Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Merdeka Raya 2011! =_=


Assalammualaikum...

Raya datang lagi! ~_~
Semoga semuanya gembira menyambut lebaran bersama insan tersayang.
Berhati-hati di jalan raya walau dimana anda berada. Oh ya! Happy 54th Merdeka too!  
"Akhir kata ucapan dari saya ....
Andai langkah membekas lara
Andai tulisan mengerit pedih
Andai kata merangkai dusta
Andai tingkah menoreh luka
Izinkan saya bersimpuh sila
Menghulur tangan di bulan mulia
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin"

Ahad, 28 Ogos 2011

Ku SUKA kamu...


MuaHaHaHaHa!!!!
Perasaan itu cukup indah...
Tetapi kamu tidak mengetahui
Perasaan itu membuatkan aku tersenyum...
Tetapi kamu tidak mengerti
Perasaan itu hadir untuk membuktikkan aku masih berperasaan
Perasaan itu mengukir rindu, menerbitkan sayang
Tetapi aku wanita, tak mungkin memulainya...

Tapi kenapa dengan hadirnya perasaan itu....
Aku tidak tenang
Selera ku terganggu
Tidurku tidak lena
Aku cemburu, aku cepat terasa...
Argh! Mengapa??

"yup! tak tau nk gambarkn mcmana emosi ku sekarang...
terganggu-gugat dek perasaan SUKA yg hadir ini!
Hey u! please jgn buat saya perasan sensorang kalau awk tidak merasa seperti yang saya rasa....Huhuhu!
Okeh cukup merepek sket-sket, harap terubat sedikit kelelahan di hati ini! Muahaha!"

Ahad, 21 Ogos 2011

Abah....


Dua hari lepas aku tengok video nih kat FB one of my classmate... Ya Allah, menitis air mata, tersedu-sedu aku menangis. Sedih yang amat...

Video Thailand sempena Father Day nih, berkisahkan pasal seorang ayah dan anak perempuan. Si ayah nih pekak dan bisu tapi sangat-sangat sanyangkan anaknya. Anak perempuan nih plak malu ada ayah camtu, so one day dia cuba nak bunuh diri. Ayah neh merayu-rayu kat doktor mintak selamatkan anak dia sampai dia offer darah dia untuk si anak. Nak tau lebih silalah tengok!

Ayah, Abah atau ape jer gelaran yang kita panggil selagi mereka masih ada, hargailah sebaik-baiknya. Tiada peluang kedua untuk kita memiliki mereka semula... Seriously, aku menagis teresak-esak. Bukan aje sebab video tuh sedih tapi mengingatkan aku pada arwah abah.

"There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly" Bagi aku abah cukup sempurna untuk kami, anak-anaknya. Bekerja keras siang dan malam untuk kami. Setiap masa, cuba untuk memenuhi permintaan kami. Sebagaimana dia memenuhi permintaan kami, begitu jugak yang aku cuba lakukan. Seingat aku, sepanjang hayat abah rasanya aku tak pernah menghampakan abah dengan apa jua permintaannya. Apa yang dia minta semua aku penuhi. Cuma aku berharap takde la perlakuan aku yang menyedihkan abah masa hayatnya. Teringat masa last aku balik bercuti, dia cakap teringin nak makan sup tulang. Padahal masa tuh pagi sangat, lepas subuh kalau tak silap. Aku tak cakap ape, aku bagi duit. Dia terus pergi pasar dengan mak, sebelum tengahari mak dah siap masak. Abah makan sikit jer, tak banyak manapun. Ada banyak lagi permintaan abah...semuanya kami penuhi seadanya. Masa dah habis cuti, aku nak balik KL, selalu aku salam ngan abah tak pernah dia menitiskan air mata, tapi hari tuh dia menangis, suara dia sebak pesan aku, drive elok-elok. Selalu aku just kucup tangan abah tapi hari tu tergerak hati aku untuk cium pipi abah. Aku cium pipi kedua-dia pipi abah. Aku menagis teresak-esak. Rupa-rupanya itu kali terakhir aku bercakap dan cium abah. Dua hari lepas tuh, abah warded dan koma hampir sebulan. Lepas tu abah dah tak bangun-bangun dah...

Ramadhan tanpa abah. Raya plak hampir tiba...takut aku nak menempuhnya. Tiada lain yang aku harapkan cuma berharap aku diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menemani dan memujuk mak. Sekarang apa yang aku rasa...aku rindukan abah sangat-sangat. Rindu nak tengok mak senyum bahagia masa abah ada dulu... Semoga, kami semua akan dipertemukan kelak di sana nanti. Amin

Sabtu, 20 Ogos 2011

Cerita mengorat punya hal!

