Isnin, 7 Disember 2015

Jatuh Punya Cerita & Placental Cyst!

Hye Assalammualaikum...

Masa tak pegnen takde plak la nak jatuh tersadung ke salah langkah ke kan. Tapi sepanjang mengandung ni 2 kali dah kot terjatuh. Walau bukan tertiarap tapi jatuh terduduk uishhh tu yang menakutkan tu. Huhuhu! 

08/10/2015
1st time jatuh kat office. Masa ni 13 weeks usia kandungan. Tersalah langkah, tersadung file kat lantai gedebuk la macam nangka busuk. Hoii! member-member office menjerit tak ingat. Hahahah! Bos pun keluar dari bilik jenguk kenapa dorang menjerit. Hahahaha! Tak boleh lupa masa tu. Aku blur masa tu. Aku jatuh terduduk tapi sebelah bontot yang jatuh dulu, so macam tak jatuh terduduk kuat sangat. Lepas seminit blu-blur tu, aku terus bangun pegi toilet. Terfikir nak check-check kot ada bleeding ke ape ke.  Lepas check, Alhamdulillah takde. Tapi semua orang suruh aku pegi klinik, pegi check. Takut apa-apa terjadi kat dalam tu. Whatsapp husband, lunch dia datang bawak pegi klinik. Agak susah nak cari klinik sebab masa lunch kan. Last-last pegi Klinik Ajwa dekat Seksyen 7. Then dekat sini bermula sesuatu yang merisaukan terjadi. Huhuhu

Doktor kat klinik scan, so far memang takde pendarahan cuma dia ada nampak macam cyst dekat uri. Doktor cakap maybe placental cyst. Tapi dia sendiri tak pasti, dia siap panggil kawan doktor dia bagi tengok sama masa scan tu. Doktor tu pun cakap ada something dekat uri tu. Tapi dorang sendiri tak berani nak pastikan cyst tu bahaya atau tidak. Doktor kat situ keluarkan satu surat untuk aku refer pada pakar. Balik malam tu memang tak lena la tido. Macam-macam fikir. Bahaya ke tak cyst tu, ok ke boleh simpan ke baby ni. Google pasal placenta cyst ni pun tak banyak cerita. Dalam fikiran asyik yang negatif je semua... Fikir lagi nak pegi refer kat mana ni. Kalau pegi hospital sure lama kena tunggu nak kena ambik cuti lagi. Aku macam dah tak sabar-sabar nak pegi check. Kalau boleh malam tu jugak nak pegi. Risau yang teramat. Dugaan oh dugaan:(

09/10/2015
Pegi keje macam biasa. Pastu terfikir nak call Umra Hospital untuk refer kes aku ni. Aku malas nak tunggu pegi hospital kerajaan sebab mesti aku kena tunggu lama dan kena pegi masa office hour. Aku cuti dak takde. Huhuhu. Lepas balik keje ajak husband pegi Umra lepas dapat confirmation kat sana semua doktor pakar. Sampai sana, ambik nombor. Lepas check tekanan darah semua pegi buat ultrasound. Sonographer tu nama Puan Siti. Baik dan penerangan dia sikit sebanyak buat aku dan husband lega. Dia cakap so far memang ade nampak something lain dekat uri. Uri macam ke bawah dan maybe nak terjadinya bleeding. Dia tanya sebelum ni ada terjatuh ke. Memang takde lah sebelum yang semalam jatuh kat office tu. Tapi dia kata kesan jatuh semalam memang takde pape selagi tak keluar darah. Dia cakap jangan risau, nanti dia bagi keputusan scan dekat doktor dan surat dari Klinik Ajwa tu dia mintak aku pass pada doktor. Puan Siti tu siap ajar lagi, masa tidur dia suruh aku lapik bantal dekat bawah betis. Dia kata biar uri tu naik balik. Dia pesan jangan risau sangat dan banyak-banyakan berdoa. 

Lepas tu masuk jumpa doktor. Lepas doktor bagi penerangan rasa macam boleh tarik nafas lega sikit. Dia check perut then dia akan bagi ubat kuatkan rahim, dupshton untuk aku ambik selama seminggu. Doktor tanya samaada aku nak inject or nak ubat. Dah tentu-tentu aku yang penakut ni pilih ubat. Hahaha

Then doktor buat appoinment next month untuk aku follow up. Dia cakap takde pape yang nak dirisaukan. Cuma dia pesan jangan jatuh lagi. Hihihihi! 

Maka malam tu aku dah boleh tido lena.  Husband pesan berkali ubat jangan skip & jangan jatuh lagi. Baiklah... 

Nanti ade masa sambung cerita jatuh kali ke 2. Hahahaha:P




Baby.... buat ape tu? Masa mula tengok gambar ni cakap kat husband, kurus baby kita.  Sian dia. Pastu husband cakap ape lagi, makan banyak-banyak la. Huhuhu! 

1 ulasan:

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...