Apabila perasaan malas menguasai diri, semua kerja jadi last minute. Petang tadi quiz, start selak-selak buku paginya lepas sahur! Assingment BEL yg nk di hantar lusa, tak mula-mula jugak buatnye. Sabtu akan datang, presentation CTU, pp slide masih separuh, last sentuh seminggu yg lepas. Ya Allah, besar sungguh dugaan di bulan puasa nih. Dugaan melawan nafsu dalam diri sendiri. Yelah, sebulan ramadhan nih semua syaitan-syaitan di ikat, tapi nafsu yang ada dalam diri sendiri lebih hebat nak menanganinya;(
Esok dah keje plak, Nampaknya mau jugak buat suma tuh kat office sok! HuHuHu! Kalo tak sempat nak habis suma, padan muka aku! =_=
Setiap kali nak masuk sem baru meluap-luap azam dalam diri...tak mahu buat keje last minute la! Nak present tip top la! Nak study utk test dan quiz awal2, Nak buat revision past year paper la. Adoi! Bila dah mula sem lain jadinya...
Tapi kan...student part time nih banyak cabarannya (ewah! Nak jugak selit, x mahu salahkn diri sendiri 110%)... HeHeHe! Bukan ape, tanggungjawab kami sebagai pelajar separuh masa nih lebih sikit. Memang semua dirancang rapi, nak attend class penuh, x mau ponteng, nak buat homework on time, tapi semua tuh selalunya tak berjalan lancar seperti yang dirancang. Ade jer dugaan yang menghalang, bos suruh stayback la, nak kejar dateline kerja lagi...macam yang kawan-kawan lain pulak- ada sukan la, kursus la. Tuh belom masuk lagi yang dah kawin dan ada anak! Huh! lagi penat kot. Yang aku x kawin lagi nih pun kadang rasa semak jek dengan jadual padat nih. Penat memanjang, sampai rumah 10.30 rasa dah tak mampu nak buat apa2 lagi. Pandang bilik yang macam tongkang pecah pun rasa sakit hati jer....
Kalau diingat-ingat kembali dulu...jadual aku tak sepadat ini. Pegi kerja balik on time jer. Kerja cam tak banyak. Malam jer merungut bosan. Hari-hari dating sampai jemu, tuh yang penyebab break (motip? tetiba plak kan! ekekeke!!!) Sekarang nih, jadual dari pagi sampai ke malam penuh. Balik rumah terus tidur jer. Hujung minggu dulu relax sangat! Semua movie-movie baru kat panggung aku serbu. Sekarang jangankan movie, aku nak ke Watson nak beli toiletries pun takde masa. Pegi jek, gelap dah tutup. Huhuhuhu! Hujung minggu sekarang kalau tak kerja, aku balik kampung....
Tu la kan, kita hanya boleh merancang jer.
Dulu aku ambik keputusan nak sambung study selain dari nak penuhi keinginan aku, aku rasa aku dulu ada banyak masa terluang. Kerja kat office dulu biasa-biasa je. Aku tak perlu OT lewat malam, tak perlu nak kejar dateline. Scope kerje dulu kecik jek. Sekarang weekend pun susah nak cuti:(
Dulu aku tak perlu nak balik kampung kerap, setiap minggu nak berulang alik. Tapi sape sangka, sekelip mata rutin aku terus berubah. Ketiadaan abah, mengubah segalanya. Weekend jenuh aku berperang dengan perasaan sendiri, memilih kerja atau nak balik kampung! Bertambah rumit lagi bulan puasa nih...ade lecturer yang tak mahu adakan kelas malam, terpaksa plak ganti pada hujung minggu! Nah! antara kerja, kelas dan balik kampung, aku pengsan kat tengah-tengah. HuHuHu!
Erm...kita hanya merancang. Kena terima hakikat yang kadang-kadang apa yang dirancang tak semestinya berjalan dengan lancar. Sepanjang perjalanan untuk merealisasikan rancangan tuh pasti ada dugaan yang bertamu, pasti ada cabaran yang harus ditempuh. Hari-hari aku doa, semoga aku kuat dan teguh berdiri hingga ke akhirnya. Semoga usaha aku membuahkan kejayaan. Dan semoga rahmat Allah mengiringi perjalanan ku.....
Ren.. bab lecturer xmau bt kelas mlm tu aku setuju sgt.. ekekeke.. InsyaAllah ren.. percayalah dgn berkat kesabaran ko hadapi skrg nie akan membuahkan hasil ms akan dtg.. Time tue nti ko akan rs bahagia.. cuma kena kuat mental dan fizikal.. =)
BalasPadambersabarlah...
BalasPadamat the end of the tunnel,you'll always find the light.
:))
bersusah2 dulu..chayok2
BalasPadamtahniah ren atas usaha tu utk terus study walaupun dah keje...mmglah banyak dugaan yg menanti...semuanya harus dikorbankan demi masa depan...wangringgit...masa...dan perasaan ...itulah harga yg perlu kita bayar utk mencapai apa jua rancangan masa depan..moga ren terus tabah hadapi apa jua cabaran yg mendatang...yg pastinya setiap apa yg kita usahakan tentu akan ada hasilnya dikemudian hari nanti...good luck for you...
BalasPadam