Jumaat, 23 Januari 2015

B2b Diaries: MUA oh MUA!

Hai & Assalammualaikum,

Dalam banyak-banyak perkara yang dah survey sana sini, make up artist (MUA) jugek yang fail. Sampai sekarang masih tak tau dan tak jumpa MUA yang area Taiping atau sekitarnya. Pakej pelamin memang ada make up sekali tapi aku tak nak guna. Ada sebab mengapa dan kenapa aku tolak servis make up tersebut. 

Memang cerewet sket pasal nak conteng-conteng muka ni. Tak pernah bagi muka kat sape-sape untuk dimekapkan sebelum ni. So agak takot sket. Nak makeup yang natural-natural je, tak nak sampai muka berubah jadi orang lain. Hahaha! 

Kalau ikutkan hati nak sangat-sangat MUA Vee Elfaiiziens (Elfaiiziens Touch) mekapkan. Tapi adalah mustahil. Kos transport dan penginapan lagi tinggi dari upah mekap. Yelah Ikutkan hati pejam mata, bayor je, almaklumlah MUA idaman. Tapi apakan daya...Shafiq cakap jangan, membazir. Hahahaha! Tapi takpe, masa ade lagi. Boleh pujuk lagi. Hiks.

Semalam ade terjumpa satu MUA Taiping kat FB. Tengok hasil kerja dia boleh tahan. Make up natural macam yang aku nak. So cepat-cepat la pm tanya quotation, sekali... date yang aku nak tu dia dah fully booked. Huwaaa:( Pastu akak tu siap pesan lagi... dik, cari MUA cepat-cepat sebab date yang adik nak tu hot. Yesss aku dah mula cuak! Haish... Tolon! tolon!... sape tau or kenal MUA area Taiping, Ipoh atau kawasan sekitarnya. Nak MUA perempuan aje. Huhuhuhu! 

Aku mekap sendiri je lah. Tapi, ni jelah bahan mekap yang ade... plus 2-3 batang lipstick pasar malam. Hahahaha!
Cantik! Nak makep camni! Hiks! Sumber Gambar : Pinterest


Sweet je kan. Tak banyak warna-warni kat muka! Sumber Gambar : Pinterest


Haaa! kat bawah ni suma MUA Vee Elfaiiziens yang mekap kan. Cantik kan?!!!!! Ape nak kata mekap cantik, orang yang dimekapkan pon cantik. Hasil memang cantik. Hiks! "Awak pwease! kita nak MUA Vee" :(











Sumber Gambar dari Instagram Vee Elfaiiziens

Instagram beliau :  Vee Elfaiiziens

Facebook : Elfaiiziens Touch



3 ulasan:

  1. MUA Vee hasil dia memang meletop cantik!! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann Rina! Nampak natural je dan tak sarat:))

      Padam
  2. Hai..saya mua taiping. Bleh tengok2 fb Senorina Fiza atau Whatsapp 016 4216505 untuk sebarang pertanyaan ye.. juga bleh follow blog fizamuaperak.blogspot.com. TQ :)

    BalasPadam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...