Happy Diwali kepada kawan-kawan yang beragama Hindu di mana jua anda berada.
Eh, esok kan. Takpe2 sekarang dah deepavali eve so semua pun dah mood raya, thats why kita wish awai. Hiks:D
Aku baru sampai dari ofis. Nak rehat jap. Kat luar tu gelap kemain, macam dah pukul 8 malam dah gelap dia. Hari ni cabut dari ofis tepat 5:30. Banyak keje kat rumah menanti. ZzZzz...
Hahaha! Actually esok aku nak buat makan-makan sket. Tapi kat rumah family En. Ahmadku. Makan-makan sempena birthday dia. Birthday dia semalam sebenarnya. Nak celebrate Ahad ritu kelas pulak. So dah cuti deepavali nih buat je la.
Dan sehubungan dengan itu..(ewah dah macam tulis surat rasmi) aku telah menawarkan diri untuk menyediakan beberapa menu. Antara menu-menu terbabit tersebut ialah laksa, ayam bbq, coleslow dan agar-agar milo. Amboih macam pakar masak! Kahkahkah. Hasilnya aku tak tau la apa jadi. Jangan la ade yang sakit perut. Kalau tidak naya ja:D
Aku ingat nak buat makan-makan biasa je, tapi sedara mara En. Ahmad yang sekitar ramai. Takkan la ade yang jemput dan ade yang tak jemput. Kang majuk dorang. Hehehe! Then, bila buat list tetamu, haa ambik 50 orang. Semalam aku dah shopping barang-barang dah. Jap lagi aku nak start masak kuah laksa dan peram ayam. Sinsing lengan la jap lagi kite. Huhuhu
Hope esok semuanya berjalan lancar, niat nak menjamu sedara mara dan kengkawan dipermudahkan hendaknya. En Ahmad cakap last year kite celebrate dia makan berdua 200++, tahun ni dgn amount yang sama tu boleh jamu ramai orang. Last year dinner berdua kat PJ Hilton. Hehehehe:D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^