As Salam....

HeHeHe! hari nih teringin nak share pasal cerita ngorat-ngorat nih (: Actually benda nih dah 3-4 kali rasanya berlaku. Dan sekali lagi berlaku semalam, tetiba aku teringin plak nak bercerita disini. Hope, jgn la anggap cerita nih nak membangga diri tau! HuHuHu! Okeh, sebelum cerita semalam punya cerita! Nak cerita dulu bulan lepas punya cerita...

Ada satu hari tuh aku online kat FB jap, tetiba di sapa seseorang. Tengok profile pic takde gambar orang, yang ada ntah gambar lambang ape ntah. Mula-mula cam biasa la, Hai Hai! dulu kan. Aku pun Hai! Hai! la balik. Pastu orang tuh cakap, aih cakap plak..taip ler...

"Bole berkenalan, single lagi kan?"

Begitu yang tertera kat screen fon aku. Aik, lain macam plak ayatnye tuh kan. Sebelum aku reply, aku click la kat profile die kan. Memang takde byak info, sex is Male, then tarikh lahir....Mak aih, lahir tahun 1994. HaHaHa! Dia nih salah orang nak ayat kot. Okeh! aku fikir positif, btul la kot nak kenalan, nak jadikan kakak angkat ke ape kan. Hehehe! So aku reply la balik.

"Bole ape salahnya" :) Then, dia tya berapa umur yer? Cepat aku menjawab...

"Umur akak 29 dik". Pastu aku gelak terkekeh-kekeh sensorang...

Budak tuh jawab...

"Ah tipulah, takkan la!"

"Alahai, nape nak tipunya...cer tgk kat info, tgk kat tarikh lahir tu dik. Takde tipu-tipunya..."

Ape jadi?? Budak tuh terus diam, tak reply-reply dah, tak bertegur lagi dah lepas tuh. Konpem la budak nih nk mengayat kan. Haish! HOT gak la aku nih, sehingga menarik perhatian budak sekolah! HaHaHa! Okeh! perasantan sket disitu! Muahahaha!

Semalam punya hal plak...Lebih kurang sama jer, kat inbox FB plak. Tapi nih, aku cam kenal jek orangnya. Kawan adik aku...Sebaya rasanya! Adik aku tuh umur dia 19 nak masuk 20 kot, kalau tak silap. Ayat permulaan lebih kurang sama. Sembang-sembang memulanya. Aku dah malas nak bagi dorang salah faham la kan...Aku bukan nak syok sendiri, tapi dari perbualan yang berlangsung tuh aku tau ape yang dia cuba nak sampaikan. Alah, budak-budak remaja kot! Cara sepesen jer suma. Aku pun pernah melalui zaman dorang, so sikit sebanyak pengalaman tuh mengajar aku. Hehehe! Okeh, sebelum perasaan budak tuh terbuai-buai lebih jauh. Aku buat-buat la tanya...

"Nih kawan Ocheekan? (adik aku) Taukan, nih kakak
Ochee?" (merujuk kepada diri aku)

Dia jawab... "Tau! Nanti raya saya datang rumah, bole jumpa eh"

Alahai, budak nih. Tak berputus asa nampaknya. Aku malas nk panjangkan cerita. Aku cakap la...

"Ha, jemputlah, nt kalau akak ada masa tuh, bole la jumpa"

Terus aku minta untuk mengundur diri. Nanti panjang cerita, lagi terbuai-buai perasaan budak tuh karang. Itu citer kat FB. SMS nak berkenalan pun aku pernah dapat. Ini memang siap kenalkan diri dia kawan adik aku. Mana dapat nombor aku pun tak tau la. Bila aku tanya adik aku, dia ckap dia tak tau. Ntah betul tak tau or buat-buat tak tau sbb takut aku marah tak tau la plak aku. Ish berapa byak tak tau daa... Bila fikir sedalam-dalamnya kan...Sering timbul persoalan dalam kepala aku nih. Dari dulu lagi, apsal yang mengorat aku sumanya muda-muda. HaHaHa!

