Jumaat, 21 November 2014

Aku & Gemuk!

As Salam.

Dah lewat malam. Tapi mataku masih segar. Dari tadi duk baring sambil berfikir dan memikirkan. Hmm...macam susah hati pulak. Macam la... Masalah oi masalah. Walaupun masalah takde beso mana, tapi still dalam kategori masalah. Huhuhu

BERAT BADAN BERTAMBAH dalam perkataan yang lebih ringkas, padat dan mudah difahami.. GEMUK! Haaa itulah masalahnye:O Makin hari makin risau neh. Tadi balik keje naik atas penimbang... 55kg tau! Tak pernah aku mencapai berat sehingga ke tahap itu. Sekarang dah boleh start risau. Nak kawal makan bukan main payah lagi. Sentiasa lapar. Nekad dah berkali-kali nekad nak kurus, tapi hasilnya nan hado. Nak berhasil canenye kalau nekad je lebih perlaksanaan tarak. 

Makin fikir, menangis dalam hati dibuatnya:( Sampai satu tahap tu kadang-kadang aku marah dengan diri sendiri. Apasal la boleh sihat sampai macam ni. Selalunya aku sakit hati dan rasa nak menangis bila selongkar almari cari baju. Pernah sampai 4-5 kali aku tukar! Semua baju, seluar ketat, Ya Allah, macam balut nangka rupanya. Baju yang tinggal selesa dipakai tak banyak. Kalau pegi keje nak selamat memang aku pakai baju kurung je la. Kemeja aku semua tak boleh pakai dah. Kalau pakai gak ade yang tercabut butang tu. Haa, macamana la aku  tak rasa nak nangis:(

Aku bagi tempoh dlm masa 2 bulan ni je. Kalau selera still macam naga, berat masih tak kurang, perut masih belum kurang incinya, aku nak makan ubat kurus. Tak kira...nak makan gak! Tapi bukan la ubat sebarangan. Ubat ni kawan-kawan dah guna dulu. Dah nampak hasilnya pon. Tiba masanya aku pulak nak cuba. 

Mungkin bagi orang lain... alahai 55kg tu kau kata gemuk? Alahai tak alahai, berat aku kalau gitu tak ngam tau dengan ketinggian aku. Naik sikit lagi je, confirm aku jadi pequin yang terkedek-kedek tu. Gemuk, pendek...Huh ngeri tu. Hahahahaha

Oklah, nak tido dah. Harap tak mimpi ngeri...pequin terkedek-kedek tu muka aku. Adoi...

Psstt...psstt...tolong doakan kite selim melim, berat tinggal 45kg je ye. Didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Hehehehe:)


Khamis, 20 November 2014

Segmen Blogwalking Sampai Penat!!







Hi Assalammualaikum & Salam sejahtera semuanya! 

Blogwalking sampai penat katanya. Haa jom la join sesama. Sekarang ni malam2 je kite mesti rajin nak terjah-terjah blog neh. Kannnn!  "Assignment kau malaih buat" Hahaha, assignment malaih la nak ON laptop, blogwalking kat henfon pon boleh. Hiks! 

Sebelum tido tu sambil-sambil layan mata mesti blogwalking. So, korang kalau nak kite jalan-jalan ke blog korang meh la join. Malaih nak jogging jadi kita blogwalking je sampai penat. ??? Eh! takde kaitan! Hahaha! 

Marihlah sesama kite meriahkan segmen blogwalking by Anis Nadhilah nih:) Cane nak join? Haa, korang klik kat tajuk beso bawah ni k. 





Ahad, 16 November 2014

Cheese Nan & Kebab Pakistan

As Salam

Kebab Pakistan?! Haah kite pun baru pestime makan neh. Cheese Nan makan dengan kebab Pakistan. Alahai, cheese lagi. Huh memang tangguh lagi diet. Huhuhuhu

Kedai makan Pakistan nih letaknya kat Selayang. Dekat rumah En Ahmad. Kata En Ahmad cheese nan sini special sket sebab ade kebab sebagai lauk tambahan. Selalu makan cheese nan dengan ayam tandoori je. So, malam semalam rasa pulak makan cheese nan dengan kebab. Kebab dia pon bukan macam kebab biasa....

Rupa cheese nannye. Nih set untuk sorang makan. Lembut sangat cheese nan dia! 

Ha yang ade hirisan limau dua potong kat atas tu la kebab. Tak mcam yang kite bayangkan. Haha! memang lain la dari kebab yang biasa makan tu. Dia macam murtabak sket, tapi takde tepung. Semata daging pastu dalam daging tu ade hirisan bawang dengan cili padi. Garing dan rasa dia sedap. 


