakan hal semalam. Punya la dia risau sebab takut mak dan abah aku marah. Dia gurau cakap 'habisla nanti mak & abah aku tak bagi kita kawan lagi' HiHiHi! Kenangan tuh memang kelakar bila di imbas kembali, tersengih aku sorang-sorang. HeHeHe! Lepas tuh macam biasa jek, cikgu tersebut datang jumpa mak dan abah explain pasal insiden tuh.

Bila dah kamceng tuh, rupa-rupanya ade plak sok sek sok seh pasal kami. Ade ke plak dorang cakap aku syok kat cikgu tersebut. Agaknya dorang nampak aku asyik dengan cikgu tuh aje, pergi pasar malam la. Kat sekolah plak ada cikgu tersebut mesti ada aku.... Sejujur-jujurnya dari lubuk hati aku yang paling dalam, aku tak pernah menyimpan sedikit perasaan pun terhadap cikgu tersebut dari mula kami kenal sehinggalah kami dah tak berapa nak baik lagi. Hah! dah tak berapa nak baik??

Erm..sedih gak la bila diingat kembali. Semua tuh kerana sikap degil aku gak, tapi ade plak penambah perisa dari mulut-mulut puaka membuatkan kami terus renggang. Sampai satu tahap dimana kami langsung tak bertegur sapa. Entahlah, kalau di ingat-ingat menyakitkan hati. Tapi andai dapat aku undur masa kembali, pasti aku akan lembutkan hati mengikut nasihat cikgu tersebut. Sayang sangat, akrab kami bagai adik dan abang tak dapat di pertahankan. HuHuHuHu! nak nangis bila di kenang :'( Cikgu tersebut layan aku baik, tolong hantar balik, bagi nasihat...jaga aku....tapi aku macam tak kenang budi.... haish! nape la bodoh sangat aku. Bodoh, ikutkan sangat darah muda sampai aku lukakan hati orang yang baik dengan aku :'(

Sejak ada FB aku ada la terjumpa balik ngan cikgu tersebut. Cikgu tersebut yang memula tegur aku. Terharu tak terkata :) Terharu sbb dia macam dah lupa sengketa lama tuh. Tegur aku, tanya khabar macam biasa. Cuma aku jek masih belum punya kekuatan nak mintak maaf pasal dulu-dulu. Aku takut nak bukak kembali cerita dulu, sebab nanti aku sendiri yang sedih. Haish! hope...keberanian tuh hadir, untuk aku meleraikan segalanya....

Buat cikgu tersebut...Selamat Hari Guru saya ucapkan! Jasamu sebagai guru dan abang amat besar terhadap diri ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu itu. Maafkan saya!!!!





Jumaat, 13 Mei 2011

Kau Pergi jua Sahabat....

11 Mei 2011, perginya seorang sahabat…teman suka dan duka – Noor Fadillah Mohd Isa, Al-Fatihah...

Lebih kurang 8.09 pagi aku terima call dari Arif bf Ila, masa tuh tgh drive dah nak sampai kat office dah pun. Bila tgok call Ariff masuk hairan gak...tertanya-tanya dalam hati kenapa pagi sangat dia call sebab tak pernah pun pagi-pagi begini aku terima call dari dia. Walau kehairanan button answer aku tekan jugak. Aku dengar suara Arif macam biasa, dia bertanya aku dimana, ada berita tak baik katanya. Bila dengar macam tuh aku dah mengeletar. “Kawan baik u dah takde” Aku masih blur. Dua kali dia ulang, “Ila dah meninggal, accident!” Ya Allah, tangan ku mengeletar, betul ke apa yang aku dengar! Tapi bila Arif cerita yang Ila accident, dan papa Ila sendiri nampak dan berada di tempat kejadian, aku akur…berita yang Arif sampaikan adalah benar. Dan yang pergi meninggalkan dunia ini adalah kawanku Ila.

Sedar-sedar aku dah smpai depan office, aku park kat tepi. Org pertama aku call Ain, pada mulanya Ain pun tak percaya, tapi agaknya bila dia dengar aku menangis, dia juga akur. Dalam kepala aku cuma fikirkan Ain dan Izzard. Bila kedua-dua mereka aku beritahu dan kami bersetuju untuk ke Tapah, nak tengok arwah buat kali terkahir.

Aku dan classmate yang lain-lain sampai di tapah dalam pukul 12 lebih. Kami tak sempat nak menatap arwah buat kali terakhir. Kami sampai, bacaan talkin baru nak dimulakan. Lepas selesai pengkebumian kami singgah di rumah arwah….