Okeh! Sejarah...1st boifren, yg kononnya cinta monyet dulukan...Muda setahun dari aku. 2nd boifren sama umur dan yang ke-3 yang juga telah menjadi sejarah...muda dua tahun dari aku. Hah! timbul gak pertanyaan kat benakku lagi. Adakah jodoh aku muda dari ku juga orangnya?? Hmmm...Adakah??

Memang aku tak pernah merasa la, dingorat oleh orang yang lebih tua dari aku. Tua tak tua, 2nd ex dulu la, sama umur. Kalau ada pun laki orang kot. Aku tak rasa dorang ngorat pun. Dorang nak menggatal jer. Huahahaha! Kawan-kawan pernah la cakap, kalau orang yang lebih tua dari kita nih, especially yang lebih banyak tua dari kita, dorang nih, caring lebih, suka manja-manjakan kita, Ekonomi pun dah stabil, bole dapat hadiah mahal-mahal. HaHaHa! Aku memang tak pernah merasa. Tapi pengalaman aku bercinta dulu, takde plak yang lain dari yang kawan-kawan aku cakap tuh. Sama gak, terasa gak di manjakan. Dapat jugak hadiah mahal-mahal. HeHeHe!

Agaknyalah kan orang yang lebih tua dari aku nih nampak aku macam budak-budak ker? Yang muda-muda belia nih plak nampak aku sebaya dengan dorang. Tapi agak-agak la, kalau muda 2-3-4 tahun tuh bole lagi consider nak jadi calon, nih kalau dah sampai sebaya dgn adik aku yang belasan tahun tuh...katakan tidak la. HuHuHu!

Kalau sesetengah orang suka sorok-sorok umur or tahun lahir tapi aku tak, orang tya aku jawab. Kat FB or memana aku letak jer full birth date tuh. Tak yah nak berteka-teka, senang. Kawan-kawan aku cakap aku tak risau nak tayang tarikh lahir or umur suma sebab rupa aku tak padan langsung dengan umur aku. Entahlah, itu pandangan orang. Yang pasti aku sentiasa sedar yang aku dah 29 tahun. HeHeHe! Sape pun jodoh aku yang ditentukan-Nya, aku terima seadanya...Muda ke tua ke, janji dia boleh sayang aku dan tahu tanggungjawab dah memadai. Kan!Kan!

Tapi kalau mamat neh yang ngorat, bole aku pertimbangkan dulu. Muahahahaha!


Picture Source!

Ahad, 14 Ogos 2011

I need a break!

It's been non-stop busy-ness on my life lately. I need a break. Go on holiday and treat myself without doing anything! Ceh! Kunun argh, holiday bagai...cuti raya pown kena ambik unpaid leave! Huhuhu!

Kadang2 terfikir gak aku...bestnye lahai kalau aku ada keberanian nak pergi holiday sorang-sorang. Mcm citer drama kat dalam tv tuh. Menghilangkan diri sekejap, g lepak2 kat resort, jalan2 kat tepi pantai. Best kan! Kan! Pastu (sambung angan2 lagi) kat sana la terjumpa plak dengan pakwe hensem, bole kenal-kenalan! Huwaaaaa! Tinggi sungguh angan-angan. Kehkehkeh! Adoyai! Nak pergi holiday sensorang kunun, drive keta dari Shah Alam balik Subang pun penakut, padahal baru jam 10 malam. Pantang ada kereta lama sket ikot belakang mula aku cuak. Hehehehe!

Erm...tapi serius la aku perlukan rehat seketika. Nak pegi Spa, belai-belai badan, manja2kan diri. Percutian yg dirancang paling hampir nih lepas final exam lepas raya nih. Tapi bukan aku gi sorang2, pergi dengan kawan-kawan. Sepakat dah nak ke Cherating! Sedikit sebanyak dah plan dh percutian bajet tuh. Hanya bajet jek yg mampu memandangkan nak start balik sem baru, nk kena bayo yuran plak kan. Teringin la gak kan nak lepak Club Med. Best woo! Cepat sape nak belanja! Plisss;) hihihi!

Pergi holiday, masanya jimba-jimba, nanti kat sana gelak ketawa...semua tuh aku mampu lakukan. Ketawa, tersenyum bagai takde apa2 berlaku. Tapi bila sampai satu ketika, hanya ada aku dan diri sendiri perasaan sedih dan pilu mula menyelubungi diri...Berkali-kali aku katakan pada sesiapa yang bertanya... Aku rela putus cinta 10 kali pun, kerana luka dan sakit akibat putus cinta itu pasti akan sembuh, kehilangan itu pasti berganti. Tapi kehilangan abah, bawa pergi semua kegembiraan aku. Jadi, tak perlu tanya kenapa aku masih menangis bila kerinduan, masih bermuram bila terkenang kerana perginya abah tiada pengganti sampai bila-bila...Tidak tahu bila akan sembuh tapi jangan minta aku untuk lupakan abah dan jangan anggap aku lupakan abah bila nampak aku ketawa gembira!















