Jumaat, 5 Jun 2015

Kazen Kitchen di Syok Fiesta Event


Hi Assalammualaikum,

Quick update......

Syok Fiesta Event



Kazen Kitchen

Tempat : Bulatan Bazarena Stadium Shah Alam

Tarikh  : 5 - 7 June 2015

Masa : 10 pagi - 10 malam

Kazen Kitchen Venue : Booth 483

Kazen Kitchen Menu : The Signature Penang, Char Kuey Teow, Ice Blended, Soda, Dessert & Cookies

   

The Signature Penang Char Kuey Teow
This!!! Must try gais. Manis, berkuah & cukup rasa semua sehingga menjilat sudu. Before this Shafiq selalu cite, sedap, sedap. Dia cakap kalau raya je mesti dapat rasa. K fine. Bila dah lelama, i pun dah pegi jalan raya rumah sedara dia then dapat rasa ni. Fuyohhh! sedap betul la. Chef yang masak ni, gegirl comei gituh. Kagum i, mana i pernah nampak gegirl muda-muda goreng char kuey teow. Hahaha! Nak rasa please la datang k. Selalu dorang join event tak pernah tak sold out. Last time i datang masa dekat dataran, tengah hari  dah kena stock up barang balik. Malam pukul 8 dah habis. So, korang datang awal k!


Ice Blended + Jar


Manggo Ice Blended


 
Cute kan Jar dorang. Manggo Ice blended must try. Fresh! rasa mangga sebenar. Tak tipu, yang ni mangga bebetul punya bukan pakai syrup. Cuaca panas-panas, dapat ice blended nyaman tekak!


Cookies


 
Ramaiiinyee beratur!

Tak nak jadi camni...datang la awal k. Hehehe


Untuk update next event, korang follow la instagram Kazen Kitchen kat SINI k. Hari ni, esok dan lusa dorang ade kat Syok Fiesta. Jangan lupa 10 pagi sampai 10 malam. Jom serbu!!!
 

 

Rabu, 3 Jun 2015

#ShafiqReen ~ Merisik ~ 5 April 2014

Hi Assalammualaikum. 

Sebenarnya sebelum nak cerita pasal wedding hari tu nak tulis dulu pasal cerita merisik tahun lepas. Tapi terlupa... Hiks!

So, dah ingat ni nak tulis lah buat kenang-kenangan. Sebelum ni ade cerita sikit dekat entry SINI. Kenapa tak cerita masa lepas kejadian je? Sebabnya, kejadian tu tak di war-warkan pun. Yang tau sedara mara dengan kawan 2-3 orang je. Memang dari mula niat tak nak bising-bising, lagipun peristiwa tu atas nama merisik je bukan bertunang. Takut tak jadi karang tak memasal jadi cerita lain. So diam-diam je la. Now dah jadi dah...hahaha... nak tulis lahhh:P

Sebelah family Shafiq tidak menggunakan istilah bertunang ni. Rombongan datang, merisik pastu sarung cincin. Hantar tanda kot eh, macam orang selalu cakap tu kan. 

That day mak buat majlis tahlil untuk arwah abah. So, bila lepas majlis tu baru majlis merisik. Patutnya majlis tu kecik-kecik je tapi tetiba eh macam over plak sebab ada mini pelamin. Memang tak rancang pun. Sehari sebelum majlis makcik cakap eh buat la pelamin, Chik belanja. Mula-mula eh tak nak la, nak buat biasa je pastu macam tergoda pulak dengan tawaran ditambah plak bila fikir-fikir boleh la bergambar ke ape kat atas pelamin tu kan. Hehehehe 


Nak cari orang buat mini pelamin tu tak susah pun. Sepupu banyak kawan-kawan kat sana. Call je, tanya-tanya sikit maka jadik je la. Hiks! 

So... 


Rombongan family Shafiq. Pakcik kat depan 3 orang tu, jiran kat taman, kawan-kawan arwah Abah.

Kedua-dua tok ada. Tetido ke ape dorang. Hehehe

Wakil sebelah lelaki. Uncle-uncle Shafiq dan hujung kanan tu, Baba.

Jurucakap aka wakil Mak aka tuan rumah, kawan-kawan arwah Abah.

Tangan sape neh?!



Ini lah pelamin mini yang membuatkan majlis biasa tetiba jadi over. Hehehe. Pelamin mini cantik by AJ Rassephia Bridal Couture



Yehaaa! sarung cincin. Hahahahha! Ketaq kot masa ni....

Mama...muahhhh..muahhhh! :)


Cincin pilihan Shafiq sendiri. Payah worrr carik cincin dengan pakcik tu. Cerewet! Hahahaha

Eh..eh.. dia ade? Haha! harus ada katanya sebab jauh, KL - Taiping. Kalau dekat tak ikut pun takpe. Hehe



Kain untuk buat baju ni Shafiq beli dekat Bandung. Semua dia yang pilih. Aku cuma cakap nak warna camana je. Aku buat macam dress, ada reben ikat belakang. Tempah kat auntie Mei Peng kat Klang. Patut kosong je, tapi sehari sebelum gak beli border lace kat bazar Taiping then jahit sendiri.





