Ahad, 31 Julai 2011

Harimau Malaya! Aum! Aum! Aum!

As Salam...

Hehehe! Rito masa perlawanan di antara Malaysia vs Singapore, aku ade gak kat stadium tuh! Wah! Sgt2 ramai ho! Rasanya kalo xde org yg copkan tempat kitaorg memang pakat berdiri la dr awal sampai habis! Nasib bf Ain baik hati tolong copkan. Dah la tiket pun dia yg belikan. Ekekekeke!

Dah lama aku tak tgk bola live neh, last sekali pegi masa kat stadium Shah Alam, kalau tak silap masa Selangor vs Perak...untuk piala apa ntah aku dah tak hinggat la plak. Lama dah kot, masa dengan orang tuh dulu. Kali nih, pegi dengan kengkawan. Aku, Ain, Fizah & Daie yg last minute join kitaorg. Kalo tak die sensorang jek pergi. Gila slumber mamat nih. Lepas keje, tepat 5.30 maka rombongan kami pun bergerak lah menuju ke Stadium Bukit Jalil. Jalan jammed tak usah citer la, tetapi dengan kepakaran Ain menangani permasalahan tersebut, kami selamat sampai hingga ke tempat duduk dengan selamat. HeHeHeHe! Dapat tempat kat tengah2, bole dikatakan view cantik la jugak.

Seperti semua sedia maklum, perlawanan tersebut berkesudahan dengan seri 1-1 yg mana memuktamadkan Singapura layak ke peringkat seterusnya, manakala Malaysia cuba lagi 4 taun akan datang yer. Apepun, kalah atau menang aku tetap memberi sokongan penuh terhadap skuad Harimau Malaya! Cewahhhh! Semangat yang penting yer ;)


Dah penat nak mengarang, meh layan gambar yg sempat aku snap di celah-celah lautan manusia di sana ;)

Kami yg bersemangat! Ain, Fizah & saye :)

Peace yaw!!! (Muka minyak stok bole buat goreng ikan)

Tanah Tumpahnya Darahku! Semangat kan! kan! kan!

Ramai wooah!


Warm up!

Alahai nampak kecik je. Jenuh aku ngintai2 cari Aidil Zafuan! ehek!ehek!

Harimau Malaya sedang beraksi!



HaHaHa! x tau camana gaya posing nih! Excited sangat, masa memula sampai nih. X sempat nak duduk, dah posing dolu dah...so ini la hasilnya ;)

Smart rambut trojan brader tuh!

 Candid! masa nih aku dok tanya Ain, mana Aidil nih! ekekekekeke! (marah gak Rita aku dok admire kat laki dia neh) HaHaHa!

Dua gambar black-white kat atas dan yg ini, aku copy dari FB Ain. Dan gambar neh, di snap oleh kawan kepada bf Ain. aiyok, jgn marah bang saya copy gambar nih yer! KihKihKihKih!









Ahad, 24 Julai 2011

Wehooo! Malam bertuah sungguh!

As Salam...

Mood - happy2 & ceria aje nih. ekekekeke!

Malam semalam, aku attend LBS Appreciation Night @ One World Hotel, PJ. Event yang di tunggu-tunggu oleh suma staff LBS. Semua excited la kiranya kan. Tetapi tidak pada aku, mulanya. Huhuhu! Kenapa tidak...?? Sebabnya, agak pressure di situ, memandangkan tugasan-tugasan2 kuliah yang serentak datang, menuntut aku meluangkan lebih banyak masa di situ dari masa membeli-belah untuk melaram pada malam gala tersebut.

Tetapi.....sebaik aje melangkah ke ballroom hotel tersebut...Wah! serius gilang gemilang nampaknya. Berwarna-warni suma! (dalam hati fikir nasib baik datang) heheheheh! Glamour Red Carpet katanya temakan. Suma pun bagai Grammy Award la! HiHiHi!!!

