Ahad, 25 Mac 2012

Mari Menjahit....

Assalamualaikum wbt

Haaa! seperti yang aku duk hooray hooray kan, cuti semester menjelang lagi. So, kekonon kan, aku ada banyak masa yang terluang disebelah malam. Dalam duk fikir-fikir ape la projek nak mengisi masa lapang aku kan, tetiba terlintas nak menjahit baju. Hihihi! Jangan tak caye aku bole jahit baju, walaupun sebelum nih aku bagitau orang aku bole jahit baju kurung semua pakat duk terkejut. Hahaha! mungkin itu dua tahun lepas kot, masa penampilan aku masih ranggi gitu. Sekarang, penampilan dah ayu ala-ala perempuan melayu terakhir, kalau aku cakap nak jahit baju orang pon dah tak terkejut lagi dah. Kahkahkah! Tapi, pandai jahit baju kurung je pon. Kalau baju yang moden-moden sket jahit untuk diri sendiri bolehlah. Untuk orang lain, tak berani teman! -_-

Bila dah terlintas kat fikiran tuh, maka hati melonjak-lonjak sakan nak mula menjahit dah. Pergila aku mengelongkar semula stor, cari barang-barang menjahit yang dah lama menghuni dalam stor tu. Gigih memalam aku selongkar semua. Dalam hati tak putus berdoa, moga barang-barang tu ada lagi. Aku nih memang fesyen gini... bukan reti nak simpan elok-elok. Dah tak pakai campak sana sini. Bukan tak terfikir yang barang-barang tuh nak pakai semula nanti. Huhuhu!

Alhamdulillah, Allah mudahkan pencarian aku. Semua barang-barang yang diperlukan dapat dijumpai. Hehehe! Apa lagi terus la aku lakarkan pola baju. Ehem! Ehem! saiz yang baru. Kalau dulu saiz XS sekarang dah upgrade ke saiz M. Hahaha!

Buat masa sekarang, kain dua pasang dah pun selamat dipotong. Tapi, keje-keje menjahit belum bermula. Nak kena hantar kain tuh pegi kedai untuk dijahit tepi dulu. So, nanti tengoklah bape lama baju tuh siap. Harap-harap jangan la semangat membara yang memula tuh pudar. Kalau makin pudar, alamat tak siap la baju tuh nampaknya. Kehkehkeh!


Lakaran pola di peringkat awal!


Pola kain plak. Bole nampak di situ... inch semakin bertambah. kehkehkeh!

Mari memotong. Sepenuh perhatian diberikan semasa proses nih. Takut salah potong, tak dapat ukuran yang diperlukan nanti!

Dua pasang kain yang bakal menjadi baju baru. Hehehe!. Yang hijau tuh beli baru beli dengan clasmate. Merah tuh bos bagi, hadiah harijadi tahun lepas ke 2 tahun lepas...dah tak ingat dah pon;)



Sempat lagi post gambar kat Instagram! Hihihi :)


P/s : Dari dulu memang tak banyak koleksi baju kurung. Tapi semenjak bertudung, selalu plak pakai baju kurung pergi kerja. Bukan cakap nak jadi baik ke apa, tapi memang jenis baju keje yang lain memang dah tak sesuai nak pakai. So, sekarang memang tengah kumpul semula baju kurung dan baju-baju lain yang sesuai. Bukan senang nak kumpul balik weh, semuanya memerlukan fulus yang banyak! Hehehe!

Sabtu, 24 Mac 2012

Nyanyian yang mengejutkan penonton...

As Salam...

Pagi tadi masa tgh explore FB ternampak sepupu post video neh. Cepat aje tangan click kan. Subhanallah, rasa syahdu sungguh mendengarkan nasihat kat dalam video tuh. Lelaki kat dalam video tuh adalah Gadour L'artistou, seorang penyanyi Tunisia. Hingga ke saat ini aku asyik mengulang mainkan video tuh. Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan syahdu dan insaf ini.

Cuba juga google kisah disebalik video ni, tapi tak jumpa plak. Lebih kurang yang aku faham dari video neh, mungkin.... Gadour, secara spontan diminta menyanyi dan penonton terkejut sebab tak sangka plak yang dia menyanyikan lagu tersebut. Dalam rancangan tuh ade je penonton-penonton yang tak bertudung termasuk salah seorang pengacara perempuan. Gambar dorang yang kelihatan dalam video nih semua diblurkan mukanya. Tak tahulah tahap terkejut dorang macamana sebab ade je yang bertepuk gembira selepas Gadour nih menyanyi...

Aku share video neh kat fb & tag kat adik aku sorang tuh dengan harapan dia rasa apa yang aku rasa. Tapi hampeh aje, komen mintak orang doakan dia. Doa orang dah banyak kot, sendiri je belum doa lagi. Aku nasihat apa yang patut, walau aku sendiri bukan yang terbaik tapi aku mencuba untuk menjadi baik. Apa yang terlontar di sebalik nasihat dalam video tersebut membuat aku terkesan. InsyaAllah, semoga juga menjadi ikhtibar kepada semua.