Dengan Alya & ibunya. Alya sampai merajuk-rajuk hari tu nak ambik gambar. Haha
 

Keras je posingnye pon!. Ouhh make-up sendirian berhad. Hasilnya begitulah:P 

Jauh-jauh yer bergambar. Hehehe! Photographer hari tu sepupu Shafiq, Sham. Dan Shafiq sendiri pon ade gak ambikkan gambo.

Dengan Mak:))


Adik beradik. Alya tu tengah merajuk la tu. Merajuk sebab ibu dia tak bagi enterframe, konon nak ambik gambar 6 beradik dengan mak je. Harus dia tak mau, tu yang tarik muncung tu. Haha

Erin & Hafiz. Thanks datang jauh-jauh. Hiks!

Ni sebelum merajuk rasanye nih!


:))



Dengan makcik dan sepupu sepapat. Chik kita yang tudung purple tu la banje mini pelamin tuuu:))

To be continue....

Mini Pelamin : AJ Rassephia Bridal Couture (FB) 

Isnin, 1 Jun 2015

Happy Monthsary!

Hi Assalammualaikum...

Yeayyyy! sebulan dah. Ahaks! sebulan pun nak kecoh pulak. Kihhh! biasa la baru lagi, sebulan pom excited 'Happy Monthsary' khenn. Hahaha

Malam tadi kul 12, husband yang wish kite macam, eh haah la 1hb dah. Sebulan dah. Pastu, ok... happy monthsary too. Hahahaha! Boring kot bini hang ni kan:P

Kbai! Nak cerita tu aje.Awak...eh sayang, yang selalu stalk tuuuu! I love you lah. Diharap terus tabah dan sabar melayan kerenah isterimu yang tercinta dan semoga ikatan yang kita bina ini kekal hingga ke syurga. Amin. 


Bayang-bayang yang akan mengekori awak selamanya.....Hahaha

Isnin, 4 Mei 2015

I'm Back....

Kenapa yer lama tak update? Hahaha! sampai lupa password nih....

Lama tak hupdate sebab sibuk. Ntah apa yang disibukkan pon sendiri kurang pasti. Huhuhu

Hari ni tetiba rindu nak jenguk blog, menaip di handphone sambil temankan suami bershisha. Eh suami?? Hiks! Baru lagi sangat bergelar isteri nih, baru 3 hari. Hahaha:D Alhamdulillah, selamat sudah. Nak cite pasal kawin maybe kemudian, kena bercerita panjang berjela dan kena tunggu gambo dulu. Baru semangat nak menaip kan. So buat masa nih belanja satu gambar je dulu seperti di bawah. (Nih hupdate macam nak bagitau dah kahwin semata je kan) Sebelum orang lain cakap camtu, baik sedor diri dulu. Hahahaha! Alaaa, nih macam mukadimah je dulu sebelum kembali rajin menghupdate blog:D 







Isnin, 16 Mac 2015

Diet Nasi

Assalammualaikum...

Hellooooooooo! 

Haha! tetiba mood ade nak berblog. Hiks. Selalu je bukak blog, baca entry blogger lain, tapi tu la takde mood langsung nak komen or coret entry kat blog sendiri. So, rasanya dah puas bertapa dan kini menjelma kembali:P

Lately, ni aku pening sikit. Macam-macam kena fikir dan buat sendirian. Tak jangka benda macam-macam tu kena hadap sendiri. So, kadang-kadang memang mood down tidak semena. 

Menjelang, baki lebih kurang 50 hari yang tinggal menuju hari pernikahan, dah 4 hari aku tak makan nasi. Diet konon. Hiks! Ni kira cabaran 50 hari la nih. Dalam masa yang tinggal tu, aku nekad nak kuruih. Hahaha! So, say no to nasi...makan sayur aje ok. Aku buat salad pastu potong hot dog ayam seketul. So far, alhamdulillah aku tak rasa lapar teruk sampai nak kena langgar pantang tak boleh makan nasi tu. Hahaha. Jauh perjalanan lagi tu...

Tak sangka aku, dulu orang selalu cakap badan aku kurus kering, takde isi. Siap pak sedara sendiri bahan... "Yong tak boleh lalu kat Jambatan Pulau Pinang, satgi terbang kena tiup angin" Pastu, semua orang gelak. Hahahahaha! Sonok kan. Sekarang, dorang tak tau aku gigih nak kena diet miet nih tau. Aku rasa faktor umur pun sama menyumbang ke arah pertambahan berat badan nih. Nak tak nak kena la ubah. 

Kawan-kawan kat ofis walau gelak-gelak tapi bagi sokongan padu. Siap bagi oats untuk aku breakfast hari-hari. Dorang sendiri cakap aku kena diet, sebab dorang kata, aku dari sehari ke sehari gemuk:(

Harap-harapnya aku terus istiqamah dalam meneruskan misi diet ni. Nantu baru baju aku terletak cantik je. Ahahahaha! Itu yang sebenarnya dirisaukan. Kihkihkih

Lepas ni aku dah tak suka nasi dah. Eh bukan, nasi yang tak suka aku. Pastu, bolehlah aku menjalani kehidupan yang sihat. Hanya segenggam nasi sehari:P

Salad orang diet! Kadang-kadang makan sup sayur. Giler ah! dari langsung tak makan sayur, jadi seorang pemakan sayur. Pencapaian yang boleh dibanggakan. HAHAHAHA! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...