Jumaat, 21 November 2014

Aku & Gemuk!

As Salam.

Dah lewat malam. Tapi mataku masih segar. Dari tadi duk baring sambil berfikir dan memikirkan. Hmm...macam susah hati pulak. Macam la... Masalah oi masalah. Walaupun masalah takde beso mana, tapi still dalam kategori masalah. Huhuhu

BERAT BADAN BERTAMBAH dalam perkataan yang lebih ringkas, padat dan mudah difahami.. GEMUK! Haaa itulah masalahnye:O Makin hari makin risau neh. Tadi balik keje naik atas penimbang... 55kg tau! Tak pernah aku mencapai berat sehingga ke tahap itu. Sekarang dah boleh start risau. Nak kawal makan bukan main payah lagi. Sentiasa lapar. Nekad dah berkali-kali nekad nak kurus, tapi hasilnya nan hado. Nak berhasil canenye kalau nekad je lebih perlaksanaan tarak. 

Makin fikir, menangis dalam hati dibuatnya:( Sampai satu tahap tu kadang-kadang aku marah dengan diri sendiri. Apasal la boleh sihat sampai macam ni. Selalunya aku sakit hati dan rasa nak menangis bila selongkar almari cari baju. Pernah sampai 4-5 kali aku tukar! Semua baju, seluar ketat, Ya Allah, macam balut nangka rupanya. Baju yang tinggal selesa dipakai tak banyak. Kalau pegi keje nak selamat memang aku pakai baju kurung je la. Kemeja aku semua tak boleh pakai dah. Kalau pakai gak ade yang tercabut butang tu. Haa, macamana la aku  tak rasa nak nangis:(

Aku bagi tempoh dlm masa 2 bulan ni je. Kalau selera still macam naga, berat masih tak kurang, perut masih belum kurang incinya, aku nak makan ubat kurus. Tak kira...nak makan gak! Tapi bukan la ubat sebarangan. Ubat ni kawan-kawan dah guna dulu. Dah nampak hasilnya pon. Tiba masanya aku pulak nak cuba. 

Mungkin bagi orang lain... alahai 55kg tu kau kata gemuk? Alahai tak alahai, berat aku kalau gitu tak ngam tau dengan ketinggian aku. Naik sikit lagi je, confirm aku jadi pequin yang terkedek-kedek tu. Gemuk, pendek...Huh ngeri tu. Hahahahaha

Oklah, nak tido dah. Harap tak mimpi ngeri...pequin terkedek-kedek tu muka aku. Adoi...

Psstt...psstt...tolong doakan kite selim melim, berat tinggal 45kg je ye. Didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Hehehehe:)


2 ulasan:

  1. bersenam setengah jam akan membuat badan membakar kalori selama 12 jam, bersenam sejam akan membuat badan membakar kalori selama 24 jam... so pilihan di tangan kita... tak perlu yg heavy... berjalan kaki selama sejam pun cukup... lama2 bila badan dah ringan dia akan sedia untuk berlari sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh! Terbako semangat teman nak bersenam nih. Hahahaha! Ok2 Start bersenam malam ni jugak.

      Padam

Terima Kasih Daun Keladi, Next entry komen la lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...