Ahad, 30 Oktober 2016

Hi-Tea @ Empire Hotel, Subang Jaya

As Salam & Haluuuuuuu!

Alahai, lamanya tak update. Tak lupa ada blog tapi itu lah, batas batas waktu sungguh mencemburui. Tettttt! Hahaha

Ok, nak cite last week mama & Iris belanja baba hi-tea sempena birthday baba yang ke 32 dekat Empire Hotel, Subang Jaya. 

Actually birthday baba 20hb Oktober, hari  Selasa sebelumnya tu. Tunggu weekend baru nak celebrate. 

Kenapa dekat Empire? 

Sebenarnya banyak shorlisted beberapa venue best tapi satu-satu kena potong sebab nak cari tempat yang betul-betul selesa dengan Iris dan boleh bawak storeller Iris. Dinner awal-awal lagi kena pangkah dah, sebab takut kacau masa tidur Iris. Pukul 7-8 malam memang masa dia nak tido sekejap. Masa tu memang time dia akan merengek-rengek mintak perhatian. So tak boleh kacau masa tu. 

Pilih punya pilih hi-tea je dekat Empire Hotel setelah restoren dekat Menara KL fully booked. Huhuhu! Takpe la Empire pon best. Makanan sedap, banyak pilihan. Dah macam lunch pulak.... Antara menunya, nasi lemak rendang daging, satay, lauk pauk ayam, ikan pastu ade salad, lamb leg (sangat sedap, tak liat langsung) beraneka jenis kek, chocolate fountain, bubur kacang, puding roti, ABC, ais krim, sushi, burger, waffle dan ade jugak kids corner, yang ada sosej, gula-gula kapas bunga yang cantik sangat. Iris tengok je la, budak tecik tak boleh makan. Huhuhu

Walaupun hi-tea tapi start dari pkul 12 tengahari sampai 4 petang. Kitaorang memang tak lunch dah, terus pegi sana je. Sampai pukul 1 lebih dah ramai orang dah. 

Nak jadi cerita masa tu dorang ade buat promo, dari RM90++ per head tinggal RM45 je. 50% discount. Jimat duit mama. Hikhikhik! 

Next time nak repeat lagi lah. Nanti selalu-selalu tengok website dorang, tengok update promo murah-murah lagi. Hehe:))

Seperti biasa gambar makanan takde, gambar kitaorang 3 beranak je la yang ade. 


Iris gelak besar Baba buat lawak kat depan:P


3 beranak. Baju Mama sama kaler dengan dinding belakang,  Baba pulak sama dengan sofa! Lol

Banyak kali nak bergambar kat sini ni, sampai Iris pon bosan. Isap jari la sedap. Huhuhu






Sabtu, 13 Ogos 2016

Little Journey - Iris 2 Months

Assalammualaikum...
Just a quick update takut lupa. Entahla mana pegi masa lapang macam dulu-dulu pun tak tau. Haha! Semua kena buat cepat-cepat.
Iris Nur Humaira genap 2 bulan pada 21/06/2016 :
Semakin behave (good girl) Takde dah kerap menangis.
Dah boleh meniarap walau dengan bantuan. Mama bantu adjust tangan je bila dah berjaya meniarap tu. Terkejut jugak sebab macam cepat sangat nak meniarap.
Mulut semakin bising bersembang. Mama & baba layankan aje. Hehe!
Dah pandai hisap jari dah. Memang since sebulan hari tu mama dah tanggalkan semua mitten. Biar Iris belajar meneroka. Tu hisap jari tu, salah satu bentuk penerokaan la tu. Haha
Poo poo & shi shi kalau dulu hari-hari sekarang bila hujung - hujung 2 bulan tu Iris poo poo 3-4 hari sekali. Bila tanya doktor, doktor kata normal. Kalau menyusu badan takde masalah poo poo 3-4 hari 
sekali.

Berat : 4.8kg

Panjang : 56cm



Selasa, 26 Julai 2016

Little Journey - Iris 1 month

Assalammualaikum...
Ni adalah pos tertunda.Hiks! Ok, nak share journey Iris yang dah sebulan pada 21/05/2016. Masa ni mama tengah berpantang lagi. Pegi check up klinik masa 23/05/2016. Mama pegi klinik  dengan mak lang & pak lang je. Baba kat KL. Iris nak cucuk menangis kuat sebab orang kejutkan dia tengah tido. Nurse tu kasar sangat mama rasa, dia tepuk-tepuk Iris suruh bangun. Nak cepat sangat dia. Huh! Dia ambik darah mama pun sakit sangat rasanya. Huhuhu!

Ok, Iris dah sebulan ni...apa yang Iris dah boleh buat, suka buat atau tak suka:

Berat : 4kg (naik sikit je, masa lahir 3.73kg) 

Panjang : 53cm

Semakin pandai menghisap susu. Walau mama sakit, pedih mama tahan kan aje.

Dah boleh grasp jari mama

Vision dan hearing dah semakin improve. Mata bulat je, sampai orang kata Iris dah macam baby 2-3 bulan. Bila letak fon tepi telinga, baba panggil dan nyanyi-nyanyi, dia pandang macam mencari-cari je.

Poo poo & shi shi setiap hari. No more red patches dah dekat pampers (ni mama lega sangat)

Iris tido malam awal, selalu masa Maghrib tu la dia nak tido. Pastu malam nanti mama tido dia bangun nak susu. Kadang sampai 4 kali. Sabar je la mama

Hmm...selain suka menangis Iris jugak tak suka tido siang. Kalau tido pun sekejap sangat. Mula-mula mama stress sebab tak boleh nak rehat. Pastu fikir balik, hmm...lumrah ada anak kecik. Try positifkan diri, huhuhu! Gilir-gilir aku dengan mak jaga dia sepanjang umur dalam pantang ni. Dalam hati risau kenapalah dia tak tido, bukan ke baby dalam hari memang kejenya tido je siang malam. Huhuhu! Mak cakap nak buat macamana dah dia tak nak tido. Baby lain, lain lah bukannya sama. Terubat sikit risau tu. Hiks! 


Anak dara mama di usia sebulan:))

Rabu, 20 Julai 2016

Throwback : Pengalaman Bersalin - Part 1

Assalammualaikum...