Saya Malas....

Hari-hari sukar saya adalah apabila rasa malas menguasai diri!

Saya malas nak melakukan apa-apa, tetapi otak saya tidak berhenti berfikir,

Saya hanya terbaring kelesuan, tetapi otak saya masih ligat bekerja...

Saya ingin melelapkan mata, tetapi otak saya tidak membenarkan,

Saya hanya ingin berehat seketika, tetapi otak saya memberitahu banyak tugas yang perlu saya lakukan...



Picture Source!

Sabtu, 6 Ogos 2011

Kita hanya mampu merancang....

Apabila perasaan malas menguasai diri, semua kerja jadi last minute. Petang tadi quiz, start selak-selak buku paginya lepas sahur! Assingment BEL yg nk di hantar lusa, tak mula-mula jugak buatnye. Sabtu akan datang, presentation CTU, pp slide masih separuh, last sentuh seminggu yg lepas. Ya Allah, besar sungguh dugaan di bulan puasa nih. Dugaan melawan nafsu dalam diri sendiri. Yelah, sebulan ramadhan nih semua syaitan-syaitan di ikat, tapi nafsu yang ada dalam diri sendiri lebih hebat nak menanganinya;(

Esok dah keje plak, Nampaknya mau jugak buat suma tuh kat office sok! HuHuHu! Kalo tak sempat nak habis suma, padan muka aku! =_= 

Setiap kali nak masuk sem baru meluap-luap azam dalam diri...tak mahu buat keje last minute la! Nak present tip top la! Nak study utk test dan quiz awal2, Nak buat revision past year paper la. Adoi! Bila dah mula sem lain jadinya...

Tapi kan...student part time nih banyak cabarannya (ewah! Nak jugak selit, x mahu salahkn diri sendiri 110%)... HeHeHe! Bukan ape, tanggungjawab kami sebagai pelajar separuh masa nih lebih sikit. Memang semua dirancang rapi, nak attend class penuh, x mau ponteng, nak buat homework on time, tapi semua tuh selalunya tak berjalan lancar seperti yang dirancang. Ade jer dugaan yang menghalang, bos suruh stayback la, nak kejar dateline kerja lagi...macam yang kawan-kawan lain pulak- ada sukan la, kursus la. Tuh belom masuk lagi yang dah kawin dan ada anak! Huh! lagi penat kot. Yang aku x kawin lagi nih pun kadang rasa semak jek dengan jadual padat nih. Penat memanjang, sampai rumah 10.30 rasa dah tak mampu nak buat apa2 lagi. Pandang bilik yang macam tongkang pecah pun rasa sakit hati jer.... 

Kalau diingat-ingat kembali dulu...jadual aku tak sepadat ini. Pegi kerja balik on time jer. Kerja cam tak banyak. Malam jer merungut bosan. Hari-hari dating sampai jemu, tuh yang penyebab break (motip? tetiba plak kan! ekekeke!!!) Sekarang nih, jadual dari pagi sampai ke malam penuh. Balik rumah terus tidur jer. Hujung minggu dulu relax sangat! Semua movie-movie baru kat panggung aku serbu. Sekarang jangankan movie, aku nak ke Watson nak beli toiletries pun takde masa. Pegi jek, gelap dah tutup. Huhuhuhu! Hujung minggu sekarang kalau tak kerja, aku balik kampung.... 

Tu la kan, kita hanya boleh merancang jer. 
Dulu aku ambik keputusan nak sambung study selain dari nak penuhi keinginan aku, aku rasa aku dulu ada banyak masa terluang. Kerja kat office dulu biasa-biasa je. Aku tak perlu OT lewat malam, tak perlu nak kejar dateline. Scope kerje dulu kecik jek. Sekarang weekend pun susah nak cuti:( 
Dulu aku tak perlu nak balik kampung kerap, setiap minggu nak berulang alik. Tapi sape sangka, sekelip mata rutin aku terus berubah. Ketiadaan abah, mengubah segalanya. Weekend jenuh aku berperang dengan perasaan sendiri, memilih kerja atau nak balik kampung! Bertambah rumit lagi bulan puasa nih...ade lecturer yang tak mahu adakan kelas malam, terpaksa plak ganti pada hujung minggu! Nah! antara kerja, kelas dan balik kampung, aku pengsan kat tengah-tengah. HuHuHu!