Set kitaorang semalam. Tamak uolss! Hahahah. Order sekali dua. Kite hanya mampu makan 2 keping cheesee nan tu dengan separuh kebab tu je. Yang lain tapau. Hehehe








Jumaat, 14 November 2014

Mokcik stress!

As Salam.

Happy Friday everyone! Just a random update. Nak membebel kat sini. Sedang stress sangat neh. Keje banyak, assignment tak terkejar. Test, quiz lagi, bla..bla..bla..

Dah pasti dah, next sem tangguh. Cuti 1 semester. Tak rasa boleh nak bawak, dengan kejenya, dengan preparation big day lagi...Ouhh dah terbayang akan datang punya stress. Hahaha

Bila tengok checklist tepuk dahi. So, buat-buat tak nampak. Next month la baru tengok balik. 

Muka mokcik stress gini la ropenye. Pakwe tengok pon larik! :P

Rabu, 5 November 2014

TEMA PERKAHWINAN TAHUN 2015

Sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung 2014. Alamak, 6 bulan lebih je lagi. Dup dap dup dap bila memikiorkan yang 6 bulan tu. Huhuhu! 

Warna tema kaler ape nih?? Baju nak tempah mana, budget mana budget. Hahaha! Giler drama. 

By the way kali ni tak nak ah citer kite punya citer persiapan lagi sebabnya memang kite takde persiapan pape lagi pun. Baru bincang-bincang sket jer. Baru nak jumpa-jumpa vendor. Tapi kite nak share TEMA PERKAHWINAN BAGI TAHUN 2015. Memandangkan tahun 2014 hampir melabuhkan tirainya adalah molek kalau dah nak start citer-citer pasal tema 2015 pulak. Hehehehe

Jom kita tengok WARNA TEMA TAHUN 2015! 

CELESTIAL BLUE atau BIRU LANGIT Celestial Blue/Biru Langit ni macam Biru + Kelabu. Recommended to those yang berkulit cerah atau sawo matang. Sebab kalau yang tanned/kecoklatan, takut nampak tak berseri. 

WATERMELON PINK atau PINK TEMBIKAI Watermelon Pink / Pink Tembikai sangat ceria warnanya! Rasanya pengantin lelaki pun tak muncung sangat la kalau kena pakai warna ni. Kalau nak bagi naik lagi warna, combine dengan bright yellow atau tangerine orange

SOFT LEMON 
Soft Lemon ni i pun kalau yang berkulit tanned/kecoklatan pakai mesti naik warnanya. Cer try combine with cream or beige or pink pun cantik! 

PISTACHIO atau BADAM HIJAU Pistachio/Badam Hijau ni kalau combine dengan warna kuning, lagi terserlah warnanya! atau kalau yang nak soft theme, combine with soft pink dengan putih. 

VIBRANT TURQUOISE 
Cantik! Combination Vibrant Turquoise + Shocking Pink sangat in! Or kalau takut cik abang tarik muncung sebab pink, try light pink macam dalam gambar 

PEARL PINK / MUTIARA PINK 
Warna pearl boleh masuk dengan any colour! Tapi kalau orang berkulit pucat tak digalakkan pakai warna ni sebab nanti tak naik seri. Boleh combine Pearl + Baby Blue 

LEAF GREEN / HIJAU DAUN 
Leaf Green pun cantik combined dengan Soft Pink! Atau kalau berani try combine dengan Purple! Sangat cantik! 

BLOSSOM PINK 
Warna favourite untuk kebanyakan pengantin. Tone it down a bit dengan combine with pearl ataupun off white. 

ORCHID TINT 
Orchid Tint + Dusty Pink sangat cantik! Atau nak nampak lebih menyerlah, combine dengan turquoise green 

CARAMEL BROWN 
Yummeyh! Sesedap caramel. Hiks! Combine kan warna Caramel dengan Gold or Mustard Yellow, cantik kemain



Pearl Pink! Cantik kannnn:D




Celestial Blue. Nih pon kite suka. Ingat baju family sebelah En. Ahmad kang pakai kaler nih la! :P


Okeh? Cantik kan semua kaler-kaler tu. Susah kiter nak buat pilihan. Tapi dalam 10 warna tema tu kita suka sungguh dengan Pearl Pink tu. Tapi tak tau sesuai ke idok, sebab kulit kita ni ala-ala pucat pon ade. Karang tak nampak glowing-glowing pulak. Hehehe

So, kalau korang nak tengok lagi gambar-gambar idea untuk kaler-kaler lain korang chek it out page ni ---> Tulle & Chantilly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...