Ahad, 29 Ogos 2010

Berat Badan

Tak sempat nak post entry di awal2 ramadhan. Sedar tak sedar dh pertengahan puasa dah. Sekejap masa berlalu...
Ramadhan kali ini ada yang merungsingkan aku. Berat badan turun mendadak! Kalau sebelum puasa, ada satu seluar jeans yang memang aku tak selesa kalau di sarung, agak sendat. Tapi, pagi tadi pakai...muat aje, longgar plak tu. Aduh, risau seih!

Puasa ditambah dengan demam minggu lepas memang rasanya aku hilang 3-4kg. Hu!Hu! bukan senang nak dapat balik!. Kalau orang lain, punyalah susah, nak hilangkan 3-4 kg tu, aku nak balik!.

Dari zaman sekolah lagi kalau demam teruk sikit, berat badan aku memang susut. Kali ini demam ditambah dengan puasa, memang bertambah kurus lah aku!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...