Seketika menyepi ada berita gembira yang hendak dicoretkan. Alhamdulillah, pada 21 April bersamaan hari Khamis, pukul 5:55 petang saya telah selamat melahirkan seorang baby perempuan secara pembedahan/cesarean/c-sect di Hospital Selayang. Baby masa keluar dari perut mama beratnye 3.73kg. Haaa! Besarkan. Hehehehe

Sekarang dah 32 hari berpantang di kampung, Taiping. Lusa nak balik KL dah, sambung pantang dekat KL pulak. Balik KL awal sebab start keje 6/6 nanti. Kejap je dah nak keje. Ikut hati nak sambung cuti lagi seminggu dua tapi tak dapat. Bos tak kasi, katanya tak adil untuk yang lain kalau saya sambung cuti lagi. Haaa! Tak adil katanya.... Dari sudut mana tak tau lah. Maybe, kalau saya sambung cuti lagi segala kerja dekat ofis tu akan terhenti dan mengakibatkan kesukaran pada yang lain untuk menjalankan kerja mereka. Mungkin la macam tu. Krik! Krik! Krik! .... Baik, cite pasal bos tak bagi cuti kite cite hari lain. Ni nak cite pasal experience bersalin. Ngeeee:P

19/04/2016 - Selasa
Ok, sebenarnya saya ke hospital bukan sebab dah sakit ataupun dah ade tanda-tanda nak bersalin (walaupun dah ade show) tapi sebab saya dah overdue 6 hari. Datang serah diri la katanya. Sebenarnya pada 19/4 saya menyerah diri tu adalah kali ke empat saya berulang alik ke Hospital Selayang dan bertapa 5-6 jam dalam bilik penilaian di dewan bersalin tu. Hehe! Kenapa sampai 4 kali tu nanti kite cite k. 

Selepas menyerah diri ke hospital saya warded di wad kelas 2 selama 2 malam. Saya ingatkan 19hb warded 20hb tu doktor dah suruh bersalin, rupanya tidak. Hehehe! 

Bila dah warded tu faham-faham je la, sekali doktor datang meronda memang kena seluk la. Huhuhu! Oh ya masa warded tu bukaan saya 2cm. Masa ujian CTG nurse cakap saya ade strong contraction, tapi tu la saya tak rasa sakit pun. Huhuhu! Maka gigih la saya berjalan ke sana ke mari masa kat kaunter tu sementara menunggu wad kosong. Petang, dekat pukul 6 baru ada wad kosong. Husband cuba untuk apply wad kelas satu, sebab dia nak teman saya malam. Tapi mengikut penerangan dari nurse, walaupun husband layak untuk wad kelas satu tapi sebelum bersalin memang dorang akan letak di wad kelas 2 atau 3 yang sama level dengan labour room, sebab senang dorang nak pantau. Nanti dah lepas bersalin baru boleh pindah ke wad kelas satu. 

Maka bermalam la sorang-sorang dekat wad. Nampak sorang-sorang dah bersalin. Saya dah tercungap-cungap bawak perut tapi belum ade tanda-tanda sakit. Huwaaa! Stress kejap. 

Dekat wad doktor datang seluk, sakit yang amat oi! Datang pakar dorang, ketua kat situ rasanya (sebab habis dia marah doktor lain) dia seluk amat sakit. Dia kata nak tolong aku bukak laluan. Grrrrrr! Aku sampai mengadu dekat mak, dekat husband sakit yang amat. Dorang boleh buat ape, suruh aku sabar je la. Huhuhu! 

20/04/2016 - Rabu
Hari kedua pakar datang ronda, lepas check aku, dia suruh nurse book labour room untuk aku esok pagi. Haaa! Masanya dah tiba...

Aku tanya la nurse pasal tu, nurse kata ye esok aku akan ke labour room. Doktor akan tengok macamana, induce ke atau tunggu tengok bukaan secara natural esok pagi macamana. 

Sepanjang hari tu aku gigih jalan ulang alik dalam wad, mandi air panas bagi bukaan tu ada progress. 

Malam, aku dah start rasa sakit selang 10 minit. Bila nurse datang buat CTG, dia tanya nak panggil doktor tak untuk check bukaan. Since sakit baru selang 10 minit aku cakap tak payah dulu. Aku takut sebenarnya nak kena seluk lagi. Sakit petang tadi tak habis lagi. Huhuhu! Tengah malam aku makin sakit, 5 minit sekali. Nurse offer ubat tahan sakit, aku tak mau. Aku tido kejap-kejap terjaga sebab sakit. Mesej husband bagitau sakit sangat. Dia mula tak senang duduk kat rumah. Sebelum tu dah bagitau pasal esok. Aku suruh dia datang awal sebab nurse kata awal-awal esok dah kena masuk LR...

Sambung Part 2 kemudian...

P/s : Semoga ada semangat nak mengetuk keyboard lagi. Eh, update thru phone takde maknanya keyboard. Huhuhu

Sabtu, 16 Julai 2016

Raya 2016, raya di KL lagi...

