Selasa, 20 Disember 2011

Dia, Bukan Saya...

Awakkkkk...
tahu tak, semakin hari kita semakin rapat!
Hari-hari bersua muka & bertukar senyum....
Pada mulanya saya tahu awak sengaja mencipta alasan untuk keluar dengan saya
Tapi kini, kita pasti mencari waktu untuk bertemu janji

Awak...Saya selalu ingatkan diri saya untuk tidak jatuh di tempat yang salah
sebab nanti awak takkan ada untuk saya berpaut
saya takut luka itu akan menyakitkan saya...

Awak....Saya tahu apa yang awak rasa terhadap saya dan awak juga sedar perasaan di sudut hati saya...
Tetapi kita tidak pernah melafazkannya
Awak, biarlah masa yang akan menentukan
Mungkin...
kita sememangnya ditakdirkan untuk saling memahami sebagai teman rapat

Awak...Bila tiba masanya nanti, mungkin akan terkesan disudut hati saya
rasa ngilu dan pedih...
Pasti akan rasa kehilangan awak...
Tapi, jangan risau, saya siap sedia untuk menerimanya...
Menerima hakikat...awak terlebih dahulu memilih dia!

Selasa, 6 Disember 2011

Ombak Rindu aku??

As Salam

Hai!Hai! Kembali meringankan jari-jemari utk mencoretkan sesuatu dilaman ini. Wah! mukadimah...sungguh bermukadimah! Kehkehkeh!

Sebenarnya, nak kisahkan rentetan dari menonton cerita Ombak Rindu. Aku bagi 3 bintang dari 5. Hehehe! Agaknya aku letak high expectation kot utk cerita ni...Yela, mana taknya dgr komen2 kat twitter, kat fb suma menggambarkan cerita nih superb habis. Hehehe! Aku pon melonjak sma nak tgok la..dh tengok, ada sedikit kehampaan disitu. Jalan cerita die agak kureng sket. Pemilihan hero & heroin ok. Walaupun sblm tgok aku agak meragui Maya Karin utk membawakan watak Izzah tuh, tapi ternyata dia boleh menjiwainya. Cewahh, ayat! Hahahaha! Aaron Aziz aka Hariz, tak yah cerita la...watak romantik2 gitu, ganas2 yg sweet gitu mmg makanan die kot. Cair la jugak aku. Wahhhhhahaha!

Dan yg pasti aku berjaya menahan dari teresak-esak. Hah! Kalau teresak-esak mmg over tau. Hahaha! Tapi, jgn tak tau..aku baca novel die mmg teresak-esok uols! Hihihi! Tgok movie, setakat bertakung air mata je la.

Semalam sebelum menonton, aku dan Mr. S mengisi perut dulu kat Burger King. Makan sambil berborak.Hurm..dalam berborak-borak tuh, die ade melontarkan beberapa pertanyaan yg membuatkan aku terfikir untuk terus berharap. Huhuhu! Walau mood sweet dah kehilangan rentak saat itu tapi aku masih cuba untuk mengawal. Hurm...aku memang tak boleh nak berharap lebih kot. Hahaha! Hadoiii! Ntah kenapa dengan perasaan ku itu. Tetiba nak berharap lebih. Aku plak yang berOmbak Rindu hoi! Huhuhu!

Perasaan yg macam menggebu nih, harap sgt aku dapat mengawalnya dan tak akan melukakan diri sendiri! Berumah ditepi pantai memang selalu dilambung ombak. Dalam pengharapan, ombak yang memukul itu terselit rindu buatku. Hahahaha! Okeh, dah mula nak merepek...mata dah ngantuk. Dah patut berhenti, sebelum melalut-lalut lagi. Mr.S pon dah diam lewat biacara di WhatsApp tadi. Okbai!!Wassalam.

Ahad, 4 Disember 2011

Jom berOmbak Rindu!

As Salam..

Hai!Hai! Tetiba nak hupdate disini walaupun takde ape yang menarik nak dikongsi:)

Seperti biasa, keje dan keje aje. Eh, taklupa sem baru dah pon bermula last week. Minggu pertama, pernuh dengan ke'hampeh'an yang menguji. Awal2 lagi lecturer dah ponteng. Hahaha! bukan student yang ponteng tau, lecturer plak.

Keje plak macam biasa. Dah hampir ke penghujung tahun 2011 ni tak nampak plak tanda-tanda nak relax sampai tahun baru menjelma...yang ade sibuk memanjang. Ade je projek baru nak launching. Sekarang nih, para bos sibuk buat appraisal. Aku dah lepas dah sessi di interview tuh. Macam kureng je, bos bagi markah kali ni :( Huhuhu! Dapat ke tak ntah bonus 6 bulan. Hah! 6 bulan?? Hahaha! jangan mimpila. Kehkehkeh! Apepun tunggu Januari 2012 iye!

Oh! masa sessi di interview hari itu, aku ditanya mengenai masa kerja aku yang terbatas. Terbatas katanya...sebab aku kena balik sharp2 5.30 nak pegi class. Then, aku ditanya bagaimana aku nak make sure kerja aku settle. Lorhh! macam la keje aku tak settle kan sebelum ni. Hurmm... yg aku plak terkedu kena tanya macam tu terus je jawab - "I think, i'm ready to work on weekend to make sure all my task done" Haaaa! napentah itu yang keluar. HuHuHu! Mamtik la....kalau ade class ganti dah clash plak. Giler la...takpe2 akan aku jadikan ianya sebagai cabaran. Aku akan pastikan pengurusan masa aku lepas nih akan lebih teratur dan tidak membebankan. Cewaaaahh! karang kalau kat page nih penuh dengan rungutan aku, penuh dengan coretan stress dan sewaktu dengannya itu bermakna, pengurusan masa aku masih ditakuk yang lama. Hehehe!

Okeh, sebelum masa aku jadi tunggang-langgang, malam nih nak tengok movie dulu. Citer Ombak Rindu yang hangat diperkatakan sekarang. Hehehe! Citer nih based dari novel tulisan Fauziah Ashaari. Ingat lagi dulu aku baca cite tuh kat majalah Remaja masa sekolah. Novel pun ade gak, adik aku punya. Dalam novel mmg citer air mata la, aku baca sambil kesat2 air mata lagi. Nih nak pegi tengok movie harap sangat la aku tak menumpahkan airmata. Tak sanggup! Hahaha! Dah la pegi dengan Mr S, menangis karang asyik kena ejek la lepas tuh. Hehehe! 

Plan nak tengok movie nih baru pagi tadi aje. Mr S yang mengajak. Memang aku pun teringin nak tengok, tapi nak kena tunggu masa yang sesuai dengan kekawan, tup tup Mr S dah ajak, pegi jela dulu. Hehehe! Terus aku buat online booking, siap terus print ticket lagi. Haa! bayar extra seringgit dah tak yah nak beratur beli ticket lagi, dah bole ready untuk ber' Ombak Rindu'. Hehehe! Jangan nanti aku yang banjir dek air mata dahhh!


mudah & cepat! nanti nak masuk dorang scan aje kat barcode tuh. Hehehe!

Fuhh! Abg Aaron sebagai Hariz tuh :)

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...