Selain dari makan, acara yang ditunggu-tunggu, ape lagik...Lucky Draw ar! Hehehe! Kami dah sedia maklum malam tuh hadiah-hadiah tersebut merupakan product-product dari Apple. Ipad 2, Iphone 4 dan IMac antaranya. Dan tanpa disangka-sangka, aku yang tak pernah dapat cabutan bertuah, malam semalam menjadi malam bertuah kekdahnya....HeHeHe! Salah satu Ipad 2 tuh menjadi milik aku... Yeay!!!! No 349 membawa tuah kepadaku. Ekekekeke! Apa lagi...sonok la makcik! Dapat free wey...memang sebelum tu ada niat nak tambah gadget baru selepas dah dua taun pkai Iphone 3Gs tuh. Dah rezeki...dapat free semalam! Tak yah nak kumpul duit nak beli sendiri! (^^)




Ahad, 17 Julai 2011

Malam Nisfu Syaaban

Doa telah aku panjatkan...
Keampunan telah aku pohon

"YA ALLAH,semoga KAU mendengar doa-doaku, mengampuni dosa-dosaku dan perkenankan hajatku. Amin..."

Jumaat, 15 Julai 2011

Auwh.....Catwoman!

Catwoman!
-
-
-
-
-
-
-
-
-



LOL! tak tahan...pkai kaftan gambar Pooh lagik :O
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Semua posing kat bawah neh sma jek gayanya...baju jer lain2!
tapi yang pasti Alya nih masih kurang rambutnya. Segan sungguh rambut tuh nak tumbuh. X comel lor bila pkai dress c(:

berkaftan Pooh! (baju kelawar)

posing lembut lutut!

over kot! senyum lebar sangat...


p/s : Rindu budak botak nih! sok balik kampung....nak buli dia cukup-cukup! c(:

Khamis, 14 Julai 2011

6K - Perkara-perkara yg menyesakkan fikiran!

Perkara-perkara yg menyesakkan fikiran aku di akhir-akhir ini. Terkadang membuat aku semput bila terlintas
difikiran....

1) Kecuaian : Pepagi masuk office trus mencari-cari resit bayor yuran UiTM rito. Cari punya cari x jumpa2. Dalam erti kata lain, aku tak henggat rito aku letak mana! Aduyai! camner nak claim kat EPF nih. Kalo x jumpa gak, selamat la RM 889 ku itew....sesungguhnya aku tersangat cuai! *ketukkepalasendiri*

2) Kerisauan : Baju dinner tarak beli lagik! huhuhu! sungguh tertekan bila kat office orang asik bercerita pasal annual dinner next week! tambah2 depa sok sembang: baju ko wana ape? beli kat mana? kasut tinggi bapa inci? huwaaa! aku apepun tarak lagi wey. Haish! sungguh aku risau...masa nak soping takde pastu baju sesungguhnya susah nak cari size aku yg comel neh. huhuhu!

3) Kebengang'an! : Okeh, ko berjaya sakitkan hati aku dengan ungkapan ko itu "kalau tak nak kerja weekend cari kerja lain yg tak kena kerja sabtu & ahad!" Hoo, sinis sekali. Berjaya kamu membuat ako sentap! Weh, setiap hujung minggu, kerja! Bila nak cutinye... ambik cuti weekdays byak keje tertangguh! bilanya aku nak buat assingment, bila nak rehat...Dh lama aku tak rasa amannya di hujung minggu. Setiap hari, terkejar-kejar ;(
Tak bole nak bawak dah, aku nak kena jumpa bos nih, nak buat aduan rakyat!

"Bos besar, saya tak nak lagi kerja hujung minggu! Bos kecik tuh suruh saya cari kerja lain. Since, dia ckap macam tu memang saya sentap..." Huwaaaa!!

4) Kerinduan : Aku rindukan anak sedara aku, Alya Imanina. rindu bangat sama budak botak tuh! Hari-hari aku call mak, ade jer cite pasal die. Skrg nih malam2 dh x mau ikot mak dia tido, mesti nak dgn opah gak. Opah kena tidokan dia dulu...bila dh betol2 lena, br panggil ibu dia angkat masuk bilik. Sebelom tido tuh jenuh la opah dia nak melayan. Disuruhnya opah bacakan buku la. Bila opah baca..geleng2 kepala, bgtau salah. Opahnye x faham...last2 dia sebut... ku..ku..! owh! dia suh eja camni. BU-bu, KU-ku=BUKU. KA-ka, KI-ki=KAKI. Haish! bijak sungguh budak botak nih. Tau plak kena baca mcm gitu yer. Terkekeh-kekeh aku gelak dalam fon!