Assalammualaikum Still in raya mood so Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin everyone. Weekend ni mesti penuh jemputan open house kan kan. Hehehe! Kita baru dapat 1 jemputan. Hiks! Rumah sendiri bila nak open house. Hehehe! Sentiasa open jer, jemputla kalau nak beraya:) Ok cerita raya weols.... Sepatutnya tahun ni adalah giliran kami beraya di Taiping setelah tahun lepas raya kat KL sebab pengantin baru, sebab lagi kena la raya side husband dulu di tahun pertama bergelar suami isteri. Kite ok jer. Tetapiiiiii...tahun ni KL lagi. Sob...sob...sob... Ape nak buat, tuntutan keje suami yang buat begitu:( Ikut kepala sendiri nak je balik Taiping nanti husband meyusul la tapi mak tak bagi. Mak cakap kat mana suami kat situ isteri kena ada. Mak kata mesti la baba Iris nak raya dengan Iris kalau Iris balik kampung dulu mau nangis baba dia di pagi raya. Habis tu, mama dia ni tak nangis la. Huhuhu! Nangis dalam hati je mampu. Mak selalu camtu. Nape ntah asyik sebelahkan menantu dia je. Huhuhu! Then ape nak buat, sebagai seorang isteri dan anak yang taat maka aku pon pasrah la beraya sekali lagi di KL. *matakeatastangandidada* Pagi raya, husband pegi solat raya balik siap-siapkan Iris sama-sama. Lepas tu boleh Iris menyusu then tido balik. Hahaha! Baru nak ambik gambar family kecik cenonet kami. Hahahaha! Makanya pagi tu mama & baba Iris je la bergambar. Baba Iris pun agak rushing nak masuk keje. Lepas makan baba Iris pegi keje. Tinggal la mama dengan Iris. Sunyi sikit pagi tu sebab Maksu & Wan pun keluar beraya ke rumah mertua dulu. Yang ada opah dan atuk Iris. Baba Iris balik pukul 3 petang nanti. Petang tu agak meriah bila ramai dah balik & datang beraya. Iris buat perangai tau, asal keluar je ke depan dia nangis. Pantang orang pegang dia nangis. Aku dah risau anak aku ni peghak tengok orang ramai-ramai. Hahahaha! Bila masuk bilik boleh pulak dia diam menyusu siap sengih-sengih lagi. Sampai hati dia tak bagi mama dia bersosial. Mama dah pakai cantik-cantik baju raya nak beraya tau:( Malam tu pun sama, nak ke rumah Mak Jang dekat je, dia tido pulak. Actually petang tadi dah pegi tapi tak sempat makan, dia nangis then balik. Sempat sembang-sembang je. Hahaha! Malam nak pegi jugak, nak makan bakso sedap mak jang tapi Iris tido. Hmm... last-last atuk Iris la jaga kejap. Hahaha! Tengah makan atuk call bagitau Iris dah terjaga sebab terkejut bunyi mercun. Hahaha! Balik ambik dia pastu sambung makan, tok ngah Iris tolong pegangkan. Makan-makan, sembang-sembang balik. Iris walau nangis-nangis bad mood, duit raya tetap nak. Haha! Tipu, orang bagi ke mama dia je. "Nah, ni untuk Iris..." :D Begitulah cerita raya pertama kami. Husband nak masuk keje balik pukul 11 malam tu sampai pukul 7 pagi esoknya. Lepas tu la baru kami bercadang nak balik Taiping. Malam tu Iris Zzzz nyenyak, penat beraya katakan. Hahaha!


 

 

Jumaat, 24 Jun 2016

16 Ramadhan - Iftar Nasi Arab

22 Jun 2016 - Hadrami House Restaurant, Impian Meridian Condo, Subang Jaya.

Hye & Assalammualaikum...

16 Ramadhan berbuka di luar dengan atuk & opah-opah Iris. Bermula dengan opah Taiping yang nak makan nasi arab. Set date terus ajak opah & atuk Selayang jugak. 1st time makan dekat Hadrami House Restaurant ni, selalu nak makan nasi arab pegi dekat Seksyen 7, Shah Alam ataupun Restoren Saba, Cyberjaya. Tapi husband cakap jauh sangat nak kesana dari Puchong, dia booked sini je la. Kawasan ni pandang kiri kanan semuanya foreigner. Staff sini pon tak pandai cakap melayu memang ori arab nih:D

Pertama kali jugak bawak Iris berbuka dekat luar, tapi ni kali ke 4 Iris dibawa keluar. Risau sebenarnya, sebab masa berbuka tu selalu adalah masa tido Iris. Risau dia mengamuk. Perjalanan semua ok. Sampai dalam lagi 15 minit nak berbuka. Kitaorang ambik tempat dekat bahagian atas, ade aircond. Nak jadi cerita, dekat atas tu memang takde orang. Tu yang husband cakap dia reserved level tu untuk kitaorang. Huhuhu

Dah sampai tu sesi bergambar semua sementara tunggu dorang setting makanan. Macam biasa, husband order nasi arab ayam mix kambing.

Lagi 10 minit nak berbuka, Iris dah mula merengek-rengek. Dah start menangis, aku nak la susukan dia, cari nursing cover rupanya boleh baba dia tertingal dengan beg-beg isi pampers sekali dekat rumah. Haish!

Aku dah agak dah, kejap lagi dia keriau la ni. Kuarkan susu dalam botol yang tak sampai 1 oz pun sebab tak sempat nak pump dekat rumah tadi. Habis susu tu, dia tak puas lagi. Merengek lagi, cari port tepi-tepi meja, cover dengan kain napkin dia bagi la susu. Dia menjerit kuat lagi, tak selesa sebab mama tak selak baju habis-habis. Lol!

Dah mula menangis meradang kemain dia, bawak turun masuk kereta. Dah dalam kereta pun still menangis, merajuk tak nak dah susu. Ini memang perangai dia, kalau lambat bagi susu lepas tu merajuk dah tak mau. Huhuhu. Jenuh jugak la memujuk dia menyusu balik & tido. Dengar azan, aku dan husband jamah kurma je dulu dalam kereta. Bagitau dekat atuk & opah suruh dorang makan dulu kejap lagi kitaorg naik.

Tak lama lepas tu Iris pun tido, tunggu kejap bagi dia nyenyak sikit kitaorang angkut dia naik balik. Tido kan dalam stroller mama pun makan. Sampai lepas makan sambil sembang-sembang tu, lama jugakla, dia pun terjaga. Standby nak menyusu balik, bawak tepi dinding susukan dia. Sebab mood dia baik sikit dah tido menyusu sorok-sorok tepi dinding pun takpe. Huhuhu!

Fuhhh! Mencabar jugak la, bawak baby 2 bulan keluar makan. Hahaha! Takpe-takpe, kena sabar & banyak lagi belajar selok belok menguruskan baby. Lepas ni kita keluar lagi ye Iris:))

Mama & Iris:))


Baba & Iris

Atuk, Opah Selayang & Opah Tepeng

Iris dah start merengek


Setalam nasi untuk 5 orang. Kalau bagi kitaorang untuk 8 orang la portion tu. Ade lebih, tapau bawak balik. Tu je gambar makanan yang sempat di capture:P






Isnin, 20 Jun 2016

My Precious Iris...

Hi As-Salam...

Hari ni tetiba ada mood rajin nak buat entry setelah sekian lama bertapa menuntut ilmu. Ilmu jadi mak-mak. Haha! So, entri kali ni nak introduce buah hati yang selama ni di nanti-nantikan. Hehehe!

Memperkenalkan....

Baru beberapa jam keluar dari perut:P

Iris Nur Humaira Binti Ahmad Shafiq. Lahir pada 21 April 2016, pukul 5.55 petang di Hospital Selayang. Iris keluar ikut tingkap. Bhahahaha. Nanti lain kali cerita pasal pengalaman melahirkan pulak ye. InsyaAllah. Harap-harap lepas ni ada kelapangan. Hehehe

Hai! Saya dah sebulan masa ni:)

Xoxo! 
Bye:))



Jumaat, 8 April 2016

Makan-makan : Macaroni Food & Coffee

Hye & Assalammualaikum...