Erm...kita hanya merancang. Kena terima hakikat yang kadang-kadang apa yang dirancang tak semestinya berjalan dengan lancar. Sepanjang perjalanan untuk merealisasikan rancangan tuh pasti ada dugaan yang bertamu, pasti ada cabaran yang harus ditempuh. Hari-hari aku doa, semoga aku kuat dan teguh berdiri hingga ke akhirnya. Semoga usaha aku membuahkan kejayaan. Dan semoga rahmat Allah mengiringi perjalanan ku.....




Jumaat, 5 Ogos 2011

Ucapan sempena Ramadhan!

As Salam...

Dah masuk hari kelima umat islam menjalani ibadah puasa hari nih. Alhamdulillah saya pun puasa hari yang kelima gak ;)

Hari tu kan masa nak sambut puasa, ramai yang hantar SMS ucapan untuk menyambut ramadhan. Banyak juga ucapan-ucapan yang saya terima. Kat FB pun ade gak....Pelbagai jenis ucapan. Ade pantun, madah, pesanan, gurindam dsbnya! (ngeee, gurindam tuh aku tipu! HaHaHa!) Kita baca senyum sorang-sorang, sebab tuh ade yang kelakar cara penyampaiannya...

So kat sini kita nak share sket ucapan-ucapan yang kita terima tuh :)

Tirai Sya'aban sudah berlabuh, jendela Ramadhan telah terbuka, cahaya kemuliaan semakin bersinar di hati insani yang setia menanti janji ilahi..Hiasilah cahaya itu dengan taqwa dan wacana ilmu, agar hidup diredhai selalu,... SELAMAT BERPUASA di bulan yang mulia ini...


- yg nih sedap bunyi dan susunannya :

Tiada kata seindah zikir,tiada bulan seindah Ramadhan. Izinkan kedua-dua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yang tidak terjaga, janji yang terabaikan, hati yang berprasangka dan sikap yg pernah menyakitkan....
Mohon maaf zahir batin & selamt menyambut ibadah puasa...

 - ucapan disamping peringatan dan pesanan :

Jika HARTA adalah RACUN, ZAKAT adalah penawarnya... Jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT ubatnya.... Jika seluruh bulan adalah NODA... maka RAMADHAN adalah pemutihnya....
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga amalan kita diterima Allah SWT!

- Kreatif ucapan neh! :

Selamat Datang ke penerbangan RAMADHAN AIR Ramadhan, Pesawat No 1432H. Kita akan terbang dgn ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar. Penumpang di wajibkan untuk memasang niat PUASA dan menegakkan Kerusi SOLAT. Hidangan AL-QURAN disediakan setiap masa. Alatan Mengumpat dan sebagainya tidak dibenarkan ketika penerbangan.  Saya MENDOAKAN SEMUA SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

-Ini bunyi cam kelakar sket! HeHeHe! :

SELASA cari RABU nak tanya nampak tak KHAMIS agar ingatkan JUMAAT supaya bagitau SABTU jangan lupa masej kat AHAD yang ISNIN dah PUASA!
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK :D

-yang ini plak, memang rajin sape yang menaipnyer! :

ÄZÄN sÜbÜh MeReNtÄS sEmPäDäN,
fÄjÄR mÜLiÄ sYäHdÜ diHäTi,

SeLäMäT beRiBäDäH di BüLäN räMäDäN,
mÖgÄ äMäLäN kiTä DiBeRkäTi.

SlMt BeRpÜäSä..

- Hah! neh, pantun berapa kerat ek!? :

Anak monyet naik kuda, esok puasa jangan lupa
Kura-kura disebalik pokok, jangan makan nyorok-nyorok
Hahaha! Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...

So, itulah antara ucapan-ucapan yang kite dapat. HeHeHe! Bole recycle nih untuk foward kat sape-sape next year punya ramadhan plak! 

Apepun, yang penting Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh kita. Bulan penuh keberkatan, peluang untuk kita mengumpul pahala sebagai bekalan di sana kelak. Tak kisahlah ucapan macamana pun, yang penting berpuasa dengan erti sebenar-benarnya puasa yer...

Selamat berpuasa semua :)  





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...