Alya Imanina, yg akan menyambut hari lahir yg ke-2, bulan 10 nanti. Dia nak hadiah moto...nanti maklong belikan eh ;)


5) Kehilangan: Akhir2 nih, rasa kehilangan tuh makin menyelinap di hati. Kehilangan abah dan sahabat.... kehilangan yg benar2 hilang! Aku cuba
untuk tidak melayan perasaan sedih, tapi jauh di lubuk hati, rasa kehilangan tuh buat aku pilu sangat. Lepas abah
pergi, teman yg dulu selalu berkongsi cerita menyusul. Sukar aku nak gambarkan rasa hati ini atas dugaan2 itu....

6) Kegelapan: Aku takowt plak tido dalam gelap sorang2. Dulu tak pun. tapi lepas aku dah seperate bilik dgn adik aku, debab br terasa perasaan takut tuh. Sebelum debab tinggal dgn aku dulu, relax aje. Ntah kenapa sekarang bole plak berperasaan sedemikian. HuHuHu! Kadang2 tuh aku biar aje lampu terpasang, biar aku tido dulu. Nanti terjaga baru bangun switch off. Haish! nak kena cari lampu tido neh. Kalo x, tak nyenyak tido aku.

Tamat dulu perkara-perkara yang tersebut di atas yang membelenggu diri aku di ketika ini dengan harapan
tiada lagi penambahan kelak!

Juga berharap...aku bisa tangani segala permasalahan terhadap perkara2 tersebut secara berhemah.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 10 Julai 2011

Saya rindu abah saya...

Saya sayang abah saya! Sayang sangat-sangat! 

Perasaan amat tidak tenteram. Pilu dan sedih apabila terkenang...
Saya rindukan abah saya. Saya menangis dan terus menangis kerana terlalu rindukan abah...Bengkak mata ni pasti tak bole nak sembunyi lagi dah...

Abah,
Yong sayang abah
Yong rindu abah
Yong masih belum boleh menerima kenyataan ini sepenuhnya...
Kenyataan yang abah dah tiada...abah dah tinggalkan kami
Abah takkan kembali lagi...

Abah,
Kenapa terlalu cepat abah pergi...
Hampir sebulan berulang-alik ke hospital teman abah...hari2 yong doa abah bangun..
Walaupun setahun sekalipun yong sanggup tunggu, tapi abah pergi jugak.
Abah tak bangun lagi....

Abah,
Tahu tak betapa yong perlukan abah, Mak perlukan abah & Adik2 perlukan abah...
Abah...kami tidak bersedia untuk semua ini, kami masih belum puas hidup dengan abah...

Abah,
Yong rindukan abah...
Tuhan shj yang tau abah
Yong menangis, bila ingat abah..
Yong tak cakap dengan mak, nanti mak sedih...
Sedih mak lagi banyak...

Abah,
Kadang2 yong rasa tak tertanggung semua ni...
Yong boleh senyum...boleh berlagak kuat
Tapi, yong tak dapat tipu diri sendiri...
Yong sakit abah, sakit sangat...
Bila abah pergi...
Semua kegembiraan dah takde lagi abah..

Abah,
Hari-hari yong doa, dapat jumpa abah... tengok abah walau seketika...
Tapi Allah belum makbulkan doa yong
Yong takkan putus asa berdoa...Yong sayang abah, yong akan terus berdoa, temani abah di sana...yong kena kuat, sbb yong nak doa untuk abah... 
Abah dengar kan doa yong
Yong takkan lupakan abah walau sesaat, kami takkan lupakan abah...
Sayang kami tak pernah berkurang walau abah semakin jauh..
Yong janji, yong jaga mak, adik2 dan tok. Kesian tok abah... Tok pun sedih abah dah takde...

Abah,
Nantikan kami di sana ya...
Semoga kita berkesempatan jumpa di sana nanti
Semoga Allah makbulkan doa2 yong agar kita dapat berkumpul di sana kelak sebagai sebuah keluarga semula...

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa-dosa abahku sepanjang hayatnya di duniamu
Tempatkanlah abahku di dalam syurgaMu bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...
Amin...

Ya Allah,
Sungguh hebat dugaanMu terhadapku...
Ku mohon, disebalik dugaan itu agar diselit secebis kekuatan untuk aku terus berdiri agar dapat aku berdoa untuk abah di sana...

