Rabu, 20 Julai 2016

Throwback : Pengalaman Bersalin - Part 1

Assalammualaikum...

Seketika menyepi ada berita gembira yang hendak dicoretkan. Alhamdulillah, pada 21 April bersamaan hari Khamis, pukul 5:55 petang saya telah selamat melahirkan seorang baby perempuan secara pembedahan/cesarean/c-sect di Hospital Selayang. Baby masa keluar dari perut mama beratnye 3.73kg. Haaa! Besarkan. Hehehehe

Sekarang dah 32 hari berpantang di kampung, Taiping. Lusa nak balik KL dah, sambung pantang dekat KL pulak. Balik KL awal sebab start keje 6/6 nanti. Kejap je dah nak keje. Ikut hati nak sambung cuti lagi seminggu dua tapi tak dapat. Bos tak kasi, katanya tak adil untuk yang lain kalau saya sambung cuti lagi. Haaa! Tak adil katanya.... Dari sudut mana tak tau lah. Maybe, kalau saya sambung cuti lagi segala kerja dekat ofis tu akan terhenti dan mengakibatkan kesukaran pada yang lain untuk menjalankan kerja mereka. Mungkin la macam tu. Krik! Krik! Krik! .... Baik, cite pasal bos tak bagi cuti kite cite hari lain. Ni nak cite pasal experience bersalin. Ngeeee:P

19/04/2016 - Selasa
Ok, sebenarnya saya ke hospital bukan sebab dah sakit ataupun dah ade tanda-tanda nak bersalin (walaupun dah ade show) tapi sebab saya dah overdue 6 hari. Datang serah diri la katanya. Sebenarnya pada 19/4 saya menyerah diri tu adalah kali ke empat saya berulang alik ke Hospital Selayang dan bertapa 5-6 jam dalam bilik penilaian di dewan bersalin tu. Hehe! Kenapa sampai 4 kali tu nanti kite cite k. 

Selepas menyerah diri ke hospital saya warded di wad kelas 2 selama 2 malam. Saya ingatkan 19hb warded 20hb tu doktor dah suruh bersalin, rupanya tidak. Hehehe! 

Bila dah warded tu faham-faham je la, sekali doktor datang meronda memang kena seluk la. Huhuhu! Oh ya masa warded tu bukaan saya 2cm. Masa ujian CTG nurse cakap saya ade strong contraction, tapi tu la saya tak rasa sakit pun. Huhuhu! Maka gigih la saya berjalan ke sana ke mari masa kat kaunter tu sementara menunggu wad kosong. Petang, dekat pukul 6 baru ada wad kosong. Husband cuba untuk apply wad kelas satu, sebab dia nak teman saya malam. Tapi mengikut penerangan dari nurse, walaupun husband layak untuk wad kelas satu tapi sebelum bersalin memang dorang akan letak di wad kelas 2 atau 3 yang sama level dengan labour room, sebab senang dorang nak pantau. Nanti dah lepas bersalin baru boleh pindah ke wad kelas satu. 

Maka bermalam la sorang-sorang dekat wad. Nampak sorang-sorang dah bersalin. Saya dah tercungap-cungap bawak perut tapi belum ade tanda-tanda sakit. Huwaaa! Stress kejap. 

Dekat wad doktor datang seluk, sakit yang amat oi! Datang pakar dorang, ketua kat situ rasanya (sebab habis dia marah doktor lain) dia seluk amat sakit. Dia kata nak tolong aku bukak laluan. Grrrrrr! Aku sampai mengadu dekat mak, dekat husband sakit yang amat. Dorang boleh buat ape, suruh aku sabar je la. Huhuhu! 

20/04/2016 - Rabu
Hari kedua pakar datang ronda, lepas check aku, dia suruh nurse book labour room untuk aku esok pagi. Haaa! Masanya dah tiba...

Aku tanya la nurse pasal tu, nurse kata ye esok aku akan ke labour room. Doktor akan tengok macamana, induce ke atau tunggu tengok bukaan secara natural esok pagi macamana. 

Sepanjang hari tu aku gigih jalan ulang alik dalam wad, mandi air panas bagi bukaan tu ada progress. 

Malam, aku dah start rasa sakit selang 10 minit. Bila nurse datang buat CTG, dia tanya nak panggil doktor tak untuk check bukaan. Since sakit baru selang 10 minit aku cakap tak payah dulu. Aku takut sebenarnya nak kena seluk lagi. Sakit petang tadi tak habis lagi. Huhuhu! Tengah malam aku makin sakit, 5 minit sekali. Nurse offer ubat tahan sakit, aku tak mau. Aku tido kejap-kejap terjaga sebab sakit. Mesej husband bagitau sakit sangat. Dia mula tak senang duduk kat rumah. Sebelum tu dah bagitau pasal esok. Aku suruh dia datang awal sebab nurse kata awal-awal esok dah kena masuk LR...

Sambung Part 2 kemudian...

P/s : Semoga ada semangat nak mengetuk keyboard lagi. Eh, update thru phone takde maknanya keyboard. Huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...