Air mata tak putus-putus mengalir, apatah lagi melihat anak arwah yang masih belum mengerti apa itu kematian dan kehilangan....

Kalau sebelum nih aku dan kawan risau kami takkan bersama lagi untuk sem 3 nanti sebab Ila dah bertukar kerja ke Perak, tak sangka kami betul-betul kehilangan arwah. Air mata sebab arwah abah pergi masih belum kering lagi, sekali lagi aku diduga dengan sebuah lagi perpisahan abadi. Tak sampai setahun kami saling mengenali tetapi dia antara kawan-kawan rapat yang aku ada. Berkongsi masalah, suka dan duka. Kadangkala bergurau, bertekak dan ketawa bersama-sama. Semua tuh hanya tinggal kenangan. Ila, akan kami kenang selama-lamanya. Hanya doa dapat kami iringkan… ;(  Al-Fatihah!

Antara kenangan yang tercipta bersama arwah....



Raya tahun lepas...Ila masak, kami makan. Tahun nih, kenangan spt ini takkan berulang!


Gambar hasil tangan Ila! Lepas nih gambar-gambar kami takkan jadi cantik macam nih lagi dah;(


Kehilangan demi kehilangan aku lalui!...Ya Allah, tempatkan arwah sahabatku dan arwah abahku di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin...

Khamis, 5 Mei 2011

Hasrat yang termakbul!

Tercapai juga hasrat aku nak ke pesta buku tempohari. Petang Jumaat lalu dgn ditemani bff, Nurul Ain bergerak menuju ke PWTC. Kami ke sana dengan Star LRT al-maklumlah kami ini amat tidak mengetahui jalan ke PWTC itu. HaHaHa! Walaupun Ain org KL, walaupun aku bermastautin disini dah hampir sembilan tahun...tetap blur pasal jalan-jalan kat KL neh!

Kami tiba di destinasi tujuan menghampiri jam lapan. Booth, kebanyakan dah lengang. Tanpa membuang masa aku heret Ain ke booth NB Kara. HeHeHe! Aku borong tiga buah novel baru Norhayati Berahim ;) Lepas dah bayar dapat jap beramah mesra dan mendapatkan tandatangannya pada novel baruku. Excited dan terharu bersembang sampaikan terlupa nak bergambar. Aduhai! melepas lagi. Tahun lepas pegi dapat gak bertegur sapa, tapi malu-malu...nak bergambar pun segan nak keluar camera. Tahun neh, bole lupa la plak kan. Haish...

Setelah memborong disitu, kami mencari gerai MPH,officemate kirim beli buku 'A Doctor in The House-Tun Dr Mahathir Mohamad'. Buku tebal yang berharga RM90 tuh membuatkan aku teruja untuk memilikinya satu hari nanti. Tunggu la, buku tersebut akan menjadi salah satu bahan dalam mini library ku nanti. HeHeHe!

Bila novel-novel yang di dambakan menjadi milikku, kepuasan tak terhingga terpancar jelas. HeHeHe! Hati mula senang nak meronda-ronda. Sebelum sampai, masa kat dlm LRT bukan main sebab takut tak sempat sampai! HuHuHu!

Ronda punya ronda sempat singgah ke Butik Ariani, tengok-tengok koleksi tudungnya...alahai semuanya cantik-cantik belaka. Duit kat poket jek tak cantik, sebab dah berbelanja kat novel-novel baru itu. Takpe la, sabar aje la...nanti next month shopping tudung plak. Oh ya, dalam duk best-best kami meronda-ronda tuh, amatlah geramnya pada sesetengah salesman yg berkeliaran mempromosi produk mereka, seperti kamus elektronik la, bahan bacaan kanak-kanak la...Haish! Sampai dah jauh pun nak kejar lagi. Bila org dh ckp 'No, thank you' x payah lah nak main kejar-kejar plakkan. Rimasnya...faham la dorang bekerja, tapi cara macam tuh menakutkan dan merimaskan la. Macam memaksa jek. HuHuHu!

Kami bertolak balik sejam kemudian. Dengan menjijit buku-buku yang dibeli kami melangkah ke stesen LRT. Aduhai, rasa nak tercabut tangan gak la...Tapi, apepun aku amat-amat la happy dapat menambah koleksi mini libraryku dan juga dapat beramah mesra dengan NB. HeHeHe! Harap-harap tahun depan masih berkesemptan untuk mengunjungi acara sedemikian lagi...Insya allah, jika umur masih panjang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...