Baby masih belum pop up. Hehehe!
So mama nak buat entry makan-makan. Dah lama dah pegi, sekarang baru ingat nak tulis. 

One day, after balik keje ajak husband pegi makan kat Macaroni Food & Coffee, Seksyen 9, Shah Alam. Mana tau pasal tempat ni? Haaaa! Lepas tengok instagram Ika Radiusite. Mengiurkan sungguh gambar Prawn Bruschetta! Maka mama pun mengidamlah. Hihihi! Dan seperti biasa, bila cakap mengidam husband pun turutkanlah ragam ibu mengandung ni. Katanya selagi dia mampu dia turutkan. Nasib kan sayang, tak mengidam belangkas ke, burung wak wak ke...kalau tak payah gak nak layan kan. Hahahaha! 

Macaroni Food & Coffee ni dekat Plaza Shah Alam. Kat atas KK Home Deco & Satay Station. Decoration restaurant ni cantik sangat. Nak lepak lama-lama pon best je. Tambah-tambah mak buyong ni, kena makan slow-slow sampai habis. Huhuhu!





Ni lah Prawn Bruschetta (RM22) yang kite idam-idam kan tu. Kite order ni je malam tu. Tu pun kenyang sangat. Ade 6, husband makan 2 ekor. Konon-konon tamak tak nak share. Hahaha! Sedap! 



Ni husband punya Grilled Salmon Fillet (RM42) Sedap jugak! Serius. Pernah makan Salmon kat mana ntah sebelum ni, tapi kat sini lagi sedap. (Gambar dari www.macaroni.com.my)




Antara menu-menu dekat Macaroni Food & Coffee. Kalau sesekali nak makan western, go and try Macaroni Food & Coffee korang!


Husband rajin ambik gambo, kite malas... tu sebab gambar husband takde. Hahaha! 

Sampai gambo deco restaurant yang cantik tu pon lupa nak snap. Takpe la kalau nak tengok korang google je. Banyak citer pasal Macaroni Food & Coffee ni. 

Nih alamat & contact :



Ni pulak address branch dorang dekat Taman Desa :










Khamis, 24 Mac 2016

Mengitung hari....

Hi Assalammualaikum...

Lamanya menyepi. Hehehe! Blogwalking je selalu, nak update entry malas yang amat sangat. Huhuhu!

Alhamdulillah, sekarang dah 37 weeks 2 days. Hmm... sedang menghitung hari ni. Jangan overdue ye sayang. Dugaan tengah mengandung masa El-nino nih...setiap masa berpeluh, haus. Aircond, tido pasang sepanjang malam, air ais jangan cerita...terlanggar pantang dah. Tak tahan sungguh! Pastu buah favourite sekarang, buah tembikai. Habis je mesti beli buat stock. Bila makan pastu berulang pegi toilet, nak kencing. Hahaha.

Banyak entry terhutang. Nampaknya lepas bersalin la sambung cerita. Takpe, daya ingatan mama kuat. Hahaha! Hmm... nampaknya kena bersalin dekat hospital Selayang rasanya ni. Bye bye la Umra. Hahaha! Hari tu ade problem sikit pegi Selayang, then dorang terus register kan aje. Ok lah baby, mama ikut je la baba cakap, doktor cakap...dekat mana-mana pun boleh janji baby & mama selamat. Tapiiiii...mama dah cakap ngan baba, kalau doktor & nurse garang-garang kat mama, mama turun katil balik terus je. Tukar hospital. Hahaha!

Guys! doakan urusan bersalin kite dipermudahkan. Semuanya selamat, baby & mama. Doktor & nurse baik-baik dengan kite. Hahaha!



Nanti sambung cite pasal entry pregnancy diary k. Banyak nak share dan nak simpan kat blog ni, boleh jadi rujukan kemudian. Hehehe!

Adios. Wassalam.

Gambo perut je kite tayang. Ngeeee:D



Ahad, 31 Januari 2016

Check-up 10 Minggu - KK Kelana Jaya

Hi Assalammualaikum...

~14/09/2015 - Rabu~

Ini adalah check-up kedua since yang pertama masa mula-mula buka pink tu. Kan sebelum ni aku cakap nak tukar ke KK Kelana Jaya sebab dekat dengan tempat kerja. Maka, 2nd appoinment terus aku ke KK Kelana Jaya je. 

Kat KJ aku dalam kategori luar kawasan. So, bila luar kawasan lambat sikit la kan dorang panggil. Huhuhu. Bila dah dipanggil kena timbang berat then buat urine & check HB. Dekat lab bagi buku pink dorang bagi bekas untuk buat urine. Dah setel dia akan panggil then cucuk hujung jari untuk check HB. Setel baru jumpa nurse. Masa kat sini la slack sikit, sebabnya orang makmal situ tersilap. Dia suruh aku pegi makmal sebelah untuk test darah. Aku pun mengikut aje. Tunggu kat situ aje 1 jam lebih. Huwaaaa! Bila masuk aku bagi buku pink orang kat situ tanya aku nak buat ape ni. Aku cakap la nak buat test darah. Pastu dia cakap eh ni dah ade sambil tunjuk buku pink aku. Aku pun terpinga-pinga keluar pegi balik kat lab 1st tadi. Aku cakap dorang kata tak payah buat sebab dah buat. Pastu akak lab tu pun selak-selak buku aku then cakap ok lah. Boleh terus pegi jumpa nurse. Grrrrr! Kenapa memula tadi kau tak selak-selak buku tu. Aku rasa nak menangis kat situ:( Dengan hati berbuku pegi balik kat kaunter ibu & anak  memula tadi letak buku pink dalam bakul. Kat situ lagi kena tunggu dekat 2 jam. Aku rasa nasib aku memang tak baik kalau ke KK. Aku dah bebel-bebel kat husband pasni tak nak check-up lagi kat KK. Huhuhu! 

