Selasa, 9 September 2014

#ootd on kenduri day

As Salam,

OOTD katenye... Hahaha!
Hari tu yang kite sibuk-sibuk jahit jubah bling bling tu kan, ni la hasilnya. Taraaa....

He he he! kepala kena potong sebab kite malu. Bhahahha.
Actually, ni kita pakai masa majlis nikah adik En. Ahmad kite. Majlis kat Shah Alam. Seminggu lepas tu pulak majlis sebelah pihak lelaki kat UM. Alhamdulillah, semua dah selesai. 

Masa majlis kat UM tu kite pakai baju warna hijau turqoise. Tapi nak kata warna hijau mint pun ok gak. Ala ala je warna dia. Ni pun baju last minute punya cerita. Dua hari sebelum baru dapat cari. Beli jew dekat butik femes Calaqisya.

Kenapa last minute... sbb kite cerewet la jawabnya. Pusing jalan TAR pun tak berkenan. Banyak je macam warna yang dikehendaki tapi hati ini tidak berkenan. Hiks! Ada jugak 1,2 yang berkenan tapi harga dia la pulak 300-400 ringgit malaysia. Haaa..Encik Ahmad plak perli kite, ni awak ke yang nak kahwin. Cancel la nak beli. Hahaha! 

Lace Tutu Kurung, Calaqisya. Pastu Satin Maggie Shawl pun dari Calaqisya jugak. Boleh jadi Calaquen la dah ni kan? :D



Selasa, 2 September 2014

Inai Sabun Homemade



As Salam.

Hari ni nak cerita pasal inai sabun homemade. Trend inai ni agak dah basi. Aku je yang lambat. 

Takpa la, nak cerita jugak. Aku teruja dan terpengaruh tengok iklan kat instagram, review suma tuh. Maka aku pon beli, dalam sebulan lepas kot. Pakai 1st time ok. Ade rasa panas sket, tapi aku buat tak tau. Nak cantik punya pasal. Pastu dah 3-4 hari, tak puas hati kaler tak terang. Aku pakai plak kali ke dua. Haaa...tak smpai 10 minit (kat bottle tu tulis pakai 10-15 minit) jari jemari aku dah panaih, berdenyut sakit kemain. Pastu terus pegi basuh, jari yang sakit sangat tu aku tengok kuku aku berlekuk macam titik-titik kecik. Huwaaaaa! rasa nak menangis dan dan tu jugak. Serius kuku yang lain sakit gak tapi nasib tak sampai berlekuk macam yang satu tu. Aku menyesal Ya Allah. Kuku cantik-cantik dah gatai nak kaler-kaler haa mendapat la. Mengadu jari aku sakit kat En. Ahmad, kena marah balik ada la. Huhuhu

Lepas dah kena camni aku pun google la pasai inai homemade ni. Ada cerita resepi DIY pun ada. Antara bahan dia kapur dengan sabun dan pewarna. Adoi, patut la panas, patut la kuku aku makin nipis. Lagikan masa dobi kain aku guna sabun pun mengerutu jari aku, panas sebab sabun tu tajam ini di campur pulak dengan kapur. Ha ha cari pasal, cari pasal:P 

Sisa-sisa warna inai tu masih ada kat kuku aku lagi, tapi kuku aku dah tak cantik:(  Aku tak mau pakai dah. Huhuhu

Mungkin kalau orang lain google pasai inai sabun ni depa akan jumpa cerita aku ni. Aku habaq siap-siap, takde niat aku nak sabotaj bisnes sapa-sapa tapi ni experience aku sendiri. Mungkin orang lain ok je, mungkin aku je yang tak serasi tak tau lah. Kan...Kan...Kan

Ni lah inai tu. Aku beli sepuluh ringgit.

Lepas sehari pakai yang sakit hari tu. Konon- konon cantik la tu (nak sedapkan hati sendiri yang frust kuku dah buruk)

Khamis, 28 Ogos 2014

DIY Jubah blink...blink...

Hye! Semekom! 

Once in a blue moon, kata org puteh... begitu la jugak diibaratkan dengan belog aku ni. Suka...aku dtg tulis, tak suka terbiar sepi je an. 



