Khamis, 29 Januari 2015

Sharing is Caring : Surah Taha, Ayat 1-6 untuk Melembutkan Hati

As Salam,

Lately nih kan selalu sangat cepat panas. Silap sket je nak marah, nak melenting. Hahaha! kesian la pada yang kena tempias.

Masa baca novel "I Love You Stupid hari tu, jumpa surah yang macam kat bawah tu. Surah ni sesuai untuk orang yang keras hati, suka melawan dan tak mendengar kata. Boleh diamalkan untuk diri sendiri jugak. Baca sambil letakkan tangan didada, bahagian hati, bernafas perlahan dan gosokkan tangan ke dada perlahan-lahan. Meh ni nak amalkan sendiri supaya lebih tenang dan tak marah-marah lagi. Hehehe

Surah Taha, Ayat 1-6
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
  6. Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Assalammualaikum & Hello

Wah! February is coming. Dan mood Chinese New Year (CNY) pun kian terasa. Hehehe! Korang jangan tak tau, kat ofis kite dah start gantung-gantung tanglung tau. Merah di sana sini. Giant tanglung, besar gitew warna merah menyala kat pintu masuk lobby. Iols pun terasa tempias CNY nih. Almaklumlah kitaorang kat ofis dapat bonus masa CNY bukan masa hari raya. Hiks! 


So, sempena CNY tahun ni, Nile.com.my merupakan Malaysia Online Shopping yang menjual pakaian, termasuk pakaian muslimah, beg, kasut dan banyak lagi menganjurkan satu Give Away pada CNY yang akan datang, 19 Februari 2015. Hadiah yang lumayan ditawarkan dimana lima (5) pemenang bertuah akan menerima RM150 barangan dari Nile.com.my

Bagaimana cara untuk menyertai giveaway ini? Haa! korang boleh buat entry di blog korang dengan mengikut 4 langkah yang seperti di bawah ni:

Langkah 1
Tajuk entry : Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my  
Langkah 2
Letak banner di bawah bersertakan backlink untuk banner tersebut
Langkah 3
Letakkan produk-produk yang korang nak daripada Nile.com.my bersama dengan link produk tersebut.  Contohnya, ape yang saya nak, saya letakkan kesemua gambar beserta link untuk rujukan semua seperti kat bawah ni. 
Saya mahukan barangan di bawah ini dengan harga kurang daripada RM150:
Simple Long Dress With Belt- Khakis  - RM45.00









Plain Chiffon Blouse - Army Green - RM28.90


Trendy OL Woman Must have Flat - RM24.20


CII13968 Scarf - RM9.00

CII5066 Scarf - RM6.40


Elegant Necklace - RM9.50



Stylish Elegant Necklace - RM17.80



Grids Colorful Storage Box - RM7.40

Jumlah harga barangan :

RM 45.00 + RM28.90 + RM24.20 + RM9.00 + RM6.40 + RM9.50 + RM17.80 + RM7.40 = RM148.20

Langkah 4
Email terus kepada give_away@nile.com.my berserta dengan detail dan tajuk seperti di bawah ni:

           CNY Giveaway 2015 (dan nama penuh)

           Link entri :
           Nama Penuh :
           No. Telefon :





Tarikh tutup giveaway ni pada 15/02/2015 pukul 11:59 pm. Pemenang dipilih via random.org. Keputusan akan mula dikeluarkan DI SINI pada 17/02/2015 pukul 4:30 pm.













Rabu, 28 Januari 2015

Segmen Bloglist Feb - June by Cik Manis

Hai & Assalammualaikum,



Amboi macaron tu nampak manis dan menyelerakan. Sesuai sangat dengan blog tuan tanah, Cik Manis. Hiks! 
Jom join segmen Cik Manis jom. Klik kat banner atas tu untuk lebih details lagi cara penyertaan yer. Syarat-syaratnye semudah ABC jer:))

Salam sayang,
Azghen💋

Jumaat, 23 Januari 2015

Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa

http://hurinnadhirah.blogspot.com/2015/01/giveaway-travelog-oman-iium-by-blog-iqa.html

Hai & Assalammualaikum...

Rest jap dari cerita pasal kawen. Jom kita join giveaway:) 

Ade hadiah dari Oman uols! Kite pun teringin gak nih ole-ole dari Oman. He he he

Untuk syarat -syarat penyertaan dan nak tau hadiah ape, sila klik kat banner comel yang ade Hello Kitty kat atas tu k.

Good luck semua! Mmmuahhh:*

B2b Diaries: MUA oh MUA!

Hai & Assalammualaikum,

Dalam banyak-banyak perkara yang dah survey sana sini, make up artist (MUA) jugek yang fail. Sampai sekarang masih tak tau dan tak jumpa MUA yang area Taiping atau sekitarnya. Pakej pelamin memang ada make up sekali tapi aku tak nak guna. Ada sebab mengapa dan kenapa aku tolak servis make up tersebut. 

