Ahad, 24 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011!

Assalamualaikum wbt...

Mood saya untuk dua hari neh sangat lemau! Pergi kerja tapi malas nak buat kerja. Neh semua gara-gara Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung sekarang nih di PWTC. HuHuHu! Masih belum berkesempatan nak pergi. Rasa sungguh membuak-buak nak ke sana. Apatah lagi baca kat blog Norhayati Berahim, ade novel beliau yang terbaru kat sana. Huwaaa!!! kenapa la aku volunteer nak kerja neh kan.

Lama sungguh rasanya aku tak menambah koleksi mini library ku. Asyik bergelumang dengan buku-buku business & office, takut aku nak pi beli novel. Nanti buku business & office tuh aku campak tepi. Pantang, selagi tak habis baca novel, kerja lain tak bole buat. Haish!

Pesta buku tuh dari 22 April hingga 1 Mei. Kalau nak ikutkan minggu depan pun sempat nak pergi, tapi minggu depan nak balik kampung plak. Tak bole jadi neh, ingat esok lepas habis exam, nak lari ke sana jap. Tapi sape plak aku nak heret sama pergi?? Kalau last year aku pergi dengan orang tuh...sape jek lagi yang bole aku harap nak meredah lautan manusia berjalan pusing-pusing kat sana? HuHuHu! aduhai memori! Walau hati dah tak terusik, tapi kadang-kadang terkenang jua! KehKehKeh!

Sabtu, 23 April 2011

Saya yang baru...;)



Assalammualaikum wbt...

Kali nih, nak story-mory about my new looks! HeHeHe!
Akhirnya, terbuka juga pintu hati ini untuk bertudung ;) Semoga di tetapkan hati ini dengan perubahan ini. Insya Allah, bukan hanya pada rupa luaran, akan juga aku usaha hiasi peribadi seorang wanita solehah...

Terharu rasanya apabila kawan-kawan mengucapkan tahniah dengan perubahan ini. Kalaulah arwah abah ada, tentu dia juga gembira dengan rupa baru ku ini ;(

Niat yg tersimpan sejak awal tahun 2011 ini terlaksana akhirnya. Entah bagaimana, masuk tahun 2011 hari tuh timbul niat untuk bertudung. Dalam hati terdetik, dah sampai waktunya untuk aku menutup aurat seperti yang dituntut syariat. Hari demi hari, niat itu hanya tersimpan. Bukannya aku lupa tapi aku masih ragu-ragu. Pelbagai soalan timbul di benak fikiranku. Mampukah aku mengekalkannya? Bagaimana dengan baju-baju aku yang banyak tu? Cantik ke aku bertudung? Ya Allah, bila diingat kembali, rasa bodoh pun ada. Masalah remeh-temeh tuh yang aku takutkan. Agaknya, sebab itulah aku diduga dugaan demi dugaan...sebagai peringatan untuk aku. Lagipun di mulut, aku asyik menyebut nak bertudung tapi melaksananya tidak juga.

Akhirnya 4hb April 2011, aku mula berhijab! Erin yang pinjamkan tudungnya. Agaknya dia dengar aku nak bertudung tapi aku takde tudung yang sesuai. Masa nak siap pergi kerja tuh, dia offer tudung dia. Mula dari situ aku bertudung dan aku betekad ini adalah aku yang baru. Aku tidak sesekali akan membukanya lagi!

Masa hari pertama, perasaan gembira tak terucap dengan kata-kata. Rasa tenang sangat. Sumpah tak tipu! Rasa menyesal plak tak buat masa mula-mula terlintas difikiran, kalau tak...abah sempat tengok ;( Kebetulan 4hb genap sebulan abah pergi... Bila kawan-kawan ucap tahniah dengan perubahan ini, aku mula dilanda sebak. Orang lain gembira dengan perubahan aku, apatah lagi abah...

Kalau sebelum ini, aku ragu-ragu. Hati asyik tertanya-tanya... Aku berdoa & membaca yaasin untuk abah, aku sembahyang...tuhan terimakah semua itu? Aku takut doa aku tak sampai pada abah dengan penampilan aku yang tidak menutup aurat dahulu, sekarang alhamdulillah...aku rasakan sedikit ketenangan dan yakin yang Allah mendengar setiap doaku dan menerima amalanku.