Hiks! Tu..tu...aku nak buat jubah blink blink katanya. Orang kedekut nih, semua nak buat sendiri padahal bukan pandai sangat pun. Hehehe Julung-julung kalinya nih jahit dress jubah. Sebelum ni baju kurung pernah la. Kalau nak ikutkan senang jahit jubah neh. Straight je potong (tapi aku buat ade pinggang sket) dia. Pastu jahit pun straight jugak pegi dia. Tapi, dah nama pun first time buat, ade la dugaan dia. Jap-jap lupa nak jahit mana dlu... tangan dulu ke, sambung dada ngan kain bawah dulu ke? Hmm...confuse aku! Hahaha 

Memula lukis pola bagai, potong kain pastu nak gi jahit tepi, pastu cari sequin lace blink blink tu.... Jenuh wey cari sequin lace tu. Memusing merata, dari KL ke Shah Alam. Yang benarnye, ade je tapi nak cari murah punya pasal. Haha. Memula tu tengok kat Kedai Bunga Reben jalan TAR, mmg tau kat situ ade sebab pernah ternampak. Sampai dah kedai boleh plak habis stock. Hampa mokcik:( Sampai ke Jakel cari, semua mahai kot. Nak beli setengah meter je. Haha. 

Pastu aku gi jahit tepi kat PKNS Alam, dah kena komplen plak ngan auw auw  tokey kedai tu. Dada ni macam tak muat je, zip kenapa tak buat kat belakang, boleh ke masuk leher ni. Yang Encik Ahmad kat sebelah boleh plak melayan, angin sungguh mokcik. Rajin plak dia nak komen bagai, padahal dia tak tau pun aku nak buat ape. Haaaa! Hate you auw auw! 

Setakat ni progress dah 70%. Dah try dah pon. Boleh je masuk leher tu. Hahahha! Naik balik keyakinan diri. Masa auw auw tu komen hari tu aku dah down dah. Mcm dah malas dah. Nasib teruskan gak projek baju murah tu. Nanti dah siap, dah pakai boleh post gambar kat sini pulak. Hiks:P

Khamis, 20 Mac 2014

Menuju Puncak!

Ahaaa! Penatnye kite malam ni awak. Tadi lepas zumba buat squat lapanpoloh kali. Huwaaa! nak tercabut rasanya kaki kite wak! Jangan esok tak boleh bangun gi keje sudah. Hehehehe

Kite bukan ape, dah bersemangat memanjang ni nak exercise. Walao kelas zumba sekali je seminggu nanti kite nak exercise sendiri kat rumah. Gitew semangat peginye. Hahahaha

Lagi satu perkara yg bersemangat gak nih, kelas degree hari Ahad nih. Kelas pertama. Haish! Lama dah cuti, nak start balik nih macam-macam rasa terasa nih. 

Kite sambung degree. Ambik course pengurusan pejabat. Buat blended learning kat PUNCAK ALAM. Haa! Puncak Alam kau. Class start 8:30 sampai 6:30 petang. So, berumah tangga la kita di puncak sana yer. Huhuhu

Tapi tu la kan, dah nama pun belajar, dah nama pon usaha tu tangga kejayaan. So marilah kite mendaki puncak di Puncak Alam. Okeh merepek! 

By the way, disamping rasa bersemangat nak start class balik nih, ada jugak la rasa kecut perut. Boleh ke ntah buat nih. Kelas perjumpaan 5 kali je setiap semester. Banyak thru discuss kat sistem je. Lagikan dulu masa diploma kelas hari-hari tak dapat dean list setiap sem ni plak kelas jarang-jarang. Adoi. Ish semak perut gak teman memikiorkanya. Huhuhu

Mintak-mintak la jalan ke garisan penamat dipermudahkan. Ada 5-6 sem je ni nak lalui. Lepas tu ijazah dah dalam tangan. InsyaAllah. Hehehehe!


Haaa! tengok ni...lecturer pon semangat tau. Awal lagi dia dah post notes kat sistem. Kite pon dengan semangatnye save siap-siap dah kat dalam iBooks kat henfon. Inilah yang kita mahukan. Lecturer semangat kita pon semangat nak study. Kan..kan..kan...

Emkayyy nak tido dah. Mata dah kelat-kelat nih. 

Tata✋✋✋

Selasa, 18 Mac 2014

Citer lawak beg awak😜




Akhirnya beg ini kembali ke KL. Hiks😝 


Cerita minggu lepas la ni. Ade orang tu tertinggal beg kat kampung. Dia punya care sgt kat beg kite sampai beg sendiri terlupa nak masukkan dalam keta. Hahahaha. Serius gelak besar😜

Bertolak dari Taiping dah nak dekat Maghrib mcm tu. Nak kejar masa nak meet kawan-kawan dia dekat Simpang Pulai. So cadangnya mmg kena solat masa on the way la. Relax je kan drive, sampai dekat Bukit Gantang, mak call...habaq pasal beg tertinggal tu la. Lepas mak cakap je beg tertinggal mmg aku gelak sakan. Sampai hari ni kalau teringat mesti nak gelak. 

Sorry awk! 😜 Nah, saya dh bawak balik beg awk. Hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...