Memang cerewet sket pasal nak conteng-conteng muka ni. Tak pernah bagi muka kat sape-sape untuk dimekapkan sebelum ni. So agak takot sket. Nak makeup yang natural-natural je, tak nak sampai muka berubah jadi orang lain. Hahaha! 

Kalau ikutkan hati nak sangat-sangat MUA Vee Elfaiiziens (Elfaiiziens Touch) mekapkan. Tapi adalah mustahil. Kos transport dan penginapan lagi tinggi dari upah mekap. Yelah Ikutkan hati pejam mata, bayor je, almaklumlah MUA idaman. Tapi apakan daya...Shafiq cakap jangan, membazir. Hahahaha! Tapi takpe, masa ade lagi. Boleh pujuk lagi. Hiks.

Semalam ade terjumpa satu MUA Taiping kat FB. Tengok hasil kerja dia boleh tahan. Make up natural macam yang aku nak. So cepat-cepat la pm tanya quotation, sekali... date yang aku nak tu dia dah fully booked. Huwaaa:( Pastu akak tu siap pesan lagi... dik, cari MUA cepat-cepat sebab date yang adik nak tu hot. Yesss aku dah mula cuak! Haish... Tolon! tolon!... sape tau or kenal MUA area Taiping, Ipoh atau kawasan sekitarnya. Nak MUA perempuan aje. Huhuhuhu! 

Aku mekap sendiri je lah. Tapi, ni jelah bahan mekap yang ade... plus 2-3 batang lipstick pasar malam. Hahahaha!
Cantik! Nak makep camni! Hiks! Sumber Gambar : Pinterest


Sweet je kan. Tak banyak warna-warni kat muka! Sumber Gambar : Pinterest


Haaa! kat bawah ni suma MUA Vee Elfaiiziens yang mekap kan. Cantik kan?!!!!! Ape nak kata mekap cantik, orang yang dimekapkan pon cantik. Hasil memang cantik. Hiks! "Awak pwease! kita nak MUA Vee" :(











Sumber Gambar dari Instagram Vee Elfaiiziens

Instagram beliau :  Vee Elfaiiziens

Facebook : Elfaiiziens Touch



Isnin, 19 Januari 2015

Bridezilla Mode Turned On!

Hai. Assalammualaikum,




Yeahhh! Baru betul-betul ON nih. Bila orang lain ...."Ehhhh, patut dah start buat dah", "Ehhh, sempat ke tu", Ermm... tinggal tak lama lagi dah tu...." Ok, aku dah mula cuak! Huhuhu! Kira punya kira hari, tolak hari ni tinggal 102 hari hoi. 

Tadi baru selak-selak balik cheklist. Banyak lagi yang belum mula pon. ZzZzz! *picitkepala*

Rabu, 14 Januari 2015

Sate Minang

Assalammualaikum..

Eh eh entry pasal makanan plak. Hehehe. Actually, bukan 1st time merasa sate minang ni. Malam semalam masuk kali ke tiga dah. Tapi, akhir-akhir ni baru mengenali sate minang nih. Kalau tak sate Haji Samuri jer. Hiks:)

Makan dekat kedai selalu Shafiq melepak... kat Kayu Ara, Damansara. Dia la yang kenalkan aku dengan sate ni. Tak pasti pulak ni sate minang version yang mana, tapi Shafiq bagitau ni lah sate minang, tak sama macam sate yang biasa kita makan. Seperti biasa, aku akan order sate kambing. Ape yang lain sate minang ni dengan sate biasa yang kita makan tu, pada tekak aku ialah kuah kacangnye. Kuah kacangnye ade sambal dalam tu. Bukan sambal merah, tapi nampak macam sambal belacan pun ade. Hahaha! Boleh tahan pedas la jugak. Orang yang macam aku yang suka pedas nih takde hal lah. Pastu kuah sate tu dia tak diasingkan, dia tuang sekali atas sate tu. So, menikmati sate dengan limpahan kuah kacang bersambal. Tak sedar 5-6 cucuk aku telan. Hehehe


Gambo sate comot ni Shafiq yang ambik. Dah masuk perut 3-4 cucuk baru nak ingat ambik gambo.  Huhuhuhu

Selasa, 13 Januari 2015

Segmen Bloglist By ciksepet.com

As Salam,


Marihh join segmen lagik! Hari tu cakap lepas exam nak join segmen banyak-banyakkan. Hehehe! Sambil-sambil bersegmen dapatlah teman mencari bloglist untuk blog teman jugak... yer dak?! 

Blog Cik Sepet nih cantik je teman nengok. Semuanya tersusun kemas jer. Hiks! Jom la memeriahkan lagi segmen ni. Sila klik kat banner atas untuk join sesame k:))


Isnin, 12 Januari 2015

Novel Baru... Mr London, Ms Langkawi



Taraaa! Novel baru..Mr London, Ms Langkawi. I mean my new collection la. Novel ni dah masuk cetakan ketiga dah, 2015 ni. Tak baru dah. Hehehe

Dah lama pendam hasrat nak membeli novel, dah lama tak membaca, dah lama tak pegi kedai buku. Huhuhu! Rindu...

