Selasa, 15 September 2015

Double Line yang di nanti-nantikan!

01/08/2015 - Sabtu

Hi & Assalammualaikum,

Hiks! akhirnya.... double line kelihatan. Hahaha! Patutnya 3hb period turun. Tapi saje pagi 1hb tu pegi buat upt test. Lepas kahwin memang setiap bulan pon buat test. Hahaha! Gila gelojoh kan:D

Masa lepas buat test tu tengok sekali imbas takde pon double line. Ok, keluar toilet nak buang dan upt pastu lagi sekali tengok...eh..eh...ade lagi satu line. Wahhhh! dah happy dah, tapi cool dulu, biar lama sket manala tau kot-kot rabun sebab dalam toilet samar-samar. Pastu bawak upt tu dalam bilik... yess..yess... line kedua tu makin ketara. Dalam hati dah berbunga-bunga dah. Husband plak keje pagi tu. Sebelum bagitau husband, whatsapp kat kakak yang kite beli test upt tu, hantar gambar test tu tanya dia positif ke tak. Pastu dia tak immediately reply. Husband plak text dalam kul 11 bagitau nanti dia balik nak ambik pegi openhouse kat ofis dia. Tak tahan simpan sorang-sorang, bagitau jugak kat husband. Tapi cakap berlapik lagi. Bagi gambar test tu pastu cakap, belum pasti tapi InsyaAllah. Husband dah yahooo dulu dah. Hahaha! Petang tu kakak yang jual upt tu reply, dia cakap alhamdulillah positif. Maka, happylah kami berdua. Alhamdulillah syukur, rezeki Allah bagi, genap 1hb tu 3 bulan dah kami nikah. Hehehe!

Ingat-ingat balik, masa lepas cuti raya tu kitaorang pindah rumah. Ade je angkat almari berdua dengan suami. Lasak jugak la buat keje. Huhuhu. Kalau tengok Period Tracker, usia kandungan baru 4 minggu. Masih baru, tapi dalam hati tak putus-putus doa semoga semuanya baik-baik je. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa kami. Baby raya ni. Haha:D

Baby... semoga baby membesar dengan jayanya dalam rahim mama! Amin.



Kabur je kan yang line ke 2. Tapi ntah kenapa saya yakin sangat. Hehe! Pastu lama-lama line kedua tu makin ketara kelihatan:))






Jumaat, 4 September 2015

Kawad Perbarisan Hari Kebangsaan

Hi & Assalammualaikum,

Eh bukan kite yang berkawad tapi husband. Hehehe! Husband wakil Imigresen Negeri Selangor. Kawad untuk perbarisan hari kebangsaan peringkat negeri Selangor. Perbarisan tu masa malam 31 Ogos dekat Dataran Shah Alam. Kite tak pegi pon sebab kena mengeram dekat rumah. Haha! Lagipun malam kan, habis sampai detik 12 malam tu ade bunga api semua baru dorang boleh balik. So, memang tak terdaya nak ikut. 

Dia berlatih dah sepanjang minggu lepas. Tak masuk ofis tapi pergi berkawad. Hilang 2kg katanya. Huhuhu! Masa 3 hari sebelum harinya latihan start pukul 6 sampai 12 malam. Maka tidaklah saya nak tinggal sorang-sorang kat rumah tu, rasa lemas duk sorang-sorang.  Dari hari Sabtu berkampunglah kat rumah mertua. Senanglah hati suami sebab takyah risau-risau saya sorang-sorang kat rumah. Husband and team dapat nombor 4 untuk kawad tu. Tahniah uols! 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...