Ahad, 11 September 2011

Kerana Sayang...

Perkhabaran yang di bawa petang tadi mengundang duka di hati, menambah sakit kepala memikirkannya....
Mengapa perlu begitu? 

Setiap teguran tandanya orang mengambil berat, tandanya orang sayang...
Apatah lagi teguran dari seorang ibu
Susah sangat ke nak faham... 
Kenapa nak dibesarkan isu. Seorang ibu menegur untuk kebaikan anaknya...
Mengapa perlu ibu di jadikan musuh?
Mengapa perlu mengguris hatinya?

Buntu memikirkannya...
Kalau aku juga masuk campur pasti akan merumitkan keadaan.
Tapi, mak...mestinya bersedih. Mesti asyik terkenangkan abah... ):

Berfikir la secara matang adikku. Mak sayangkan kamu, suami kamu sebagai menantunya dan anak kamu, cucunya. Hanya kamu ada untuk menghilangkan sunyi di hatinya. Kenapa perlu wujud permusuhan. Kenapa perlu ada rasa tidak puas hati itu....
Kerana sayang mak menegur,
Kerana sayang juga mak marah,
Tidak perlu la nak melenting...
Tidak perlu mencipta kebencian itu...
Sudah-sudahlah...

"Ya Allah, hindarilah permusuhan di dalam keluargaku. Jauhkanlah
kami dari kebencian....Kekalkanlah kedamaian dan kebahagian keluargaku
Ya Allah. Ameen"

1 ulasan:

  1. iye tul tu... kerna sayanglah ibu membuat teguran....setiap teguran drp seorg ibu adalah utk kebaikan anak2nya...pasti ade yg x kena...yg membuatkan ibu terasa hati...terimalah teguran itu dgn hati yg terbuka....usahlah diperbesar2kan hal yg sudah berlaku...moga2 akan ade kedamaian kembali dlm keluarga....

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...