Then sampai nombor aku dipanggil, masuk jumpa nurse. Macam dekat Puchong jugak, sembang-sembang dengan nurse... Tanya sihat tak, pastu tanya selera makan, pastu tanya kenapa tukar check-up kat sini, bla bla bla.... tak sampai 20 minit settle. Tunggu next appoinment plak. Next appoinment patut 12/10 tapi aku kena datang 1/10 sebab urine aku kotor. Nurse kata tak banyak tapi kena jumpa doktor jugak. So, pukul 8 pagi 1/10 datang lagi. Nurse kata kejap je, so tak payah ambik cuti. Tu yang dia bagi waktu paling awal dekat aku. Aku nak percaya ke tak ntah. Hahahaha

Habis sudah sesi check-up aku kat Klinik Kesihatan Kelana Jaya untuk hari tu.So, lepas ni kalau aku still ada hati nak check-up kat KK aku akan datang kat sini je sampai bersalin.

Ahad, 24 Januari 2016

Cheese kek meleleh, Nasi daun pisang & Mee bandung ketam

Hye & Assalammualaikum,

Masa mengandung ni selain rasa tak best sebab sickness tapi ade part lain yang best. Makan!!! Haa masa ni la cakap la nak makan ape semua mesti dapat. Hihihihi! 

Sepanjang dah masuk 29 minggu ni so far aku takde mengidam ape-ape sangat. Teringin-teringin tu ade la. Itupun takde tahap kronik sampai kena dapat masa tu jugak. Bertuah suami dapat bini baik macam ni. Bhahahaha! 

Kawan aku pernah cerita masa dia mengandung dia mengidamkan burung wak wak! Ambik. Hahahaha! Boleh plak dia kenal burung wak wak tu kan. Bila husband dia carikan bawak balik tunjuk dah tengok dia tak mau pulak. Ok dia suruh lepaskan. Hahaha! Itulah ragam orang mengandung. 

Lately ni aku ada mintak nak makan 2 benda ni. Rasa teringin sangat. Dah macam rasa-rasa kat tekak dah. Antara yang aku teringin cheese kek yang meleleh tu, pastu nasi daun pisang. Hehehe! Then husband belanja makan mee bandung special. Itu tak mintak tapi husband baik hati belanja. Takde susah pun kan menu-menu yang aku teringin tu kan:)

Cheese kek tu husband beli dari officemate dia. Sedap. Nasi daun pisang ni makan kat Nirwana, USJ je. Yang ni memang hairan la sebab aku bukannya  penggemar kari. Tetiba boleh teringin nak makan nasi daun pisang plak. Mee bandung tu husband konon-konon nak suprise la. Ajak keluar makan, kemain jauh sampai ke Pulau Indah, Klang. Pastu dah sampai aku tengok kawasan eh macam bukan je. Kenapa dekat dengan area kedai terbengkalai. Tanya husband dia pernah datang ke, dia cakap tak.. tengok kat facebook je. Bila masuk kedai tengok eh semua lelaki customer dia. Semua abang-abang keje kapal je. Aku dah nak ajak husband patah balik. Hahaha. Bila masuk duduk je husband buat macam biasa je, order semua. Then baru bukak cerita dia dah pernah datang dah dengan bos dia. Ciss! Hahaha! Mee bandung yang special sangat husband cakap tu rupanya mee bandung ketam. Haa ade 2 ekor ketam pastu udang lagi. Boleh tahan sedap. Harga murah gils, macam tak percaya. HehehehE




Kek ni husband rasa 2-3 sudu je then aku habiskan. Sedap! Nanti boleh beli lagi.



Nampak tak meriah betul nasi daun pisang dia. Hahaha! Next time nak cuba dekat Nirwana Bangsar plak. 

Mee bandung ketam Pulau Indah. Hehehe! Harganye hanya RM13:00. Air jus kat sini pon sedap. Jus epal yang aku order betul-betul buah fresh, tak guna kordial. Gambo lupa nak snap. 




Jumaat, 22 Januari 2016

Buku Pink Ibu Mengandung

Hye & Assalammualaikum...

17/08/2015 (Isnin)

Apehal la baru nak share cerita buku pink. Ahaksss! Alkisahnya, sebelum ni konon sickness teruk la sampai mood nak menulis pun takde. Hahaha!

Actually aku memang malas nak bukak buku pink ni sebab plan memang nak pegi check-up dekat swasta je. Teeetapiii... dengar cakap orang-orang tua, nak check-up ke, nak beranak kat swasta ke nanti bukak je buku pink tu. Tak tau masa depan macamana so sila la bukak buku pink jugak. Huhuhu! 

Aku bukak buku pink dekat Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong. Sebelum pegi aku call dulu untuk confirmkan address tempat tinggal aku termasuk dalam kawasan klinik atau tak. Bila dah pasti barulah menerjah ke klinik. 

Pertama kali, harus lah husband temankan. Heee ngade. Haha! We all sampai kat klinik pukul 8:30 pagi. Ambik kau memang banjir klinik dengan manusia. Dah memang sedia maklum. Urusan aku ni pun akan ambik masa yang lama mungkin sampai ke petang. Aku dah google siap-siap cerita orang lain yang share buka buku pink ni. Memang dorang dah warning awal-awal, kat klinik orang memang ramai dan memerlukan masa yang lama. Ok, fine harung je la. Memang dah peruntukan satu hari cuti untuk tujuan ini. 

Masa aku pegi buku pink ni aku baru 6 minggu 1 hari pregnant. Awal kan. Haha! Risau plus excited sebenarnya. Lepas dah register nurse bagi 2 buah buku kena isi details sendiri & pasangan. Lepas tu return balik then nurse bagi nombor. Masuk dalam duduk pastu kena panggil untuk urine dan ambik darah. Cuak habis aku sebab penakut jarum. Muahahaha! Dah settle 2 benda tu kena tunggu untuk jumpa nurse yang akan jaga kite sepanjang kita datang untuk check-up. Ini yang ambik masa sangat sangat sangattttt lah lama. Siap benti untuk lunch, lepas pukul 2 datang balik. Kitaorang pun keluar la pegi makan dulu. Huhuhu! Dengan cuaca panas terik, aku mula rasa nak naik angin. Sabar je la. 

