Sabtu, 3 Oktober 2015

Mengidam Asam Pedas

As Salam,

Cerita sebelum Aidiladha lepas... Tak tau lah mengidam atau hormon mengada. Hahaha! Teringin sangat la nak makan asam pedas yang ori macam dekat Melaka tu. Nak ke Melaka masa-masa jerubu gini of course la husband tentang. So, husband bawak makan asam pedas kat satu tempat ni. Kawan dia yang suggest. Dia pun tak pernah sampai. Kitaorang guna waze je untuk sampai ke sana...

Claypot Asam Pedas, dekat Kampung Kuantan, Klang. Sedap! Habis ar makan nasi sepinggan dengan asam pedas ikan pari. Husband pun tak kurangnya. Dia pun berselera. Dia order asam pedas ikan mayong (ikan kembung). Bukan setakat asam pedas je ade, menu yang macan portugese grill dan ayam penyet pun ade jugak. Nampak ramai jugak yang order. Next time boleh cuba. 

Kedai makan ni dekat kawasan halaman rumah orang, i guess rumah owner kedai tersebut. Landmark dia, ade pokok besar kat depan. Tapi kalau waze je, Claypot asam pedas memang terus jumpalah. 

Tak banyak snap gambar, tak sabar-sabar nak makan lupa semua dah. Hahaha


Suasana dalam kedai

Asam pedas ikan pari saya punya, asam pedas ikan kembung husband punya. Pekat dan kaw rupanya begitu jugaklah rasanya. Nyum...nyum...


Add caption



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...