Selasa, 16 Oktober 2012

Jodoh oh Jodoh!

As Salam..

Cerita pasal jodoh....Hr neh ada dua orang kawan yang mengutarakan isu jodoh padaku. Tapi bila aku cakap aku tak kahwin pun takpe, dorang terkejut. Dan kedua-dua mereka ( tak kenal each other) assume that I was frustrated in love. Owh! sama sekali tidak. Hehehe! Bukan kuciwa atau takot nak bercinta.... tetapi jika di takdirkan memang aku tak berkahwin aku redha=)

Kalau dulu...cintan cintun, kawin mawin neh memang dah dalam senarai tapi sekarang semua dah berubah. Sebab utama bukan kerana aku putus cinta yang dah lapan tahun tuh tapi sebab abah dah takde ): Bila abah pergi, mak dan adik-adik menjadi keutamaan. Aku nak jaga mak, nak temankan mak sampai bila-bila. Kalau aku kawin dapat lelaki yang boleh bertolak ansur takpe la jugak kan, kalo tak payah la. So, soal jodoh neh aku serahkan padaNya. Kalau sudah di tetapkan jodoh aku ada la nanti. Nama aku nak mencari dan memaksa hati nak berkawin kerana takut dengan persepsi orang...rasanya tidak la kan. Allah maha mengetahui segalanya...

Babak Cinta...







Hye! As Salam. 

Saje nak share, lagu hangat terkini yang menjadi halwa telinga kite sekarang. Hiksssss :P

Dengar sambil tu verangan-verangan. Pastu mula nak sengih sensorang. Hahaha! Lempang please:D

Kalaulahkan...ada jejaka yg nak melamar pastu nyanyi plak lagu ni sambil memetik gitar, confirm I terus cakap setuju! Aiii! Gedik! Hahaha!

Babak cinta nih lagu tema untuk cerita Bukan Bidadari. Memula dulu tengok cite nih duk tertanya-tanya gak la sapekah gerangan penyanyinya. Cari punya cari jumpa laaa tuan punya vokal tersebut. Tengku Adil namanya. Penyanyi yg berasal dari Singapura. Hensem. Hikhikhik! *gelak sopan* Kite dah follow dah die kat twitter. Ada la jugek tweet2 ngan die:P Muahahaha! *gelak gatai* Kbai!

Khamis, 4 Oktober 2012

Mood Exam....

Assalammualaikum. Waaa! Nervous nih nervous:/ Esok start paper CSC, Selasa minggu depan pulak paper BM. Ya Allah, agak tekanan di sini ye, pabila memikirkan nak mantain DL mcm last sem. Macam takde harapan (menangis dalam hati) bila tengok beberapa carry mark yg mcm nyawa-nyawa ikan tu. Sabar je la...

Walaupun dua paper je final kali ni tapi dua-dua subjek punyalah banyak nak kena baca dan hafal. BM tu nampak je senang sebab orang melayu kan, tapi buatnya kena tulis teks ucapan lebih 300 patah perkataan mau lenguh tangan dan berpeluh nak kerah idea. Hahaha!

Hari ni last keje sebelum bercuti sehingga Selasa depan. Selalu terjadi bila nak exam or start sem baru mesti ada benda nak kejar dateline. Nih sekarang nak kejar submit project baru, pastu yg aku plak nak cuti. Pening teman memikiorkannya....Apepon, itulah cabarannyakan! Kata kau sukakan cabaran hoi, jgn nak merungut please... Hikhikhik

Baiklah, dengan ini saya merasmikan majlis ini dan... ok, terbawak-bawak dah ucapan YB nak rasmi majlis. Praktis karangan BM nih. Hakhakhak! ,
Okeh2, sebenarnya nak ucapkan selamat berjaya kepada semua, classmate...kalau ada yg terbaca nih, aku tau ade yg stalk nih. Hehe:P Kepada teman2 pengikut di sini, kalau ada yg sedang menempuh final exam juga...marilah kita bertawakal setelah seluruh usaha dicurahkan. Semoga kita beroleh ketenangan, kemudahan masa jawab soalan nanti. Selamat berjaya semua!

Ta ta ta!



Anggota kumpulan projek mandarin untuk sem ini. Yeay!!! kami ada anggota baru. Hiks ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...