Lepas lunch datang balik tunggu lagi. Sampai dah pukul 3 lebih nombor tak kena panggil lagi. Eh, klinik tutup pukul 4 khen. Aku suruh husband tanyakan dekat nurse yang lalu lalang. Bila ditanya nurse cakap kejap lagi. Nak panggil dah ni. Tak sampai 10 minit nombor aku kena panggil. Masuk dalam, nurse suruh timbang. Ukuran tinggi dia tanya aku dia kata kat klinik takde pembaris ukur tinggi tu. Huhuhu! Manalah aku ingat, last bila ntah ukur tinggi, tak aku hentam aje bagi 153cm. Hahaha

Oh ye! Masa tengahari yg nurse suruh lunch tu dulu, ade sorang husband ni marah kat nurse. Dia bising kenapa lambat sangat sampai dah pkul 1 then nak kena datang balik pukul 2. Dia kata dia datang dari pagi. Nurse tu bagitau la dorang tak cukup staff sebab ade kes emergency, ade nurse lain yang keluar pegi hantar orang nak beranak ke hospital. Pastu pakcik tu boleh sound balik "that's not my problem" huwaa! Slumber kau sound. Tunggu la nasib bini kau jap lagi, kata hati kecilku. Hahahaha

Then lepas aku masuk jumpa nurse, tak lama lepas tu wife pakcik tadi pun masuk jugak. Dia duduk belakang aku. Masa sebelum dia masuk, nurse yang attend aku cakap dekat kawan dia. Ni patient yang husband dia kerek tadi tu. Huhuhu! 

Maka bermula la sesi buli dorang kat wife pakcik tadi. Wife pakcik tu Indonesian dan pakcik rambut macam elvis presley tu non malay. Pensyarah pencen. Aku tau sebab nurse-nurse tu soal dia. So terdengar la. Dorang sound dia kenapa husband dia kerek camtu. Lain kali kalau tak nak tunggu lama-lama dia tak payah datang. Yang wife pakcik tu iye kan aje sambik gelak-gelak walau dah kena sound. Hahahaha! 

Nurse yang akan jaga aku sepanjang check-up ni pon mengandung. Dia cakap ngan aku nanti dia cuti bersalin bulan 10. So, nanti akan ade kawan dia tolong cover dia untuk monitor aku. Cuma dia dahulukan patient dia sendiri sebelum aku. Huwaaa! Dah terbayang kepayahan di situ. Terus aku tanya pasal nak tukar klinik sebabnya memang ade perancangan if aku continue check up dekat klinik kesihatan aku nak tukar pegi dekat Kelana Jaya je sebab dekat dengan ofis. Mula-mula dia kata susah la pindah-pindah ni. Tapi bila aku bagi alasan pasal keje susah jauh nak ulang alik, ambik cuti selalu dia cakap ok lah kalau jadi tukar aku kena inform dia. Huhuhu

Lepas dah ambik tekanan darah, soal-soal sikit pastu habis dah. Aik, tu aje. Aku google orang lain siap kena check breast, pastu kena brief sikit-sikit pasal early stage pregnant ni. Aku takdek pon! Ciss takkan dah nak dekat klinik nak tutup dia rush nak balik kot. Huhuhu! Ok pasrah, dalam hati dah cakap aku nak tukar klinik. Lagipun aku seram dengan nurse-nurse kat situ. Laser boleh tahan, sampai takut aku nak tanya soalan. Hahahaha! 

So, begitulah ceritanya experience aku buka buku pink dekat klinik kesihatan kerajaan. Hiks! Korang-korang yang akan pegi, yang akan mula check-up dekat klinik kesihatan, bertabah la ye. Jangan expect ambik masa sekejap je. Memang lama sebab orang ramai. Tak boleh gak nak marah-marah nurse-nurse kat klinik tu sebab bukan dorang lembap tapi memang orang dah ramai. Kat klinik Puchong ni, foreigner pun ramai. Indonesian, Bangladeshi dan lain-lain. Huhuhu! 

Ini buku ke belacan? Hahahah! Buku pink ku yang dah macam belacan ropenye ;)




Sabtu, 16 Januari 2016

Deman Panas & Sawan Tarik


Hi & Assalammualaikum...

Aku masih belum move on dengan kisah demam panas dan sawan tarik yang jadi kat Adele sebelum ni. Ini adalah pertama kali terjadi kat Adele. Since aku pun bakal menjadi ibu, aku usaha cari info mengenai demam panas & sawan tarik. Kat bawah ni aku share untuk rujukan bersama....

Demam panas & Sawan tarik

Selalunya bila terjadi parent akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Bila sawan terjadi, kanak-kanak terbabit tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya. Macam terjadi pada ayah dan ibu Adele, dorang panik habis.

Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak - kanak mengalami demam sawan atau sawan tarik ni. Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak - kanak masuk wad. 


Sebab dan Punca 

Kebanyakkan sawan tarik yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda-tanda yang didapati termasuklah selsema, batuk dan kurang minat menyusu. Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi-bayi atau kanak-kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru-paru (pneumonia ). Adele hari tu puncanya sebab demam panas. Masa siang badan panas. Bila nak bawak pegi klinik dia tak mau. Orang pandai cakap, paksa pun still tolak. Ibu ngan ayah dia fikir tak serius so tak bawak la. Tak sangka malam jadi macam tu. Lepas ni mesti dah serik. Huhuhu

Untuk mengelakkan sawan, suhu badan bayi-bayi dan kanak-kanak mestilah diturunkan. Lazimnya seseorang bayi atau kanak - kanak yang demam mungkin tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang boleh. Baju yang dipakai mestilah nipis. Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan. Pada parent bila tau anak dah demam, kerapkalilah pantau suhu badan. Kalau suhu sampai dah mencecah 38 tu cepat-cepatlah buat sesuatu untuk turunkan suhu supaya tak terjadi sawan tarik ni. Tidak pun cepat-cepat bawak pegi hospital. 

Adakah Sawan Tarik Merbahaya? 

Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja, jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu.  Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan (temporal lobe epilepsy) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan. Dalam keadaan ini kanak-kanak tidak sedarkan diri, menepuk -nepuk pipinya, bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku. Masa Adele jadi mak cerita seluruh badan dia kejang. Dia diam keras je, mak sempat masukkan jari kat dalam mulut dia untuk elak dia gigit lidah (tapi kalau tanya doktor ini tak sepatutnya dilakukan. Cuma petua org tua2, masukkan sudu dlm mulut untuk elak kancing gigi) Mak cakap jari dia sakit rasa macam nak putus. Bayangkan lah kuat tak kuat dia ketap gigi tu. 

Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang mendapat demam sawan yang lama, iaitu lebih dari 30 minit, ketar-ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy. 

Langkah-langkah yang perlu diambil jika sawan tarik terjadi 

Jika demam sawan berlaku parent perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit. Mereka dinasihatkan untuk membaringkan kanak-kanak disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru-paru, lalu membawa kepada penyakit pneumonia. Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan. Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke klinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan  suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor. 