So, lepas habis exam dengan tak zabar-zabarnya, telah menerjah MPH Subang Parade. Melangkah je masuk, berbunga je rasa hati. Nampak buku-buku yang banyak tenang je mata memandang. Kata kau. Hahaha! 

InsyaAllah, nanti nak buat library sendiri kat rumah. Koleksi yang dah bertahun-tahun pun dah banyak. Kita akan tambah lagi dan lagi penuh macam kedai buku MPH. Dengar tu En. Shafiq. Hihihihi 

Okeh, nak sambung membaco. Nanti ade masa kita review plak. Tatatititutu. Assalammualaikum:))

Segmen: Kembali ke Sekolah Bersama Cikgu Ayu

Assalammualaikum...

Haaa! sempat jugak join segmen Cikgu Ayu nih. Pada sape-sape yang nok join sempat lagi, Cikgu Ayu bagi masa sampai pukul 10 malam nanti. Cepat klik SINI cepat untuk join!

To Cikgu Ayu, yang akan memulakan sessi persekolahan baru di tahun 2015 ni... Selamat berjuang kite ucapkan. Semoga bersemangat dan sihat selalu untuk terus menabur bakti pada anak bangsa. Good luck Cikgu Ayu:))


Ahad, 11 Januari 2015

Yeayyyy! Exam dah habis...



Assalammualaikum,

Yeay finally tamat sudah exam. Terasa ringan kepala. Hiks! 3 paper final untuk sem ni, semuanya susah-susah belaka. Aku masih tak boleh  nak adapt sepenuhnya lagi class mode e-pjj ni. Huhuhu! Tunggu result tengok cane nanti...

Okeh, exam dah habis & cuti sem pun bermula. So boleh lah kita concentrate dengan preparation big day... Tapi kan aku blur blur nak mula dari mana. Hari tu mak bagi tau, katering yang biasa tu tak boleh nak provide servis dia untuk date yang aku nak tu:(( Katering mana pulak nak masak nih, dah biasa dengan katering tu. Nak sangat dorang masak untuk kenduri nanti. Huhuhuhu! Dugaan betul...

Vendor untuk pelamin dan confirm. Baju nikah dah tempah. Cuma aku nak prepare goodies bag dengan bunga telur la kot. Idea untuk goodie bag pun tak tau lagi. Ape eh yang in untuk 2015 nih? 

Rabu, 7 Januari 2015

Menang Giveaway untuk Bloggers!

Assalammualaikum,

Hello lovelies. Just a quick updates, since  kite belum keluar dari gua pertapaan habis final lagi. Tinggal satu je paper lagi, Sabtu ni. 

Actually tak sabar sebenarnya nak update yang kite menang Giveaway untuk Bloggers yang di anjurkan oleh Saudara Safirulamar. Yeayyyy! Satu permulaan yang baik untuk tahun 2015 dalam arena blogging ini. Ahaaa! Kite menang tempat ke 5 dan hadiahnya wang tunai RM70. Alhamdulillah, sape nak bagi 70 hinggit kan. Hehehehe:)) 

Memang niat nak join sebab nak blogwalking dan kumpul kenalan menerusi blog nih, tup tup dapat hadiah. Join hari tu 24hb Disember lepas, then terlupa pasal pengumuman pemenang tu. Dah masuk bertapa pulak dalam gua, memang tak bukak langsung blog. Rupa-rupanya announcement pemenang 30hb haritu - tengok SINI, memang tak tau pun. Semalam baru lah taunye, tu pun saudara Amar ade tinggalkan komen kat last entry inform pasal menang giveaway tu. Komen tu link ke email, tu yang dapat tau. Hihihi! Sorry bebanyak sebab lambat respon. Sekali lagi, terima kasih kepada penganjur dan juga semua penaja. Thank you korang:))

Psst! lepas habis exam ni kite jalan-jalan ke blog korang yer. Ramai yang tinggalkan jejak dan jugak ajak join segmen, Insyaallah lepas habis exam ni k. Hehehe! Ok, nih nak masuk gua pertapaan balik. Tataaaa!






  

Sabtu, 3 Januari 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H

Assalammualaikum, 


Teringat masa zaman sekolah rendah, masa sambutan Maulidur Rasul mesti ambik bahagian buat persembahan nasyid... 

Masa tu tak faham sangat pengertian sambutan maulidur rasul ni. Apa dan kenapa masih samar-samar. 

Tapi bila makin dewasa baru mengerti dan lebih mendalami tentang hari istimewa di mana hari kelahiran Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulidur Rasul 1436H everyone.



Rasulullah.... dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua

Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
P/s : Lirik lagu nasyid nyanyian Hijjaz


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...