Selasa, 5 Julai 2011

Kesedaran yang menyedarkan... Erk..!

    Semalam genap dh 4 bulan aku mengenakan hijab. Actually x countdown pun, tapi tiba2 teringat tarikh 4hb nih, 4 bulan yg lepas aku first time mengenakan tudung. Kalau 4 bulan lepas aku masih ragu-ragu dengan perubahan ini, tapi sekarang alhamdulillah aku semakin yakin dan selesa. Semakin tenang dan gembira dengan imej baru ini :)
    Koleksi tudung aku pun semakin bertambah, begitu juga baju-baju yang sesuai dengan imej bertudung. heHeHehe!
Pantang bershopping, tudung mesti aku beli. Mak pun rajin gak belikan aku tudung. Mana tak banyak koleksi aku:)

Yg mana satukah diriku diantara mereka yg cantik ini ?!

    Teringat masa mula-mula aku pakai tudung ramai officemate yang berteka-teki yang aku dah nak kahwin. Especially yang bukan islam la, asyik bertanya soalan macam tuh. Jenuh gak aku nak menjawab. Macam mana aku nak kahwin, calon pun takde. Hahaha!
    Tak dinafikan la dugaan bila berubah imej nih banyak sungguh. Bukan ape, aku jenis yg suka bergaya seksi suatu ketika dulu, pantang nampak baju2 yang trend terkini suma aku nak beli. Sekarang kena kuatkan iman & pejam mata rapat2 bila nampak koleksi baju2 sebegitu. Hehehe!
   Aku tak nak pkai setakat ON-OFF. Niat aku bila dah bertudung aku nak betul2 melakukannya. Alhamdulillah, sepanjang 4 bulan ini aku berjaya melaluinya. Walaupun banyak yang aku harus perbaiki terutama dengan sikap dan tingkahlaku yang harus bersesuaian dengan imej baru ini.
    Aku harap masa-masa akan datang, dikuatkan iman dan tetap dengan niat yang satu ini.... Syukur, kerana aku masih diberi peluang untuk memperbaiki diri ;))

Jumaat, 1 Julai 2011

Terkenang ABAH yang semakin jauh.....

Hampir 4 bulan abah pergi... Dah semakin jauh abah dari kami. Bagai tak percaya, tapi kenyaataan sememangnya abah dah tiada! Semakin hari rindu untuk aku mengungkapkan panggilan ABAH... ;(

Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi, di susuli dengan Aidilfitri. Ya Allah! tak sanggup aku bayangkan kesedihan kami sekeluarga nanti menyambut raya tanpa abah. Kalau dulu abah orang terakhir yang beli baju raya. Abah akan tunggu aku balik untuk belikannya baju raya. Dari sini pun aku pasti tak lupa 2-3 helai persalinan baru untuknya. Malam raya, abah akan suruh mak sediakan hidangan, sebab abah akan jemput orang-orang surau untuk bertakbir di rumah. Kali ni semua takkan sama lagi. Abah dah pergi tinggalkan kami...

Akhir-akhir nih, mak asyik mengulang cerita rutinnya masa bulan puasa lalu bersama abah...berterawih dan berbuka puasa di surau. Sambil bercerita, air matanya bertangkung...suaranya sebak menahan sedih. Kami berkongsi rasa sedih yang sama, berkongsi rasa kehilangan yang sama...

Hari demi hari, aku panjatkan doa kami tabah menghadapi kehilangan ini. Mati itu pasti, hanya masa yang tidak kita ketahui. Tiada siapa dapat menggantikan abah di hati kami. Aku juga berdoa, kami akan bertemu di sana kelak...Rindu ini tidak pernah padam buat abah. Semoga, doa-doa aku menjadi peneman abah di sana. Al- Fatihah....

"Dalam cuaca yang tenang, tiba-tiba Allah turunkan hujan yang lebat. Rupa-rupanya ada sejalur pelangi yang muncul selepas itu..."  Aku akan terus bersabar menanti munculnya pelangi itu...menyebarkan warna indahnya, memberi sekelumit kebahagian sementara ada hayat di dunia ini....

Kalau nanti masanya plak aku yang bersanding, abah dah takde nak meraikan bersama :'(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...