Adalah dinasihatkan supaya bayi dan kanak-kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa. Ini adalah penting untuk mengenalpasti dengan awal penyakit meningitis dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan. Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal, mental dan kerosakan deria-deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut. Anggapan -anggapan yang salah seperti kanak-kanak itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya diambil (lumbar puncture) selalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor-doktor  menjalankan prosedur ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis. 

Masa terjadi pada Adele hari tu, mak mengiringkan badan dia dan ambik air lap sambil urut seluruh badan. Sementara tu jari mak dekat dalam mulut Adele. Muka Adele memang dah biru-biru dah. Lepas beberapa minit dia dah start menangis, masa tu badan dah lembut dah tak kejang macam tadi. Baru la dorang bawak dia pegi hospital. Bila sampai sana doktor tanya macam mana buat masa dia kena sawan tadi. Mak cerita la, doktor kata ok cara betul. Nasiblah mak ada, ibu ngan ayah Adele takde experience. Kat hospital doktor masukkan ubat bontot atau nama ubat tu Diapezam. Ubat ni diberi dengan cara suppository iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak-kanak mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku. 

So kesimpulannya, even demam sawan ni jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas sangat-sangat. Terutama pada parent yang langsung takde experience dan tak pernah tengok. Bagi yang dah pernah terjadi risiko untuk sawan tarik ni berulang adalah sangat tinggi. Apabila anak demam pantaulah suhu badan, jangan sampai suhu dah naik tinggi tapi kita tak sedar. Adalah lebih baik bawa anak ke hospital jika suhu tak turun-turun, doktor boleh pantau keadaan dan kalau-kalau terjadi sawan tarik ni takdelah kita panik nak menghadapi sorang-sorang kan.



Selasa, 12 Januari 2016

Adele Demam Panas

Assalammualaikum..

Hari Selasa malam minggu lepas, tengah study kat UiTM Shah Alam tetiba dapat mesej kat group whatsapp....Adele jadi sawan tarik, sampai biru-biru dah. Ya Allah terkejut sangat. Nak meraung pun ya jugak. Anak buah kesayangan tu jarang sakit. Pagi duk elok-elok dapat video dia menyanyi pakcik dia record. Tiba-tiba dapat berita tak baik pulak. 

Memang tak senang duduk dah... Call mak tak angkat, call sepupu yang bawak pegi hospital tu tak dapat. Kat group whatsapp tu ibu dia la bagitau. Ibunya dalam pantang. Kesiannya Adele. Dah lama sikit baru dapat cakap ngan mak. Adele demam panas, panas sangat tu yang sampai jadi macam tu. Bawak pegi hospital kena tahan. Bermalam la dia kat hospital. Adoi dia dah la penakut, dengar ibu nak pegi klinik ke, hospital ke sanggup dia tak ikut, tinggal dengan opah. Macamana la dia kat hospital, ayah dia je boleh teman. Ibu dalam pantang, dengan adik menyusu lagi. Memang dugaan tahun baru. 

Kena warded dua hari sebab panas tak turun-turun. Hari kedua ibu dia langgar pantang, pegi bermalam dekat hospital. Adik Aqil tinggal dengan opah. Terpaksa la menyusu botol. Keadaan Adele pun merisaukan, malam je suhu naik balik. Asyik merengek je. Adoi rasa nak balik kampung nak tengok Adele. Dengan kakak Alya baru masuk darjah satu. Kesian la kakak, nasib tak menangis pegi sekolah. Excited lagi ade la. Ayah ibu layan adik, pakcik la pegi tengok masa rehat, ambik balik dari sekolah. 

Malam kedua Adele kat hospital, husband balik keje aku mintak buat solat hajat untuk Adele. Aku dah buat dulu dah.  Nak tido whatsapp ibu dia tanya macamana keadaan. Still suhu tinggi. Alahai risaunya Mak Long:( 

Esoknya, ibu balik ayah jaga kejap. Suhu dah turun tapi mulut dia kena ulser teruk. Habis putih-putih. Allah kesiannya. Tengahari doktor bagitau tunggu sampai pukul 4 petang, if ok suhu tak naik Adele boleh balik. Lega jugak dengar, tapi keadaan dia still kena pantau. Takut tetiba suhu naik. Lagipun doktor pesan sawan tarik tu dah jadi sekali maybe akan berulang lagi. Mak bagitau dah keluar nanti pegi berubat lain plak. Nak bawak pegi dekat ustaz untuk berubat sawan tu. 

Akhirnya pukul 4 Adele dapat discharge. Lega dia, kalau tak asyik nak balik. Dia cakap boring. Bercakap kemain banyak. Doktor, nurse pun hairan, umur 2 tahun lebih dia cakap tak pelat. Masa 1st day bawak kat emergency tu mak cite, dia marah opah dengan ayah bawak dia pegi hospital. Kejap-kejap dia bahasakan diri dia abang. Dorang hairan, pakai cincin gelang semua kenapa abang. Hahaha. Sejak dapat tahu adik dalam perut ibu dia boy dia pun nak jadi abang. Huhuhu! 

Lepas dah balik rumah, dia still tak sihat sangat sampai hari ni. Mulut dia penuh putih-putih. Tak boleh makan nasi. Dia jadi fobia sebab bila masuk makanan dalam mulut dia sakit, menangis-nangis. Kawan dah la kuat makan. Adoi kesian sungguh, nanti kurus dah tak bam bam dah. Ibu dia buat bubur dapat makan sikit, lebihnya dia minum susu ibu dia. Sebenarnya dia dah stop dah susu ibu dia masa adik dalam perut lagi. Tapi sejak sakit ni ibu dia bagi balik lah, sebab kesian demam hari tu. Masih demam lepas sehari balik rumah, ayah dia bawak pegi klinik. Kalau sebelum ni demam makan antibiotik kejap je dah ok. Kat hospital takde plak doktor bagi antibiotik, tu yang ibu dia tetap nak bawak pegi klinik. Then bawak pegi jumpa ustaz jugak untuk mintak air penawar. Ayah dia cite, ustaz tu suruh nganga mulut nak tengok ulser dia nangis-nangis tak mau. Sekali ustaz tu hembus muka dia terus nganga. Hahahaha! 