"Wahai saudari jangan terpedaya hasutan syaitan
Sesungguhnya kewajipan hijab datangnya dari Tuhan kita Yang Maha Memberi
Kita telah mendengar kata-kata yang ajaib dari saudari kita
ungkapan mereka tidak menyenangkan tentang hijab
mengatakan diantara pakaian yang hitam gelap
bagaikan diikat khemah di atas tengkuk
kononnya mereka mengajak untuk membebaskan para gadis, lalu ditulis tentangnya di dalam buku 
mereka melakar cara berhias yang kononnya tidak akan merugikan para pemuda
Wahai saudariku inilah lolongan pembenci umpama serigala
maka nerakalah seburuk-buruk tempat pembalasan bagi orang zalim
Allah akan membentangkan segala kezaliman mereka di hari perhitungan
Dan syurgalah sebaik-baik tempat kembali"


Sumber Rujukan







Sabtu, 10 Mac 2012

Setahun berlalu.....

Al-Fatihah...
Genap setahun abah pergi meninggalkan kami semua...

Setahun berlalu
Masih segar diingatan saat-saat pedih itu

Setahun berlalu
Tiada luka yang lebih dalam dari luka ini
Tiada pedih yang lebih memilukan dari menghadapi kenyataan ini

Setahun berlalu
Mengimbas kenangan bersamamu abah...senantiasa mengundang air mata dan membawa aku dalam lautan kesedihan yang tidak bertepi

Setahun berlalu
Kehilanganmu membawa aku mengenal diri, mencari semula sinar islami

Setahun berlalu
Rindu semakin mencengkam setiap masa, semakin diriku dihambat sesalan

Setahun berlalu
Abah... dirimu tak pernah mati dari ingatan, tak pernah hilang dari doaku
Abah... andainya masa dapat kuundur, ingin aku nyatakan rasa sayang yang tak pernah terungkap ini
ingin aku ku dakap tubuhmu meleraikan rindu yang terpendam

Abah... tiada luka yang lebih duka menerima kenyataan kehilanganmu
Tiada insan di dunia ini sehebat dirimu
Diri ini cukup berbangga lahir dengan sebagai zuriatmu

Setahun berlalu
Terlalu pantas...namun luka ini tidak pantas untuk sembuh...
Abah... doaku sentiasa mengiringi mu di sana. Doaku juga, semoga kita dipertemukan kelak di SyurgaNya. Amin.

04/03/2011 - 04/03/2012

Ahad, 4 Mac 2012

Drama oh Drama!

As Salam...
Akhirnya! petang Sabtu hari tuh selesai keje lakonan kitaorang untuk projek final, subjek Mandarin 1. Gila berdrama kitaorang, dgn camera + tripod bagai memang ar...feeling ala-ala pelakon jap. HaHaHa!
Actually, nih kali kedua shoot. Minggu lepas dah buat dah, tapi ada part yg aku lupa record. Huwaaa! Terpaksa kena buat lagi sekali. Sorry kengkawan:'(

Untuk kerja berkumpulan kali neh memang membawa kelainan sket, groupmate sumanya lelaki, aku sorang je pompuan. Ok la keje ngan dorang. Tak banyak songeh, suma pun pandai2 sendiri aje. Sambil bekerja ade gak selit2 lawak masuk air kekadang tuh! Dan yang paling penting, suma pun memberikan kerjasama yang baik. Ha! bukan senang nak habiskan dua kali weekend kat kampus. Tambah-tambah Mel, hihihi! kesian...tengah sarat-sarat pun turun gak temankan suaminya:)

Shoot yang kami buat kali nih sumanya kat UiTM aje. Agak lama masa yang diambil sbb yang lepas tuh hasil dia dalam 8 minit je, sedangkan syarat nak 15 minit. Harap kali nih menjadi la. Memang akan banyak kekurangan terutamanya kekayuan watak yang dibawa. HaHaHa! Itu belum termasuk lagi dialog dalam Mandarin tuh...fuhhh terbelit lidah nak menyebutnya.

Apapun semuanya dah selesai. Bolehlah tumpukan pada asaimen yang lain pulak. Minggu depan adalah minggu terakhir kelas, kecuali notes taking ade lagi satu kelas untuk minggu lagi satu. Final paper kali neh untuk CTU je, 18hb nanti! Aduhai! tak sabar neh nak cuti. Berehat seketika dari kelam kabut dengan buku dan asaimen....



P/S: Lupa plak nak snap gambar ngan Mel! Balik baru teringat :(

HeHeHe! harus kreatif...

Ada gaya cameraman dah neh!

 
Mereka sememangnya komited! Bravoooo!
Akhirnya! Tamat sudah :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...