Penampilan, rutin harian dan tingkah laku sedikit demi sedikit berubah...Aku sayangkan abah, sayang sangat-sangat. Aku lakukan semua ini, selain dari tuntutan ajaran islam...adalah kerana abah! Aku nak jadi anak solehah, yang sentiasa mendoakan abah di sana. Semoga DIA mendengar setiap doaku dan menyampaikannya pada abah...

Isnin, 18 April 2011

Ceritera oh ceritera!

Assalammualaikum wbt...
Lamanya tak berblog :)

Kesibukan yang sentiasa menjengah, membataskan waktu untuk singgah di sini selalu...

Rabu yg akan datang neh, akan bermulanya peperiksaan besar - penutup kepada semester ke-2.

Lepas balik dari Taiping hari tuh...tak update2 pun blog neh... Entah lah takde mood rasanya. Susah hati dan kerisauan! Lagipun rutin harianku mengalami perubahan sedikit gara-gara kereta takde. HuHuHu!!!

On the way balik KL hari tuh, bole plak kereta buat hal...tersadai kat tepi highway lebih sejam. HuHuHu!!!Scary sgt! Pertaman kali terjadinya insiden sebegini. Dh la masa dr KL ke Perak, ade pulak sorang lelaki neh duk follow dari belakang. Haish! takde keja lain ke apa, nak mengorat kat tengah-tengah higway tuh. Tak agak-agakkan. Berpeluh jugak memecut nak menghilangkan diri dari pandangan orang itu. Siap buat call kat Ain, ceghita dengan dia dan bagi no plat kereta mamat tu. Anything happen, kalo aku tak sampai2 mintak dia buat ape yang patut. HeHeHe! Pecut punya pecut, berjaya juga melepaskan diri. Nasib berjaya kalau tak sia-sia aku pecut mengalahkan Michael Schumacher! Agaknya la sebab pecut-memecut tu la, kereta buat hal plak kan...HuHuHu!

Bila terjadinya insiden-insiden sebegini mula membuatkan aku takut plak nak drive balik sorang-sorang lepas nih. Kalau kena follow tuh bole tahan lagi la, sebab aku tak berenti mana-mana so takde la peluang nak di apa-apakan. Tapi kalau dihalangnya kereta aku...Uish! mintak simpang...
Part kereta buat hal tuh memang menakutkan. Dah la tak tau ape-ape pun pasal kereta, pastu tersadai dengan handphone yang nyawa-nyawa ikan sebab bateri kong, dh nak mati sesangat! Bila call pihak highway tunggu punya tunggu, hampir sejam tak jugak sampai-sampai. Aduhai, memang scaryyyy!!!

Dugaan datang bertimpa-timpa, rasa sesak dada nak bernafas! Akibat kereta buat hal, melepas writting test BEL hari tu. Sampai ke malam, bertolak balik di hantar oleh Ariff boyfriend Ila. Pukul 1 pagi jugak la sampai rumah. HuHuHu! Nasib la ade kawan-kawan yang baik hati :)

So bila kereta takde neh...nak ke kelas, nak ke kerja semuanya sukar. Sampai hari ini, kereta masih di Perodua Teluk Intan, menunggu pihak Perodua untuk menyelenggaranya.

Selama tu jugak aku tinggal kat umah Erin. Pagi-pagi, hantar Erin pg kerja, pastu terus ke office plak. Petang plak, ambik Erin dan terus ke kelas. Begitulah setiap hari hingga Sabtu lalu. Untuk dua tiga hari nih, aku balik rumah. Pergi kerja naik bas, kelas pun takde. So pgi kerja balik kerja je la. Tunggu hari Rabu nanti plak, start 1st paper, aku akan kembali menghuni rumah Erin untuk sementara.

Bila teringat kan exam, aduhai berdebar-debar rasanya. Dalam masa yg sama rasa bersemangat pun ada. Bersemangat nak tingkatkan pointer smpai dapat DL. HeHeHe!!! Insya allah... Kawan-kawan doakan saya yer ;) Semoga segalanya dipermudahakan dan usaha saya akan membuahkan hasil yang mengembirakan. Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...