Cuaca panas sekarang ni memang la kena minum air banyak-banyak dan jangan berjemur sangat. Mak Long rasa nak balik kampung je tengok Adele, tapi sekarang tengah exam. Last weekend pun ade paper, kalau tak memang mak long sampai dah depan pintu rumah opah. Tambah-tambah dengar Adele susah nak makan ubat, makan muntah sampai menangis-nangis makan ubat. Minum air masak pun tak mau, asyik nak air ais je. Adoi la Adele. Huhuhu
Mak Long doakan Adele cepat sembuh, sihat macam dulu, boleh makan macam biasa dah. Boleh cakap kat telefon dengan pak long tak henti-henti. Amin...amin... 

Lemah je adik:'( Sedih Mak Long tengok ni. Kesian adik kena cucuk. Ni malam kena warded tu. 

Esoknye kakak datang melawat adik lepas sekolah. Adik still tanya ibu mana! Huhuhu



Tengokla ni, orang kata pakai baju, seluar nipis-nipis dia nak jugak pakai jeans. Abang-abang katanya. Huhuhu

Malam kedua warded. Suhu naik balik. Allah sampai merah-merah bibir. Tidur pun terkejut-kejut je.

Adik Aqil tinggal kat rumah dengan opah. Nasib tak meragam. Opah bagi susu botol yang ibu dia tinggal. Cuma opah cakap malam kejap-kejap terjaga merengek kejap. 

Adele masa sihat. Ceria, jarang buat hal, kadang-kadang je bila gusti ngan kakak. Bila keluar dengan Mak Long asyik gelak je pastu pau pegi Taman Tasik asyik nak main buai. Nanti sihat ceria balik macam ni ye sayang.








Selasa, 5 Januari 2016

Entry emosi lagi duka...

Hye & Assalammualaikum...

Tengah sedih ni. Eh tak tau la sedih ke, marah ke geram ke sakit hati. Huhuhu! 

Tu la kan orang cakap kerana mulut badan binasa. Kerana satu ayat terguris hati ini. Tak sangka plak la kan nak kena dengar ayat keramat tu. Ish..ish...sedih. 

Ada orang kate kita duk rumah mengangkang je kat rumah. Terkejut kita. Sebelum datang sedih ni sakit hati yang datang dulu. Lama sikit baru sedih, yelah orang yang rapat dengan kite cakap macam tu kan. Sentap la mak nok! 

Haah memang pun la aku duk mengangkang kat rumah ni. Hahaha! Ape ntah dorang ni expect kan, aku keje kot bukan seharian duduk rumah. Balik keje pukul 8 ke 9 malam. Dah lama tak balik awal. Kadang-kadang siapkan keje, kadang-kadang siapkan assignment. Kira ok la, assignment boleh settle sendiri, keje pun jalan... Tak susahkan orang lain:( 

Kalau balik keje dah lambat macam tu, memang la kadang tak buat ape. Mandi, solat then rehat terbaring depan tv. Sakit belakang, sakit pinggang ni ha bukan dorang rasa pun. Tapi bila time aku balik awal or aku mampu untuk buat keje, ade je aku buat... Kemas rumah, basuh baju or lipat kain dalam bakul. Takde pun rumah macam tongkang pecah, pinggan penuh singki. Semua ok je aku tengok. 

Masa mengandung ni je la aku macam ni. Sebelum ni aku masak suma sekarang je aku macam ni. Lagipun keadaan tak mengizinkan nak masak, nak pegi beli barang sendiri semua. Mana tak sedih kan bila orang cakap macam tu padahal aku tak pernah usik orang pun:( 

Panjang berjela pulak entry sentap ni. Hormon ibu mengandung memang macam ni kot. Hahaha! Mata orang semua buruk kita nampak, yang baik buat-buat tak nampak. Kita boleh terima kekurangan orang, tapi orang belum tentu boleh terima kekurangan kita. Ok lah nak pujuk hati sendiri nih. Kbai! 

Sabtu, 2 Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Hye Assalammualaikum...

Masih belum terlambat nak ucapkan selamat tahun baru 2016. Hahaha! Mak busy nyah tu yang hari ni baru dapat update blog wish tahun baru.  

Esok start 1st paper ok, subjek EWC 661 start dulu. Harap-harap soalan senang & mudah-mudahan  mama Reen & baba Capik boleh jawab dengan jayanya. Tak sabar nak bawak baby dalam perut masuk dewan exam. Hiks! 

Akhir-akhir ni kesihatan mama Reen tak berapa memuaskan. Batuk masih tak hilang-hilang, selesema, malam-malam bersin menjadi-jadi. Kadang-kadang risau jugakla, kenapa lama sangat tak pulih-pulih. Dah nak masuk tiga minggu dah. Huhuhu! Hari tu masa balik kampung tanya mak, mak cakap batuk tu mungkin pembawakan. Masa mak mengandungkan aku dulu pun batuk lama macam tu jugak. Alamak! kalau pembawakan mungkin la sampai bersalin nanti baru ok. Sob...sob...sob

Ouhh, kalau bercakap pasal tahun baru tak sah kalau tak cakap pasal azam tahun baru. Jeng..jeng...ape azam korang di tahun 2016 ni? Azam 2015 dah tercapai belum? Kalau aku, azam tahun lepas part of dah tercapai la jugak rasanya... Berjaya habiskan diploma & konvo dan jugak kawin! Hahaha! kawin pun jadi azam tau tahun lepas. Hiks! Alhamdulillah, semua yang dirancang menjadi seperti yang diinginkan. Sebenarnya, banyak lagi yang masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. So, tahun 2016 ni kita sambung ape yang belum tercapai, ape yang perlu diperbaiki lagi... First, harap kelahiran baby 'I' yang ditunggu-tunggu dipermudahkan, pastu nak jadi isteri yang mendengar kata, ibu yang baik, anak, menantu & kakak yang menyenangkan, nak solat di awal waktu dan tak nak ponteng-ponteng, pastu nak habiskan degree yang tinggal 2 sem je lagi. Tak nak ade satu pun MC supaya bos sayang. Hahaha! 

Adoi kalau disenaraikan banyak betul keazaman dan ke ke yang hendak dicapai. Nak itu, nak ini. Hehehe! Yang penting & doa hari-hari, supaya masih dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik pada diri sendiri dan keluarga tercinta. Semoga Allah SWT merestui semuanya. Amin. 

Akhirkata, terima kasih daun keladi kerana sudi baca bebelan panjang-panjang ni! Hehehe! 

Suka-duka 2015



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...