Isnin, 11 Januari 2010

Hatiku yang Rawan...

Entah kenapa akhir2 ni saya rasa seperti kehilangan...rasa sedih, rasa geram, rasa bosan bercampur baur. Sesak dada saya mememdam segalanya... Saya nak menjerit melepaskan geram di hati, nak menangis meluahkan yang terpendam. Tapi saya tak tahu siapa yang sudi mendengar dan berkongsi. Tidak saya sangka hari ini saya keseorangan rupanya. Suatu ketika dulu, saya macam lupakan kawan, saya makin jauh dengan keluarga.

Semakin hari saya jauh dari keluarga, saya terlepas momen2 indah melihat adik2 saya membesar. Sekarang mereka semakin jauh dari saya :'(

Ahad, 3 Januari 2010

Kerja Di Hujung Minggu...

Memulakan kerja di hari pertama tahun 2010...

Kalau orang lain masih bercuti, tidak bagi saya. Tak menang tangan di buatnya...pagi2 lagi dah terima call dari boss, pesan itu ini takut saya terlupa agaknya. Alhamdulillah, semua yg penting2 dapt saya dahulukan. Esok (Ahad) sehari lagi untuk saya menghabiskan saki baki yang tertinggal sebelum memulakan hari Isnin yang kadangkala menyesakkan.

Teringat suatu ketika dulu, masa mula2 kerja, amat la tak sukanya duty di hari sabtu dan ahad. Sekarang dah hampir 5 tahun, dah dapat biasakan diri dah. Dari tak buat apa2 hujung minggu lebih baik saya bekerja. Dapat jugak overtime. He! He!...

Dalam sibuk2 tadi sempat juga saya mencuri masa (memang curi2 pun) keluar sekejap ke kedai aksesori kereta Brother's untuk memasang seat cover kereta My Vi hitam saya itu. Saya pilih warna hitam juga, sekali pandang nampak tak cantik, tengok lama2 boleh la. Bukan ape pun cuma tak nak rosakkan yang original cover sebab bila saya bawa balik kampung, sepupu yang kecik2 tu suka sangat memanjat-manjat. Nak dilarang segan la pulak. Dah ada cover tu takpe la, agak2 dah kotor esok atau dah jemu tukar la lagi. Ready duit je, semua boleh buat.

Jumaat, 1 Januari 2010

Hari Silih Berganti....

Melangkah ke tahun 2010...

Seiring dengan umur yang meningkat setahun lagi, saya amat berharap tahun ini akan memberikan sesuatu yang bermakana untuk masa depan.


Hmm... bermula dengan niat untuk melanjutkan pelajaran. Niat ini sudah lama di simpan, jika sebelum ini saya ragu2 untuk meneruskan oleh kerana memikirkan masa yang panjang untuk mendapatkan diploma itu. Tetapi kali ini saya nekad untuk melakukannya. Biarlah lama mana yg harus di korbankan saya tidak risau lagi kerana memikirkan saya harus melakukan sesuatu untuk diri sendiri bukan untuk orang lain. Jika sebelum ini saya tidak berpeluang untuk melakukannya atas sebab2 yang saya sendiri tidak berdaya menghalang semoga apa yang saya rancangkan kali ini akan menjadi kenyataan. Insya Allah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...